Sekali Sekala Cuba Buat Ujian Mata Untuk Anak Di Rumah Dengan Cara Ini


Jika anak mengadu penglihatan kabur sewaktu menonton televisyen, anda boleh melakukan ujian mata sendiri di rumah.
Bagaimana caranya? Ketahuinya dalam perkongsian artikel ini.

Anak mengadu penglihatan kabur?
Sekiranya si kecil mengadu mereka tidak dapat melihat dengan jelas atau penglihatan kabur sewaktu membaca buku, anda sebenarnya boleh melakukan beberapa ujian mata asas di rumah.
Eh, biar betul boleh dibuat di rumah?
Ya, tiada masalah untuk melakukan ujian penglihatan di rumah.
Cuma perlu diingatkan bahawa ujian mata tersebut bukanlah pengganti pemeriksaan perubatan mata lengkap oleh pakar oftalmologi.
Ini kerana menguji kadar penglihatan di rumah tidak akan setepat ujian yang dilakukan oleh pakar mata.
Pun begitu, ujian di rumah dapat membantu mengetahui masalah mata yang memerlukan perhatian pakar.
Banyak masalah berkaitan mata boleh dirawat dan dipulihkan jika dikesan dan diubati pada peringkat awal. Sebab itu, pemeriksaan mata secara perubatan adalah penting untuk dilakukan, okay?

 
Persiapan untuk ujian mata anak di rumah
Ini bermakna, kalau anda mahu, pemeriksaan mata boleh dilakukan di rumah. Tetapi sudah tentu terdapat persediaan yang perlu anda lakukan terlebih dahulu.
Barang yang diperlukan untuk ujian penglihatan:
Sesuatu untuk menutup mata, seperti cawan kertas atau tisu muka Pita pelekat atau pin untuk menggantungkan carta ujian di dinding Pen atau pensil untuk mencatatkan hasil ujian Pita ukuran atau pembaris Lampu suluh Bilik berlampu dengan kepanjangan sekurang-kurangnya 10 kaki Carta ujian yang betul (anda boleh memuat turun carta daripada laman web tertentu) Menyediakan tempat ujian penglihatan
Semasa memuat turun carta untuk dicetak, pastikan carta yang dipilih adalah untuk kanak-kanak
Untuk mencetak, pastikan huruf terbesar pada bahagian atas carta dengan saiz ketinggian lebih kurang 1 inci (23 milimeter)
Ukur jarak 10 kaki daripada dinding tanpa tingkap dan letakkan kerusi pada jarak ini
Lekatkan atau pinkan carta pada dinding kosong, separas dengan mata anak semasa mereka duduk di atas kerusi
Melakukan ujian mata anak
Umumnya, ujian penglihatan yang dilakukan ini sesuai untuk anak berusia 3 tahun dan ke atas kerana mereka sudah boleh memahami arahan yang diberikan.
Pada permulaannya, jelaskan kepada anak bahawa kalian akan bermain ‘permainan menunjuk’ (pointing game). Dengan menggunakan kad latihan huruf E, ajar anak untuk fokus pada huruf E yang ditunjukkan.
Gerakan kad tersebut kepada 4 arah berbeza, iaitu atas, bawah, kanan dan kiri.
Jarak kad latihan yang dipegang boleh berada sedekat yang dimahukan anak sehingga mereka dapat menunjukkan keempat arah tanpa bantuan.
Kemudian persiapkan anak untuk menjalani ujian mata dengan cara di bawah:
Dudukkan anak di atas kerusi yang diletakkan pada jarak 10 kaki daripada dinding yang ditampal dengan carta Tutupkan sebelah mata anak dengan penutup tanpa memberikan tekanan. Anda mungkin memerlukan bantuan individu lain untuk membantu memegang penutup mata pada anak Sekiranya anak memakai cermin mata, biarkan mereka memakainya semasa ujian Jika carta kelihatan terlalu gelap untuk dilihat dengan jelas, gunakan lampu suluh untuk menerangi huruf ketika penglihatan berlangsung Halakan lampu suluh pada setiap huruf bermula dengan huruf terbesar. Minta anak sebutkan huruf yang ditunjukkan itu Catatkan bilangan garis terkecil huruf yang dapat dibaca dan dilihat oleh anak dengan betul Ulang ujian mata ini pada mata sebelah lagi untuk mengenal pasti masalah penglihatan kabur anak Seandainya anak letih, mungkin ujian ini boleh dilakukan pada masa yang lain
 
Ujian kepada anak yang lebih besar
Minta anak yang akan diuji untuk duduk di atas kerusi yang jaraknya 10 kaki dari carta. Pastikan carta selaras dengan matanya Pastikan anak menutup sebelah mata tanpa memberikan tekanan. Sekiranya mereka menggunakan cermin mata untuk penglihatan jarak jauh, ia harus dipakai semasa ujian mata Halakan lampu suluh pada setiap baris carta, sementara anak yang diuji membaca huruf dengan kuat. Terus ke baris bawah atau sehingga hurufnya terlalu sukar untuk dilihat oleh anak Tuliskan bilangan garis terkecil yang dilihat dan dibaca dengan betul Sekarang ulangi ujian dengan mata sebelah yang ditutup dan catat hasilnya Memahami hasil keputusan
Menurut American Academy of Ophthalmology, makna kepada hasil keputusan ujian akan berbeza-beza mengikut usia anak anda.
Kanak-kanak di bawah umur 3 tahun harus dapat melihat garis carta 20/40 Kanak-kanak berumur 3 dan 4 tahun harus melihat garis 20/30 Kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas seharusnya dapat membaca baris 20/20 carta Anda boleh mengetahui baris mana yang dapat dibaca oleh anak anda menggunakan label di sisi carta ujian.
Sekiranya anda mendapati bahawa keputusan anak anda tidak normal untuk usianya, buat janji temu dengan doktor mata pediatrik, atau pakar oftalmologi.
Menguji mata anak anda di rumah adalah cara yang baik untuk mengukur penglihatannya, tetapi ia tidak boleh menggantikan pemeriksaan oleh pakar oftalmologi.
Pakar oftalmologi pediatrik bukan sahaja akan menguji penglihatan anak anda, tetapi juga kesihatan mata si kecil.
Ini terutamanya jika mereka mengadu penglihatan kabur ketika belajar atau menonton televisyen.


Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Sekali Sekala Cuba Buat Ujian Mata Untuk Anak Di Rumah Dengan Cara Ini appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sekali-sekala-cuba-buat-ujian-mata-untuk-anak-di-rumah-dengan-cara-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usah Paksa Anak Peluk Salam Orang Tapi Cuba Tukar Kepada 5 Cara Ini

Usah Paksa Anak Peluk Salam Orang Tapi Cuba Tukar Kepada 5 Cara Ini

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 315 hits
Biasanya apabila tiba musim perayaan tidak kiralah Tahun Baru Cina Deepavali Hari Krimas atau sambutan Hari Raya pastinya akan ada situasi salam hari raya dan berpelukan betul tak Si kecil juga tidak terkecuali apabila ada ahli keluarga yan...
Nak Bantu Anak Pegang Pensil Dengan Betul Buat Cara Simple Ni Di Rumah

Nak Bantu Anak Pegang Pensil Dengan Betul Buat Cara Simple Ni Di Rumah

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 273 hits
Sebaiknya sejak kecil lagi anak sudah diajar dengan pelbagai aktiviti kekuatan otot tangan untuk merangsang mereka agar dapat memegang pensil seterusnya sebagai persediaan untuk menulis Selain merangsang kekuatan otot tangan aktiviti kasar ...
Anak Menangis Apabila Diletakkan Dalam Stroller Nak Angkat Atau Biarkan Cuba Dulu Cara Ini

Anak Menangis Apabila Diletakkan Dalam Stroller Nak Angkat Atau Biarkan Cuba Dulu Cara Ini

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 210 hits
Biasanya ibu bapa yang ada anak kecil membeli stroller dengan niat untuk memudahkan dan memberi keselesaan kepada si anak apabila di bawa keluar berjalan Tapi lain pula jadinya apabila anak menangis mahu diangkat Nak angkat atau biarkan sah...
Jangan Pandang Sebelah Mata Belajar Cara Rangsang Anak Autisme Dekati Mereka

Jangan Pandang Sebelah Mata Belajar Cara Rangsang Anak Autisme Dekati Mereka

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 154 hits
Anak autisme kita sememangnya cukup istimewa Istimewa di sisi Allah dan satu anugerah untuk kita Maka belajarlah untuk memahami dan berusahalah untuk mendekati mereka sebaiknya Bukan saja kita sebagai mak ayah orang orang sekeliling juga pe...
Bapa Kongsi Cara Betul Simpan Duit Raya Anak Berbaloi Tak Rugi

Bapa Kongsi Cara Betul Simpan Duit Raya Anak Berbaloi Tak Rugi

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 244 hits
Setiap kali Hari Raya Aidilfitri dah sinonim duit raya dengan anak anak Pemberian duit raya ini dianggap sebagai berkongsi rezeki untuk ahli keluarga sanak saudara anak anak rakan atau jiran tetangga Memandangkan anak anak yang menerima dui...
Risau Keselamatan Keluarga Ayda Jebat Galakkan Buat Ujian Covid 19 Sebelum Beraya Di Rumah

Risau Keselamatan Keluarga Ayda Jebat Galakkan Buat Ujian Covid 19 Sebelum Beraya Di Rumah

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 239 hits
Semenjak negara kita ini memasuki ke fasa endemik ramai dilihat mengambil peluang berpusu pusu pulang ke kampung halaman masing masing bagi menyambut perayaan bersama orang tersayang setelah dua tahun tidak merasai detik ini Meskipun diberi...
Anak Kekuatan Sarah Usia 36 Ke 40 Kemuncak Ujian Allah Sebab Dia Sayang

Anak Kekuatan Sarah Usia 36 Ke 40 Kemuncak Ujian Allah Sebab Dia Sayang

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 186 hits
Seorang wanita itu kuat sebab anak anak Meskipun rumah tangga sedang diuji pujian harus diberikan kepada pelakon Puteri Sarah Liyana kerana dia tetap tenang menghadapi ujian kecil ini Baru baru ini perkongsian Sarah menjadi perhatian apabil...
Tingkatkan Imuniti Badan Anak Dengan Cara Ni Anak Sihat Tak Mudah Sakit

Tingkatkan Imuniti Badan Anak Dengan Cara Ni Anak Sihat Tak Mudah Sakit

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 177 hits
Dalam fasa kanak kanak nak membesar setahun sakit beberapa kali itu biasa Ini kerana sistem imun anak masih belum matang dan anak lebih mudah terdedah kepada pelbagai jenis jangkitan terutamanya apabila berada dalam persekitaran yang ramai ...
Jangan Keluar Rumah Kalau Bergejala Jangan Bandingkan Perkembangan Anak Orang Lain Ini Pesanan Dr Izzar Waktu Hari Raya

Jangan Keluar Rumah Kalau Bergejala Jangan Bandingkan Perkembangan Anak Orang Lain Ini Pesanan Dr Izzar Waktu Hari Raya

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 413 hits
Aura Aidilfitri semakin dirasai oleh semua umat Islam apabila sejak semalam lagi warga kota sudah pulang ke kampung halaman masing masing Seronok bila dapat berkumpul semula bersama adik beradik dan sanak saudara selepas dua tahun tidak mer...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash