Kajian Dedahkan Udara Di Dalam Rumah Lebih Kotor Dari Udara Di Luar Ini Sebabnya


Kesihatan merupakan elemen penting yang perlu dititkberatkan oleh semua orang. Disebabkan dunia pada hari ini terlalu terdedah dengan pelbagai bentuk pencemaran, kesihatan manusia semakin hari semakin terancam disebabkan udara yang disedut ke dalam badan merupakan udara yang tidak bersih. Oleh itu, kualiti udara di persekitaran kita sangatlah penting untuk diambil peduli supaya dapat mencegah masalah ini daripada terus berlarutan.
Kita juga perlu sentiasa menjaga kesihatan badan pada setiap masa sama ada semasa menguruskan hal-hal harian dan juga sewaktu kita tidur. Apa yang pasti, kita tidak tahu apa yang berlaku disekeliling kita sewaktu kita tidur. Oleh itu, kita terlebih dahulu perlu memastikan kualiti udara yang berada disekeliling kita bersih dan nyaman sebelum melelapkan mata.
Ramai yang tidak sedar bahawa kualiti udara di dalam rumah adalah lebih tercemar berbanding udara di luar. Disebabkan anggapan tersebut, ramai yang memilih untuk berada di dalam ruangan rumah supaya tidak terdedah kepada pencemaran yang didakwa terdapat diluar rumah.
Kredit Foto: dyson Memetik laporan United States Environmental Protection Agency (EPA), kualiti udara di dalam rumah berisiko lebih terdedah kepada pencemaran disebabkan barang-barang seperti penyembur aerosol, pewangi bilik, pencuci pakaian, permainan lama dan juga binaan rumah yang telah rosak. Malah, perabot yang terdapat di dalam rumah juga menyumbang kepada pencemaran udara melalui bahan kimia atau cat yang terdapat padanya. Itu belum lagi termasuk dengan bakteria atau zarah kecil yang dikeluarkan sendiri oleh isi rumah.
Kajian juga mendapati bahawa risiko kepada kesihatan seseorang mungkin lebih besar disebabkan pendedahan kepada pencemaran udara di dalam rumah daripada di luar rumah. Perkara ini kerana kebanyakan manusia meluangkan kira-kira 90% masa mereka di dalam rumah, kajian ini turut diterbitkan di dalam journal Science of the Total Environment.
Setiap manusia memerlukan udara yang segar dan bersih supaya dapat memastikan kesihatan mereka terjamin. Walaupun berada di dalam ruangan yang tertutup seperti rumah, bilik tidur dan pejabat, jangan anda tidak tahu bahawa anda masih terdedah kepada pelbagai jenis bakteria seperti habuk dan kuman.

Seperti anda sedia maklum bahawa anda sudah terdedah kepada bakteria di kawasan terbuka seperti di bandar-bandar, namun tak kan di dalam rumah pun masih mahu terdedah kepada bakteria dan habuk-habuk? Perkara ini sering digusarkan oleh kebanyakan orang terutamanya suri rumah yang setiap hari memikirkan cara untuk memastikan ahli keluarganya berada dalam keadaan sihat. Oleh itu, dia perlu memastikan rumah berada di dalam keadaan yang baik dan juga kualiti udara di dalam rumah tidak tercemar. Perkara ini lebih merungsingkan sekiranya mereka mempunyai bayi atau kanak-kanak yang masih kecil yang mana daya tahan badan mereka sangat lemah dan mudah dijangkiti penyakit.
Selain itu, kesibukan bekerja sering menjadi faktor penghalang bagi ketua rumah tangga untuk memastikan ahli keluarganya mendapat kesihatan yang baik. Walaupun ahli keluarga sering menghabiskan masa berada di rumah, namun kesihatan mereka juga boleh terjejas  daripada bakteria dan habuk yang terdapat di dalam rumah dan juga bilik tidur.
Lagipun, siapa yang mahu melihat orang-orang yang disayangi jatuh sakit akibat daripada kecuaian kita sendiri ?

Tapi sekarang anda tidak perlu risau lagi kerana dunia pada hari ini dilengkapi dengan pelbagai teknologi merentas zaman. Teknologi pada waktu ini semakin canggih kehadapan, pelbagai masalah dan urusan dapat diselesaikan dalam sekelip mata. Begitu juga masalah penjagaan kesihatan ketika berada di ruangan tertutup seperti di dalam rumah, bilik tidur dan juga pejabat, teknologi sekarang amat memudahkan anda. Pelbagai produk-produk berteknologi tinggi yang terdapat di pasaran yang boleh memastikan keadaan dan kualiti udara di dalam rumah anda bersih dan nyaman.
Begitulah yang ditawarkan oleh syarikat pengeluar barangan elektronik, Panasonic dengan model terbaru mereka yang dilengkapi dengan teknologi Nanoe. Teknologi Nanoe Panasonic ini merupakan sistem penulenan revolusi udara yang menghalang pertumbuhan dan pembiakan bakteria dan juga virus. Bukan setakat itu sahaja, teknologi ini juga berkesan untuk menyingkirkan habuk bagi mewujudkan persekitaran hidup yang lebih segar dan bersih.
Apa yang menarik mengenai teknologi ini ialah terdapat 7 manfaat yang boleh anda nikmati selain daripada suhu bilik yang nyaman dan sejuk. Antara manfaat yang dimaksudkan ialah dapat membersihkan persekitaran udara anda dan juga menghalang  bakteria serta virus daripada terus berlegar di ruangan udara anda. Selain itu, teknologi ini juga mampu untuk menghalang dan menyingkir bakteria kulat di dalam ruangan rumah anda serta dapat mencegah anda daripada dijangkiti penyakit alergik disebabkan persekitaran udara yang tidak bersih. Secara keseluruhannya, produk ini dapat memastikan ruangan udara anda bebas daripada beberapa jenis pencemaran, makhluk perosak dan juga dapat melembabkan udara bagi memberikan suasana nyaman dan sejuk kepada anda.

Selain bertindak sebagai pendingin hawa, produk yang dilengkapi dengan teknologi Nanoe ini juga dapat menghalang zat berbahaya terdedah kepada diri anda dan isi rumah yang lain. Bakteria tersebut tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh menjejaskan fizikal anda kerana ia mampu mengeringkan kulit dan boleh menjejaskan kesihatan. Keadaan ini pasti akan memberikan kesan terhadap urusan harian anda dengan orang lain berikutan keadaan kulit yang kering.
Produk elektronik ini juga dapat memberikan anda keselesaan yang maksimum kerana anda tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan alat kawalan jauh bagi mengawal pendingin hawa anda. Perkara ini adalah kerana ianya dilengkapi dengan penyesuai rangkaian percuma yang membolehkan anda hanya menggunakan telefon pintar anda sahaja. Tambah lagi, tindakan tersebut boleh dibuat tidak kira di mana anda berada dan bila-bila masa yang anda suka. Sekarang, anda tidak perlu lagi mendapatkan alat kawalan jauh, cuma perlu mengeluarkan telefon pintar anda daripada poket anda.

Anda juga tidak perlu risau dengan bil lektrik yang bakal melambung sekiranya menggunakan produk ini. Pihak Panasonic faham akan komitmen anda setiap bulan, oleh itu produk ini dilengkapi dengan teknologi inverter yang boleh mengurangkan kadar penggunaan elektrik rumah anda. Ini pastinya berbaloi kerana anda dapat meluangkan masa bersama keluarga dengan udara yang bersih dan nyaman tanpa perlu berbelanja dengan amaun yang besar.

 
Melalui teknologi ECONAVI, terdapat dua “sensor” yang dipasang pada model terbaru untuk menyesuaikan keadaan dan suhu semasa sesuatu ruangan.
Menerusi teknologi ini juga, model terbaru dari Panasonic juga dilengkapi dengan “Human Activity Sensor” yang dapat mengesan kehadiran seseorang di dalam sesuatu ruangan. Teknologi ini akan mengesan pergerakan dan perbuatan yang dijalankanmanusia dan menyesuaikan kuasa penyejukan. Selain itu, ianya juga dilengkapi dengan “Sunlight Sensor” yang boleh menyesuaikan daya penyejukan terhadap cahaya matahari. Kedua-dua deria tersebut bukan sahaja dapat memberi keselesaan kepada anda, malah dapat menjmatkan penggunaan tenaga elektrik.
Jadi, apa perlu tunggu lagi ? Tiada alasan untuk anda melengahkan pembelian produk ini. Tak kan nak tunggu ahli keluarga anda sakit baru nak ambil tindakan. Kan lebih baik mencegah daripada merawat. Kesihatan ahli keluarga anda bergantung di bahu anda sekarang, jadi tidak perlu berfikir panjang lagi.
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai produk ini dan juga produk-produk yang lain, anda boleh melayari halaman rasmi Panasonic untuk menilai sendiri keperluan yang anda perlu cukupkan di ruangan rumah anda.
 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/10/10/kajian-dedahkan-udara-di-dalam-rumah-lebih-kotor-dari-udara-di-luar-ini-sebabnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berhati Hati Di Luar Rumah

Berhati Hati Di Luar Rumah

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 300 hits
Assalamualaikum Lama tak update blog ni alhamdulillah akhirnya saya sudah habis tahun 1 di UTM Skudai Yeyy yeeyy cuti untuk 2 bulan Tanam anggur di rumah sajalah Okay kat sini sebenarnya ain nak nasihat sikit kepada awak di luar sana HATI H...
4 Artis Indonesia Cantik Ini Punya Rumah Di Luar Negeri

4 Artis Indonesia Cantik Ini Punya Rumah Di Luar Negeri

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 577 hits
Para artis Indonesia ini dikenal kaya raya Kekayaan yang dimiliki mereka manfaatkan dengan cara berinvestasi rumah Namun bukan hanya memiliki rumah di Indonesia Para artis ini juga memiliki rumah di luar negeri
Mengejvtkan Kelibat Bayi Merangkak Di Luar Kawasan Rumah Heboh Diperkatakan Hingga Menjadi Bualan Mulut Netizen

Mengejvtkan Kelibat Bayi Merangkak Di Luar Kawasan Rumah Heboh Diperkatakan Hingga Menjadi Bualan Mulut Netizen

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 367 hits
Menjaga anak bukanlah sesuatu yang mudah Ini kerana semasa mereka masih bayi anda perlu beri perhatian lebih untuk menjaga mereka Mengejvtkan Kelibat Bayi Merangkak Di Luar Kawasan Rumah Heboh Diperkatakan Hingga Menjadi Bualan Mulut Netize...
Menurut Kajian Lelaki Botak Lebih Seksi Maskulin Dan Setia

Menurut Kajian Lelaki Botak Lebih Seksi Maskulin Dan Setia

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 771 hits
Lelaki yang kacak dan maskulin tentu sahaja menjadi idaman kebanyakan wanita Dengan badan tegap dan suara yang dalam seorang lelaki mampu mencairkan hati wanita Ditambah pula dengan gaya rambut yang stailo wanita mana yang mampu menolak Nam...
Paparan Polusi Udara Bisa Buat Seseorang Lebih Rentan Alami Kebotakan

Paparan Polusi Udara Bisa Buat Seseorang Lebih Rentan Alami Kebotakan

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 215 hits
Sebuah penelitian terbaru mengungkap bahwa kondisi polusi udara ini bisa memberi ancaman lain pada kesehatan Dilansir dari Medical Daily polusi udara ini disebut berhubungan dengan masalah kulit kepala yang berujung kebotakan
Mendikbud Minta Guru Nikmati Gaji Kecil Karena Surga Kelak Akan Menanti Pak Tolong Lebih Hargai

Mendikbud Minta Guru Nikmati Gaji Kecil Karena Surga Kelak Akan Menanti Pak Tolong Lebih Hargai

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 308 hits
Biarlah perkara surga dan neraka itu urusan Tuhan yang terpenting hargailah para guru yang telah berjasa cerdaskan anak bangsa
Riset Tokopedia Buat Harga Barang 21 Persen Lebih Murah

Riset Tokopedia Buat Harga Barang 21 Persen Lebih Murah

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 257 hits
Sampai dengan 2018 Tokopedia telah berhasil menembus angka transaksi Rp73 triliun Nilai ini diperkirakan naik menjadi Rp222 triliun pada 2019 atau setara dengan 1 5 persen perekonomian Indonesia Untuk dampak langsung terhadap perekonomian I...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba