Mendakwa Kisah Isra Mikraj Palsu Kerana Zahir Kelemahan Rasulullah



SOALAN:
Saya ada satu kemusykilan yang saya rasa perlu juga untuk dikemukakan dan ditanyakan. Saya ada terdengar dari seorang hamba Allah yang sebut bahawa kisah Isra' Mikraj ni sebenarnya palsu. Dia kata kisah ini palsu sebab menzahirkan kelemahan Nabi SAW. Dia kata bayangkan kenapa Nabi SAW nak kena ikut kata Nabi Musa sampai dikurangkan jumlah solat dari 50 menjadi 5. Jalankan sahajalah apa yang diperintahkan. Tidak seperti Nabi Ibrahim yang apabila diperintahkan untuk sembelih anaknya, dia dan anaknya terus lakukan tanpa banyak mempersoalkan dan minta pengurangan daripada Allah. Ini yang dia kata. Dia sebut lagi selama ni ustaz-ustaz dan ulama'-ulama' salah bila cerita pasal Isra' Mikraj. Mohon pencerahan. Saya ini ilmu agama tidak banyak sangat nak jawab apa yang dia sebut tu. Terima kasih.

JAWAPAN:
Di antara sifat orang yang beriman adalah mengakui dan mempercayai perkara-perkara yang ghaib. Ini berdasarkan firman Allah:

ٱلَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِٱلْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقْنَـٰهُمْ يُنفِقُونَ
“Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” (Surah Al-Baqarah: 3)

Perkara-perkara ghaib seperti syurga, neraka, hari akhirat dan sebagainya mestilah pengkhabarannya melalui Al-Quran ataupun hadith-hadith Nabi SAW yang sahih. Ianya tidak boleh dihikayatkan atau disebutkan tanpa disandarkan kepada dua sumber tersebut. Apa-apa cerita atau pengkhabaran tentang perkara yang ghaib yang tidak ada sandarannya sama ada di dalam Al-Quran atau hadith maka ianya dianggap sebagai pengkhabaran yang palsu dan tidak berasas.

Di antara peristiwa yang sering terjadi perdebatan adalah peristiwa Isra’ dan Mikraj. Pada asasnya, peristiwa Isra’ dan Mikraj diceritakan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran. Peristiwa ini bukan sahaja berlaku dengan roh Nabi SAW semata-mata seperti mana yang didakwa oleh sebahagian pihak, namun ia juga berlaku pada roh dan jasad. Firman Allah:

سُبْحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِۦ لَيْلًا مِّنَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ إِلَى ٱلْمَسْجِدِ ٱلْأَقْصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكْنَا حَوْلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنْ ءَايَـٰتِنَآ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْبَصِيرُ
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Isra’: 1)

Imam Al-Tabari menyebut di dalam tafsirnya menyebut tentang pandangan-pandangan bagaimana sifat Isra' dan Mikraj Nabi SAW. Ada yang menyebut bahawa Isra' dan Mikraj Nabi SAW berlaku dengan roh dan jasad. Ada juga yang berpandangan bahawa peristiwa Isra' dan Mikraj berlaku hanya dengan roh.

Imam Al-Tabari memilih pandangan bahawa Isra' dan Mikraj berlaku dengan jasad dan roh Nabi SAW. Beliau berkata, sesungguhnya Allah SWT memperjalankan hamba-Nya iaitu Nabi Muhammad SAW daripada Masjidil Haram menuju ke Masjidil Aqsa seperti mana yang telah diberitahu oleh Allah dan apa yang zahir yang telah disebutkan oleh Nabi SAW. Allah SWT memperjalankan Nabi dengan menyediakan Buraq dan solat di mana tempat para Nabi dan Rasul terdahulu solat. Baginda SAW juga melihat beberapa tanda-tanda kebesaran. Oleh kerana itu, tidak benar jika ada yang mengatakan bahawa perjalanan Isra' dan Mikraj hanya berlaku dengan roh. Bahkan yang benar perjalanan tersebut berlaku dengan roh dan juga jasad. Jika perjalanan tersebut hanya berlaku dengan roh sahaja sudah pasti ianya tidak akan menjadi dalil akan kenabian dan kerasulan Nabi SAW. Bahkan tidak mungkin menjadi hujah bagi risalah yang dibawa oleh Baginda. (Rujuk: Jami’ Al-Bayan Fi Ta’wil Ayi Al-Quran, 4/446)

Sheikh Tohir Bin ‘Asyur menyebut bahawa perjalanan Isra' dan Mikraj adalah merupakan peristiwa yang mencarik adat (satu mukjizat) yang mana perjalanannya dari awal sehinggalah akhir hanya memakan masa sebahagian malam. (Rujuk: Tahrir Al-Ma’na Al-Sadid Wa Tanwir Al-‘Aql Al-Jadid Fi Tafsir Al-Quran Al-Majid, 14/10)

Bahkan peristiwa ini adalah merupakan satu ujian kepada orang yang mengaku beriman kepada Nabi SAW. Sama ada mereka betul-betul beriman ataupun tidak. Ini dinyatakan oleh Allah SWT:

وَمَا جَعَلْنَا ٱلرُّءْيَا ٱلَّتِىٓ أَرَيْنَـٰكَ إِلَّا فِتْنَةً لِّلنَّاسِ وَٱلشَّجَرَةَ ٱلْمَلْعُونَةَ فِى ٱلْقُرْءَانِ ۚ وَنُخَوِّفُهُمْ فَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا طُغْيَـٰنًا كَبِيرًا
“Dan tiadalah Kami menjadikan pandangan (pada malam Mikraj) yang telah kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia; dan (demikian juga Kami jadikan) pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran; dan Kami beri mereka takut (dengan berbagai-bagai amaran) maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau.” (Surah Al-Isra’: 60)

Sheikh Amin Al-Syanqiti menyebut bahawa Allah menjadikan apa yang diperlihatkan kepada Nabi SAW daripada perkara dan peristiwa yang pelik dan ajaib pada malam Isra' dan Mikraj adalah sebagai satu ujian kepada orang ramai. Ini kerana ada di antara yang tidak langsung mempercayai apa yang dikhabarkan oleh Nabi SAW. Ada yang mengatakan bahawa ianya tidak mungkin berlaku. Mereka mengatakan juga bagaimana mungkin Baginda solat di Baitul Maqdis dan pergi ke tujuh tingkatan langit serta melihat keseluruhannya pada satu malam sahaja kemudian pada waktu pagi berada di Mekah. Inilah satu ujian kepada mereka yang ragu-ragu. (Rujuk: Adwa’ Al-Bayan Fi Idhah Al-Quran Bi Al-Quran, 3/236)

Tambahan pula, kisah peristiwa Isra' dan Mikraj adalah kisah yang mutawatir yang tidak boleh disangkal lagi. Sheikh Amin Al-Syanqiti menyebut peristiwa berkenaan Isra' dan Mikraj adalah kisah yang mutawatir. (Rujuk: Adwa’ A-Bayan Fi Idhah Al-Quran Bi Al-Quran,3/101)

Ini bermakna sesiapa yang menyangkal peristiwa ini dia termasuk di dalam orang yang kufur. Bahkan Allah SWT menyangkal orang yang menafikan peristiwa ini. Firman Allah SWT:

أَفَتُمَـٰرُونَهُۥ عَلَىٰ مَا يَرَىٰ
“Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?” (Surah Al-Najm: 12)

Justeru itu, peristiwa Isra' dan Mikraj bukannya cerita dongeng semata, jauh sekali jika mengatakan ia peristiwa yang palsu dan direka-reka. Ianya disebutkan dan diisyaratkan di dalam Al-Quran. Tinggal lagi bagi kita adalah mengetahui kisah-kisah yang sahih tentang apa yang berlaku di sepanjang peristiwa Isra' dan Mikraj.

Kisah Isra' dan Mikraj Nabi SAW juga diceritakan di dalam hadith yang panjang. Ianya diriwayatkan dalam beberapa kitab hadith yang muktabar. Di antaranya Sahih Al-Bukhari daripada Anas Bin Malik (3887), Musnad Imam Ahmad (12504) daripada Anas Bin Malik dan Dalail Al-Nubuwwah oleh Imam Al-Baihaqi(2/384). Dan ada juga terdapat di dalam beberapa sumber sukunder (المصدر الفرعي) yang merujuk juga kepada sumber-sumber tersebut.

Di antara peristiwa penting yang berlaku di dalam Isra' dan Mikraj ialah perintah solat secara khusus. Kisah ini diceritakan di dalam hadith sahih berkenaan Isra' Mikraj yang panjang. Kata Anas Bin Malik bahawa ketika Nabi SAW menceritakan tentang peristiwa Isra’ dan Mikraj, Baginda menyebut juga:

ثُمَّ فُرِضَتْ عَلَيَّ الصَّلَوَاتُ (الصَّلَاةُ) خَمْسِينَ صَلَاةً كُلَّ يَوْمٍ فَرَجَعْتُ فَمَرَرْتُ عَلَى مُوسَى فَقَالَ بِمَ (بِمَا) أُمِرْتَ قَالَ أُمِرْتُ بِخَمْسِينَ صَلَاةً كُلَّ يَوْمٍ قَالَ إِنَّ أُمَّتَكَ لَا تَسْتَطِيعُ خَمْسِينَ صَلَاةً كُلَّ يَوْمٍ وَإِنِّي وَاللهِ قَدْ جَرَّبْتُ النَّاسَ قَبْلَكَ وَعَالَجْتُ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَشَدَّ الْمُعَالَجَةِ فَارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ لِأُمَّتِكَ فَرَجَعْتُ فَوَضَعَ عَنِّي عَشْرًا فَرَجَعْتُ إِلَى مُوسَى فَقَالَ مِثْلَهُ فَرَجَعْتُ فَوَضَعَ عَنِّي عَشْرًا فَرَجَعْتُ إِلَى مُوسَى فَقَالَ مِثْلَهُ فَرَجَعْتُ فَوَضَعَ عَنِّي عَشْرًا فَرَجَعْتُ إِلَى مُوسَى فَقَالَ مِثْلَهُ فَرَجَعْتُ فَأُمِرْتُ بِعَشْرِ صَلَوَاتٍ كُلَّ يَوْمٍ فَرَجَعْتُ فَقَالَ مِثْلَهُ فَرَجَعْتُ فَأُمِرْتُ بِخَمْسِ صَلَوَاتٍ كُلَّ يَوْمٍ فَرَجَعْتُ إِلَى مُوسَى فَقَالَ بِمَ (بِمَا) أُمِرْتَ قُلْتُ أُمِرْتُ بِخَمْسِ صَلَوَاتٍ كُلَّ يَوْمٍ قَالَ إِنَّ أُمَّتَكَ لَا تَسْتَطِيعُ خَمْسَ صَلَوَاتٍ كُلَّ يَوْمٍ وَإِنِّي قَدْ جَرَّبْتُ النَّاسَ قَبْلَكَ وَعَالَجْتُ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَشَدَّ الْمُعَالَجَةِ فَارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ لِأُمَّتِكَ قَالَ سَأَلْتُ رَبِّي حَتَّى اسْتَحْيَيْتُ وَلَكِنِّي (وَلَكِنْ) أَرْضَى وَأُسَلِّمُ قَالَ فَلَمَّا جَاوَزْتُ نَادَى مُنَادٍ أَمْضَيْتُ فَرِيضَتِي وَخَفَّفْتُ عَنْ عِبَادِي

“Kemudian diwajibkan ke atas aku 50 kali solat setiap waktu. Maka aku kembali dan melepasi Musa. Maka Nabi Musa bertanya: “Apa yang telah diperintahkan terhadap engkau?” Nabi SAW menjawab: “Aku diperintahkan dengan 50 kali solat pada setiap hari.” Kata Nabi Musa: “Sesungguhnya umat engkau tidak akan mampu untuk melakukan 50 kali solat pada setiap hari. Aku telah cuba pada orang sebelum engkau dan aku telah cuba dengan semaksimum mungkin pada Bani Israil. Kembalilah semula pada Allah dan minta keringanan daripada-Nya untuk umatmu.”

Kata Nabi SAW: “Maka aku kembali lalu Allah kurangkan sepuluh daripada jumlah yang diberikan. Lalu aku kembali kepada Nabi Musa dan Baginda sebut perkara yang sama. Lalu aku kembali kepada Allah dan Dia mengurangkan sepuluh lagi. Lalu aku kembali kepada Nabi Musa dan Baginda menyebutkan lagi perkara yang sama. Lalu aku kembali lagi kepada Allah dan Dia mengurangkan lagi sepuluh. Aku kembali kepada Nabi Musa dan Baginda menyebutkan perkara yang sama. Lalu aku kembali semula kepada Allah dan aku diperintahkan dengan 10 kali solat setiap hari. Aku kembali lagi dan Nabi Musa menyebut perkara yang sama. Aku kembali menemui Allah dan aku diperintahkan dengan solat 5 kali pada setiap hari. Maka aku kembali kepada Nabi Musa.”

Nabi Musa berkata: “Wahai Muhammad, engkau diperintahkan dengan apa?” Kata Nabi SAW: “Aku diperintahkan dengan solat 5 kali setiap hari.” Nabi Musa berkata: “Sesungguhnya umat engkau tidak akan mampu untuk melakukan 5 kali solat setiap hari. Aku telah cuba pada orang sebelum engkau dan aku telah cuba untuk melakukannya pada Bani Israil semaksimum mungkin. Kembalilah kepada Allah dan mintalah keringanan daripada-Nya untuk umatmu.” Nabi SAW bersabda: “Aku telah minta sehingga aku menjadi malu untuk meminta kurang akan tetapi aku redha dan aku berserah. Apabila aku berlalu ada suara yang menyeru: Aku telah jalankan kewajipanku dan Aku telah kurangkan bebanan hamba-Ku.” [Riwayat Al-Bukhari (3887)]

Potongan daripada hadith yang panjang ini menjelaskan bagaimana perintah solat 5 waktu sehari semalam diwajibkan. Pada zahirnya kisah ini seakan-akan menampakkan kelemahan Nabi SAW kerana tidak menjalankan terus apa yang telah diperintahkan. Ditambah pula Baginda terus merujuk kepada Nabi Musa. Tidak seperti Nabi Ibrahim dan anaknya yang tidak banyak mempersoalkan apatahlagi meminta pengurangan daripada perintah yang telah ditetapkan seperti mana dakwaan sesetengah pihak lalu menjadikan alasan ini untuk memalsukan kisah berkenaan Isra' dan Mikraj.

Namun begitu, dakwaan yang dilakukan oleh sebahagian pihak tersebut adalah satu dakwaan yang mengarut.

Pada hakikatnya, dilakukan oleh Nabi SAW menzahirkan sifat rahmat dan belas kasihan Nabi SAW kerana tidak mahu melihat umat Baginda terbeban. Bahkan Baginda SAW merujuk kepada Nabi Musa adalah kerana disebabkan perintah solat juga turun secara khusus kepada Bani Israil.

Perkara ini disebutkan oleh Al-Qurtubi sepertimana yang dinukilkan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani. Al-Qurtubi menyebut: “Di antara hikmah mengapa Nabi SAW merujuk kepada Nabi Musa adalah berkemungkinan umat Nabi Musa juga ditaklifkan dengan perintah solat yang mana ianya tidak diperintahkan kepada umat sebelumnya. Yang mana perintah tersebut dilihat berat untuk dilakukan oleh umat Nabi Musa. Oleh kerana itu, Nabi Musa memberikan pandangan atas dasar belas kasihan terhadap umat Nabi Muhammad SAW. Isyarat ini boleh dilihat melalui kata Nabi Musa ‘aku telah cuba untuk umatku’. (Rujuk: Fath Al-Bari Syarh Sahih Al-Bukhari, 7/202)

Maka ini jelas menunjukkan bahawa bukannya Nabi SAW tidak mahu melaksanakan terus perintah Allah. Tambahan pula, kesemua para Nabi dan Rasul adalah orang yang pertama sekali melaksanakan apa juga perintah Allah SWT. Akan tetapi isyarat daripada apa yang dilakukan Nabi adalah satu rahmat dan mengambil kira kemampuan umatnya untuk menjalankan apa yang telah diwajibkan oleh Allah SWT. Jika umat Nabi Musa pun tidak mampu untuk menggalas kewajipan tersebut apatah lagi umat Nabi SAW. Perkara ini sudah semestinya akan membawa kepada kecuaian bahkan lebih teruk daripada itu meninggalkan terus perintah solat. Oleh kerana itu, Nabi SAW mengambil kira apa yang telah diperkatakan oleh Nabi Musa sebagai satu cara supaya umatnya dapat terus melaksanakan solat dan taat akan perintah Allah.

Dari satu sudut yang lain, tidakkah ini menunjukkan hikmah daripada Allah bahawa pengurangan solat sehingga menjadi 5 waktu menjadikan agama ini mudah untuk diamalkan. Ini bertepatan dengan apa yang telah Allah SWT jelaskan di dalam Al-Quran:

مَا يُرِيدُ ٱللَّـهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍ
“Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan).” (Surah Al-Maidah: 6)

Di dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman:

وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِى ٱلدِّينِ مِنْ حَرَجٍ
“Dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama.” (Surah Al-Hajj: 78)

Perkara ini dikuatkan lagi di dalam ayat yang lain. Firman Allah:

يُرِيدُ ٱللَّـهُ بِكُمُ ٱلْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلْعُسْرَ
“Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.” (Surah Al-Baqarah: 185)

Inilah di antara hikmah yang Allah SWT ingin tonjolkan iaitu menjadikan agama ini mudah untuk diamalkan dan tidak memberatkan. Bahkan menonjolkan sifat agama ini yang sentiasa menyenangkan bukan menyusahkan. Bayangkan jika solat 50 waktu dilaksanakan, sudah pasti akan mewujudkan perasaan yang berat di kalangan umat Islam dan menyebabkan adanya kecuaian terhadap perintah-perintah lain khususnya mengimarahkan bumi. Pengurangan sehingga menjadi 5 kali solat setiap hari menjadikan umat Islam lebih produktif dan tidak ada alasan lagi untuk tidak melaksanakan perintah solat.

Kesimpulan

Dakwaan mengatakan bahawa kisah Isra' dan Mikraj palsu adalah disebabkan kisah tersebut menonjolkan kelemahan Nabi SAW adalah satu dakwaan yang mengarut dan tersasar dari hakikat sebenar. Ia adalah kisah yang mutawatir yang tidak boleh diingkari. Kisah Isra’ dan Mikraj khususnya berkenaan pengurangan daripada 50 kali solat kepada 5 kali solat setiap hari menzahirkan kehendak Allah SWT agar agama ini khususnya solat yang menjadi tiang agama mudah untuk diamalkan bukannya menyusahkan sehingga dicuaikan.

Semoga Allah menjauhkan kita daripada syubhat dan keraguan terhadap perkara yang telah tsabit di dalam agama. Wallahu’alam.

Oleh: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/mendakwa-kisah-isra-mikraj-palsu-kerana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Isra Miraj Langit Cemburu Pada Bumi Lalu Merayu Tuhan Agar Dikunjungi Nabi Muhammad

Kisah Isra Miraj Langit Cemburu Pada Bumi Lalu Merayu Tuhan Agar Dikunjungi Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 232 hits
Isra Miraj merupakan satu di antara mukjizat Nabi Muhammad SAW sekaligus sebagai bukti kenabian dan kerasulan beliau Isra Miraj sendiri dimengerti sebagai perjalanan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram yang ada di Meka...
Kisah Di Masa Rasulullah Lafal Adzan Diubah Dan Diminta Sholat Di Rumah

Kisah Di Masa Rasulullah Lafal Adzan Diubah Dan Diminta Sholat Di Rumah

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 196 hits
Wabah virus corona atau COVID 19 berdampak nyata pada kegiatan sehari hari termasuk sholat berjamaah yang biasa dilakukan di masjid Dalam fatwanya Majelis Ulama Indonesia atau MUI membolehkan masyarakat yang terinfeksi virus corona atau ber...
Jangan Sebar Berita Palsu

Jangan Sebar Berita Palsu

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 724 hits
Negara kita sekarang ini sedang dalam menghadapi gejala wabak virus COVID 19 yang mengancam kesihatan rakyat dan hingga membawa maut Sebagai rakyat yang bertanggung jawab janganlah suka suka sebarkan sebarang berita yang belum sahih atau pa...
Haruskah Gigi Palsu Jenazah Dicabut

Haruskah Gigi Palsu Jenazah Dicabut

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 543 hits
Gigi Palsu Jenazah Pertanyaan Ustadz kemaren ada yang meninggal jenazahnya punya gigi palsu nah kita lupa mencabutnya nah bagaimana hukum gigi palsu tersebut Jawaban Bismillah wassholatu wassalamu ala Rasulillah wa ala Aalihi wa Ash habihi ...
Tular Empat Lokasi Panas Covid 19 Di Selangor Palsu

Tular Empat Lokasi Panas Covid 19 Di Selangor Palsu

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 229 hits
SHAH ALAM 24 MAC Empat lokasi panas Covid 19 di Selangor yang disebar menerusi WhatsApp adalah palsu Perkara berkenaan disahkan jurucakap pejabat Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari hari ini Sejak semalam tular di media sosial mesej...
Mcmc Wujudkan Portal Sebenarnya My Untuk Tangani Berita Palsu

Mcmc Wujudkan Portal Sebenarnya My Untuk Tangani Berita Palsu

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 374 hits
MCMC Wujudkan Portal SEBENARNYA MY Untuk Tangani Berita Palsu Assalammualaikum semua Sejak media sosial mula digunakan pelbagai perkara aneh aneh berlaku Spekulasi demi spekulasi mula diterbitkan Medium yang digunakan sudah semestinya blog ...
Perlu Kerjasama Strategik Bendung Berita Palsu Covid 19

Perlu Kerjasama Strategik Bendung Berita Palsu Covid 19

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 153 hits
By 27 March 2020Datuk Seri Ahmad Zahid HamidiKUALA LUMPUR Kerajaan perlu wujudkan kerjasama strategik antara SKMM dan PDRM bagi menangani penularan berita tidak benar berkaitan Covid 19 agar rakyat tidak panik Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad...
Saman Rm200 Tak Pakai Topeng Muka Adalah Palsu

Saman Rm200 Tak Pakai Topeng Muka Adalah Palsu

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 309 hits
KUANTAN Polis Pahang menafikan rakaman audio walkie talkie polis berhubung arahan saman mandatori bagi kesalahan menaiki kenderaan lebih daripada seorang dan tidak memakai topeng muka semasa memandu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergera...
Elak Terjerat Dengan Berita Palsu

Elak Terjerat Dengan Berita Palsu

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 103 hits
Pada 25 Mac 2020POJOK Ketika rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama menunjukkan solidariti dalam melawan penularan Covid 19 terdapat segelintir pihak tidak bertanggungjawab dilihat giat menyebarkan berita berita palsu Berita berita pa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut