Mendaki Bukit Batu Licin Di Pulau Tuba




Terdapat banyak tempat hiking yang telah popular dan sedang dirintis untuk diperkenalkan kepada pengunjung pulau nelayan ini. Saya dan dua orang teman bercuti di Pulau Tuba dan bermalam di Tuba Beach Resort. Kami merancang mendaki ke Bukit Batu Licin hari kedua kami di sini dengan  ditemani seorang guide. Untuk memudahkan pergerakan kami di pulau yang damai ini, kami menyewa motosikal. Kami memakir motosikal di sebuah rumah berdekatan dengan kebun getah. 

Trek Bukit Batu Licin bermula di kawasan kebun getah di kanan Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi. Permulaan trek agak landai namun jalur agak tertutup kerana jarang dilalui semenjak covid melanda. Setelah melalui kawasan kebun getah, kami menyusuri jalur di tepi pagar sekolah sehingga memasuki kawasan hutan.



Kami kemudian menyusuri jalur hutan dan trek mula menaik sedikit. Akar-akar pokok hutan di kawasan ini kelihatan menarik kerana menumpang di pokok-pokok lain dan berlingkar-lingkar, sehingga ada yang menjalar membentuk seperti pintu gerbang. Kami mendaki secara santai sambil bercerita dan merakam gambar. 




Di setengah-setengah bahagian trek terdapat batu-batu besar yang perlu didaki dan kami berpaut menggunakan tali yang telah tersedia dan diikat kuat. Hampir sejam mendaki kami sampai di satu kawasan terbuka yang membolehkan kami melihat Pulau Dayang Bunting yang bertentangan dengan tempat kami berdiri dan pemandangan di bawah sana dengan jelas.


Kami berehat di sini sebentar dan meneruskan pendakian dengan mendaki beberapa lagi batu-batu besar menggunakan tali. Kami kemudian sampai di sebuah lagi batu besar yang menghidangkan pemandangan terbuka. Dari sini kami melihat Selat Bagan Nyior yang memisahkan Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting. Perkampungan Mukim Dayang Bunting dan Noba Resort juga jelas kelihatan. Kami melihat sebatang jambatan yang menghubungkan Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting, juga Chalet Bestuba yang terapong di Selat Bagan Nyior. Saya bertanya tasik yang kelihatan di bawah sana adakah itu Tasik Dayang Bunting. Menurut guide, Tasik Dayang Bunting tidak dapat dilihat dari atas Bukit Licin kerana ia terletak di sebelah sana, di belakang beberapa bukit di Pulau Dayang Bunting. Kami berehat sepuasnya di batu besar di atas Bukit Batu Licin ini. Tidak terdapat papan tanda ketinggian di atas ini



Setelah berehat agak  lama di atas batu besar ini kami sepakat untuk turun dan merancang ke Air Terjun Selat Bagan Nyior untuk mandi. Seperti biasa perjalanan turun lebih cepat dari masa mendaki melalui jalur yang sama kami lalui masa naik tadi. Kemudian guide membawa kami mandi manda di Air terjun Selat Bagan Nyior yang terletak di Pulau Dayang Bunting. Dari Pulau Tuba ke Pulau Dayang Bunting kami menyeberangi Selat Bagan Nyior melalui jambatan simen.



Selesai mandi manda, kami meneruskan perjalanan menerokai Pulau Tuba dengan motosikal dan tujuan seterusnya adalah Gua Wang Buluh

Nota:Guide Aswad :013 7905025Tuba Beach Resort:0122309201, 01110183454, 0175825324



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalankegunung.blogspot.com/2021/12/mendaki-bukit-batu-licin-di-pulau-tuba.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Flora Di The Habitat Bukit Bendera Pulau Pinang

Flora Di The Habitat Bukit Bendera Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 405 hits
The Habitat merupakan taman hutan yang terletak di Bukit Bendera Pulau Pinang Bila masuk hutan saya suka memerhati alam sekeliling Saya suka merakam gambar flora dan fauna satu terapi bagi diri saya Cuma fauna agak susah nak dirakam sebab j...
Rehatkan Minda Menikmati Senja Di Pulau Sayak

Rehatkan Minda Menikmati Senja Di Pulau Sayak

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 539 hits
Rehatkan Minda Menikmati Senja Di Pulau Sayak Hujung minggu selalunya kami akan ambil kesempatan cari lokasi lokasi menarik dan tidak sesak untuk dikunjungi Hari hari terperam kat rumah pun kadang kadang boleh jadi stress juga Kena cari akt...
9 Tempat Menarik Di Pulau Tioman Aktiviti Tips Penting Untuk Anda Explore

9 Tempat Menarik Di Pulau Tioman Aktiviti Tips Penting Untuk Anda Explore

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 340 hits
Banyak Tempat Menarik Di Pulau Tioman Untuk Anda Explore Keindahan Pulau Tioman sudah tidak perlu diperkenalkan lagi
Tabung Covid 19 Pulau Pinang Kumpul Lebih Rm7 1 Juta

Tabung Covid 19 Pulau Pinang Kumpul Lebih Rm7 1 Juta

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 245 hits
Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow GEORGETOWN Tabung COVID 19 Pulau Pinang yang dilancarkan pada Mac tahun lalu sudah menerima sumbangan lebih RM7 1 juta daripada pelbagai pihak termasuk orang awam Ketua Menteri Chow Kon Yeow ber...
Makan Masakan Ala Thai Di Station Warung Kita Tanjung Tokong Pulau Pinang

Makan Masakan Ala Thai Di Station Warung Kita Tanjung Tokong Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 934 hits
Station Warung Kita Tanjung TokongStation Warung Kita ni terletak di Tanjung Tokong berhampiran dengan traffic light Warung tepi jalan jer Tapi nak parking tu hati hati la sikit sebab parking kat bahu jalan jer Nak cari makanan yang style m...
Santai Santai Minum Kopi Dan Western Food Di Bricklin Cafe Bar Jalan Gurdwara George Town Pulau Pinang

Santai Santai Minum Kopi Dan Western Food Di Bricklin Cafe Bar Jalan Gurdwara George Town Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 340 hits
Bricklin Cafe BarBricklin Cafe BarPeminat kopi boleh la nak terjah di Bricklin Cafe Bar ni yang terletak di Jalan Gurdwara George Town Pulau Pinang Cafe ni buka dari jam 9 pagi hingga jam 7 malam pada setiap hari kecuali hari Selasa Cafe ni...
Hiburan Giliran Roti Canai Kayangan Pulau Langkawi Pula Menjadi Tular Harga Sekeping Rm4

Hiburan Giliran Roti Canai Kayangan Pulau Langkawi Pula Menjadi Tular Harga Sekeping Rm4

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 428 hits
Selepas kecoh dengan isu ikan Siakap yang dijual mencecah harga lebih RM1 000 di Langkawi kini terdapat aduan mengenai peniaga menjual sekeping roti canai dengan harga RM4 di pulau pelancongan tersebut 1 minggu laluSiakap Kayangan Peniaga B...
Trip Percutian Ke Pulau Kapas 2021

Trip Percutian Ke Pulau Kapas 2021

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 398 hits
Trip Percutian ke Pulau Kapas pergi dan balik hari Alang alang kami bercuti ke Terengganu kami usahakan juga untuk menakluki Pulau Kapas Jadi barulah cuti lebih bermakna Ini bot yang membawa kami dari Jeti Marang ke Pulau Kapas Trip paling ...
Hiburan Ingin Bercuti Di Pulau Pinang Ini 5 Destinasi Menarik Yang Anda Boleh Kunjungi

Hiburan Ingin Bercuti Di Pulau Pinang Ini 5 Destinasi Menarik Yang Anda Boleh Kunjungi

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 463 hits
Pulau Pinang menjadi salah satu destinasi utama pelancongan domestik pada musim cuti ini kerana ramai orang yang masih risau untuk melancong ke luar negara lebih lebih lagi dengan kemunculan varian baharu virus Covid 19 6 jam laluBerkabus D...
Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital

Jalur Gemilang Burned Stomped Women Harassed In Escalating Malaysian Sri Lankan Tiktok War

Hiburan Kongsi Tips Pertahanan Diri Untuk Wanita Netizen Spekulasi Neelofa Hamil Anak Ketiga Baby Bump Comel

Mee Segera Buat Otak Jadi Lembab Betul Ke


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


A Constitutional Blunder Or A Fictional Blunder

Rahsia Untuk Bebas Dari Hutang

Dabai Specialty Fruit Of Sarawak Malaysia

Cuti Sekolah Kita Berinai Aktiviti Sunnah Yang Seronok

Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine