Menarik Cara Ibu Ini Cegah Anak Ketagih Gajet Berhasil Mudah Tipnya


Sudah menjadi kebiasaan pada zaman sekarang di mana semua peringkat umur mempunyai akses yang mudah terhadap gajet, termasuklah kanak-kanak. Namun ia bukanlah sesuatu yang menyihatkan kerana kanak-kanak main gajet tanpa kawalan boleh mengundang ketagihan melampau. Ketagihan merupakan antara bahaya gajet yang ramai ibu bapa tidak sedar.
Pengalaman daripada Puan Nadia Salwa Roslan berkenaan bagaimana dirinya mengawal penggunaan gajet terhadap anaknya sehingga si kecil tidak lagi bergantung kepada gajet setiap hari boleh dijadikan panduan.
Menurut Puan Nadia Salwa, anaknya, Nur Muhammad Ahmad Nazrin, 6, merupakan seorang yang agak aktif, manja, pemalu dan dalam masa yang sama berimaginasi tinggi.

Sepanjang membesarkan Nur Muhammad, prosesnya boleh dikatakan agak mudah kerana anak sulungnya ini bukanlah jenis kanak-kanak yang mudah buat perangai.
Namun memandangkan anak ini juga mempunyai sifat yang manja dan agak pemalu, dia sukar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu dan susah berenggang dengan si ibu.
Jadi tidak hairan jika Nur Muhammad boleh menangis sehingga sebulan lamanya setiap kali dihantar ke tadika.
Menurut Puan Nadia Salwa, kesedaran untuk mengawal penggunaan gajet terhadap anaknya telah lama timbul.
Ini kerana dia mengetahui bahawa bahaya gajet dengan penggunaan yang terlalu kerap atau lama sememangnya boleh mengganggu perkembangan kanak-kanak.
Tidak dinafikan bahawa anaknya akan diberikan peluang untuk menggunakan gajet setiap hari, namun ia bukanlah sepanjang masa.
“Dalam sehari mungkin Nur Muhammad akan diberikan peluang menggunakan gajet dalam dua hingga tiga kali sahaja selama 30 hingga 45 minit.”
Tambahnya lagi, kawalan terhadap penggunaan gajet ini tidak akan menjadi sukar jika kita sebagai ibu bapa memaklumkan peraturan penggunaan gajet lebih awal kepada anak agar mereka faham sebelum menggunakannya.

Ini 5 cara Puan Nadia Salwa gunakan untuk elak anaknya ketagihan gajet:
Antara tip-tip yang digunakan oleh Puan Nadia untuk mengelakkan bahaya gajet terhadap anaknya ialah:
#1. Kurangkan main gajet bagi kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah
Menurutnya, kanak-kanak yang berusia tiga tahun ke bawah tidak seharusnya diberikan peluang main gajet tanpa kawalan atau terlalu lama.
Ibu bapa perlu meminimumkan penggunaan gajet bagi kanak-kanak pada usia sebegini. Main gajet cukup sekadar sebagai hiburan tambahan sahaja, bukan sebagai alat hiburan utama.
#2. Letakkan syarat sebelum anak main gajet
Apabila anak sudah mula menginjak umur tiga tahun, mereka sudah mula boleh memahami apa yang kita katakan kepada mereka.
Oleh itu, ibu bapa boleh meletakkan syarat tertentu sebelum membenarkan anak menggunakan gajet.
Sebagai contoh, pastikan anak sudah solat, makan atau mengemas permainan mereka sebelum dibenarkan untuk menggunakan gajet.

#3. Tetapkan had masa anak menggunakan gajet
Selain itu, ibu bapa juga perlu memberikan peringatan awal kepada anak berkenaan tempoh masa penggunaan gajet.
Menurut Puan Nadia Salwa,
“Apabila sudah tiba 5 minit terakhir, ingatkan anak bahawa masa mereka untuk menggunakan gajet hanya tinggal 5 minit sahaja lagi. Dengan cara ini, anak akan menjadi lebih peka dan akan memberikan kerjasama dengan mudah untuk memulangkan semula gajet yang telah digunakan.”
#4. Terangkan bahaya gajet kepada anak
Penerangan berkenaan keburukan dan bahaya gajet kepada anak juga amat penting, agar dia tahu dan faham mengapa tidak boleh main gajet dengan kerap.
Sebagai contoh, anda boleh katakan kepada anak bahawa gajet boleh merosakkan mata jika mereka menggunakannya dalam tempoh masa yang terlalu lama.
Apabila mereka memahami keburukan gajet, insya-Allah anak-anak boleh menerimanya dan memberikan kerjasama.

#5. Pantau siaran atau kandungan gajet yang ditonton
Ibu bapa boleh menetapkan siaran-siaran tertentu yang bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak pada gajet agar mereka tidak menonton kandungan yang tidak sepatutnya.
Jika anak anda terlihat kandungan siaran yang tidak sesuai, jangan terus memarahi atau menengking mereka kerana anak masih lagi belum matang dan tidak memahami apa yang boleh atau tidak boleh untuk ditonton.
Ini adalah tugas ibu bapa untuk menerangkan kepada anak dengan sebaik mungkin agar mereka faham apa yang boleh ditonton dan apa yang tidak boleh.
Mood anak lebih gembira apabila kurang menggunakan gajet
Puan Nadia Salwa akui apabila Nur Muhammad tidak terlalu bergantung kepada gajet, anaknya itu akan lebih banyak melakukan aktiviti-aktiviti fizikal di rumah.
Selain itu, si kecil juga mempunyai lebih banyak masa untuk belajar sesuatu yang bermanfaat daripada buku-buku bacaan.
Bukan itu sahaja, mood anak ini juga lebih mudah menjadi gembira memandangkan dia menghabiskan lebih banyak masa berinteraksi dengan ibu bapanya berbanding bersama gajet.
Apabila mood anak-anak menjadi gembira, mereka akan lebih mudah mendengar kata dan tidak terlalu leka berbanding ketika menggunakan gajet.
Memandangkan Puan Nadia Salwa merupakan seorang suri rumah yang menjalankan perniagaan online, maka secara tidak langsung dirinya akan lebih banyak menggunakan telefon pintar atau tab.
Cabaran utamanya ialah, ibu ini sendiri perlu mengehadkan penggunaan telefon pintar di hadapan anak-anak agar ia menjadi contoh utama kepada si kecil.
Selain itu, dia sendiri perlu bersikap lebih tegas dan berdisiplin terhadap anaknya agar tidak dimanipulasi dengan pujuk rayu anak untuk menggunakan gajet.
Kredit: Hello Doktor

Ketahui fungsi carseat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
The post Menarik Cara Ibu Ini Cegah Anak Ketagih Gajet. Berhasil & Mudah Tipnya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/menarik-cara-ibu-ini-cegah-anak-ketagih-gajet-berhasil-mudah-tipnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Pembawa Rezeki Ibu Ayah Amalkan Cara Ni Setiap Hari Nampak Hasilnya

Anak Pembawa Rezeki Ibu Ayah Amalkan Cara Ni Setiap Hari Nampak Hasilnya

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 219 hits
Pernah tak kita rasa ada masanya kusut sangat dan serba tak kena Anak anak selalu kena marah Kadang tak tahu pun apa puncanya Jika semua ini ada pada anda cuba check balik hubungan kita dengan anak anak Mungkin tanpa sedar kita terlalu berk...
Cabaran Ibu Bapa Dalam Menyokong Perkembangan Dan Tumbesaran Anak Anak

Cabaran Ibu Bapa Dalam Menyokong Perkembangan Dan Tumbesaran Anak Anak

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 205 hits
hai assalammualaikumSejak jadi ibu ni baru nak paham bukan senang nak membesarkan anak banyak cabarannya Cabarannya lagi besar apabila melihat perkembangan anak anak dalam fasa membesar waktu anak anak dimana mereka cenderung untuk melakuka...
Amalkan 10 Pesanan Prof Muhaya Untuk Kita Jadi Ibu Bapa Terbaik Pada Anak

Amalkan 10 Pesanan Prof Muhaya Untuk Kita Jadi Ibu Bapa Terbaik Pada Anak

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 189 hits
Untuk yang bergelar ummi ibu mak mama mummy tersayang ini pesanan dari Prof Muhaya Jom amalkan 10 tip untuk yang nak jadi ibu bapa dah jadi ibu bapa atau yang baru jadi ibu bapa semula Sama sama kita amalkan terutama tip yang no 6 tu ye 1 K...
Penerbangan Ditunda Dibatalkan Ini Cara Mudah Untuk Tuntut Pampasan Penerbangan

Penerbangan Ditunda Dibatalkan Ini Cara Mudah Untuk Tuntut Pampasan Penerbangan

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 173 hits
Beberapa hari ini tular isu berkaitan dengan penerbangan yang ditunda dan dibatalkan di media sosial Ramai orang kecewa dengan penerbangan mereka yang ditunda dan dibatalkan tanpa diberitahu kepada mereka Tahukah anda Anda sebenarnya layak ...
Jangan Pandang Sebelah Mata Belajar Cara Rangsang Anak Autisme Dekati Mereka

Jangan Pandang Sebelah Mata Belajar Cara Rangsang Anak Autisme Dekati Mereka

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 148 hits
Anak autisme kita sememangnya cukup istimewa Istimewa di sisi Allah dan satu anugerah untuk kita Maka belajarlah untuk memahami dan berusahalah untuk mendekati mereka sebaiknya Bukan saja kita sebagai mak ayah orang orang sekeliling juga pe...
Sekali Sekala Cuba Buat Ujian Mata Untuk Anak Di Rumah Dengan Cara Ini

Sekali Sekala Cuba Buat Ujian Mata Untuk Anak Di Rumah Dengan Cara Ini

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 194 hits
Jika anak mengadu penglihatan kabur sewaktu menonton televisyen anda boleh melakukan ujian mata sendiri di rumah Bagaimana caranya Ketahuinya dalam perkongsian artikel ini Anak mengadu penglihatan kabur Sekiranya si kecil mengadu mereka tid...
Hilang Ketika Open House Ibu Terduduk Lihat Mayat Anak Ditemukan Lemas

Hilang Ketika Open House Ibu Terduduk Lihat Mayat Anak Ditemukan Lemas

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 137 hits
Kanak kanak perempuan yang dilaporkan hilang di rumah rakit milik bapanya di Bukit Rangin Kuantan sejak Jumaat ditemukan lemas di sungai berhampiran kira kira jam 11 35 pagi tadi Menurut laporan Utusan Online mangsa Siti Nur Athhiya Sofea M...
Tiru Posing Ibu Nampak Muka Macam Ibu Gaya Anak Siti Nurhaliza Raih Perhatian Wargamaya

Tiru Posing Ibu Nampak Muka Macam Ibu Gaya Anak Siti Nurhaliza Raih Perhatian Wargamaya

papar berkaitan - pada 28/5/2022 - jumlah : 193 hits
Tempias populariti ibunya penyanyi nombor satu negara Dato Sri Siti Nurhaliza apa sahaja yang dilakukan si comel Aafiyah pastinya menjadi perhatian Menerusi Instagram ibunya Aafiyah tampil bergaya comel persis ibunya Walau baru berusia empa...
Hiburan Sembuh Sendiri Ramai Claim Jual Ubat Rawat Hfmd Dr Izzar Pesan Ibu Bapa Jangan Mudah Tertipu

Hiburan Sembuh Sendiri Ramai Claim Jual Ubat Rawat Hfmd Dr Izzar Pesan Ibu Bapa Jangan Mudah Tertipu

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 161 hits
Penularan virus penyakit tangan kaki dan mulut dalam kalangan kanak kanak sememangnya agak membimbangkan pada ketika ini Berikutan itu ada juga yang mengambil kesempatan atas kebimbangan orang ramai apabila wujud penjualan ubat ubatan yang ...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Tattoos Portland Maine


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kelas Tauhid Bersama Sofea

Flexibility In Business Operations

Semua Ni Sebab Chagee

Takwim Persekolahan Sesi 2025 2026

Buat Sendiri Roti Arab Lembut Gebu Sekali Hadap Boleh Habis 3 Keping

Sihir Ep1