Mencegah Penuaan Pramatang Menguatkan Tulang Inilah Manfaat Bayam Brazil Yang Ramai Ingin Menanamnya Di Halaman Rumah
17 Khasiat Bayam Brazil, Senang Ditanam Dan Sedap Dimakan
17 Khasiat Bayam Brazil – Bayam Brazil atau juga dikenali sebagai Brazillian Spinach, Poor Man Spinach, Sambu dan juga Samba Lettuce agak popular sejak kebelakangan ini. Banyak ‘group’ di Facebook yang saya ikuti bercerita mengenai sayuran hijau ini yang dikenali juga dengan nama saintifiknya Althernanthera Sissoo
Bentuk daunnya menghijau dan tidak berlendir serta rangup sering dijadikan sebagai salad, masak tumis serta beberapa resipi lain yang mudah disediakan terutama dalam masakan barat. Memakan sayur ini secara mentah/ulam juga menjadi pilihan kebanyakkan orang pada masa kini
Khasiat Bayam Brazil
Selain sedap dimakan, sayuran bayam ini amat kaya dengan khasiatnya iaitu,Melawan kanserMengekalkan kesihatan mataSumber vitamin KMenguatkan tulangMembantu menurunkan berat badanMeningkatkan sistem imuniti badanMembantu sistem penghadamanMengelakkan daripada sembelitMembantu melancarkan darahMencegah anemiaMengatasi masalah gusiMutrisi yang baik untuk pembesaranMengekalkan staminaMengekalkan kesihatan mulutMengikat kalsiumMencegah penuaan pramatangMengekalkan kesihatan ibu mengandung
Cara Menanam Guna Keratan Batang
Pendapat peribadi saya, ianya amat senang ditanam menggunakan keratan batang. Batang yang dipilih mestilah batang yang keras dan tiada masalah serangan ulat daun serta dari pokok yang matang. Sediakan medium tanaman seperti tanah hitam yang dicampur sekam bakar dan semai guna polibeg yang sesuai atau semai terus ke dalam pasu atau di atas batas tanah dan buat teduhan/letakkan di tempat yang redup. Siram dengan air yang cukup pagi dan petang
Cara Makan Bayam Brazil
Cara masak bayam ini adalah dimasak sup dengan suhun, gulai lemak, masak tumis, goreng belacan dan goreng tepung. Selain itu, ianya boleh dijadikan sebagai ulaman segar
Saya sendiri sudah mencuba dan sememangnya ianya sedap dan rangup dimakan segar
Mencegah Penuaan Pramatang, Menguatkan Tulang…Inilah Manfaat Bayam Brazil Yang Ramai Ingin Menanamnya Di Halaman Rumah
Bayam Brazil atau Brazillian Spinach, nama saintifiknya Althernanthera Sissoo mungkin tidak berapa popular di negara kita, namun sayur ini mempunyai banyak khasiat yang ramai tidak tahu
Tidak berlendir serta daunnya yang hijau amat sesuai untuk dijadikan hidangan sebagai salad, ulam serta masak tumis dan banyak lagi resepi lain yang mudah disediakan
Bayam Brazil amat mudah ditanam melalui keratan batang yang sihat serta matang dan tiada masalah serangan ulat daun
Antara resipi popular yang menggunakan sayuran bayam ini ialah Sup Bayam Brazil dan Suhun, Gulai Lemak Bayam Brazil, Sayur Tumis Bayam Brazil, Bayam Brazil Goreng Belacan dan Bayam Brazil Goreng Tepung
Inilah khasiat Bayam Brazil yang ramai tidak tahu, akak wajib tanam depan rumah, senang je tumbuh…
Menurut kajian, ada banyak khasiat Bayam Brazil ni yang ramai tidak tahu atau kurang pendedahan mengenai manfaat sayur ini
Bukan sahaja senang ditanam depan rumah dan sedap rasanya, sayuran bayam ini amat kaya dengan khasiatnya. Amat rugi jika tidak menanam sayur ini
Antara khasiat Bayam Brazil dalam kesihatan ialah mampu melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, kaya dengan vitamin K serta mampu menguatkan tulang
Selain itu Bayam Brazil juga boleh membantu menurunkan berat badan, meningkatkan sistem imuniti badan, membantu penghadaman dan mengelakkan simbelit
Amalan memakan Bayam Brazil mampu membantu melancarkan darah, mencegah anemia serta masalah gusi, mengekalkan stamina badan serta amat baik untuk pembesaran pada kanak-kanak
Buat ibu-ibu yang mengandung, memakan Bayam Brazil sangat baik untuk mengekalkan kesihatan sebelum bersalin, ia juga membantu mengekalkan kesihatan mulut serta amat baik untuk mencegah penuaan Pramatang
Mulai hari ini, akak tanam sayur ni kerana ada banyak khasiat yang terkandung dalam sayur ini… memang rugi kalau tidak memakannya…
Semoga bermanfaat. Jangan lupa like dan share di wall anda.
sumber : majalah perdana dot com dan facebook group
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.zulfattah.com/2019/10/mencegah-penuaan-pramatang-menguatkan.html