Cerai Jangan Biar Anak Anak Jadi Mangsa




BANYAK rakaman yang tular mengisahkan perebutan anak-anak disiarkan di media sosial dan arus perdana yang menunjukkan sikap ego serta baran kedua-dua pihak dalam menangani isu penjagaan dan lawatan anak.

Malah, acap kali kita membaca berita sedemikian disensasikan di dalam Mahkamah Syariah atau di luar mahkamah. Sering perebutan anak menjadi isu utama yang hangat diperkatakan. Anak-anak seolah-olah menjadi komoditi bagi ibu bapa yang bercerai atau pada ambang perceraian. Tidak kurang juga anak-anak dijadikan alat untuk membalas dendam antara satu sama lain.

Sebenarnya secara umumnya mengikut hukum syarak, sesiapa sahaja yang mendapat hak jagaan anak, pihak yang tidak mendapat hak jagaan berhak melawat anak-anak tersebut mengikut kesesuaian kerana kebajikan anak tersebut mendapat kasih sayang ibu bapa amat dipentingkan. Itulah sebabnya jika bapa tidak mendapat hak jagaan anaknya, bapa tersebut masih perlu membayar nafkah anak.
Sebagai seorang Peguam Syarie, saya telah melihat ramai bapa yang dipenjarakan oleh Mahkamah Syariah kerana gagal membayar nafkah anak, malah tidak kurang juga ibu yang dipenjara kerana enggan memberi hak kepada bapa menziarahi anak tanpa sebab yang munasabah.
Sepatutnya apabila suami dan isteri bercerai, hanya mereka yang bercerai. Hubungan anak dengan bapa atau ibu masih tidak putus. Oleh itu, jangan sesekali mencipta alasan dengan tujuan tidak membenarkan bapa atau ibu menziarahi dan merapatkan hubungan dengan anak-anak. Bawalah berbincang agar kebajikan anak dapat dibela walaupun ibu bapa bercerai.
Pasangan yang bercerai perlu menyediakan minda positif bagi menghadapi perceraian. Walaupun rumah tangga mereka tidak dapat diselamatkan, janganlah ada dendam antara mereka. Jika mereka benar-benar sayangkan anak-anak, maka berusahalah berbincang dan memberikan yang terbaik kepada anak-anak. Walaupun sudah bercerai, mereka masih boleh menjadi kawan dengan menyantuni batas-batas yang telah ditetapkan hukum syarak.
Hukum syarak telah mengaturkan dengan baik hubungan ibu bapa dengan anak-anak selepas ibu bapa bercerai. Ibu pada lazimnya diberi keutamaan mendapat hak jagaan anak, manakala bapa masih menanggung nafkah anak. Dengan cara itu, hubungan akan berkekalan.
Namun, jika si ibu, misalnya, menghalang bapa menziarahi anak tanpa sebab munasabah atau mempengaruhi anak agar enggan berjumpa dengan bapa, sudah pasti bapa tersebut bertindak balas tidak mahu memberi nafkah kepada anak-anaknya. Akhirnya kebajikan anak itu dinafikan kerana kedegilan ibu bapa mereka.
Sebagai seorang Peguam Syarie, saya amat memahami penderitaan seorang wanita yang diceraikan, khususnya bagi mereka yang diceraikan tanpa sebab munasabah. Namun, wanita tersebut mempunyai remedi yang dibenarkan mengikut undang-undang untuk menuntut di Mahkamah Syariah. Bagaimanapun, anak kecil yang kadang-kadang masih belum mumaiyiz tidak tahu hak mereka di sisi undang-undang. Mereka hanya bergantung harap kepada ihsan ibu bapa.
Sebagai ibu yang biasanya diberi hak jagaan anak dan bertanggungjawab membentuk peribadi mulia anak-anak, seharuslah ibu mengambil langkah bijak memberi perspektif yang positif kepada anak-anak terhadap perceraian yang dilalui mereka. Saya perhatikan amat jarang perkara sebegini berlaku. Sering anak menjadi mangsa persengketaan ibu bapa.
Oleh itu, ibu bapa mesti berperanan memberi yang terbaik kepada anak-anak, bukan menjadikan anak sebagai alat membalas dendam. Bayangkanlah gambar atau video yang ditularkan itu disebar sehingga anak-anak membesar. Sudah pasti mereka berasa malu dengan masalah yang dihadapi itu dan boleh mendatangkan trauma.
Ingatlah, anak-anak merupakan pemimpin masa hadapan. Sekiranya sedari kecil mereka menghadapi pelbagai masalah, sudah pasti apabila besar kelak mereka tidak berupaya menjadi pemimpin yang baik, apatah lagi untuk mengharungi liku-liku hidup yang lebih mencabar pada masa hadapan.
Hukum syarak telah mengaturkan dengan baik hubungan ibu bapa dengan anak-anak selepas ibu bapa bercerai.
DATUK ZAINUL RIJAL ABU BAKAR 
Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia

#Sumber : Harakahdaily   

MR :  Mat Salleh kalau bercerai pun boleh 'pergi kemari'  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/09/cerai-jangan-biar-anak-anak-jadi-mangsa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Lagi Bijak Bila Bermain Di Luar Jangan Biar Asyik Terperap Dalam Rumah

Anak Lagi Bijak Bila Bermain Di Luar Jangan Biar Asyik Terperap Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 253 hits
Bercerita mengenai aktiviti luar tentu ramai yang bersetuju bahawa udara segar sinaran matahari serta senaman adalah baik untuk kanak kanak Namun sejauh mana aktiviti luar ini dapat membantu perkembangan kanak kanak dan mengasah kemahiran m...
Menangis Tak Berhenti Jangan Biar Anak Makin Panik Cemas Cepat Cepat Buat Langkah Ni

Menangis Tak Berhenti Jangan Biar Anak Makin Panik Cemas Cepat Cepat Buat Langkah Ni

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 338 hits
Bila berlaku kecemasan seperti tangan anak berdarah atau sebagainya tangisan adalah reaksi pertama yang dapat dilakukan anak kecil kita untuk memberitahu keadaan mereka Esakan semakin kuat dan berlarutan pastinya terus membuatkan kita semak...
Hati Hati Ya Jangan Biar Botol Susu Anak Tak Bertutup Meremang Tengok Lalat Tinggal Hadiah

Hati Hati Ya Jangan Biar Botol Susu Anak Tak Bertutup Meremang Tengok Lalat Tinggal Hadiah

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 390 hits
Menjadi kebiasaan bila si kecil dah habis menyusu dia akan tinggalkan sahaja botolnya si ibulah yang terpaksa mengutip botol susu dan letak pada tempat yang selamat Namun mungkin ramai yang terlupa untuk menutup botol susu anak dengan penut...
Anak Buat Perangai Baik Upahlah Sikit Biar Anak Tahu Ini Yang Ibu Mahukan

Anak Buat Perangai Baik Upahlah Sikit Biar Anak Tahu Ini Yang Ibu Mahukan

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 303 hits
Setiap hari malah setiap masa seorang ibu tidak pernah lupa untuk menasihati anaknya agar menjadi anak yang cemerlang sifatnya Baik budi pekerti malah penuh rasa tanggungjawab dalam segala hal Pastinya bila anak menjadi anak yang baik seper...
Biar Anak Slow Steady Tapi Janganlah Slow Sangat Dr Izzar Saran Mak Ayah Periksa Perkembangan Anak

Biar Anak Slow Steady Tapi Janganlah Slow Sangat Dr Izzar Saran Mak Ayah Periksa Perkembangan Anak

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 366 hits
Perkembangan anak kita tak sama dengan anak orang lain Jadi janganlah cuba buat perbandingan dengan rakan rakan sebayanya Setiap anak ada perkembangannya sendiri Beri ruang dan masa anak kita untuk menonjolkan potensi dirinya agar perkemban...
Siikit Sikit Mengamuk Jangan Marah Anak Selawat Hembus Di Ubunnya

Siikit Sikit Mengamuk Jangan Marah Anak Selawat Hembus Di Ubunnya

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 233 hits
Biasanya bila anak mengamuk buat itu tak kena ini tak kena ibu ayah kena tahu apa puncanya Elak sesekali menyalahkan anak sebab asyik nak buat perangai Sebaliknya sama sama selesaikan masalah itu Jika diikutkan mudah untuk nak lembutkan hat...
Anak Bermain Benda Sama Berulang Kali Mak Ayah Jangan Risau Itu Tanda Sel Otak Sedang Berhubung

Anak Bermain Benda Sama Berulang Kali Mak Ayah Jangan Risau Itu Tanda Sel Otak Sedang Berhubung

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 521 hits
Bemain ialah fitrah kanak kanak Menerusi bermain anak mudah faham ingat Manakala pengulangan pula bantu perkembangan sel otak Menurut konsultan keibubapaan dengan bermain anak 20 kali ganda lebih mudah faham Jadi ibu bapa jangan rimas kalau...
Jangan Biarkan Anak Anak Berkongsi Tuala Pakaian Cadar Boleh Sebabkan Penyakit Impetigo

Jangan Biarkan Anak Anak Berkongsi Tuala Pakaian Cadar Boleh Sebabkan Penyakit Impetigo

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 416 hits
Impetigo adalah jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh bakteria tertentu Bakteria tersebut memasuki bahagian kulit yang rosak disebabkan menggaru luka atau lain lain masalah kulit Ia biasa berlaku pada bayi dan kanak kanak Ia juga mudah ...
6 Tahun Kahwin Tiada Zuriat Sanggup Jaga Anak Syurga Biar Susah Rezeki Tak Putus

6 Tahun Kahwin Tiada Zuriat Sanggup Jaga Anak Syurga Biar Susah Rezeki Tak Putus

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 413 hits
Tidak dikurniakan cahaya mata sejak 6 tahun berkahwin namun pasangan suami isteri ini mengambil keputusan untuk menjaga anak angkat Namun yang membuatkan ramai kagum apabila pasangan ini sanggup menjaga anak angkat yang istimewa Walaupun ke...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini