Presma Gesa Longgar Syarat Mohon Pekerja Asing Media Variasi 09 08 2022


 

SENTUL: Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) merayu kerajaan melonggarkan syarat permohonan pekerja asing yang menyebabkan industri mereka terjejas.
Presiden PRESMA, Datuk Jawahar Ali Taib Khan, berkata ia berikutan lebih 3,000 restoran mamak ditutup dan lebih 300 kedai runcit ditutup akibat kekurangan tenaga kerja.
Katanya, perlu dilihat dalam aspek praktikaliti untuk perniagaan, walau pun isu ini agak sensitif.
“Namun restoran mamak, runcit dan pemborong tidak ada pilihan kerana kurangnya tenaga kerja tempatan yang mahu bekerja dalam bidang ini.
“Hanya yang melaluinya sahaja yang tahu betapa peritnya untuk meneruskan perniagaan ini, penutupan premis turut memberikan kesan kepada seluruh rangkaian pembekalan makanan seperti bahan mentah, sayur, minyak dan lain-lain yang majoritinya diusahakan adalah rakyat kita.
“Sebelum ini permohonan pekerja asing amat ketat dan jumlah pekerja asing di sektor restoran tidak sampai tiga peratus, kami memerlukan 30,000 pekerja untuk penempatan 12,000 restoran,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Sidang media itu dibuat bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Pengusaha India Malaysia (PRIMAS) dan Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia (MAWAR).
Dalam pada itu, Jawahar meminta proses permohonan pekerja asing dilanjutkan tempoh daftar pekerja asing yang akan tamat 14 Ogos ini.
“Kami berharap ia dilanjutkan dua bulan lagi iaitu pada Oktober 2022 sebelum pindaan dasar-dasar lain diperkenalkan.
“Ini kerana baharu 30 peratus ahli persatuan terima kelulusan pekerja asing.
“Baki sebanyak 70 peratus permohonan masih berada dalam sistem dan ada setengah ahli ingin membuat permohonan kerana kekurangan dokumen yang diperlukan, ia ambil masa lama untuk menyediakan dokumen berkenaan.
“Sebagai contoh penyata caruman KWSP dan penyata bank memerlukan tiga bulan penyata.
“Sehubungan itu, penangguhan permohonan yang diumumkan pihak kerajaan akan membawa impak besar kerana kekurangan tenaga kerja di semua sektor,” katanya.


Artikel oleh: Media Variasi
PRESMA GESA LONGGAR SYARAT MOHON PEKERJA ASING

https://mediavariasi.com/2022/08/presma-gesa-longgar-syarat-mohon-pekerja-asing/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/08/presma-gesa-longgar-syarat-mohon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sudah Ikhtiar Cari Pekerja Tempatan Namun Terpaksa Guna Warga Asing Presma Utv Media 09 08 2022

Sudah Ikhtiar Cari Pekerja Tempatan Namun Terpaksa Guna Warga Asing Presma Utv Media 09 08 2022

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 291 hits
SENTUL 9 OGOS 2022 Isu pekerja warga asing bukan sesuatu isu yang baharu pekerja tempatan pula tidak berminat dengan kerja kerja melibatkan 3D Namun kini pihak Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia Persatuan Pengguna Islam Malaysia P...
Memohon Lanjutan Pengambilan Pekerja Asing Baharu Sidang Media Ppim 09 08 2022

Memohon Lanjutan Pengambilan Pekerja Asing Baharu Sidang Media Ppim 09 08 2022

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 401 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia bersama Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia serta pemain industri memohon agar pihak kerajaan dapat melanjutkan pemberhentian permohonan pengambilan pekerja asing sehingga dua bulan lagi iaitu pada...
Hapus Subsidi Bahan Api Elak Ketirisan Lebih Baik Salur Terus Bantuan Ppim Media Variasi 28 07 2022

Hapus Subsidi Bahan Api Elak Ketirisan Lebih Baik Salur Terus Bantuan Ppim Media Variasi 28 07 2022

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 366 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan supaya menghapuskan subsidi bahan api petroleum dan diesel kerana golongan berkemampuan dan warga asing lebih banyak menikmati kemudahan ini berbanding sasaran Ini kerana tiad...
Ppim Selar Ngo Pertikai Pelaksanaan Tris Media Variasi 29 07 2022

Ppim Selar Ngo Pertikai Pelaksanaan Tris Media Variasi 29 07 2022

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 343 hits
KUALA LUMPUR Sistem Pengesanan Maklumat Pelarian atau Tracking Refugees Information System tidak sepatutnya menjadi isu polemik yang ditimbulkan pihak tertentu Ini kerana TRIS yang diluluskan oleh Kabinet baru baru ini dipercayai mampu memb...
Isu Tanah 99 Sen Peneroka Felda Lembah Klau Mohon Sultan Pahang Campur Tangan Media Variasi 27 07 2022

Isu Tanah 99 Sen Peneroka Felda Lembah Klau Mohon Sultan Pahang Campur Tangan Media Variasi 27 07 2022

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 509 hits
KUALA LUMPUR Ratusan peneroka Felda Lembah Klau di Pahang merayu dan memohon bantuan Sultan Pahang Sultan Abdullah Al Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah untuk mencemar duli melihat sendiri keperitan rakyat menuntut pembelaan...
Menara 5g Perlu Jauh Dari Penempatan Jika Mudarat Kesihatan Ppim Media Variasi 04 08 2022

Menara 5g Perlu Jauh Dari Penempatan Jika Mudarat Kesihatan Ppim Media Variasi 04 08 2022

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 443 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mencadangkan pembinaan menara teknologi generasi kelima jauh dari penempatan dan tidak lebih daripada 28 gigahertz jika benar radiasinya boleh memudaratkan Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan...
Keadaan Makin Kritikal Kami Perlukan 30 000 Pekerja Restoran Persatuan Harian Metro 09 08 2022

Keadaan Makin Kritikal Kami Perlukan 30 000 Pekerja Restoran Persatuan Harian Metro 09 08 2022

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 256 hits
Tolonglah kami yang semakin kritikal Ini bukan soal buat untung tetapi lebih kepada yang survival dalam bidang perniagaan Itu gesaan gabungan persatuan di dalam industri makanan dan peruncitan yang merayu kerajaan memperhalusi isu pengambil...
Iltizam Anak Selangor 2022 Syarat Cara Permohonan

Iltizam Anak Selangor 2022 Syarat Cara Permohonan

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 551 hits
ILTIZAM SELANGOR SIHAT Program Iltizam Anak Selangor merupakan skim baharu di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang Ia menyasarkan 30 000 orang anak anak yang baru lahir di Negeri Selangor bermula kelahiran tahun 2022 Berikut dikongsikan ...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Punca Guru Bersara Awal Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Firdaus Cerita Gunting Rambut

Ultimate Best Beef Burger Recipe Uk Bbc Good Food

Teruskan Bersabar Nona

Kalau Tak Boleh Menyenangkan Jangan Menyusahkan

Wafiy Sempat Tolak 2 Kawan Ke Tepi Dengan Kaki Sebelum Hanyut Dan Lemas Nenek