Menangis Tak Berhenti Jangan Biar Anak Makin Panik Cemas Cepat Cepat Buat Langkah Ni


Bila berlaku kecemasan seperti tangan anak berdarah atau sebagainya, tangisan adalah reaksi pertama yang dapat dilakukan anak kecil kita untuk memberitahu keadaan mereka. Esakan semakin kuat dan berlarutan pastinya terus membuatkan kita semakin cemas. Jangan panik kerana kitalah yang mampu menenangkan si kecil.
Menerusi perkongsian di facebook, Dr Ahmad Luqman Bukhari berkongsi satu langkah mudah yang dapat menenangkan anak ketika berada di waktu kecemasan. Malah beliau juga berkongsi cerita anaknya yang terluka terkena kaca. Menangis tanpa henti dan pendarahan yang banyak, ini yang dilakukan kepada anaknya. Cepat-cepat kita bertindak seperti yang disyorkan oleh beliau.
Tangan anak sulung saya ni baru je lepas basah lencun dengan darah. Tadi masa dah selesai mandi dan keluar bilik air, dia duk selongkar barang kat dalam almari buku seorang diri. Entah macam mana jari telunjuk dia terhiris pada bahagian tepi cermin kaca dekat almari tu sampai terkoyak besar.

Darah merah mengalir keluar dari luka tu dah macam air, tak nak berhenti. Empat lima helai tisu kat tangan dia semuanya habis lencun dengan darah. Esakan dia mulanya perlahan tapi tak lama kemudian tiba-tiba dia bertempik nyaring. Saya tahu dia tengah sakit sangat-sangat sebab tangisan dia tu lain macam.
Terkejut jugak bila terpandang tapak tangan yang berlumuran darah tu. Cepat-cepat saya compress kuat-kuat luka kat jari dia tu dengan tisu bersih yang lain. Sambil tu saya peluk dia erat-erat.
Pelukan ni nampak macam remeh tapi sebenarnya pelukan dari kita mak ayah ni akan stimulate badan anak untuk rembeskan hormon endorphin.
Hormon tu berfungsi macam ubat tahan sakit lalu buatkan otot badan anak kita jadi lebih tenang dan melegakan fizikal dia yang tengah tersiksa tu.
Lepas tu satu demi satu tisu saya tambah dan compress kat luka tu sebab darah masih lagi mengalir. Sempatlah tengok sepintas lalu. Memang agak besar kulit jari yang terkoyak tu.
Tak lama kemudian luka dah mula ada tanda nak berhenti berdarah. Cepat-cepat saya alirkan air bersih kat kawasan luka tu sebelum cover dengan kain perca bersih ni dan balut kuat-kuat.

Syukurlah saya perhatikan dah tak ada tanda pendarahan pada balutan tu.Tapi tak boleh nak happy lagi. Saya kena perhatikan jugak progress luka tu takut-takut ada tanda jangkitan kuman.
Boleh jadi kawasan luka tu akan jadi sangat-sangat sakit, kulit kat keliling tu bertukar warna kemerah-merahan atau bernanah. Tiba-tiba demam pun tanda yang tak bagus jugak. Harap-harap tak berlakulah macam tu.
Selain dari masalah jangkitan, kalau anggota badan anak kita terluka dan ada pulak masalah macam kat bawah ni, kena cepat bawak ke fasiliti kesihatan untuk dapatkan rawatan yang lebih baik:
Kalau luka tu terlampau dalam atau pun gap luka tu besar sangat
Darah tak berhenti mengalir walaupun dah tekan dan balut luka tu kuat-kuat.
Luka berlaku dekat bahagian muka
Ada kotoran yang banyak di bahagian luka. Ni wajib kena bersihkan dengan teliti.
Anggota tu jadi kebas sampaikan anak beritahu dia tak rasa apa-apa
Atau pun luka tu disebabkan gigitan manusia atau binatang
Tolong #kongsikan pasal benda ni pada pasangan dan ahli keluarga yang lain jugak ya.
Dr Ahmad Luqman Bukhari.

EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam
Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.
Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
#PaMaJourneyBersamaJoviaNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA
Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparents
The post Menangis Tak Berhenti, Jangan Biar Anak Makin Panik & Cemas, Cepat-Cepat Buat Langkah Ni! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/menangis-tak-berhenti-jangan-biar-anak-makin-panik-cemas-cepat-cepat-buat-langkah-ni/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cerai Jangan Biar Anak Anak Jadi Mangsa

Cerai Jangan Biar Anak Anak Jadi Mangsa

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 297 hits
BANYAK rakaman yang tular mengisahkan perebutan anak anak disiarkan di media sosial dan arus perdana yang menunjukkan sikap ego serta baran kedua dua pihak dalam menangani isu penjagaan dan lawatan anak Malah acap kali kita membaca berita s...
Hati Hati Ya Jangan Biar Botol Susu Anak Tak Bertutup Meremang Tengok Lalat Tinggal Hadiah

Hati Hati Ya Jangan Biar Botol Susu Anak Tak Bertutup Meremang Tengok Lalat Tinggal Hadiah

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 396 hits
Menjadi kebiasaan bila si kecil dah habis menyusu dia akan tinggalkan sahaja botolnya si ibulah yang terpaksa mengutip botol susu dan letak pada tempat yang selamat Namun mungkin ramai yang terlupa untuk menutup botol susu anak dengan penut...
Anak Lagi Bijak Bila Bermain Di Luar Jangan Biar Asyik Terperap Dalam Rumah

Anak Lagi Bijak Bila Bermain Di Luar Jangan Biar Asyik Terperap Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 260 hits
Bercerita mengenai aktiviti luar tentu ramai yang bersetuju bahawa udara segar sinaran matahari serta senaman adalah baik untuk kanak kanak Namun sejauh mana aktiviti luar ini dapat membantu perkembangan kanak kanak dan mengasah kemahiran m...
Anak Gesel Gigi Waktu Tidur Mak Ayah Jangan Biarkan Mungkin Petanda Alami Stress

Anak Gesel Gigi Waktu Tidur Mak Ayah Jangan Biarkan Mungkin Petanda Alami Stress

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 395 hits
Malam nak tidur tiba tiba bunyi gigi bergesel agak menakutkan mendengarnya bila diperiksa rupanya anak lelaki yang masih kecil tidur dengan keadaan begitu Perkara tersebut mungkin merisaukan ibu ayah Malah ada yang berlarutan sehingga usia ...
Ibu Adik Rimas La 5 Petanda Anak Bersedia Latihan Toilet Training Jangan Tunggu Lagi

Ibu Adik Rimas La 5 Petanda Anak Bersedia Latihan Toilet Training Jangan Tunggu Lagi

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 347 hits
Macam mana nak tahu masa sesuai untuk ajar toilet training pada anak Persoalan sebegini selalu kita dengar daripada ibu yang baru pertama kali berdepan dengan masalah sebegini Adakah waktu terbaik untuk melatih anak kita Menurut Ahli Terapi...
Buai Anak Di Rumah Sahaja Jangan Pasang Endoi Dalam Kereta

Buai Anak Di Rumah Sahaja Jangan Pasang Endoi Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 397 hits
BUAI ANAK DIRUMAH SAJA JANGAN DI KERETACredit photo Assalamualaikum Just a very quick post for today Mamy nak pesan sikit kat moms and dads out there yang berhajat nak guna pakai this hacks yang mana mak terlebih kreatif memasanga endoi ata...
Zynakal Akui Bukan Anak Yang Baik Ibu Pernah Cakap Jangan Datang Kubur Dia

Zynakal Akui Bukan Anak Yang Baik Ibu Pernah Cakap Jangan Datang Kubur Dia

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 505 hits
Apabila dah selesai kebumikan arwah dan tengok batu nisan saya terus terdetik aku tanam mak aku sendiri Saya tak pernah jangka benda ini akan terjadi dalam hidup saya demikianlah kata Zynakal menerusi perkongsian IG Live source
Hiburan Mak Pernah Cakap Kalau Dia Mati Jangan Datang Kubur Penyanyi Zynakal Akui Dirinya Bukan Anak Yang Baik

Hiburan Mak Pernah Cakap Kalau Dia Mati Jangan Datang Kubur Penyanyi Zynakal Akui Dirinya Bukan Anak Yang Baik

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 598 hits
Kehilangan orang tersayang bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dihadapi tambah tambah jika ianya melibatkan ibu bapa Penyanyi dan komposer muda Zynakal yang baru saja kehilangan ibunya tersayang Allahyarham Zuridah Ibrahim ternyata tela...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah