Calon Pejuang Kalah Teruk Ini Alasan Mukhriz Mahathir


Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Mukhriz Mahathir berpendapat adalah menjadi satu kebiasaan bagi pengundi bukan Melayu memilih calon parti kerajaan pada pilihan raya kecil (PRK).
Nota Editor : Sudah banyak kali pengundi bukan Melayu tidak memberi undi kepada parti kerajaan dan parti kerajaan kalah di dalam pilihanraya kecil sebelum ini, sila guna alasan lain.
Beliau berkata demikian susulan kekalahan calon bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang mewakili Pejuang pada PRK Dun Slim hari ini.
“Pengundi bukan Melayu anggaran kami biasanya dalam satu pilihan raya kecil, mereka akan mengekalkan calon pihak kerajaan.
“Ini kerana sebarang peruntukan peringkat kerajaan negeri mahupun persekutuan akan terus disalurkan (jika calon kerajaan menang),” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama, di Taman Slim Perdana, Slim River.
Turut hadir, Amir Khusyairi, Anggota Parlimen Kubang Pasu, Amiruddin Hamzah dan Senator Marzuki Yahya.
Pada PRK berkenaan, Amir tewas kepada calon BN, Mohd Zaidi Aziz yang memperolehi majoriti besar sebanyak 10,945 undi.
Seorang lagi calon bebas, S Santharasekaran pula hanya memperoleh 276 undi dan hilang wang deposit.
Parti Pejuang yang merupakan parti serpihan Bersatu juga tewas di kesemua Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang mempunyai majoriti pengundi Cina dan India.
Ini berbeza pada PRU14 lalu apabila calon Bersatu, Mohd Amran Ibrahim yang bertanding atas tiket PKR menang enam PDM di mana kebanyakannya merupakan pengundi majoriti Cina dan India.
Bagaimanapun, Muhkriz yang juga Anggota Parlimen Jerlun yakin bahawa keadaan ini mungkin berubah dalam PRU akan datang.
“Saya ingat dalam PRU keadaan mungkin berubah. Jadi kami terima baik PRK Slim ini.
“Pada waktu sama kami ingin menyatakan bahawa kami lebih sedia menghadapi PRU yang akan datang,” katanya lagi.
‘Satu pertiga tidak keluar mengundi’
Sementara itu, dalam sidang media itu, Mukhriz berkata hampir satu pertiga daripada jumlah 23,181 pengundi tidak keluar mengundi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 68.4 peratus.
“Ini menunjukkan bahawa masih hampir satu pertiga pengundi yang tak keluar mengundi iaitu pada anggaran kami lebih 7,300 orang yang tak keluar mengundi. Tentu ada sebab,” katanya.
Beliau turut memberitahu bahawa hampir 35 peratus pengundi muda juga tidak keluar mengundi pada PRK kali ini.
“Kebiasaanya, 45 hingga 48 peratus adalah pengundi muda dalam satu kawasan. Tapi, di PRK Slim 35 peratus daripada pengundi-pengundi muda tidak turun mengundi kali ini.
“Ini berbeza dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pihak BN, yang menyatakan kononnya pengundi-pengundi muda menyokong pihak mereka.
“Sebenarnya semakan kami, ramai daripada pengundi-pengundi muda ini tidak turun mengundi,” katanya.
PRK Slim diadakan berikutan kematian adunnya, Mohd Khusairi Abdul Talib akibat serangan jantung pada 15 Julai lalu.
Pada PRU14, Allahyarham Mohd Khusairi menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.
Dun Slim mempunyai 23,181 pengundi di mana 75 peratus pengundi adalah berbangsa Melayu, diikuti kaum India (13 peratus), Cina (10 peratus), dan lain-lain (dua peratus). MB
The post Calon Pejuang kalah teruk. Ini alasan Mukhriz Mahathir appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/30/calon-pejuang-kalah-teruk-ini-alasan-mukhriz-mahathir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Mukhriz Dan Pejuang Bukan Sahaja Tak Ada Tempat Tapi Tak Sedar Diri

Mahathir Mukhriz Dan Pejuang Bukan Sahaja Tak Ada Tempat Tapi Tak Sedar Diri

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 340 hits
Kemenangan calon BN Mohd Zaidi Aziz pada pilihan raya kecil Dun Slim menunjukkan pengundi tidak lagi menyokong bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Mukhriz untuk memimpin negara calon yang disokongnya gagal menarik sokongan penyoko...
Apa Perlunya Parti Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad

Apa Perlunya Parti Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 576 hits
TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Jika kita perhati politik negara sekarang tumpuan hanya kepada duit dan jawatan tidak lagi kepada dasar perjuangan untuk negara Yang berada dalam Kerajaan berada kerana pendapatan yang boleh didapati Soal dasar perju...
Maszlee Labelkan Calon Pejuang Sebagai Calon Bebas Ala Shahrir Samad

Maszlee Labelkan Calon Pejuang Sebagai Calon Bebas Ala Shahrir Samad

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 356 hits
Dalam satu kempen dan walkabout tadi wartawan bertanya kepada calon apakah impak bertanding sebagai calon bebas Maszlee menjawab calon bebas tak jadi isu Dahulu pun Shahrir Samad bertanding di Johor Bahru sebagai calon bebas dan menang Jadi...
Mampukah Pejuang Pimpinan Mahathir Gugat Perikatan Nasional

Mampukah Pejuang Pimpinan Mahathir Gugat Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 252 hits
August 17 2020AHLI PARLIMEN Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menjadi Presiden Umno selama 22 tahun yang memungkinkan beliau menjadi Perdana Menteri untuk tempoh itu Beliau juga pernah dipecat daripada Umno oleh Tuanku Abdul Rahman se...
Mahathir Hendak Pejuang Apa Dengan Pejuang

Mahathir Hendak Pejuang Apa Dengan Pejuang

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 270 hits
ULASANSanggup melutut kepada Nurul Izzahkononnya demi negara PARTI Pejuang Tanahair yang belum didaftarkan lagi mensasarkan untuk memenangi sekurang kurang 36 kerusi dalam Piraum ke 15 akan datang untuk bertindak menjadi king maker demikian...
Prk Slim Bn Dijangka Menang Besar Calon Pejuang Lebih Terampil

Prk Slim Bn Dijangka Menang Besar Calon Pejuang Lebih Terampil

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 417 hits
Ringkasan EksekutifPOLA PENGUNDIAN PILIHAN RAYA KECIL N58 nbsp SLIMILHAM CENTREJumaat 28 Ogos 2020BN DIJANGKA MENANG BESAR CALON PEJUANG LEBIH TERAMPILLatar Belakang nbsp PRK nbsp N58 nbsp SlimPilihan Raya Kecil N58 nbsp Slim nbsp di dalam ...
Calon Pejuang Tak Hilang Deposit

Calon Pejuang Tak Hilang Deposit

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 358 hits
Alhamdulillah Kekalahan yang sangat bermaruah Kekalahan yang membawa kemungkinan PEJUANG diluluskan ROS
Syed Saddiq S Youth Party Won T Succeed Pejuang Will Be Kingmaker Says Mahathir

Syed Saddiq S Youth Party Won T Succeed Pejuang Will Be Kingmaker Says Mahathir

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 326 hits
Dr Mahathir Mohamad does not believe a multiracial youth party headed by his former protege Syed Saddiq Syed Abdul Rahman will be successful Meanwhile the 95 year old aims for his new Malay based party Pejuang to win 30 seats in the next ge...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa