Percutian Di Phu Quoc Vietnam Lebih Seronok Dengan Lakukan Aktiviti Di Laut Dan Juga Di Darat


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Sebelum ni Maha ada kongsi Tip atau panduan untuk bercuti ke Phu Quoc Vietnam. Mungkin serba sedikit bagi panduan pada korang. Kali ni Maha nak share beberapa tempat menarik dan aktiviti yang Maha buat sepanjang bercuti di sana. Serta bagaimana Maha dapatkan harga tiket yang murah dan VIP




Island Hopping Dan Snorkeling 3 Pulau Terindah 
Hari kedua Maha di sana kami lakukan aktiviti untuk Island Hopping dan Snorkeling di tiga buah pulau yang cantik-cantik kat sana. Kalau kaki snorkeling memang sesuai datang dan buat aktiviti di sini kerana keadaan air laut yang jernih dan juga cantik memang menarik sangat. Kawasan dasar pun masih banyak batu karang dan juga hidupan laut yang terjaga serta terpelihara. Bagi Maha ini adalah antara aktiviti snorkeling dengan pemandangan dasar laut yang indah



Macam Maha bagitahu sebelum ini bahawa kebanyakkan orang Vietnam di sana mereka tidak faham langsung bahasa Inggeris. Jadi nak memudahkan kerja dan juga nak beli tiket untuk lakukan aktiviti Island Hopping dan Snorkeling ni Maha beli sahaja di Malaysia melalui Klook. Kat situ memang berbaloi kerana harga yang sangat istimewa dapat diskaun dan juga terlah termasuk sekali beberapa perkara dalam pakej ini iaitu:
1) Pergi tiga pulau menarik iaitu Mong Tay Island, Gam Ghi Island dan May Rut Island.2) Kemasukan ke tempat menarik3) Tour guide yang fasih berbahasa English/Vietnam4) Makan Tengahari5) Minuman Air Mineral6) Insuran7) Jacket keselamatan8) Mengambil dan menghantar di hotel yang terpilih9) Peralatan Snorkeling (tidak termasuk Fin)10) Round-trip transfer
Banyak tu semua termasuk sekali dengan harga yang Maha dapat hari tu dari Klook adalah RM124.49 untuk seorang dewasa. Kalau korang rasa berbaloi tak untuk semua ini dengan harga tu. Bagi Maha sangat murah dan berbaloi yelah tak perlu nak berbaris beli tiket serta juga nak sibuk-sibuk sesak-sesak beli hari yang nak buat aktiviti tu. Semua dah siap dalam satu pembelian sahaja. Juga kalau nak cancel untuk aktiviti snorkeling tu pun boleh buat dalam tempoh 24jam sahaja free tiada charge dan duit dipulangkan sepenuhnya



Hari tu kami siap sarapan pagi kat hotel pukul 8.00 pagi waktu Vietnam dan terus bergerak ke tempat pengumpulan yang dinyatakan. Sebab tempat tu dekat dengan hotel yang Maha menginap jadi tak terkejar-kejar. Aktiviti hari ni kena siap sedia bawa semua keperluan peribadi untuk snorkeling seperti Sunblock, Beg Kalis Air untuk isi barang keperluan, tuala mandi, barang mandian, juga penting sarung telefon kalis air. Jangan jadi macam Maha hari tu tak bawa kena beli kat jeti dan juga beli yang tak berkualiti bocor habis masuk air nasib telefon tiada masalah. 


Semua orang berkumpul satu tempat dan dimenaiki bus untuk pergi ke jeti yang mengambil masa lebih kurang 30minit juga nak sampai. Ini kerana ia terletak di bahagian selatan pulau Phu Quoc tu. Dalam bus tour guide akan bagi penerangan dan sikit panduan sepanjang aktiviti yang akan dilakukan. Jadi dengar dengan baik kerana penting. Sampai sahaja jeti terus sedia boat yang boleh muatkan lebih kurang 30 orang dalam satu boat. Kami dibawa terus pergi ke pulau pertama iaitu Pulau Mong Tay





Mong Tay salah satu daripada lima pulau tercantik di kepulauan Phu Quoc. Pulau Mong Tay mempunyai nama pelik yang mencetuskan rasa ingin tahu pengunjung. Asal nama Mong Tay berasal dari banyak pokok inai di pulau itu, yang bermaksud Mong Tay (kuku) dalam bahasa Vietnam. Air sangat jernih dan juga tempat sesuai untuk snorkeling. Kami diberi masa 1 jam untuk berenang menikmati keindahan dasar laut dan juga air. Maha sendiri turun untuk pulau pertama ni dan sempat bergambar beberapa sebelum sarung telefon kalis air tu bocor. 




Guide akan bagitahu bila masa untuk berangkat ke pulau kedua pula. Kami tak singgah tepi pantai hanya snorkeling sahaja. Pulau kedua pun sama kami snorkeling di Pulau Gam Ghi. Pulau Gam Ghi mempunyai keindahan yang tulen seperti Pulau Bali ia adalah formasi batu, terumbu karang dan anemon berwarna-warni yang mudah dilihat melalui air biru yang jernih. Di sini pun kami di beri masa 1 jam untuk snorkeling dan berenang sambil main dengan ikan-ikan yang banyak





Best pengalaman berenang dipulau negara orang tak sama dengan negara sendiri. Kena cuba baru tahu. Lepas tu kami berangkat untuk ke pulau ketiga iaitu Pulau May Rut. Kat sini kami berhenti dan turun dari boat untuk menikmati makan tengahari yang disediakan dalam pakej yang kami ambil tu. Makan kat situ adalah kebanyakkan makanan laut yang segar-segar. Penat badan tengok makanan memang tak ingat dunia makan time tu hehehe. 




Kat pulau terakhir ini kami diberi masa sehingga petang berehat dan bersantai tepi laut. Pantai May Rut ni mempunyai pasir putih dan juga ada segala kelengkapan. Kalau nak mandi akan dikenakan bayaran tapi kalau nak buang air percuma sahaja. Kalau kat sini nak mandi dan bersiap-siap pun boleh sebab ini pulau terakhir dan kami akan pulang terus ke hotel. Kat pulau ni banyak sudut untuk OOTD dan juga ada pelbagai hiasan tepi pantai untuk bergambar macam yang Maha ambil ni. Tapi badan penat sempat ambil sikit sahajalah




Lain tu habis masa tidur sahaja sebab memang banyak masa kat pulau ini. Kalau korang nak buat aktiviti main jet sky, bergambar dengan drone yang disediakan juga ada tapi itu kena banyar lain tiada dalam pakej. Ramai orang kat pulau ni sebab ia adalah pulau perhentian untuk semua orang yang buat Island Hopping dan Snorkeling dari ejen yang berlainan. Tiba masa dipanggil oleh tour guide untuk semua naik boat sebab kita nak pulang ke jeti dan pulang semula ke hotel. Siang hari penuh dengan aktiviti yang menarik dan juga memenatkan belah malam ada pulak aktiviti lain yang kena buat lagi. 
Persembahan Leser Dan Air Pancut Yang Memukau
Tadi dah habis aktiviti belah pagi lepas tu sambung hari sama untuk aktiviti belah malam. Malam ni kita buat aktiviti relax sikit dan lebih santai. Malam tengok satu show yang memukau dengan pancuran air dan mainan leser rasa sangat hebat. Kat Malaysia tak ada kot. Ia adalah outdoor show yang disediakan tempat duduk dengan menghadap berlatar belakang laut Phu Quoc




Nama persembahan ini adalah Kiss The Stars Show. Ia diadakan di dalam Sun World Hon Thom iaitu taman tema yang terbesar di sana. Memandangkan Maha datang masa tu taman tema ini tutup dan juga cable car pun tutup untuk maintenance sehingga awal Dis 2023. Jadi tak dapat masuk situ dapat tengok persembahan ni pun dah puas sebab siang dan penat jadi malam relax sikit. Untuk persembahan ini juga Maha beli tiket di Klook lebih mudah senang dan murah. Harga untuk satu orang dewasa masuk adalah RM27.00 sahaja




Tak perlu nak berbaris beli tiket kat kaunter tu atau kalau datang lambat pun masih sempat masuk. Juga akan dapat tempat duduk VIP tau bahagian tengah menghadap pentas. Walaupun tak ramai malam tu tapi memang enjoy. Siap ada sediakan pelayan yang boleh nak beli minuman dan juga popcorn sambil menonton dapat makan dan minum




Ok Maha kongsikan sikit pengalaman Maha tonton persembahan ini. Ia adalah persembahan multimedia bertaraf dunia yang hebat. Yang pertama seumpamanya di Vietnam, menggabungkan teknologi canggih dengan kesan dan visual yang menakjubkan. Digabungkan dengan pencahayaan yang luar biasa, kesan api yang menakjubkan dan laser dan unjuran yang menakjubkan; Kiss the Stars ialah pertunjukan mengasyikkan yang tiada kat Malaysia




Kiss the Stars ialah kisah unik budaya asli antara kehidupan dan juga kasih sayang yang menentang kuasa jahat. Ia mengabungkan unsur-unsur fantastik yang diceritakan dalam paparan memukau yang akan membuatkan kita ternganga jugalah secara literal dalam keindahannya. Persembahan tak lama hanya satu jam sahaja rasa bagaikan sekejap. Persembahan bermula dari pukul 8.30malam waktu Vietnam




Kalau nak ke sana hari tu Maha naik teksi yang dikenakan charge 600,000 dong pergi dan balik sebab malam. Kalau convert duit Malaysia dalam RM115 pergi balik dengan perjalanan selama 45 minit pergi dan 45 minit lagi balik. Berbaloi lah sebab dah malam dan penat nak tunggu bas. Boleh juga naik Grab lebih kurang sama jer kot dari kawasan Dong Duong, di mana terletak hotel tempat Maha menginap. So habis sahaja persembahan tu terus balik nak tidur kerana penat sangat. 


Next Maha akan sambung pula untuk trip hari berikutnya dan juga apa lagi aktiviti yang Maha buat. Juga bagaimana Maha dapatkan tiket murah dan mudah untu semua tempat. Korang boleh pergi kat Klook ada semua tiket yang Maha kongsikan tadi. Selamat bercuti semua











Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2023/11/percutian-di-phu-quoc-vietnam-lebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Untuk Percutian Menarik Dan Indah Yang Tiada Orang Malaysia Tahu Ke Phu Quoc Vietnam

Tips Untuk Percutian Menarik Dan Indah Yang Tiada Orang Malaysia Tahu Ke Phu Quoc Vietnam

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 549 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Kali ni Maha nak kongsi percutian Maha selama 4 hari 3 malam di Vietnam baru lagi awal bulan ini juga Tapi Maha tak pergi Vietnam te...
Masuk Taman Tema Fantasi Di Vinwondera Phu Quoc Vietnam Seperti Berada Di Dunia Zaman Dulu Dulu

Masuk Taman Tema Fantasi Di Vinwondera Phu Quoc Vietnam Seperti Berada Di Dunia Zaman Dulu Dulu

papar berkaitan - pada 2/12/2023 - jumlah : 234 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Ni adalah last posting untuk percutian Maha di Pulau Phu Quoc Vietnam baru baru ini Nak simpan sebagai kenang kenangan bercuti negar...
Malaysia Hobby Expo 2023 Kembali Dengan Lebih 50 Aktiviti Hobi Dan Lebih 250 Pempamer Hobi

Malaysia Hobby Expo 2023 Kembali Dengan Lebih 50 Aktiviti Hobi Dan Lebih 250 Pempamer Hobi

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 397 hits
Hi Korang Malaysia Hobby Expo 2023 kini kembali lagi untuk tahun ke 5 menjanjikan lebih dari 50 jenis hobby dalam satu acara antaranya kereta kawalan radio koleksi vintaj sukan lasak haiwan peliharaan buku dan majalah seni kraftangan dan pe...
Mendekati Dan Memberi Makan Haiwan Liar Pada Jarak Paling Dekat Di Vinpearl Safari Phu Quoc

Mendekati Dan Memberi Makan Haiwan Liar Pada Jarak Paling Dekat Di Vinpearl Safari Phu Quoc

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 341 hits
Salam sejahtera semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Sebelum ni Maha dah ceritakan dan juga aktiviti malam yang korang boleh buat kalau bercuti ke Pulau Phu Quoc Vietnam Walaupun penat tapi se...
Ajak Anak Buat Aktiviti Ini Bentuk Peribadi Untuk Masa Depan Lebih Cerah

Ajak Anak Buat Aktiviti Ini Bentuk Peribadi Untuk Masa Depan Lebih Cerah

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 386 hits
Melentur buluh biarlah dari rebungnya begitulah perumpamaan didikan ibu ayah untuk membesarkan anak anak yang cemerlang berfikiran terbuka sentiasa positif Untuk membentuk peribadi anak ibu ayah haruslah menjadi contoh yang baik supaya menj...
Siri1 Genosid Di Gaza Sudah Tiba Masanya Untuk Minda Yang Lebih Inklusif

Siri1 Genosid Di Gaza Sudah Tiba Masanya Untuk Minda Yang Lebih Inklusif

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 253 hits
Genosid di Gaza Sudah tiba masanya untuk minda yang lebih inklusif Kita perlu menekankan ciri ciri progresif dan keterangkuman di dalam semua ajaran agama yang utama jika kita mahu mengharungi kekejaman yang kita saksikan hari ini Kita teru...
Siri 3 Genosid Di Gaza Sudah Tiba Masanya Untuk Minda Yang Lebih Inklusif

Siri 3 Genosid Di Gaza Sudah Tiba Masanya Untuk Minda Yang Lebih Inklusif

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 236 hits
Genosid di Gaza Sudah tiba masanya untuk minda yang lebih inklusifKita perlu menekankan ciri ciri progresif dan keterangkuman di dalam semua ajaran agama yang utama jika kita mahu mengharungi kekejaman yang kita saksikan hari ini Kemudian t...
Pemandu Teksi Jackpot Pelancong Payung Tips Lebih Rm5000

Pemandu Teksi Jackpot Pelancong Payung Tips Lebih Rm5000

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 138 hits
Seorang pemandu teksi di Thailand terkejut apabila diberikan dua nota wang kertas bernilai 1 000 euro selepas berjaya menghantar penumpangnya tepat pada masanya lapor The Thaiger Menurut pemandu teksi tersebut penumpang warga asing itu berj...
7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco