Siapa Dia Sebenarnya Dua Kali Jom Blah Berjaya Pisahkan Pendaki Dengan Budak Di Lokasi Acap Hilang


HARI ini genap 12 hari kehilangan Mohamad Ashraf Hasan, peserta larian Gopeng Ultra Trail dengan tiada sebarang petunjuk baharu ditemui.
Misteri kehilangan pemuda itu yang lebih dikenali sebagai Acap terus menjadi bualan netizen di media sosial.
Pelbagai teori timbul dengan rata-rata netizen menyifatkan kehilangan Mohamad Ashraf atau lebih dikenali sebagai Acap ada kaitan dengan alam mistik.
Terbaharu seorang pemuda tampil berkongsi pengalaman menyeramkan semasa mendaki Bukit Batu Putih, Gopeng kira-kira dua tahun lalu di lokasi sama Acap dipercayai ‘ghaib’.
Menurut Reiz Lan, dia nyaris masuk semula ke dalam kawasan hutan tebal itu selepas mendakwa dipanggil ‘seorang budak’ dekat lorong gelap.
“Bila dah keluar dari hutan tu, dah masuk kereta dan tukar kasut, masa tu saya tiba-tiba keluar dari kereta semula. Saya dah berjalan sebab dekat lorong nak masuk tu ada budak panggil.
“Masa tu saya dah tak sedar apa. Saya sendiri pun tak tahu kenapa saya nak pergi dekat budak tu. Nak kata tertarik, bukan… tapi saya rasa macam nak pergi dekat dia,” katanya kepada mStar Online.
Operasi pencarian Acap masih lagi diteruskan.
Bagaimanapun pemuda berusia 24 tahun itu bersyukur kerana kelakuan peliknya pantas disedarinya dua rakannya yang menaiki kereta sama.
“Kawan saya yang perempuan cakap dekat Jep (kawan seorang lagi) pergi tengok Lan. Dia (Jep) terus tarik saya masuk semula ke dalam kereta.
“Jep kata jom blah… jom blah. Itulah kira kali terakhir saya pergi hiking,” katanya.
Ditanya mengenai kelibat yang melambai ke arahnya, Reiz Lan yang juga seorang jurusolek memberitahu dia hanya nampak bayang-bayang seorang budak.
“Waktu tu saya pandang ke kawasan hutan tiba-tiba tengok ada budak lambai-lambai ke arah saya. Dia tidak menyerupai manusia tapi saya hanya nampak bayang-bayang.
“Saya bersyukur kerana kawan saya pantas tarik saya masuk semula ke dalam kereta. Kalau saya masuk ke dalam hutan tu, tak tahulah apa jadi dekat saya selepas itu,” katanya.
Masa separuh perjalanan tu saya perasaaan sesuatu, saya pandang belakang saya beritahu kawan kenapa macam ramai dekat belakang dalam lima orang… ada geng lain ke? Kawan saya ni dia tahu saya jenis senang nampak benda pelik-pelik

Reiz Lan berkata mereka memulakan pendakian selepas Asar dan mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai ke puncak.
“Laluan agak mencabar sebab keadaan bukit mencanak sedikit. Jadi kami terpaksa berjalan secara menyenget.
“Walaupun jarak tak jauh mana tapi kami ambil masa lama nak sampai ke puncak. Kami perlu tolong satu sama lain sepanjang perjalanan itu,” katanya.
Reiz Lan turut menggemari aktiviti selam skuba.
Dalam pada itu, Reiz Lan yang berasal dari Batu Gajah, Perak turut mendedahkan dia turut ternampak beberapa kelibat menyerupai manusia menemani mereka menuruni kawasan berbukit itu.
“Kami turun pun lepas habis solat Magrib di puncak bukit. Semasa nak turun tu keadaan agak gelap dan kami hanya bertemankan lampu suluh di kepala. Kami sering perhati kawan masing-masing kat belakang ada ke tak.
“Masa separuh perjalanan tu saya perasaaan sesuatu, saya pandang belakang saya beritahu kawan kenapa macam ramai dekat belakang dalam lima orang… ada geng lain ke? Kawan saya ni dia tahu saya jenis senang nampak benda pelik-pelik.
“Dia cakap jangan pandang belakang, tengok je depan. Saya dah rasa tak sedap hati. Saya pandang kiri pandang kanan saya nampak macam ada orang lalu tapi sekali imbas dia hilang,” katanya.
Reiz Lan mendedahkan dia sebenarnya mempunyai kelebihan boleh melihat makhluk halus.
“Saya pernah kena banyak kali, dekat kedai makan… pergi kem pun kena juga. Saya ni sebenarnya lemah semangat.
“Jadi bila selalu kena terutamanya selepas kes hiking di Bukit Batu Putih, saya terus berubat. Sejak dari itu saya dah lama tak nampak benda bukan-bukan,” katanya.
Ibu bapa Acap turut menyertai operasi pencarian anak mereka.
Sementara itu, Reiz Lan berkata dia terpanggil berkongsi pengalaman menyeramkan tersebut kerana sedih apabila orang ramai melemparkan pelbagai teori tidak benar mengenai kehilangan Acap.
“Ada orang kata saya nak popular tapi sebenarnya saya hanya ingin berkongsi kisah benar yang saya pernah lalui sendiri. Kalau kita tengok orang komen bukan-bukan pun ada.
“Orang boleh cakap apa sahaja kerana mereka sendiri tidak pernah melalui situasi itu. Saya sebak bila tengok video mak dia (Acap). Dalam hati pun terfikir macam manalah situasi dia sekarang ini,” katanya.
Pada masa sama, pemuda itu turut berharap agar Acap dapat ditemui segera.
“Saya sentiasa mendoakan agar Acap ditemui segera. Kasihan dekat mak dia walaupun sakit tetapi tetap gigihkan diri naik bukit untuk cari anak dia.
“Saya juga ingin kongsikan nasihat arwah Opah saya kalau masuk hutan kena beringat. Jangan sesekali ingkar. Nak mula sesuatu bacalah Bismillah,” katanya.
Firasat ibu acap mengatakan anaknya berada di sekitar gua ini. Alhamdulillah dengan izin Allah sebelum masuk ke gua ini kita telah menunaikan solat hajat dan bacaan Surah Yasin.
Maaf kepada semua yang tunggu untuk menonton secara live fb tadi kerana tidak ada line semasa dalam perjalanan masuk ke gua tersebut.
Inshaa Allah kita akan upload video semasa pencarian di dalam gua ini secepat mungkin. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami dalam misi pencarian ini.
Tadi kami masuk pukul 12 malam keluar pukul 5 pagi perjalanan sangat jauh dan pelbagai rintangan kami tempuhi. Esok pagi kita akan sambung pencarian mencari acap di kawasan yang akan kita update nanti.

Firasat ibu acap mengatakan anaknya berada di sekitar gua ini..alhamdulillah dengan izin Allah sebelum masuk ke gua ini kita telah menunaikan solat hajat dan bacaan Surah Yasin..maaf kepada semua yang tunggu untuk menonton secara live fb tadi kerana tidak ada line semasa dalam perjalanan masuk ke gua tersebut..Inshaa Allah kita akan upload video semasa pencarian di dalam gua ini secepat mungkin..terima kasih kepada semua yang mendoakan kami dalam misi pencarian ini.. tadi kami masok pukul 12 malam keluar pukul 5 pagi perjalanan sangat jauh dan pelbagai rintangan kami tempuhi..esok pagi kita akan sambung pencarian mencari acap di kawasan yang akan kita update nanti.
VIDEO:

The post Siapa dia sebenarnya? Dua kali “jom blah” berjaya pisahkan pendaki dengan ‘budak’ di lokasi Acap hilang appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/siapa-dia-sebenarnya-dua-kali-jom-blah-berjaya-pisahkan-pendaki-dengan-budak-di-lokasi-acap-hilang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Nak Suruh Tukar Ambillah Si Polan Bin Si Polan Ni Kes Acap Hilang Dimanakah Sensitiviti Segelintir Orang Kita

Kalau Nak Suruh Tukar Ambillah Si Polan Bin Si Polan Ni Kes Acap Hilang Dimanakah Sensitiviti Segelintir Orang Kita

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 743 hits
Kalau Nak Suruh Tukar Ambillah Si Polan bin Si Polan Ni Kes Acap Hilang Dimanakah Sensitiviti Segelintir Orang Kita Dari kes orang hilang biasa kes kehilangan Acap kini menjadi tumpuan mata mata di seluruh Malaysia Kini sudah lebih dua ming...
Olahraga Ringan Dan Berjalan Dua Kali Seminggu Bisa Bantu Cegah Penyakit Jantung

Olahraga Ringan Dan Berjalan Dua Kali Seminggu Bisa Bantu Cegah Penyakit Jantung

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 244 hits
Penelitian ini dipublikasikan pada British Journal of Sports Medicine berdasar penelitian terhadap sekitar 90 ribu partisipan Diketahui bahwa orang orang yang berjalan atau berkebun antara 10 menit hingga satu jam tiap pekan memiliki risiko...
Statut Rom Pisang Berbuah Dua Kali

Statut Rom Pisang Berbuah Dua Kali

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 382 hits
Rahman Talib Logo ICC ISU berkenaan Statut Rome bagaikan boleh dijangka Setelah Kerajaan Pakatan Harapan dengan yakin dan bertindak secara sendiri menandatangani Statut tersebut baru semalam Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dilaporkan t...
Sebelum Acap Ini 4 Kisah Hilang Yang Pernah Menggemparkan Negara

Sebelum Acap Ini 4 Kisah Hilang Yang Pernah Menggemparkan Negara

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 876 hits
Sejurus mendapat laporan pihak Polis Diraja Malaysia menghantar 11 anggotanya yang juga disertai oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia juga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Malah ibu Acap Siti Maznah Khamis turut menyertai misi ...
Dua Kali Prabowo Singgung Jokowi Soal Kartu Kartu Saat Debat Bahas Pemerintah

Dua Kali Prabowo Singgung Jokowi Soal Kartu Kartu Saat Debat Bahas Pemerintah

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 223 hits
Sesi tanya jawab segmen kedua debat keempat Pilpres 2019 mulai memanas Capres 02 Prabowo Subianto sampai dua kali menyindir Jokowi soal kartu kartu yang dibuat rivalnya itu
Dua Kali Gempa Tektonik Guncang Ntt Di Minggu Pagi

Dua Kali Gempa Tektonik Guncang Ntt Di Minggu Pagi

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 238 hits
Kabupaten Belu Nusa Tenggara Timur Minggu diguncang gempa bumi tektonik 5 2 Skala Richter Hasil analisis BMKG menunjukkan informasi awal gempa bumi ini berkekuatan 5 2 yang selanjutnya dilakukan pemutakhiran menjadi 4 9 Skala Richter
Selain Acap Ini Adalah Kisah Mereka Yang Pernah Hilang Ada Yang Berkait Dengan Kisah Misteri

Selain Acap Ini Adalah Kisah Mereka Yang Pernah Hilang Ada Yang Berkait Dengan Kisah Misteri

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 724 hits
Selain Acap Ini Adalah Kisah Mereka Yang Pernah Hilang Ada Yang Berkait Dengan Kisah Misteri Malaysia digemparkan dengan kehilangan Acap atau nama sebenarnya Mohammad Ashraf Hassan yang disahkan hilang ketika mengikuti acara larian Gopeng U...
Sila Lah Dengar Penjelasan Tuan Punya Badan Tamatkan Pencarian Sukarelawan Berkias Acap Tidak Hilang

Sila Lah Dengar Penjelasan Tuan Punya Badan Tamatkan Pencarian Sukarelawan Berkias Acap Tidak Hilang

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 1224 hits
Sila Lah Dengar Penjelasan Tuan Punya badan Tamatkan pencarian sukarelawan berkias Acap tidak hilang Kehilangan Mohammad Ashraf Hassan 29 seakan masih lagi misteri Selepas lebih daripada dua minggu dilaporkan hilang di Bukit batu Putih Gope...
Fikir Dua Kali Kalau Mahu Serang Pakistan Tun Mahathir

Fikir Dua Kali Kalau Mahu Serang Pakistan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 374 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan keterujaan beliau menyaksikan persembahan aset ketenteraan Pakistan pada sambutan Hari Pakistan 2019 hari ini Beliau yang dijemput sebagai tetamu kehormat oleh rakan sejawatnya Imran Khan ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls