Menanti Kebenaran Antara Dua Ramalan


Haspaizi Zain 
   
ULASAN | Menjelang beberapa hari sebelum pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau memilih wakil rakyat mereka, kempen bagi calon-calon dan parti bertanding semakin rancak.

Rantau, Negeri Sembilan, yang tidak jauh daripada bandar peranginan Port Dickson kini menjadi pentas kepada pemimpin politik baik pihak kerajaan mahupun pembangkang membicarakan isu negara bagi memenangi hati rakyat.

Pakatan Harapan (PH) yang meletakkan calon PKR Dr S Streram turun dengan misi yang besar untuk menyekat Umno, BN daripada terus melakukan "hatrik" dengan mencipta kemenangan ketiga dalam pilihan raya kecil (PRK) selepas Cameron Highlands dan Semenyih.

Bagi BN pula, ia membawa misi penting untuk memastikan DUN Rantau terus menjadi kubu kuat Umno, BN, kerana ia sudah tiga penggal dimenangi Mohamad Hasan yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan.

Lebih besar lagi, kemenangan Mohamad di DUN berkenaan cukup penting bagi mengekalkan momentum kemenangan BN, selain kemenangan moral buat Timbalan Presiden Umno yang menjalankan tugas presiden itu.

Di atas kertas personaliti Mohamad ataupun lebih dikenali sebagai Mat Hasan itu cukup kuat dan tampak sukar digugat calon PH, Dr S Streram.

PKR pula pastinya mengharapkan kemenangan dapat diraih meskipun sedar berdepan laluan sukar.

Bagi calon bakal Perdana Menteri ke lapan, Anwar Ibrahim, kemenangan PH di Rantau akan menjadi kemenangan moral yang besar selain membuktikan pengaruhnya cukup kuat dan bersedia untuk menerajui negara.

Jadi, disebabkan itulah, Anwar dilihat "berkampung" di Rantau bagi menumbangkan Mat Hasan di "gelanggang sendiri".
Maka, dapat dilihat pelbagai "serangan" dilancarkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu ketika berkempen di Rantau bagi membunuh karakter Mohamad yang dikenali sebagai pemimpin yang "humble" dan mesra rakyat.

Bertalu-talu serangan dilontarkan Anwar terhadap Mohamad sehinggalah kepada pencapaian Timbalan Presiden Umno itu selama tiga penggal menerajui Negeri Sembilan.

Oghang Nogori lebih kenal Mat Hasan
Meskipun cuba memperkecilkan pencapaian Mat Hasan, namun "oghang nogori" lebih mengenali dan mampu menilai sejauh mana pencapaian bekas Menteri Besar itu sama ada mampu untuk dibanggakan atau sebaliknya.

Tetapi, apa yang menarik, ketika Anwar dikritik dengan penularan video beliau sedang rancak menari ketika berkempen, anggota Parlimen Port Dickson itu sempat meramalkan yang Mat Hasan tidak mungkin akan menjadi Presiden Umno bagi menggantikan Dr Ahmad Zahid Hamidi pada kempen PRK DUN Rantau.
Strategi Anwar itu dilihat sebagai cubaan untuk membunuh semangat Mat Hasan dan juga pengundi di DUN Rantau yang sememangnya cukup mengagumi bekas menteri besar itu.

Bila Anwar bercakap soal ramalan, sebenarnya ia umpama menepuk air di dalam dulang yang akhirnya terpercik ke muka sendiri, ataupun boleh juga disimpulkan bahawa presiden PKR itu umpama bercakap di depan cermin.

Ketika Anwar meramalkan Mat Hasan tidak akan menjadi presiden Umno, sebenarnya telah banyak ramalan yang dibuat oleh orang politik dan rakyat Malaysia mengenai hasrat Anwar untuk menjadi Perdana Menteri kelapan.

Malah, Mat Hasan sendiri turut meramalkan yang Anwar tidak akan diangkat Mahathir sebagai perdana menteri ke lapan.

Anwar juga diramal tak jadi PM
Di luar sana, ramai rakyat Malaysia meramalkan yang Anwar tidak akan sesekali berjaya menjadi perdana menteri kelapan bagi menggantikan Dr Mahathir Mohamad selagi mana anggota Parlimen Langkawai itu masih ada, kecuali ada "keajaiban: yang berlaku.
Mengenali Mahathir yang disifatkan sebagai bekas diktaktor oleh Nurul Izzah yang juga anak Anwar, maka adalah sesuatu yang mustahil dan sukar untuk Anwar menggantikan bekas perdana menteri ke empat selama 22 tahun itu.

Meskipun Mahathir sering melafazkan hasrat untuk menyerahkan tampuk kuasa pada Anwar, namun dalam politik apa saja boleh berlaku dan ia belum lagi satu kepastian.

Ramalan itu pastinya akan menjadi perhatian rakyat Malaysia untuk melihat "mulut siapa yang masin" dan ramalan siapa yang benar-benar menjadi kenyataan.

Sama-samalah kita tunggu jawapannya, sama ada Mat Hasan tidak akan menjadi presiden Umno ataupun Anwar akan kekal sebagai bakal perdana menteri paling lama dalam sejarah negara, hanya masa yang akan menentukannya.

* HASPAIZI ZAIN ialah wartawan Malaysiakini.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/menanti-kebenaran-antara-dua-ramalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pria Berpisau Tikam Dua Siswa Sd Di China Hingga Tewas

Pria Berpisau Tikam Dua Siswa Sd Di China Hingga Tewas

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 282 hits
Pria bernama Zheng berusia 31 tahun itu kini sudah ditangkap polisi Dia diketahui berasal dari Baijiaping
Dua Beradik Maut Kereta Dinaiki Langgar Lori

Dua Beradik Maut Kereta Dinaiki Langgar Lori

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 326 hits
MUHAMAD TARMIZE MOHD NOR 02 April 2019 10 13 PM GERIK Dua beradik lelaki maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebuah lori di Kilomet
Putrajaya Lakukan Dua Perkara Tidak Ikut Perlembagaan Tmj

Putrajaya Lakukan Dua Perkara Tidak Ikut Perlembagaan Tmj

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 409 hits
Adakah Putrajaya cuba mengambil alih kuasa kerajaan negeri Itu persoalan ditimbulkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berikutan pengumuman pembinaan hab pemindahan kapal ke kapal terbesar di dunia yang akan dibina di Pelabuha...
Bus Terjun Bebas Dari Jembatan Di Ngawi Dua Penumpang Tewas Dan 14 Luka Luka

Bus Terjun Bebas Dari Jembatan Di Ngawi Dua Penumpang Tewas Dan 14 Luka Luka

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 222 hits
Berdasarkan olah tempat kejadian perkara kecelakaan terjadi diduga karena sopir bus bernama Purwanto warga Kota Madiun mengantuk Selain itu kecepatan bus juga tinggi yakni mencapai 90 kilometer per jam
Dua Pemburu Hewan Di Taman Nasional Way Kambas Diciduk Petugas

Dua Pemburu Hewan Di Taman Nasional Way Kambas Diciduk Petugas

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 259 hits
Sukatmoko menyebutkan dalam penangkapan itu diamankan dua ekor rusa yang sudah dipotong potong dalam bentuk daging dua senapan angin gejluk beserta pelurunya serta kompas golok dan pisau
Keputusan Piala Fa Pusingan Ke Dua 3 April 2019

Keputusan Piala Fa Pusingan Ke Dua 3 April 2019

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 366 hits
Berikut adalah keputusan lapan perlawanan Shopee Piala FA Malaysia Pusingan Ke 2 yang berlangsung pada 3 April 2019 Perlawanan bagi pasukan Batu Dua dan PKNP juga berlangsung pada hari yang sama namun telah bermula awal iaitu pada pukul 4 1...
Siapa Dia Sebenarnya Dua Kali Jom Blah Berjaya Pisahkan Pendaki Dengan Budak Di Lokasi Acap Hilang

Siapa Dia Sebenarnya Dua Kali Jom Blah Berjaya Pisahkan Pendaki Dengan Budak Di Lokasi Acap Hilang

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 985 hits
HARI ini genap 12 hari kehilangan Mohamad Ashraf Hasan peserta larian Gopeng Ultra Trail dengan tiada sebarang petunjuk baharu ditemui Misteri kehilangan pemuda itu yang lebih dikenali sebagai Acap terus menjadi bualan netizen di media sosi...
Belajar Tak Fokus Macam Mana Nak Dapat Kisah Selempang Pink Ayah Sebak Mak Mera Juk Dua Hari

Belajar Tak Fokus Macam Mana Nak Dapat Kisah Selempang Pink Ayah Sebak Mak Mera Juk Dua Hari

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 565 hits
Kau belajar main main macam mana nak dapat Kisah selempang pink Ayah sebak Mak merajuk dua hari Seorang bapa kecewa apabila anaknya tidak memakai selempang merah jambu pada majlis konvokesyen tamat pengajian diploma di Universiti Teknologi ...
Kerjasama Malaysia Jepun Bangunkan Semula Gaza Dapat Pujian Rakyat

Headed To New Orleans For The Super Bowl Or Mardi Gras Here S The Safety Info You Need

Turn Your Startup Dream To Reality

Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Makan Malam Chicken Chop Viral Klang

Bahaya Vitamin Dan Suplemen Tanpa Nasihat Pakar

Cara Menghidupkan Kembali Percikan Cinta Dalam Hubungan

Bagaimana Orang Berjaya Menguruskan Masa Mereka Dengan Bijak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice


Bendang

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta

Utamakan Isu Negara Sebelum Bangunkan Semula Gaza Rafidah

Resepi Ikan Siakap Hong Shau Kredit Soyabelacan

Minta Semua Sedekahkan Al Fatihah Abang Tajul Meninggal Dunia

Tiga Cedera Selepas Kenderaan Melanggar Sekumpulan Lelaki