Mendaki Gunung Mat Chinchang Di Pulau Langkawi




Gunung Mat Chinchang ada beberapa puncak yang telah diterokai dan dibuka kepada pelancong untuk aktivity mendaki dan pelancongan. Antara puncak popular dikalangan pendaki adalah puncak 701 dan puncak 711 atau puncak "seven eleven" yang dikatakan mempunyai jalur yang terbuka dan agak mencabar. Saya dan dua orang kawan mendaki puncak Mat Chinchang 701 dan kami ditemani tiga orang teman baru. Kami berkumpul di kawasan pakir Telaga Tujuh jam 7:30 pagi pada akhir November 2021. Setelah semua bersedia kami memulakan pendakian mendaki anak-anak tangga menuju ke tempat perkelahan di Telaga Tujuh



Setelah mendaki 20 minit kami sampai di kawasan perkelahan Telaga Tujuh. Di sini terdapat wakaf, tandas, pejabat ranger dan surau. Kami berehat sebentar dan kemudian meneruskan pendakian setelah menyeberangi sungai di bahagian cetek. 



Trek 701 jelas, bertanda dan jalur diselenggara baik. Setelah 10 minit trekking, kami sampai di Kem Saintis. Kami meneruskan perjalanan dan 30 minit kemudian kami sampai di Kem Tok Ayah. Jalur ke sini masih landai dan terdapat sebuah wakaf didirikan di kem ini. Kawasan perhemahan juga agak besar dan rata. Kami berehat seketika sebelum meneruskan pendakian. 





Mulai dari sini, trek mula menegak sampai ke puncak. Target kami kemudian adalah point "U Turn". Kami sampai di point "U Turn" pada jam 09:25 pagi. Kami berehat lagi di sini selama 25 minit. Kemudian kami meneruskan pendakian santai dan berhenti di beberapa kawasan untuk melepaskan lelah dan merakam gambar. 






Jam 11:00 pagi kami sampai di kawasan akar melingkar yang menjadi spot "peveret" pendaki. Kami berhenti agak lama di sini, mengambil giliran merakam gambar. Dari sini kami melihat jaringan "Cabel car" yang menobatkan salah satu puncak Gunung Mat Chincang menjadi tempat mesti lawat dalam carta pelancongan Pulau Langkawi. Cuaca hari itu sangat cerah, memberi peluang kami menyaksikan keindahan alam Pulau Langkawi. 



Kemudian kami meneruskan pendakian ke puncak dan sampai di salah satu puncak Gunung Mat Chinchang yang berada di ketinggian 701 mdpl pada jam 11:30 pagi. Kami berehat agak lama di puncak ini, merakam gambar dan menjamu selera. Jam 12:15 tengahari kami mula bergerak turun melalui jalur kami mendaki tadi. 


Dalam perjalanan turun, kami singgah mandi manda di Blue Pool, kolam berwarna "turquoise" yang menjadi lubuk mutiara di Telaga Tujuh. Kami sampai di Blue Pool pada jam 14:10 petang. Dua teman kami tidak menyertai aktivity mandi di kolam yang segar dan nyaman ini kerana ingin balik awal. 



Kami  berempat bermandi manda dan merakam photo agak lama di sini sehingga teman kami mengajak kami ke Green Pool pula. Kami bersetuju dan meneruskan perjalanan turun sehingga dia memandu kami ke lorong tidak bertanda dan jalur agak samar. Setelah menyimpang keluar dari jalur biasa, kami sampai di "Green pool". Kelihatan seperti "Green Pool" jarang dikunjungi. Kami mandi manda lagi di sini sepuasnya. 




Jam 16:05 kami bergerak keluar dari kawasan "Green Pool" dan sampai di kawasan perkelahan Telaga Tujuh pada jam 16:20 petang. Kami berhenti sebentar di sini untuk merakam gambar dan teman baru  yang merakumi guide kami pada hari ini meminta diri untuk pulang dahulu. 



