Bersatu Merah Vs Bersatu Hitam Menang Jadi Arang Kalah Jadi Abu


Yang kalah jadi abu, menang jadi arang – itu antara ungkapan pemerhati politik yang menyifatkan pertembungan Bersatu dan juga parti Dr Mahathir Mohamad yang bakal ditubuhkan.
Pensyarah Universiti Malaya Awang Azman Awang Pawi menjelaskan, hal itu kerana, kedua-dua pihak parti itu bakal kehilangan kuasa untuk melakukan tawar menawar politik dengan parti atau komponen lain sekiranya bertembung.
“Pertembungan Bersatu Merah dan ‘Bersatu Hitam’ (kumpulan Mahathir) sebenarnya tak menguntungkan kedua-dua pihak umpama yang kalah jadi abu dan menang jadi arang.
“(Ini kerana) kedua-dua pihak ini berdepan kehilangan kuasa tawar-menawar politik dengan parti atau komponen lain sekiranya bertembung.
“Baik terhadap Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR mahupun Perikatan Nasional (PN) terutama Umno,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Bersatu Hitam merujuk kem bekas pengerusinya, Mahathir, manakala Bersatu Merah pula merujuk penyokong parti kepada presiden parti yang juga Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Kempen Bersatu Blackout dilancarkan Mahathir pada pertengahan Julai lalu ini selepas bekas pengerusi Bersatu dan empat MP parti itu dilucutkan keanggotaannya.
Selain Mahathir, pemimpin Bersatu yang disingkir ialah Mukhriz Mahathir, Maszlee Malik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Amiruddin Hamzah dilucutkan apabila mereka duduk di blok pembangkang pada sesi parlimen pada 18 Mei.
Pada 19 Julai, Bersatu memecat Anggota Parlimen Sri Gading Shahruddin Salleh, kerana duduk bersama pembangkang semasa persidangan Dewan Rakyat.
Muhyiddin PM, Bersatu tak bermasalah
Dalam pada itu, Awang Azman tidak menolak kemungkinan bahawa Bersatu bakal mengalami masalah sekiranya terus ditekan dengan tindakan ahli-ahli parti kini yang dilihat mula tarik diri kerana ingin menyokong parti Dr Mahathir.
“Dari segi jangka panjang ia boleh mengganggu dan menggugat serta boleh melumpuhkan Bersatu dan boleh mengakibatkan Bersatu mampu bertahan hanya sehingga pilihan raya umum (PRU) 14 sahaja,” jelasnya.
Senada dengan penganalisis politik itu, pakar hal ehwal politik dan hubungan antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Profesor Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata tindakan ahli parti keluar beramai-ramai akan melemahkan parti.
Bagaimanapun, pada pendapatnya, selagi Pengerusi Bersatu Muhyiddin Yassin masih menggalas jawatan tertinggi kabinet itu, Bersatu tidak akan mempunyai masalah.
“Sebagai parti yang dipimpin oleh perdana menteri, Bersatu atau apa-apa parti sekali pun pasti akan bertahan.
“Namun sememang tindakan keluar beramai-ramai itu melemahkan parti Bersatu,” katanya lagi.
Ketua Bersatu Klang Syed Abdillah Syed Abdul Aziz umum keluar parti.
Sejurus selepas pengumuman Dr Mahathir untuk menubuhkan parti baru berasaskan Melayu, Bersatu bagaikan dilanda gelombang pemberontakan ahli yang keluar parti.
Hal ini dapat dilihat apabila beberapa pemimpin negeri dan bahagian mula membuat pengumuman keluar Bersatu untuk menyokong parti baru yang masih tidak dinamakan dan berdaftar itu.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Ulya Aqamah Husamudin – yang selama ini dilihat setia kepada Dr Mahathir – turut membuat keputusan sama.
Walaupun, terdapat pemberontakan ahli Bersatu untuk menyertai parti bekas perdana menteri itu, penganalisis politik Dr Jeniri Amir berpandangan sebaliknya.
Katanya, parti yang bakal ditubuhkan Dr Mahathir itu hanya dianggap sebagai ‘pengacau’ dan tidak akan memberi kesan besar.
Ini jelasnya, kerana Dr Mahathir dianggap sudah tidak lagi relevan dalam konteks politik semasa.
“[…] Untuk kenalkan parti baru dalam waktu singkat bukannya mudah apatah lagi Dr Mahathir sudah tidak dianggap relevan lagi dari konteks politik semasa selepas dia melakukan kesilapan semasa memerintah.
“Parti ini (Dr Mahathir) boleh kita anggap sebagai pengacau dan sekadar dipinggiran dalam politik di sisi dengan adanya PAS, Umno dan Bersatu,” katanya lagi.
Sementara itu, pemerhati politik Prof Dr Rusdi Omar berkata Bersatu perlu mengambil pendekatan secepatnya untuk menyelesaikan masalah pemberontakan ahlinya.
“Mahu tak mahu, Bersatu kena cari inisiatif, pendekatan untuk menangani masalah yang berlaku sehingga menyebabkan ramai yang keluar,” katanya yang juga dekan Ghazali Shafie Graduate School of Government Universiti Utara Malaysia (UUM).
Bagaimanapun, jelasnyam lagi selagi majlis pimpinan tertinggi (MPT) kekal setia dengan Bersatu, perkara ini masih boleh dibendung. Mkini
The post Bersatu merah vs Bersatu hitam: Menang jadi arang, kalah jadi abu appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/12/bersatu-merah-vs-bersatu-hitam-menang-jadi-arang-kalah-jadi-abu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bn Yakin Menang Besar Dengan Sokongan Bersatu Dan Pas

Bn Yakin Menang Besar Dengan Sokongan Bersatu Dan Pas

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 345 hits
Kehadiran dua tokoh pemuda PPBM Perak iaitu Ketua Armada Bersatu Perak Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh dan rakan nya Herman Hassan berlaku sedikit kekecohan dimana berlaku insiden mengebooo berlaku apabila nama Armada disebut oleh ketua pemuda...
Berduyun Duyun Keluar Bersatu Terbaru Abu Hafiz

Berduyun Duyun Keluar Bersatu Terbaru Abu Hafiz

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 281 hits
FAZLI RADZI Selepas Ahli Dewan Undangan Jeram yang juga Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia Kuala Selangor Mohd Shaid Rosli mengumumkan keluar dari parti itu berkuat kuasa semalam Abu Hafiz Salleh Hudin juga berbuat demikian Pengu...
Bersatu Berprinsip Atau Bunga Sebelah Hitam Akan Bertanding Di Prkslim

Bersatu Berprinsip Atau Bunga Sebelah Hitam Akan Bertanding Di Prkslim

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 359 hits
Tun Dr Mahathir daripada Bunga Sebelah Hitam atau Bunga Blackout menyatakan mereka akan bertanding dalam PRK Dun Slim bulan hadapan Keputusan untuk bertanding telah dicapai dalam mesyuarat bersama kepimpinan PH malam tadi PH juga akan membe...
Rina Harun Menang Tanpa Bertanding Ketua Wanita Bersatu

Rina Harun Menang Tanpa Bertanding Ketua Wanita Bersatu

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 260 hits
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Rina Harun menang tanpa bertanding jawatan Ketua Wanita Bersatu maklum Jawatankuasa Pemilihan Bersatu Kemenangan Rina ini difahamkan selepas tiga pencabarnya hilang kelayakan berikutan keah...
Hutan Simpan Ayer Hitam Geronggang

Hutan Simpan Ayer Hitam Geronggang

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 290 hits
Oleh Mohd Naeem Abdul Hafiz Bin Mohd Hafiz Prof Madya Dr Marina Mohd Top Mohd Tah Pusat Asasi Sains Pertanian Universiti Putra Malaysia Dalam kepesatan pembangunan kota Masih tersimpan terpelihara Kawasan penyelidikan dan pendidikan pilihan...
China Siaga Muncul Lagi Wabah Bubonic Plague Alias Kematian Hitam Yang Mematikan

China Siaga Muncul Lagi Wabah Bubonic Plague Alias Kematian Hitam Yang Mematikan

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 306 hits
Pihak berwenang di China kini tengah waspada dan meningkatkan tindakan pencegahan setelah sebuah kota di wilayah otonomi Mongolia Dalam mengonfirmasi satu kasus bubonic plague atau wabah pes Menurut laporan negara pasien Bayannur yang merup...
Nabila Huda Menangis Nampak Lemb4ga Hitam Sekali Fizz Fairuzz Yg Beng4ng

Nabila Huda Menangis Nampak Lemb4ga Hitam Sekali Fizz Fairuzz Yg Beng4ng

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 384 hits
VIDEO memperlihatkan pelakon Nabila Huda menangis dalam ketakutan yang dikongsikan di Instastory miliknya mengundang kebimbangan dalam kalangan netizen dan rakan selebriti Menerusi video tersebut Nabila atau lebih mesra disapa Abil tidak da...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba