Masuk Taman Tema Fantasi Di Vinwondera Phu Quoc Vietnam Seperti Berada Di Dunia Zaman Dulu Dulu


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Ni adalah last posting untuk percutian Maha di Pulau Phu Quoc Vietnam baru-baru ini. Nak simpan sebagai kenang-kenangan bercuti negara orang walaupun tak jauh. Sebelum ni Maha kongsikan tentang Vinpearl Safari yang menempatkan ribuah haiwan liar dan juga yang hampir pupus dalam suasana asala mereka. Menarik konsep mereka tu kat Malaysia tak ada lagi. Kalau nak tengok boleh klik posting yang lepas tu



Kali ni Maha nak masuk satu taman tema macam dunia khayalan disney, sebab kat tengah-tengah taman tema tu ada istana besar seperti konsep istana zaman dulu-dulu. Nama tempat ini adalah VinWonders Phu Quoc yang berada berhampiran juga dengan Safari tu. Hanya perlu naik bas dari Safari tu untuk terus pergi taman teman ini. Sebab hari tu Maha dah beli siap tiket untuk masuk safari dan VinWonders ini kat dalam Klook. Jadi sampai sahaja sana terus scan QR code dan boleh terus masuk




Dalam satu hari yang sama lepas pergi safari tu walaupun penat tetap gigih pergi juga. Masa Maha pergi tu hari kerja jadi memang tak ada orang ramai langsung. Nak main semua permainan tak perlu baris dan terus boleh masuk jer. Sebab kat situ ada satu aquarium yang besar dan juga katanya ada ikan duyung dalam tu jadi terus pergi kat bahagian tu. Namanya adalah The Sea Shell di mana nak tengok ikan dalam aquarum tu kena masuk dalam bangunan bentuk penyu terbesar kat sini. Wahhh memang kagum lah mereka buat bangunan kat sini sangat unik dan menarik gilerrrr




Jadi masuk kat situ lepas jer pintu masuk terus nampak aquarium yang besar gilerrr dan penuh dengan ikan-ikan. Ikan yang tak pernah tengok pun ada. Jadi duduk kat depan tu tunggu untuk satu persembahan istimewa iaitu persembahan ikan duyung. Hehehe betul ker wujudnya ikan duyung kat dunia ni. Mula sahaja persembahan semua orang bersorak dan juga nampak ada 3 ekor ikan duyung yang turun dan buat tarian dalam aquarium tu. Perrhhhh memang kagum lah boleh tahan dalam air lama tu




Persembahan tu dalam lebih kurang 30 minit kot. Lepas sahaja habis persembahan ikan duyung tu Maha teruskan perjalanan dalam perut Penyu tu nak tengok ada banyak sangat rupanya aquarium kecil-kecil yang menempatkan pelbagai jenis hidupan laut. Ada kuda laut, ada obor-obor, ada ikan rama-rama, ikan pelik-pelik yang tak pernah nampak pun ada kat situ. Kalau datang bawa anak-anak kecil memang mereka sukalah. Luas juga dalam tu yer





Jalan punya jalan sampai kat bahagian ada penguin yang duduk kat tempat sejuk tu. Tengok mereka bagi penguin makan dan juga aksi penguin yang comel mencuit hati gelak semua orang tengok. Penguin makan dan berenang memang comel gilerrr. Lepas tu jalan lagi masuk pulak terowong dalam aquarium yang besar tadi. Rupanya boleh masuk dalam tu tengok lebih dekat ikan yang ada dalam tu. Memang banyak spesis ikan best giler





Dah penat jalan dalam tu keluar pula pergi tempat lain. Yang buat Maha tertarik adalah nak naik mereka punya roda gergasi. Dulu kat Malaysia ada tapi tak besar ni memang besar gilerrr sangat-sangat besar. Pergi kat situ tak perlu baris sebab waktu tu tak ada orang sangat jadi terus boleh masuk. Mula-mula kat bawah tu ok lagi tapi bila dah ada kat atas puncak memang menggeletak kai dibuatnya. Walaupun tempat yang gantung tu saiz besar tapi tetap rasa takut. Boleh nampak satu Pulau Phu Quoc memang tinggi gilerrr



Ini memang kena naik kalau korang sampai kat sini. Ia ambil masa lebih kurang dalam 20 minit kot untuk habiskan satu pusingan besar tu. Slow-slow jer geraknya tapi tetap rasa takut tu ada. Memang Maha tak gerak bila kat atas puncak tu duduk diam jer hehehehe. Maha ni ada akrofobia iaitu fobia pada tempat tinggi. Tu pun berani-beranikan jer naik sebab dah sampai kena rasa juga




Lepas tu habis turun sampai bawah jalan-jalan kat dalam tu nak main mainan lain takut sebab gayat tadi tak habis lagi  hehehe. Jadi tengok sahajalah mainan yang ada semua kosong tak ramai orang. Kat dalam ni tak perlu beli tiket dah sebab tiket masuk tu boleh main semua mainan. Cuma nak makan kena bayarlah. Di sini di bahagikan kepada beberapa bahagian utama untuk mainan kering dan basah. Masa masuk tadi dipanggil European Streetmosphere. Sebab bangunan dengan reka bentuk lama zama dulu-dulu sangat unik



Kemudian ada bahagian Fantasy World ni ada Amazing Kingdom dalamnya tapi Maha tak masuk sini sebab penat nak jalan luas sangat tempat ni. Kemudian ada bahagian Mysterious Viking Village. Di mana ia ada perkampungan orang viking ada banyak patung-patung comel dan juga ada mainan dalam tu. Kemudian ada pula bahagian paling besar sekali iaitu Typhoon World iaitu bahagian basah. Sini banyak mainan air kalau nak main kena bawa siap-siap baju mandi dan baju salinan. Sini nak main gelongsor air yang tinggi memang ada gayat weii. Lepas tu ada juga bahagian yang ada roaler coaster dipanggil Adventure World. Ni Maha tak masuk dah penat



Jadi Maha cadang korang nak datang taman tema macam ni waktu orang tengah kerja kalau hujung minggu mesti bersesak-sesak kat dalam tu. Silap-silap tunggu bebaris sahaja dah habis masa. Tup-tup jalan-jalan hari dah petang pukul 5 macam tu lah. Kalau sana pukul 5 tu dah memang waktu sesuai untuk pulang. 


Kalau korang tunggu malam sikit dalam pukul 6.30petang waktu Vietnam ada persambahan lampu dan bunga api kot kat istana besar tengah-tengah taman tu. Tapi tak setiap hari hanya pada hari-hari tertentu kot tak pasti lak sebab Maha dah balik. Penat kot satu hari berjalan kat dua tempat dari pagi. Sebab ambil pakej tiket untuk kedua-dua tempat menarik ni di Klook memang murah lah. Juga tak perlu nak berbaris dan tunggu lama nak  masuk. So kalau korang nak beli klik  jer kat link Maha sediakan ni. Ada banyak pakej dan juga tiket nak masuk mana-mana korang suka



Jadi habis sudah perjalanan Maha untuk 4 hari 3 malam di Pulau Phu Quoc Vietnam yang ramai orang Malaysia tak pergi. Mungkin tak tahu atau juga tak berapa banyak promosi tempat ni. Sebab sini ada direct flight AirAsia dari Malaysia tapi sekali seminggu jer kot. So lepas ni kemana Maha nak pergi lagi tunggu ada lagi nak habiskan percutian di negara-negara Asia Tenggara dulu sebelum pergi lebih jauh lagi hehehe. Selamat bercuti semua dan selamat berjalan-jalan ok. 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2023/12/masuk-taman-tema-fantasi-di-vinwondera.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Untuk Percutian Menarik Dan Indah Yang Tiada Orang Malaysia Tahu Ke Phu Quoc Vietnam

Tips Untuk Percutian Menarik Dan Indah Yang Tiada Orang Malaysia Tahu Ke Phu Quoc Vietnam

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 549 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Kali ni Maha nak kongsi percutian Maha selama 4 hari 3 malam di Vietnam baru lagi awal bulan ini juga Tapi Maha tak pergi Vietnam te...
Percutian Di Phu Quoc Vietnam Lebih Seronok Dengan Lakukan Aktiviti Di Laut Dan Juga Di Darat

Percutian Di Phu Quoc Vietnam Lebih Seronok Dengan Lakukan Aktiviti Di Laut Dan Juga Di Darat

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 227 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Sebelum ni Maha ada kongsi Mungkin serba sedikit bagi panduan pada korang Kali ni Maha nak share beberapa tempat menarik dan aktivit...
Seperti Dalam Dunia Baru Remy Ishak Rasa Muda Semula Lepas Jadi Bapa

Seperti Dalam Dunia Baru Remy Ishak Rasa Muda Semula Lepas Jadi Bapa

papar berkaitan - pada 2/12/2023 - jumlah : 243 hits
Benarlah kata orang kehadiran cahaya mata mengubah hidup jadi lebih bermakna Begitu juga Hero Malaya Remy Ishak yang kini merasai kebahagiaan selepas bergelar bapa Tambah Remy kehadiran Tuah Alam benar benar mengubah kehidupannya kini Malah...
Helen Duncan Ahli Sihir Paling Seram Zaman Perang Dunia Kedua Boleh Hidupkan Tentera Telah Mati

Helen Duncan Ahli Sihir Paling Seram Zaman Perang Dunia Kedua Boleh Hidupkan Tentera Telah Mati

papar berkaitan - pada 27/11/2023 - jumlah : 345 hits
Helen Duncan adalah seorang ahli sihir yang terkenal pada zaman Perang Dunia Kedua Dalam artikel ini kita akan menyelami kisah Helen Duncan seorang ahli sihir yang mencetuskan kontroversi dan misteri sepanjang era Perang Dunia Kedua Baiklah...
Mendekati Dan Memberi Makan Haiwan Liar Pada Jarak Paling Dekat Di Vinpearl Safari Phu Quoc

Mendekati Dan Memberi Makan Haiwan Liar Pada Jarak Paling Dekat Di Vinpearl Safari Phu Quoc

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 341 hits
Salam sejahtera semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Sebelum ni Maha dah ceritakan dan juga aktiviti malam yang korang boleh buat kalau bercuti ke Pulau Phu Quoc Vietnam Walaupun penat tapi se...
Bakal Pengantin Umur 50 Tahun Tak Sempat Merasa Naik Pelamin Terpaksa Masuk Jel Dulu

Bakal Pengantin Umur 50 Tahun Tak Sempat Merasa Naik Pelamin Terpaksa Masuk Jel Dulu

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 264 hits
Alias Abd Raniam hmetro com myBakal pengantin terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan selepas dipenjara enam bulan kerana gagal bayar pecah tabung surau FOTO Alias Abd RaniMuar Bakal pengantin lelaki terpaksa menangguhkan majlis perkahwina...
Kawal Alergik Bila Alahan

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco

Lauk Paling Sedap