Menang Dan Kalah


Dari kecik aku memang didedahkan dengan permainan dam haji, permainan yang mengenyangkan dan berpahala sebab boleh makan-makan dan naik haji. Memandangkan dam haji ni macam permainan orang tua, biasanya aku akan berseteru dengan atuk aku. Sebenarnya lebih kepada jadi punching bag sebab sejak sekolah rendah memang akan kalah dengan atuk aku.


Aku akan berlawan dengan abang dan kawan-kawan aku sebagai latihan,selain menyeronokkan ini adalah sebagai persediaan atau latihan untuk aku kemudian berlawan dengan atuk (boleh dianggap sebagai medan peperangan sebenar, lebih menggetarkan aku) dan aku kalah setiap kali, seperti rutin persembahan sarkas yang diulang saban pagi hari raya..berulang dan membosankan. 


Atuk aku nampak je papan dam.
Dia excited ajak aku lawan. 
Aku pun susun buah dam.
Aku kalah.


Begitulah susunan rangkap yang menceritakan kisah kalah dam aku, kalau ini adalah lirik lagi, boleh nyanyi chorus ni ulang-ulang sampai bukan saja muka tumbuh jambang tapi bulu ketiak pun dah tumbuh kat siku.


Tapi awas, kisah belum tamat. Hero biasanya kalah dulu, kan? Bila aku dah masuk sekolah menengah, pengalaman aku mula bercambah dan aku mula menang dengan atuk aku. Bermula dengan sekali sekala, kemudian dahi atuk mula berkerut seratus mengenangkan cucunya bukan lagi mainannya yang dulu, pergerakan buah tidak lagi selancar dulu, sudah mula tersekat-sekat mengatur strategi baru yang lebih ampuh. 


Sampai suatu masa, aku menjadi invincible dan unbeaten bila berlawan dengan atuk. Itu jam kalau nak buat ayat lagak, lebih mudah untuk melihat harimau makan sayur daripada atuk mengalahkan aku dalam arena dam haji. Kemudian, atuk tidak lai excited melihat aku dan papan dam, kalau diajak lawan dia mula buat-buat sibuk macam tuk penghulu kampung, sejak dari situ tiada lagi perlawanan dam antara aku dan atuk, tamat, final. Persoalannya, aku sebenarnya menang ke kalah?


Bila masuk zaman main boleh tepuk, aku pun membentuk pasukan bola tepuk aku, yakni permainan yang mengunakan kad-kad yang ditepuk untuk menggerakkan bola yang diperbuat dari kertas, ditepuk dan bola menuju ke gawang untuk gol. Permainan ni pun menjadi kenangan zaman kanak-kanak aku, zaman tu mana ada playstation nak main game FIFA ye tak.


Aku biasa berlatih main bola tepuk ni sorang-sorang, kemudian bila hari cuti sorang kawan aku akan datang untuk perlawanan persahabatan, berkali-kali jugak dia datang mungkin sebab aku penentang yang baik. Kami memang ada mutual respect, kalah atau menang memang takde gaduh punya, masing-masing menghormati keputusan perlawanan tanpa menyalahkan pihak lawan. Lagi pulak, kemahiran kami lebih kurang sama dan perlawanan selalunya seimbang antara kami. Kalau aku menang pun menamg tipis, kalau kalah pun tipis.


Sehinggalah tiba di suatu hari yang bersejarah, hantu mana yang merasuk lain maciam lak pergi..pada hari tersebut aku menang 6-0. Tu pun kira dah habis kesian dah. Dari muka dia nampak riak kecewa dan macam koyak lah, lalu dia balik dengan hampa dan itulah kali terakhir , dah tak datang lagi dah untuk lawan bola tepuk dengan aku.


Dari situ aku belajar, sentiasa menang dan menjadi hero pun tak sedap mana. Atau boleh jadi , pihak lawan yang tak kental? Tapi, kalau main dengan tidak bersungguh-sungguh juga adalah satu jenis penghinaan kepada pihak lawan. 




Bila dah dewasa dan menceburi permainan komputer terutamanya FIFA, aku suka untuk mencabar pihak lawan yang lebih superior dari aku, biar kalah tapi puas. Bila kalah tu akan buat aku frust tapi dalam masa yang sama mencari formula untuk menambahbaik potensi. sebelum mahir main dam haji pun aku dah memeluk kekalahan macam sahabat baik yang mengajar kita menjadi lebih kuat. Tapi adamasamya / Kadangkala kalah tu tak dapat dielakkan, masa lawan game FIFA dulu aku pernah ditemukan dengan sorang yang memang diketahui umum akan kehandalan beliau, kalau main 5 set game, memang 5 set aku kalah walaupun FIFA adalah game yang aku selalu main. Tapi sebab aku memang suka betul main game FIFA so aku tak kisah sangat, just enjoy chasing the shadow pun takpe, mesti yang handal tu anggap aku sampah kan..tapi lagi sampah aku rasa kalau dia bagi muka kat aku.


Enjoy the game, kalau atau menang, kita raikan permainan yang kita suka.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.notapurba.com/2020/08/menang-dan-kalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Merah Vs Bersatu Hitam Menang Jadi Arang Kalah Jadi Abu

Bersatu Merah Vs Bersatu Hitam Menang Jadi Arang Kalah Jadi Abu

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 503 hits
Yang kalah jadi abu menang jadi arang itu antara ungkapan pemerhati politik yang menyifatkan pertembungan Bersatu dan juga parti Dr Mahathir Mohamad yang bakal ditubuhkan Pensyarah Universiti Malaya Awang Azman Awang Pawi menjelaskan hal it...
Calon Pejuang Kalah Teruk Ini Alasan Mukhriz Mahathir

Calon Pejuang Kalah Teruk Ini Alasan Mukhriz Mahathir

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 283 hits
Presiden Parti Pejuang Tanah Air Mukhriz Mahathir berpendapat adalah menjadi satu kebiasaan bagi pengundi bukan Melayu memilih calon parti kerajaan pada pilihan raya kecil Nota Editor Sudah banyak kali pengundi bukan Melayu tidak memberi un...
Prk N58 Slim Baca Buku Atas Pokok Kali Nie Atok Kalah Teruk

Prk N58 Slim Baca Buku Atas Pokok Kali Nie Atok Kalah Teruk

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 402 hits
Keputusan rasmi dari Pegawai Pengurus Pilihanraya PRK Nr8 Slim Shamsul Ridzuan Idris dari Suruhanjaya Pilihanraya calun Muafakat Nasional Mohd Zaidi Aziz menang bergaya dengan mendapat 13 060 undi majoriti menewaskan 2 calun Bebas Amir Khus...
Produktivitas Pekerja Disabilitas Tidak Kalah Dengan Pekerja Normal

Produktivitas Pekerja Disabilitas Tidak Kalah Dengan Pekerja Normal

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 169 hits
Demikian disampaikan dalam kunjungannya ke PT Sarandi Karya Nugraha bersama dengan Direktur Bina Pemagangan
Pelik Sudah Kalah Dalam Bersatu Mahu Bertanding Di Dun Slim Pula

Pelik Sudah Kalah Dalam Bersatu Mahu Bertanding Di Dun Slim Pula

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 316 hits
Bersatu berasa pelik apabila calon bebas yang mewakili parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding di Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim Setiausaha Agungnya Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata ini kerana keputusan PRK di DUN ...
Masuk Parti Selepas Menang Amanah Pasir Salak Tidak Terkejut

Masuk Parti Selepas Menang Amanah Pasir Salak Tidak Terkejut

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 229 hits
Merujuk berita seorang ahli AMANAH iaitu saudara Mahamod bin Mohammad yang telah keluar dari AMANAH dan menyertai PAS semula adalah tidak mengejutkan Ini kerana beliau menyertai AMANAH setelah kerajaan PH ditubuhkan AMANAH Pasir Salak mener...
Menakar Kekuatan Gibran Menang Lawan Kotak Kosong Di Solo

Menakar Kekuatan Gibran Menang Lawan Kotak Kosong Di Solo

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 281 hits
Setelah diusungnya anak Presiden Joko Widodo Gibran Rakabuming Raka oleh PDIP untuk maju di Pilkada Solo 2020 muncul gerakan kotak kosong Gerakan kotak kosong ini muncul karena Gibran berpotensi besar menjadi calon tunggal dalam Pilkada Sol...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco

Lauk Paling Sedap

Hiburan Aktif Kegiatan Mencuri Ayam Di Pasar Awam Sekitar Daerah Batang Padang Tiga Lelaki Akhirnya Ditangkap