Ketahui 12 Benda Yang Boleh Dibersihkan Guna Lemon


Ketahui 12 Benda Yang Boleh Dibersihkan Guna Lemon
Dalam kehidupan seharian, menjaga kebersihan rumah amat penting untuk memastikan keselesaan dan kesihatan ahli keluarga.
Kebiasaannya, kita banyak bergantung kepada produk pembersih berasaskan bahan kimia untuk menanggalkan kotoran dan membasmi kuman.
Namun, ramai yang tidak tahu bahawa buah kuning ini juga mempunyai kegunaan yang sangat praktikal dalam kerja-kerja pembersihan.
Selain digunakan dalam masakan dan minuman, lemon juga berfungsi sebagai agen pencuci semula jadi yang mampu menghilangkan kotoran di rumah anda.
Papan pemotong kayu Papan pemotong kayu perlu dibersihkan dengan betul sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi memastikan kebersihannya terjamin.
Caranya mudah, iaitu taburkan garam laut kasar di atas permukaannya dan gosok menggunakan separuh lemon dengan bahagian isi menghadap ke bawah.
Langkah ini penting untuk menanggalkan dan membersihkan kotoran terutamanya pada bahagian liang-liang halus di kayu.
Gril barbeku Kaedah menggunakan lemon dan garam turut berkesan untuk membersihkan kotoran degil di atas permukaan gril barbeku.
Caranya ialah dengan menaburkan garam laut kasar pada permukaan gril dan gosokkan menggunakan lemon.
Asid dalam lemon dapat membantu melarutkan minyak degil, manakala garam berfungsi untuk menanggalkan sisa makanan yang melekat.
Kesan kotoran di kaunter dapur Untuk membersihkan kesan degil di kaunter dapur, perahkan jus lemon ke atas kesan tersebut dan biarkan selama satu hingga dua minit.
Selepas itu, taburkan baking soda dan gosok permukaan kotoran menggunakan span atau berus yang sesuai.
Namun begitu, jus lemon tidak boleh dibiarkan terlalu lama kerana kandungan asidnya boleh merosakkan permukaan.
Singkirkan kesan mineral dalam periuk kopi Lapisan putih yang terbentuk dalam periuk kopi atau cerek ialah kesan mineral air yang boleh menjejaskan rasa minuman.
Untuk membersihkannya, rebus beberapa hirisan lemon di dalam bekas tersebut, biarkan selama sejam dan bilas bersih.
Mencerahkan kain putih Satu cawan jus lemon boleh ditambahkan ke dalam cucian pakaian putih untuk bertindak sebagai peluntur semula jadi.
Bagi kesan kekuningan di bawah lengan, sapu campuran lemon, baking soda, air dan biarkan selama 30 minit sebelum mencuci.
Membersihkan pengisar sisa makanan  Jika pengisar sisa makanan anda berbau, potongkan separuh lemon kepada beberapa bahagian kecil dan masukkan ke dalam alat tersebut.
Campurkan juga bersama sedikit baking soda atau sabun pencuci dan pusingkan dengan air yang mengalir selama satu hingga dua minit. Bau akan hilang serta-merta.
Menghilangkan bau busuk dalam peti sejuk Jika peti sejuk anda mengeluarkan bau tidak menyenangkan, rendam bebola kapas dalam jus lemon dan letakkan di dalam mangkuk kecil dalam peti sejuk.
Sebagai tip tambahan, tukar bebola kapas anda setiap minggu untuk dapatkan hasil yang terbaik.
Menghilangkan minyak pada periuk dan kuali Lemon merupakan bahan semula jadi yang sangat membantu dalam mencuci periuk atau kuali yang berminyak.
Kandungan asid sitrik dalam lemon berfungsi untuk melarutkan minyak degil dan sisa makanan yang melekat, sekali gus menjadikan kerja mencuci lebih mudah dan cepat.
Untuk membersihkannya, perahkan jus lemon ke dalam periuk bersama sedikit sabun pencuci, kemudian gosok seperti biasa menggunakan span.
Kombinasi ini mampu menanggalkan lapisan minyak yang tebal tanpa perlu menggosok periuk anda dengan kuat.
Mengilatkan paip chrome dan loyang Potong lemon dan gosok bahagian isi pada paip bilik air atau dapur yang diperbuat daripada chrome atau loyang untuk menghilangkan kesan kotoran dan mineral.
Selepas itu, keringkan segera dan elakkan menggunakan kaedah ini pada bahan selain chrome atau loyang.
Membersihkan dasar periuk tembaga Jika diperhatikab, tembaga di rumah anda mudah menjadi hitam atau kehijauan selepas lama digunakan.
Untuk membersihkannya, gosok bahagian bawah periuk menggunakan lemon, bilas dan lap sehingga kering.
Menghilangkan sisa makanan melekat dalam ketuhar gelombang mikro Campurkan dua sudu besar jus lemon dengan 3/4 cawan air dalam mangkuk tahan gelombang mikro untuk hilangkan sisa kotoran pada permukaan ketuhar.
Panaskan selama 3–4 minit sehingga mendidih, kemudian biarkan wap terperangkap selama 10 minit dan lap bahagian dalam ketuhar menggunakan kain lembap.
Mencuci cermin dan kaca Gabungkan tiga sudu jus lemon dengan satu cawan air ke dalam botol semburan dalam kuantiti yang kecil kerana campuran ini tidak tahan lama.
Semburkan pada permukaan cermin atau kaca, kemudian lap menggunakan kain mikrofiber atau tisu dapur untuk hasil yang bersih dan berkilau.
BACA: Hati-Hati, Ini 10 Peralatan Elektrik Boleh Buat Bil Naik
BACA: Lapar Tengah Malam? Ini 7 Snek Kenyang, Berat Tak Naik
BACA: Tip: 8 Benda Anda Boleh Bersihkan Guna Garam 
Sumber: Reader’s Digest
The post Ketahui 12 Benda Yang Boleh Dibersihkan Guna Lemon appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/17/ketahui-12-benda-yang-boleh-dibersihkan-guna-lemon/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Boleh Guna Istilah No Pork No Lard Jika Bukan Pemegang Sijil Halal Jais

Tak Boleh Guna Istilah No Pork No Lard Jika Bukan Pemegang Sijil Halal Jais

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 175 hits
Tak Boleh Guna Istilah No Pork No Lard Jika Bukan Pemegang Sijil Halal JAIS Pasti ramai yang perasan bahawa ada sesetengah restoran yang menggunakan istilah muslim friendly dan no pork no lard walaupun mereka bukan pemegang Sijil Pengesahan...
Janji Dengan Anak Dia Boleh Guna Telefon Waktu Tertentu Je

Janji Dengan Anak Dia Boleh Guna Telefon Waktu Tertentu Je

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 141 hits
SUBANG JAYA Berwaspada dengan penggunaan gajet penyanyi dan penyanyi Erra Fazira hanya memberikan akses penuh telefon bimbit kepada anaknya Engku Aleesya selepas berusia 16 tahun dengan syarat tertentu Erra atau nama lengkapnya Fazira Wan C...
8 Benda Yang Anda Tak Patut Bersihkan Guna Air

8 Benda Yang Anda Tak Patut Bersihkan Guna Air

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 286 hits
8 Benda Yang Anda Tak Patut Bersihkan Guna Air Air sering dianggap sebagai agen pembersih paling selamat murah dan mudah didapati Namun tidak semua permukaan atau barangan sesuai dibersihkan dengan air Dalam beberapa keadaan air sebenarnya ...
Jiwa Guna Line Internet Umobile

Jiwa Guna Line Internet Umobile

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 287 hits
Adoiii Dah taktau sebenarnya kita ni berada dekat mana Kategori ke tengah tengah hutan sebenarnya Yang dikelilingi bukit bukau tersorok tengah tengah bukit tak dapat nak capai ke apa Jiwa guna line internet Tau tak sebulan dua ni line phone...
Lima Remaja Didakwa Guna Perkataan Mencela Terhadap Zara Qairina

Lima Remaja Didakwa Guna Perkataan Mencela Terhadap Zara Qairina

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 512 hits
Lima Remaja Didakwa Guna Perkataan Mencela Terhadap Zara Qairina KOTA KINABALU 20 Ogos Lima remaja perempuan didakwa di Mahkamah Kanak Kanak di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap seorang pelajar tingkatan s...
Perlis Salah Guna Kuasa Dua Kakitangan Jabatan Kerajaan Direman

Perlis Salah Guna Kuasa Dua Kakitangan Jabatan Kerajaan Direman

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 814 hits
Aizat Sharifam hmetro com myANGGOTA SPRM Perlis membawa keluar dua suspek di Mahkamah Kangar bagi membantu siasatan salahguna jawatan untuk kepentingan peribadi membabitkan penyelewengan perolehan kerajaan negeri bernilai hampir RM100 000 F...
Mengaku Tidak Bersalah Tikam Adik Guna Gunting

Mengaku Tidak Bersalah Tikam Adik Guna Gunting

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 166 hits
MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALIRAJASKANA diiringi anggota polis selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menikam adik kandungnya Foto oleh ARIF HAMIZAN MISKON KOSMO MELAKA Seorang juruelektrik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Maj...
Bayar Sarapan Guna Duit Lukis Sendiri

Bayar Sarapan Guna Duit Lukis Sendiri

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 307 hits
Bayar sarapan guna duit lukis sendiri Tangkap layar menunjukkan sekeping kertas yang dilukis untuk menyerupai wang sebenar Instagram JAKARTA Seorang lelaki di Indonesia mengundang perhatian ramai apabila membeli sarapan di sebuah warung men...
7 Individu Ditahan Guna Wang Rm100 Palsu Di Langkawi

7 Individu Ditahan Guna Wang Rm100 Palsu Di Langkawi

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 410 hits
Langkawi Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita selepas disyaki menggunakan wang kertas RM100 palsu di beberapa premis sekitar daerah ini semalam Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Samsulmuddin Sulaiman berkata sem...
Kekecohan Bersatu Tunjuk Ada Yang Tak Beres Antara Muhyiddin Hamzah

Pelawak Terkenal Indonesia Sule Dilaporkan Sakit

Kita Bertanggungjawab Dengan Apa Yang Kita Kata

Cara Kaifiyat Solat Sunat Gerhana Bulan

Solat Sunat Gerhana Bulan Panduan Jakim Jabatan Mufti

Kisah Tukang Kayu 40 Hari Di Alam Kubur Antara Cerita Dan Hakikat

Marjinal Negri Ngeri Chord

Juara Pertandingan Dekorasi Ruang Merdeka 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nora Danish Jadi Perhatian Dakwaan Temui Pengganti Tapi Nafi Akan Bernikah

Buasir Otak Tv Budak Jumpa Duit Dalam Longkang Be Like

Ketenangan Hati Adalah Kekayaan Sebenar

Long Weekend Ii Proudmommoment Maulidur Rasul And In Between

Sunflower Di Castle Farm Pada 31 Ogos 2025

Tips Sebelum Mengisi Borang Upu