Sebahagian Pendukung Mn Dibuai Kuasa Kerusi Empuk Tok Mat



PETALING JAYA: Sebahagian pendukung Muafakat Nasional (MN) kini cenderung melihat Perikatan Nasional (PN) sebagai jalan pintas untuk berkuasa sehingga melupakan agenda perpaduan ummah malah penyatuan merentasi politik telah hilang dalam jati diri masing-masing.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, hal ini kerana apabila terdapat dalam kalangan mereka mula dibuai kerusi empuk dan merasai keenakan tampuk kuasa hingga secara perlahan-lahan melupakan semangat MN sehingga seolah-olah semua masalah dan kepentingan Melayu-Islam telah selamat dalam dakapan PN.
Beliau menjelaskan, ketika MN ditubuhkan, UMNO sangat jelas dengan tujuan kewujudannya iaitu mempertemukan dua parti Melayu bersama Pas sekali gus menjadi wadah penyatuan dan kesatuan di atas sikap kejujuran dan keikhlasan.
“Wadah ini harus menjangkau politik. Ia perlu menjadi medan segala kepentingan Melayu dan Islam dibincangkan dan dirumuskan. Oleh kerana itu, UMNO sedari awal tidak mahu ia didaftarkan sebagai sebuah perikatan politik walaupun pelbagai pihak dalam UMNO dan Pas mendesak ke arah itu.
“Bagi UMNO, biarlah MN menjadi wadah yang boleh memayungi semua, bukan sekadar kepentingan politik Pas dan UMNO. Apatah lagi apabila ideologi dan pendekatan kedua-dua parti ini sangat berlainan.
“Yang jelas UMNO tidak pernah membelakang dan meninggalkan MN. Sedikit demi sedikit, dengan segala daya yang ada, MN ini cuba UMNO kukuhkan daripada segenap aspek. Tetapi, sebaik PN terbentuk, MN sudah tidak lagi berseri, sudah tidak ada penarik dan seperti sudah tidak ada erti,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan Pas menolak gagasan MN yang terbelenggu dengan pembabitan hanya UMNO dan parti itu sahaja, malah juga menolak fahaman menafikan adanya masyarakat majmuk yang wajib disertai oleh gagasan lebih besar iaitu PN.
Pimpinan tertinggi UMNO-Pas perlu kembali ke meja rundingan demi ummah

Dalam pada itu, Mohamad kemudian menegaskan perpaduan ummah amat penting, tetapi seharusnya diperjuangkan secara berterusan bukannya bermusim kerana ianya mesti diusaha dan dijayakan sepanjang masa tidak semata-mata ketika pilihan raya dan menguasai Putrajaya.
Justeru itu beliau menjelaskan, muafakat MN juga harus praktikal dan realistik memandangkan UMNO adalah parti politik dan bukan pergerakan sivil atau dakwah sebaliknya merupakan instrumen orang Melayu untuk mengurus negara.
“Ia adalah parti teras BN dengan agenda kepelbagaian budaya dan ia mempunyai kepentingan politik tersendiri. Seperti juga Pas, sebagai parti politik dengan perjuangan, ideologi dan kemahuan tersendiri.
“Oleh kerana itu UMNO tidak pernah mengajak Parti Amanah Negara (Amanah) dan PKR mahupun Parti Pesaka Bumiputera Bersatu di Sarawak untuk menyertai MN kerana kita realistik dan memahami sejarah Pas dengan Amanah. UMNO juga menghargai kelainan PKR dan PBB.
“Maka demikianlah yang berlaku dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pas telah memilih PN dan UMNO menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka dan sedikit terluka.
“Hal ini kerana UMNO sejak awal faham kerana tidak boleh meletakkan MN sebagai penghalang kerjasama politik antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Pas pula tidak boleh menggunakan MN untuk memaksa UMNO menerima Bersatu kerana kami adalah seteru politik yang nyata,” jelas beliau.
Namun Mohamad berkata, perkembangan itu tidak bermakna MN akan ditinggalkan dan sudah tidak relevan dengan Pas boleh teruslah kerjasama dengan PN dan UMNO pula di dalam BN, tetapi jika ada kemaslahatan ummah yang memerlukan kedua-dua parti bertemu dan berbincang, maka MN harus menjadi platform perkara tersebut.
‘Pas kembalilah ke pangkal ummah’ kembali perkasakan MN

Dalam pada itu, beliau menjelaskan kesatuan antara UMNO dan Pas melalui MN pula bukanlah bermakna orang Melayu telah bersatu dan ummah menjadi kuat, malah sebenarnya perpaduan Melayu sebenarnya tidak berpecah dengan teruk.
Kata beliau, hal ini apabila terdapat puluhan juta orang Melayu di luar sana tidak pun menganggotai UMNO atau Pas tetapi tidak bermakna mereka tidak mementingkan perpaduan dan masa depan ummah ini.
“Mereka sekadar mempunyai cita rasa dan cara masing-masing dalam politik. Yang demikian itu, harus kita faham dan hormat.
“Yang paling penting ialah kepentingan mereka diuruskan melalui wadah politik yang pelbagai, dengan cara yang tidak merugikan dan UMNO memilih untuk melakukannya melalui BN kerana telah lebih enam dekad, itulah caranya yang UMNO rasa terbaik.
“Sesungguhnya, perpaduan ummah bukan hanya perpaduan antara UMNO, Pas, dan Bersatu. Ia merangkumi permuafakatan semua yang merentas logo, bendera dan parti. Biar rambut kita beraneka warna, yang penting, hati kita pada bangsa dan agama,” jelas Mohamad. – UTUSAN
Sebahagian pendukung MN dibuai kuasa, kerusi empuk – Tok Mat
Baca Artikel Menarik:
Katak lompat masuk Bersatu, dah tu gubal undang-undang anti lompat kenapa? Kes lelaki maut dicekik, 2 beranak ditahan reman Aishah bercerai lagi? Prof Ridhuan Tee beri amaran: Takkan nak tunggu Pulau Pinang jadi Singapura kedua? [VIDEO] Penunggang motosikal terbabas lihat gadis penjual penkek [VIDEO] Nik Abduh, Khairuddin dan Zuhdi dilantik untuk elak perpecahan Bekas PM kata Melayu malas, sedangkan nelayan keluar sebelum maghrib, balik subuh – Ismail Gempar mayat bogel bangun berjalan Pas tolak MN kalau hanya ada UMNO sahaja – Hadi Seronok Penyanyi Dangdut Amelina Diam-Diam Naik Pelamin, Peminat Siap Ucap Tahniah [VIDEO] Ramai sedih lihat budak jual gam Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAS akan bincang dengan UMNO hadapi PRU-15

The post Sebahagian pendukung MN dibuai kuasa, kerusi empuk – Tok Mat appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/11/27/sebahagian-pendukung-mn-dibuai-kuasa-kerusi-empuk-tok-mat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Bn Ramal Menang 18 Kerusi Yakin Bentuk Kerajaan Negeri Kata Tok Mat

Prn Melaka Bn Ramal Menang 18 Kerusi Yakin Bentuk Kerajaan Negeri Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 218 hits
freemalaysiatoday com November 16 2021 7 15 PMMohamad Hasan berkata BN dan Umno juga sedia merintis kerjasama dengan mana mana pihak dan tidak hanya terhad kepada Perikatan Nasional sahaja MELAKA Barisan Nasional meramalkan mampu menguasai ...
Tok Mat Entah Apa Ilmu Yang Dipakai Hingga Lobai Lobai Ni Lupo

Tok Mat Entah Apa Ilmu Yang Dipakai Hingga Lobai Lobai Ni Lupo

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 180 hits
MALAYSIA DATELINEPersetujuan Pas untuk mencalonkan Datuk Mas Ermieyati Shamsudin sebagai calon ketua menteri Melaka jika Perikatan Nasional menang ditempelak oleh Umno Ia dilakukan oleh rakan baik Pas sendiri dalam usahanya untuk berbaik de...
Melaka Election Not Akademi Fantasia Selection Says Tok Mat

Melaka Election Not Akademi Fantasia Selection Says Tok Mat

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 222 hits
Melaka election not Akademi Fantasia selection says Tok Mat This is not an Akademi Fantasia selection but an election for a five year government That is the message from Barisan Nasional Melaka state election director Datuk Seri Mohamad Has...
Tok Mat Kata Bn Akan Kembali Berkuasa Di Melaka

Tok Mat Kata Bn Akan Kembali Berkuasa Di Melaka

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 187 hits
MELAKA Barisan Nasional meramalkan mampu menguasai 18 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan sekali gus membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri Melaka Sabtu ini Keyakinan itu dinyatakan Pengarah Pilihan Raya BN yang juga Timbala...
Muhyiddin Hanya Ulang Cerita Basi Kata Tok Mat

Muhyiddin Hanya Ulang Cerita Basi Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 286 hits
Robin AugustinAYER KEROH Pemimpin Barisan Nasional berusaha mengetepikan ancaman daripada Bersatu dalam Pilihan Raya Negeri Melaka kerana yakin rakyat di negeri itu bijak menilai kesilapan yang dilakukan oleh Perikatan Nasional Dengan menja...
Umno Pas Mungkin Boleh Kerjasama Dalam Pru Tok Mat

Umno Pas Mungkin Boleh Kerjasama Dalam Pru Tok Mat

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 213 hits
Umno PAS mungkin boleh kerjasama dalam PRU Tok Mat Pertembungan antara Umno PAS dalam pilihan raya negeri Melaka tidak bermaksud dua parti berkenaan tidak boleh bekerjasama dalam pilihan raya umum akan datang kata Timbalan Presiden Umno Moh...
Kita Dah Pagar Calon Bn Dengan Pagar Rusa Tok Mat

Kita Dah Pagar Calon Bn Dengan Pagar Rusa Tok Mat

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 171 hits
Kita dah pagar calon BN dengan pagar rusa Tok Mat Calon Barisan Nasional perlu membayar jutaan ringgit jika calon yang menang dalam pilihan raya negeri Melaka itu melompat parti kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan Beliau yang juga Pen...
Terima Kasih Beri Mandat Kepada Bn Tok Mat

Terima Kasih Beri Mandat Kepada Bn Tok Mat

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 213 hits
Terima kasih beri mandat kepada BN Tok Mat Keputusan tak resmi setakat jam 9pm BN mendahului 19 kerusi Terima Kasih kepada seluruh rakyat Negeri Melaka yang telah memberi mandat kepada Barisan Nasional Tahniah dan terima kasih kepada semua ...
Di Hapuskan Gst Di Beri Tax Holiday 3 Bulan Sampai Negara Hilang Pendapatan Ni Semua Kerja Dap Tok Mat Hassan

Di Hapuskan Gst Di Beri Tax Holiday 3 Bulan Sampai Negara Hilang Pendapatan Ni Semua Kerja Dap Tok Mat Hassan

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 269 hits
Demi hendak bantu puak mereka dari membayar cukai kepada kerajaan supaya duit duit cukai itu boleh disalurkan kepada DAP maka DAP telah menghapuskan GST Setelah hapuskan GST mereka kenakan SST yang tidak telus 16 dan 4 cukai baru Tapi sebel...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun