Menara 5g Perlu Jauh Dari Penempatan Jika Mudarat Kesihatan Ppim Media Variasi 04 08 2022


 

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan pembinaan menara teknologi generasi kelima (5G) jauh dari penempatan dan tidak lebih daripada 28 gigahertz jika benar radiasinya boleh memudaratkan.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan @Toqqi berkata, ia sesuai dibina di lebuh raya dan tepi jalan berbanding di tempatkan di atas bumbung bangunan seperti masjid dan sebagainya.
Beliau berkata, masih ada kebimbangan dalam kalangan pengguna kesannya boleh menyebabkan kanser kerana dikatakan kelajuan 5G boleh capai 100 gigahertz namun belum ada kajian khusus di Malaysia.
“Kami bukan menentang teknologi, kami memang galakkan jaringan internet yang lebih laju perlu ada kajian oleh universiti atau kementerian terbabit agar boleh menepis persepsi umum kata ia tidak selamat.
“Doktor Aziz pernah beritahu jika kelajuannya lebih 60 gigahertz, ia spektrum yang bahaya boleh mendedahkan kepada kanser.
“Kami terima banyak pertanyaan tetapi tiada jawapan kerana tiada data sahih di negara ini, yang ada cuma kajian dari luar negara.
“PPIM ada mengemukakan soalan ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) namun mereka tidak beri maklum balas,” katanya pada sidang media di Villa Puteri di sini hari ini.
Turut hadir wakil PPIM, Puan Zaharah Sulaiman dan Zolkifli Hasan.
Menerusi laporan media terdahulu, pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia Prof Dr Tharek Abdul Rahman berkata teknologi 5G menggunakan frekuensi radio yang tidak menghasilkan sinaran berbahaya seperti dihasilkan sinar X.
Katanya, orang ramai perlu faham bahawa radiasi ada dua jenis iaitu jenis mengion dan tidak mengion, yang boleh menyebabkan kanser adalah jenis mengion seperti sinar X dan radio aktif.
Sinaran tak mengion dihasilkan 5G hanya akan menyebabkan kesan pemanasan yang tidak cukup untuk memberi kesan jangka panjang kepada tisu-tisu badan.
Menjelas lanjut, Tharek berkata frekuensi radio yang dihasilkan teknologi 5G juga mempunyai tenaga 1,000 kali lebih rendah berbanding tenaga daripada matahari.
Tenaga daripada matahari adalah dalam kategori selamat kerana ia radiasi tidak mengion, 5G pula 1,000 kali lebih rendah menunjukkan ia radiasi selamat.
Berdasarkan laporan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia), lebih 25,000 artikel penyelidikan di seluruh dunia yang diterbitkan dalam tempoh 30 tahun menunjukkan pendedahan kepada frekuensi radio berskala rendah atau sinaran tak mengion tidak memberi impak negatif kepada kesihatan manusia.
Perkhidmatan 5G di Malaysia menawarkan kelajuan internet sehingga melebihi 1,000 megabit per saat (Mbps) kepada pengguna berbanding 35 Mbps bagi 4G.
Teknologi 5G ini memiliki kemampuan kelajuan internet pada kadar 10 hingga 100 kali ganda berbanding 4G serta berupaya menghubungkan lebih 1 juta peranti bagi setiap 1 kilometer persegi.
Parlimen Ketereh dipilih sebagai lokasi pertama kawasan luar bandar di negara ini yang akan menikmati perkhidmatan internet 5G berkelajuan tinggi ini.


Artikel oleh: Media Variasi
MENARA 5G PERLU JAUH DARI PENEMPATAN JIKA MUDARAT KESIHATAN - PPIM

https://mediavariasi.com/2022/08/menara-5g-perlu-jauh-dari-penempatan-jika-mudarat-kesihatan-ppim/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/08/menara-5g-perlu-jauh-dari-penempatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hapus Subsidi Bahan Api Elak Ketirisan Lebih Baik Salur Terus Bantuan Ppim Media Variasi 28 07 2022

Hapus Subsidi Bahan Api Elak Ketirisan Lebih Baik Salur Terus Bantuan Ppim Media Variasi 28 07 2022

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 298 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan supaya menghapuskan subsidi bahan api petroleum dan diesel kerana golongan berkemampuan dan warga asing lebih banyak menikmati kemudahan ini berbanding sasaran Ini kerana tiad...
Ppim Selar Ngo Pertikai Pelaksanaan Tris Media Variasi 29 07 2022

Ppim Selar Ngo Pertikai Pelaksanaan Tris Media Variasi 29 07 2022

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 299 hits
KUALA LUMPUR Sistem Pengesanan Maklumat Pelarian atau Tracking Refugees Information System tidak sepatutnya menjadi isu polemik yang ditimbulkan pihak tertentu Ini kerana TRIS yang diluluskan oleh Kabinet baru baru ini dipercayai mampu memb...
Menara 5g Adakah Selamat Digunakan Atau Gelombang Pencetus Barah Sidang Media Ppim 04 08 2022

Menara 5g Adakah Selamat Digunakan Atau Gelombang Pencetus Barah Sidang Media Ppim 04 08 2022

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 238 hits
Tanpa kita sedar dunia tidak lagi bersempadan dengan pelbagai kemajuan teknologi yang memudahkan rutin harian kita daripada segi komunikasi kerja kesihatan hiburan dan sebagainya Namun terdapat beberapa kajian saintifik menyatakan bahawa pe...
Tuntutan Penduduk Felda Klau Raub Sidang Media Ppim 27 07 2022

Tuntutan Penduduk Felda Klau Raub Sidang Media Ppim 27 07 2022

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 208 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menerima aduan wakil penduduk Felda Klau Raub yang mendakwa hak mereka diambil oleh pihak Kerajaan bagi tujuan pembangunan empangan Air Syabas Pahang Selangor pada tahun 2008 Bagaimanapun sehingga kini pend...
Malaysia Punya Hak Mengesan Pelarian Unhcr Kenyataan Media Ppim 27 07 2022

Malaysia Punya Hak Mengesan Pelarian Unhcr Kenyataan Media Ppim 27 07 2022

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 259 hits
Kuala Lumpur 27 Julai 2022 Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyambut baik langkah kerajaan yang berhasrat untuk menggunakan sistem Tracking Refugees Information System bagi membolehkan Kementerian Dalam Negeri menjejaki semua pelarian di ...
Memohon Lanjutan Pengambilan Pekerja Asing Baharu Sidang Media Ppim 09 08 2022

Memohon Lanjutan Pengambilan Pekerja Asing Baharu Sidang Media Ppim 09 08 2022

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 348 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia bersama Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia serta pemain industri memohon agar pihak kerajaan dapat melanjutkan pemberhentian permohonan pengambilan pekerja asing sehingga dua bulan lagi iaitu pada...
Presma Gesa Longgar Syarat Mohon Pekerja Asing Media Variasi 09 08 2022

Presma Gesa Longgar Syarat Mohon Pekerja Asing Media Variasi 09 08 2022

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 171 hits
SENTUL Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia merayu kerajaan melonggarkan syarat permohonan pekerja asing yang menyebabkan industri mereka terjejas Presiden PRESMA Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata ia berikutan lebih 3 000 restoran...
Ppim Gesa Kerajaan Hentikan Pemasangan Pengoperasian Menara Sel 5g Beranama Tv 04 08 2022

Ppim Gesa Kerajaan Hentikan Pemasangan Pengoperasian Menara Sel 5g Beranama Tv 04 08 2022

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 187 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan menghentikan pemasangan dan pengoperasi menara sel 5G sehingga kajian dilakukan oleh badan kerajaan yang berkenaan Ketua aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata kajian itu bagi memastikan ti...
Isu Tanah 99 Sen Peneroka Felda Lembah Klau Mohon Sultan Pahang Campur Tangan Media Variasi 27 07 2022

Isu Tanah 99 Sen Peneroka Felda Lembah Klau Mohon Sultan Pahang Campur Tangan Media Variasi 27 07 2022

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 425 hits
KUALA LUMPUR Ratusan peneroka Felda Lembah Klau di Pahang merayu dan memohon bantuan Sultan Pahang Sultan Abdullah Al Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah untuk mencemar duli melihat sendiri keperitan rakyat menuntut pembelaan...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai