Malaysia Punya Hak Mengesan Pelarian Unhcr Kenyataan Media Ppim 27 07 2022


Kuala Lumpur, 27 Julai 2022 -  Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyambut baik langkah kerajaan yang berhasrat untuk menggunakan sistem Tracking Refugees Information System (TRIS), bagi membolehkan Kementerian Dalam Negeri menjejaki semua pelarian di bawah Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
“Kami menyambut baik keputusan kerajaan untuk menggunakan sistem yang mampu untuk memantau perkembangan seberapa ramai pelarian yang menumpang nasib di negara ini. Melalui sistem ini kerajaan akan boleh membuat verifikasi terhadap setiap pelarian dan memastikan identiti mereka itu sah,” ujar Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Ma’amor Osman.
Penggunaan sistem ini akan membolehkan kerajaan mengumpul maklumat pengenalan diri, keluarga, kesihatan, kebolehan, kemahiran, tempat tinggal dan lain-lain tambah beliau lagi.
PPIM juga difahamkan sistem ini menggunakan kaedah pengecaman wajah yang dapat mengelakkan amalan penukaran identiti dengan sewenang-wenangnya dan beberapa ciri keselamatan yang dapat menepis apa jua percubaan untuk memperdaya pihak berkuasa.
Kelmarin, Kementerian Dalam Negeri telah mengumumkan untuk meluluskan penggunaan sistem demikian supaya semua maklumat pemegang kad UNHCR dapat dikumpulkan untuk mengesan perkembangan mereka.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata bahawa semua mereka yang ada yang telah didaftarkan dapat dikesan dan diketahui di mana mereka tinggal. Sekiranya pelarian ini ingin melakukan sesuatu kerja, kerajaan boleh mempertingkatkan beberapa polisi melalui Majlis Keselamatan Negara untuk memudahkan hasrat mereka.
Setiausaha Agung PPIM juga menambah, dengan sistem ini negara akan dapat menguruskan pelarian dengan lebih sistematik dan akan memudahkan lagi negara menyelesaikan beberapa isu yang menekan kini seperti kekurangan tenaga kerja dalam beberapa sektor seperti perladangan, pembuatan dan pembinaan.
Beliau juga menyelar dua buah pertubuhan NGO yang menentang keputusan kerajaan itu. Dua pertubuhan itu, Beyond Borders dan Alliance of The Chin Refugees mendakwa bahawa penggunaan sistem itu adalah tidak berperikemanusian dan mencerobohi hak mereka.
“Sebagai sebuah negara berdaulat, kerajaan Malaysia mempunyai segala hak untuk mengetahui pergerakan semua individu selama mereka bertaraf pelarian di negara ini. Pertubuhan-pertubuhan ini tidak wajar untuk mempersoalkan tindakan kerajaan yang menjaga kepentingan semua pihak,” ujar Ma’amor lagi.
Tambah beliau lagi, sistem ini akan membolehkan mereka bergerak dengan lebih bebas tanpa kekhuatiran tindakan beberapa pihak menahan dan mengugut mereka dengan pelbagai alasan untuk memeras wang atau kepentingan-kepentingan lain. Mereka juga boleh memperolehi lesen untuk menunggang motosikal dan memandu kenderaan lain dengan aman serta berpeluang untuk menambah rezeki selama mereka berada di sini.
Pelarian UNHCR yang berdaftar dalam sistem ini juga akan dapat membuka akaun bank sendiri serta boleh menyertai skim insuran dan takaful berdaftar untuk mendapatkan perlindungan yang sewajarnya.
TRIS, kata Ma’amor lagi, akan memudahkan mereka untuk keluar ke negara ketiga atau negara asal apabila keadaan mengizinkan dengan lebih tersusun kerana semua maklumat tentang mereka ada dalam sistem data kerajaan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/07/malaysia-punya-hak-mengesan-pelarian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppim Selar Ngo Pertikai Pelaksanaan Tris Media Variasi 29 07 2022

Ppim Selar Ngo Pertikai Pelaksanaan Tris Media Variasi 29 07 2022

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 343 hits
KUALA LUMPUR Sistem Pengesanan Maklumat Pelarian atau Tracking Refugees Information System tidak sepatutnya menjadi isu polemik yang ditimbulkan pihak tertentu Ini kerana TRIS yang diluluskan oleh Kabinet baru baru ini dipercayai mampu memb...
Tuntutan Penduduk Felda Klau Raub Sidang Media Ppim 27 07 2022

Tuntutan Penduduk Felda Klau Raub Sidang Media Ppim 27 07 2022

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 288 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menerima aduan wakil penduduk Felda Klau Raub yang mendakwa hak mereka diambil oleh pihak Kerajaan bagi tujuan pembangunan empangan Air Syabas Pahang Selangor pada tahun 2008 Bagaimanapun sehingga kini pend...
Hapus Subsidi Bahan Api Elak Ketirisan Lebih Baik Salur Terus Bantuan Ppim Media Variasi 28 07 2022

Hapus Subsidi Bahan Api Elak Ketirisan Lebih Baik Salur Terus Bantuan Ppim Media Variasi 28 07 2022

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 366 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan supaya menghapuskan subsidi bahan api petroleum dan diesel kerana golongan berkemampuan dan warga asing lebih banyak menikmati kemudahan ini berbanding sasaran Ini kerana tiad...
Kenyataan Media Biro Undang Undang Parti Amanah Negara

Kenyataan Media Biro Undang Undang Parti Amanah Negara

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 270 hits
SEBARAN SEGERA KENYATAAN MEDIA BIRO UNDANG UNDANG PARTI AMANAH NEGARA Lanjutan daripada siasatan yang dibuat ke atas Presiden Parti AMANAH Negara YB Muhammad Sabu semalam berikutan flashmob seluruh negara yang diadakan pada 16 Julai 2022 ya...
Pasukan Malaysia Rangkul Tiga Pingat Gangsa Dan Satu Sanjungan Kehormat Dalam International Physics Olympiad 2022

Pasukan Malaysia Rangkul Tiga Pingat Gangsa Dan Satu Sanjungan Kehormat Dalam International Physics Olympiad 2022

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 426 hits
Oleh Wan Mohd Aimran Wan Mohd Kamil Pensyarah Jabatan Fizik Gunaan Fakulti Sains Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia Ahli pasukan Malaysia telah berjaya memperolehi tiga pingat gangsa dan satu sanjungan kehormat dalam pertandingan Inte...
Awani Global Malaysia Poland Keeping Ties In Pole Position 16 July 2022

Awani Global Malaysia Poland Keeping Ties In Pole Position 16 July 2022

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 392 hits
After 51 years of diplomatic relations between Poland and Malaysia what were the most significant achievements between two countries Saraya Mia speaks to Deputy Minister of Foreign Affairs of the Republic of Poland Marcin Przydacz AWANIglob...
Media Fam Trip 2022 Tourism Selangor Di Resort Taman Eko Rimba Komanwel

Media Fam Trip 2022 Tourism Selangor Di Resort Taman Eko Rimba Komanwel

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 311 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraTourism Selangor pada 1 Ogos 2022 telah menganjurkan Media FAM Trip dan Majlis Apresiasi Media Tourism Selangor 2022 Penganjuran Media FAM Trip dan Majlis Apresiasi Media Tourism Selangor 2022 ini mendapat...
Meerqeen Jadi Wakil Tunggal Malaysia Masuk Senarai 100 Lelaki Terkacak 2022

Meerqeen Jadi Wakil Tunggal Malaysia Masuk Senarai 100 Lelaki Terkacak 2022

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 393 hits
Kejayaan drama Melur Untuk Firdaus yang sentiasa trending di media sosial sehingga mendapat perhatian warganet negara tetangga telah melonjak nama dua pelakon muda iaitu Meerqeen dan Anna Jobling Wajah tampan bekas peserta Hero Remaja 2020 ...
Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran Tema Maal Hijrah 2022 1444h

Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran Tema Maal Hijrah 2022 1444h

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 645 hits
kredit ecentral myAssalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua sahabat sahabat blogger Sekejap sahaja kita merasa 1443 Hijrah bakal meninggalkan kita semua Lagi tahun hijrah akan menemani kita semua iaitu 1444 Hijrah Yang menarik pada...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Punca Guru Bersara Awal Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Firdaus Cerita Gunting Rambut

Ultimate Best Beef Burger Recipe Uk Bbc Good Food

Teruskan Bersabar Nona

Kalau Tak Boleh Menyenangkan Jangan Menyusahkan

Wafiy Sempat Tolak 2 Kawan Ke Tepi Dengan Kaki Sebelum Hanyut Dan Lemas Nenek