Isu Tanah 99 Sen Peneroka Felda Lembah Klau Mohon Sultan Pahang Campur Tangan Media Variasi 27 07 2022


 

KUALA LUMPUR: Ratusan peneroka Felda Lembah Klau, di Pahang merayu dan memohon bantuan Sultan Pahang, Sultan Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, untuk mencemar duli melihat sendiri keperitan rakyat menuntut pembelaan berhubung nilai tanah tidak masuk akal pada harga 99 sen, sejak lebih 10 tahun lalu.
Ini kerana, mereka tiada pilihan lain lagi untuk mendapatkan keadilan selepas beberapa pertemuan dengan pihak berkaitan termasuk kerajaan, Felda, pegawai daerah dan negeri yang sehingga kini belum menerima maklum balas.
Presiden Persatuan Anti Diskriminasi dan Salah Laku, Datuk Mohd Fakrunizam Ibrahim mewakili peneroka berkata, tiba masanya isu berkenaan sampai ke pengetahuan Sultan Pahang melalui media kerana percaya, baginda tidak dimaklumkan mengenai perkara itu sehingga saat ini.
“Mungkin Tuanku tidak tahu (isu), kadang ada pemimpin di bawah sengaja sorok isu dan nampak elok di mata tetapi hakikatnya, rakyat menderita.
“Kalau boleh patik mohon Tuanku untuk mencemar duli melihat masalah rakyat Pahang di Lembah Klau, sebab kesian untuk mereka dan generasi akan datang.
“Mereka terpaksa buat macam ni (pendedahan media) beritahu satu negara supaya masalah mereka didengari, kerana lebih 10 tahun disekat, diperlekeh dan diperlaku macam itu saja tanpa pembelaan. Jadi mereka datang juga ke sini untuk bantuan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media peneroka Felda Lembah Klau, Raub ditipu, bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, di sini.
Peneroka, Tengku Badri Tengku Jaafar, mendakwa ada wakil rakyat cuba menabur ‘gula-gula’ kepada peneroka dengan menawarkan tanah tiga hingga enam ekar supaya meredakan isu tuntutan mereka, selepas MEDIA VARIASI membongkar pendedahan dan tular di media sosial baru-baru ini.
“Saya dimaklumkan, tawaran itu berlaku dalam mesyuarat bersama ahli bahagian kawasan.
“Saya difahamkan, ada yang dia tawarkan tiga ekar kepada belia dan enam ekar kepada penduduk, tetapi tiada hitam putih. Akhirnya tiada penyelesaian, cuma ‘gula-gula’kan atas mulut, mungkin nak redakan keadaan kami,” dakwanya.
Sementara itu, Nadzim berkata, beliau hairan bagaimana penganiayaan secara terbuka terhadap penduduk kawasan tidak mendapat perhatian pihak berwajib.
“Sudah sekian lama, tiga kali pilihan raya sudah berlalu tetapi masalah mereka masih tidak selesai, mana janji-janji ketika pilihan raya dulu.
“Apakah kerana mereka orang kampung dan tidak mendatangkan keuntungan sehingga dibiarkan terus dibelenggu masalah ini selama lebih 10 tahun,” katanya yang akan turut membantu menyediakan pihak guaman supaya dapat membela nasib penduduk.
Beliau turut menyarankan kepada peneroka supaya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis supaya isu berkenaan diambil berat dan tidak dipandang enteng.
MEDIA VARIASI sebelum ini melaporkan pembongkaran bersiri tentang penyelewengan pengambilan tanah peneroka Felda di Parlimen Raub itu bahawa harga melampau bagi seekar tanah iaitu 99 sen kaki persegi, dijual bagi projek Pembinaan Empangan Klau pada tahun 2008.
Bantahan 447 peneroka itu sudah berlangsung 14 tahun namun tidak diendahkan, nilai tanah yang amat rendah dibayar berbanding RM3.45 kaki persegi ketika perjanjian asal.
Susulan itu juga, terdapat dakwaan wakil rakyat cuba mendapatkan senarai warga peneroka Felda Lembah Klau yang belum menerima pampasan daripada PPIM.

Wartawan MEDIA VARIASI cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada wakil rakyat berkenaan namun hanya mengunci mulut tanpa sebarang penjelasan.


Artikel oleh: Media Variasi
ISU TANAH 99 SEN: PENEROKA FELDA LEMBAH KLAU MOHON SULTAN PAHANG CAMPUR TANGAN

https://mediavariasi.com/2022/07/isu-tanah-99-sen-peneroka-felda-lembah-klau-mohon-sultan-pahang-campur-tangan/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/07/isu-tanah-99-sen-peneroka-felda-lembah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuntutan Penduduk Felda Klau Raub Sidang Media Ppim 27 07 2022

Tuntutan Penduduk Felda Klau Raub Sidang Media Ppim 27 07 2022

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 197 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menerima aduan wakil penduduk Felda Klau Raub yang mendakwa hak mereka diambil oleh pihak Kerajaan bagi tujuan pembangunan empangan Air Syabas Pahang Selangor pada tahun 2008 Bagaimanapun sehingga kini pend...
Ppim Gesa Kerajaan Segera Bantu Peneroka Felda Klau Sinar Harian 27 07 2022

Ppim Gesa Kerajaan Segera Bantu Peneroka Felda Klau Sinar Harian 27 07 2022

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 287 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan persekutuan segera bertindak bagi membantu seramai 458 peneroka Felda Klau Raub yang mendakwa kerugian kira kira RM748 juta Mereka mendakwa kerugian itu terpaksa ditanggung selep...
Hapus Subsidi Bahan Api Elak Ketirisan Lebih Baik Salur Terus Bantuan Ppim Media Variasi 28 07 2022

Hapus Subsidi Bahan Api Elak Ketirisan Lebih Baik Salur Terus Bantuan Ppim Media Variasi 28 07 2022

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 289 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan supaya menghapuskan subsidi bahan api petroleum dan diesel kerana golongan berkemampuan dan warga asing lebih banyak menikmati kemudahan ini berbanding sasaran Ini kerana tiad...
Ppim Selar Ngo Pertikai Pelaksanaan Tris Media Variasi 29 07 2022

Ppim Selar Ngo Pertikai Pelaksanaan Tris Media Variasi 29 07 2022

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 287 hits
KUALA LUMPUR Sistem Pengesanan Maklumat Pelarian atau Tracking Refugees Information System tidak sepatutnya menjadi isu polemik yang ditimbulkan pihak tertentu Ini kerana TRIS yang diluluskan oleh Kabinet baru baru ini dipercayai mampu memb...
Langsung Sidang Media Desakan Ngo Luluskan Akta Kawalan Tembakau 22 Julai 2022

Langsung Sidang Media Desakan Ngo Luluskan Akta Kawalan Tembakau 22 Julai 2022

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 274 hits
Sidang media desakan NGO kepada Ahli Parlimen Luluskan Akta Kawalan Tembakau untuk Generation End Game atau haramkan keseluruhannya AWANInews SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di h...
Isu Tanah Kg Baru Apabila Melayu Jaki Kepada Melayu

Isu Tanah Kg Baru Apabila Melayu Jaki Kepada Melayu

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 330 hits
Maksud perkataan jaki Mykamus http mykamus comMaksud perkataan jaki adalah The meaning of jaki is angry at furious at envious Dari kecil lagi saya faham maksud jaki sebagai serupa dengan jealous atau dengki Dan saya melihat inilah antara ma...
Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Pahang Di Sasat Polis Berkaitan Isu Ciapan Di Twittenya

Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Pahang Di Sasat Polis Berkaitan Isu Ciapan Di Twittenya

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 322 hits
KUANTAN Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia Pahang Noor Jehan Abu Bakar dirakam keterangan kira kira sejam di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan Pahang hari ini Dia dipanggil bagi memberi keterangan kepada pegawai polis sekitar jam 3 p...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii