Mcmc Wujudkan Portal Sebenarnya My Untuk Tangani Berita Palsu
MCMC Wujudkan Portal SEBENARNYA.MY Untuk Tangani Berita Palsu. Assalammualaikum semua! Sejak media sosial mula digunakan, pelbagai perkara aneh-aneh berlaku. Spekulasi demi spekulasi mula diterbitkan. Medium yang digunakan sudah semestinya blog konspirasi, sebaran mesej di whatsapp dan kini trend di facebook dan twitter menjadi platfom membawang. Kemudian isu-isu ini menjadi tular viral dan membimbangkan pihak kerajaan. Dari cakap kosong netizen, pastinya ada netizen lain yang mempercayainya. Sebagai contoh, mereka yang mudah termakan dek mesej-mesej provokasi tersebut. Pandai mereka yang membuat copywriting ini membeli jiwa para netizen. Tapi, ia bakal merosakkan hubungan baik diantara rakyat dan kerajaan. Peliknya kita marah / percaya kepada sesuatu benda yang tidak pasti.
MCMC Wujudkan Portal SEBENARNYA.MY Untuk Tangani Berita Palsu.
Portal SEBENARNYA.MY adalah sebuah pusat sehenti bagi rakyat Malaysia yang diwujudkan oleh Malaysian Communications and Multimedia Commission / Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Ia untuk menyemak sebelum berkongsi berita yang tidak ditentukan kesahihannya, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-lain. Dengan adanya portal ini diharap gejala penularan berita palsu dalam talian yang boleh memberi kesan kepada masyarakat dan negara, dapat ditangani dengan berkesan.
Ruby mengetahu kewujudan portal ini apabila ada seorang ahli dalam group whatsapp menyelar penyebaran mesej-mesej berantai tentang #COVID19. Beliau berkata "Jika tidak pasti sebenarnya.my kan ada. Boleh cek disini". Jadi, Ruby pun klik. Wah dah wujud portal ini sejak 2001 lagi! Portal ini semakin konsisten membantu kita menangani berita palsu sejak 2013. Ini adalah permehatian Ruby dari arkib portal SEBENARNYA.MY. Jadilah masyarakat, rakyat, ibu bapa, anak-anak dan adik-beradik yang bijak. Jangan mudah menyebarkan informasi yang tidak pasti.
Berita Palsu Mengganggu Usaha Kerajaan Menangani Wabak COVID-19
Ruby faham, kita nak tahu berita dengan sepantas kilat. Tetapi kita kena faham setiap berita harus ditapis sebab kerajaan tidak mahu situasi panik. Sekarang sudah hari ke lapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) / Restrict Movement Order (RMO) / Movement Control Order (MCO) lagi bertambah resah mereka yang #StayAtHome tu. #WorkFromHome pun jadi tidak efektif dengan gangguan anak-anak, isteri masak 24 jam, mengantuk, malas bersenam dan risau tentang berita kematian setiap hari. Jangan ganggu inisiatif kerajaan. Ruby pasti ramai sudah ikuti Telegram MKN dan KKM. Percaya kepada satu sumber sahih. Tidak perlu mengulas tindakan YDPA, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan or what so ever. Elakkan diri dari menjadi batu api. Okay? Tarik nafas... Hembusss.... Duduk Rumah!
Diantara isu paling PALSU adalah semakan pengeluaran KWSP i-Lestari. Advance ya bab nak scam orang ramai. Yang orang ramai pun satu hal, laman web dan aplikasi KWSP kan ada. Kenapa nak masuk laman web bukan official? Aneh betul.
Muat Turun Aplikasi SEBENARNYA.MY
Google Play : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.gov.mcmc.sebenarnyamy
Apple Store : https://apps.apple.com/us/app/sebenarnya-my/id1358556098?ls=1
www.sebenarnya.my
www.t.me/sebenarnyamy
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruby.my/2020/03/mcmc-wujudkan-portal-sebenarnya.my.html