Berehat seketika di sini, kami kemudian bergerak turun melalui trek tangga hingga ke tapak pakir. Sebelum pulang, kami menjamu selera di gerai tapak pakir dan kami kemudian pulang dengan Grap pada jam 18:00 petang

Itenerary:07:30 - Berkumpul di tapak pakir. 07:35 - Mulai mendaki. 07:55 - Sampai di kawasan perkelahan Telaga Tujuh. 08-15 - Kem Saintis. 08:45 - Kem Tok Ayah. 08:25 - Point "U Turn" 11:00 - Puncak Mat Chinchang 70112:15 - Bergerak turun. 14:10 - Blue Pool15:40 - Green Pool16:20 - Kawasan perkelahan Telaga Tujuh. 18:00 - Bergerak pulang menaiki Grap. 
Guide:1: Amirul 01740673182: Yatie 017 4167886





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalankegunung.blogspot.com/2021/12/mendaki-gunung-mat-chinchang-di-pulau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Giliran Roti Canai Kayangan Pulau Langkawi Pula Menjadi Tular Harga Sekeping Rm4

Hiburan Giliran Roti Canai Kayangan Pulau Langkawi Pula Menjadi Tular Harga Sekeping Rm4

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 390 hits
Selepas kecoh dengan isu ikan Siakap yang dijual mencecah harga lebih RM1 000 di Langkawi kini terdapat aduan mengenai peniaga menjual sekeping roti canai dengan harga RM4 di pulau pelancongan tersebut 1 minggu laluSiakap Kayangan Peniaga B...
Mendaki Bukit Batu Licin Di Pulau Tuba

Mendaki Bukit Batu Licin Di Pulau Tuba

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 1026 hits
Terdapat banyak tempat hiking yang telah popular dan sedang dirintis untuk diperkenalkan kepada pengunjung pulau nelayan ini Saya dan dua orang teman bercuti di Pulau Tuba dan bermalam di Tuba Beach Resort Kami merancang mendaki ke Bukit Ba...
Mat Hasan Says Pas President S Statement On Muafakat Pact Misguided

Mat Hasan Says Pas President S Statement On Muafakat Pact Misguided

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 321 hits
PAS president Abdul Hadi Awang had made a misguided claim in accusing Umno of defying the Muafakat Nasional pact according to Umno deputy president Mohamad Hasan This comes after Hadi s reported claims that PAS reason for rejecting cooperat...
Tok Mat Jangan Buat Lupa Tok Mat Yang Jemput Bersatu Sertai Mn Wan Saiful

Tok Mat Jangan Buat Lupa Tok Mat Yang Jemput Bersatu Sertai Mn Wan Saiful

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 351 hits
MALAYSIA POST KETUA Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa partinya telah dijemput menyertai Muafakat Nasional sebelum ini Justeru beliau mempertikaikan kenyataan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan baru baru ini s...
Kes Penyelewengan Dana Oleh Najib Wakeup Call Untuk Malaysia Mat Sabu

Kes Penyelewengan Dana Oleh Najib Wakeup Call Untuk Malaysia Mat Sabu

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 237 hits
inforakyat netKes penyelewengan dana oleh Najib wakeup call untuk Malaysia Keputusan Mahkamah Rayuan untuk mengekalkan sabitan ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menjadi penanda aras bagi pihak berkuasa untuk ter...
Tok Mat Sanggah Hadi Awang

Tok Mat Sanggah Hadi Awang

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 443 hits
Tanpa terkurang rasa hormat saya kepada Tan Sri Presiden PAS saya menegaskan bahawa pandangan beliau bahawa UMNO telah memungkiri piagam MN adalah tersasar sebenarnya UMNO tidak pernah mungkir pada piagam Muafakat Nasional Kepada rakan raka...
Kari Kambing Pak Mat Western

Kari Kambing Pak Mat Western

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 276 hits
Beberapa bulan lepas Mama Yan ada beli Kambing Perap Pak Mat Western Tak ingat dah beli berapa bungkus Tapi dah beberapa kali juga la bakar Tiap kali bakar MY sorang aje yang makan Anak anak dan suami pandang sepi Suami MY suka je kambing T...
Sebahagian Pendukung Mn Dibuai Kuasa Kerusi Empuk Tok Mat

Sebahagian Pendukung Mn Dibuai Kuasa Kerusi Empuk Tok Mat

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 159 hits
PETALING JAYA Sebahagian pendukung Muafakat Nasional kini cenderung melihat Perikatan Nasional sebagai jalan pintas untuk berkuasa sehingga melupakan agenda perpaduan ummah malah penyatuan merentasi politik telah hilang dalam jati diri masi...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco