Memupuk Amalan Mencuci Tangan Di Kalangan Kanak Kanak Dengan Produk Kirei Kirei


Assalamualaikum..

Memupuk Amalan Mencuci Tangan Di Kalangan Kanak- Kanak | Kehidupan pada peringkat usia kanak-kanak sememangnya aktif dan lasak. Kita tidak boleh menghalang anak-anak bermain di luar bersama rakan sebayanya dan pulang ke rumah dengan peluh dan kekotoran pada wajah dan tubuh. Ini adalah sebahagian rutin di alam kanak-kanak yang perlu kita sebagai ibu bapa terima.
Sebagai ibu bapa yang prihatin, kita perlu mengajar anak tentang asas penjagaan kebersihan diri bagi memastikan mereka kekal sihat dan bersih. Kuman dan bakteria ada di mana-mana dan boleh memudaratkan kesihatan semua golongan, terutamanya kanak-kanak. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengajar anak-anak tentang amalan kebersihan. Namun, kita tidak boleh menolak bahawa kekotoran atau bersepah semasa bermain adalah menjadi sebahagian daripada keseronokan di alam kanak-kanak

Bagi mengajar anak mematuhi amalan kebersihan, ibu bapa boleh menggunakan pendekatan yang menyeronokkan supaya kanak-kanak patuh dan mengingati peraturan yang diajar kepada mereka. Ketahui lima asas amalan penjagaan kebersihan diri yang perlu diterapkan pada kanak-kanak




Dengan tujuan untuk memupuk amalan mencuci tangan yang baik dalam kalangan kanak-kanak, jenama pencuci tangan No. 1  Jepun, Kirei Kirei telah menjalankan program mencuci tangan untuk murid-murid sekolah rendah di Lembah Klang sepanjang beberapa bulan yang lalu. Lebih 4,000 orang murid-murid mendapat manfaat daripada program ini dan produk bernilai RM50,000 telah disumbangkan kepada sekolah-sekolah yang terlibat dalam kempen tersebut




Sejak dua tahun lalu, amalan mencuci tangan menjadi salah satu rutin harian yang paling ditekankan dalam kalangan masyarakat. Sejak itu, amalan ini telah dilihat sebagai kaedah yang berkesan dalam membantu mencegah penyebaran penyakit, yang biasanya disebarkan melalui kebersihan tangan yang kurang baik. Apabila keluarga anda sihat, anda tidak perlu risau tentang ketinggalan waktu persekolahan, kerja atau aktiviti lain

Mencuci tangan ialah cara yang mudah, menjimatkan dan berkesan untuk menghapuskan kuman, mencegah penyebaran kuman kepada orang lain dan mengelakkan penyakit. Ini amat berguna terutamanya untuk mencegah penyakit seperti penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) dan Influenza, yang menyaksikan peningkatan kes di negara ini dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini



Walaupun ramai murid-murid mencuci tangan mereka dengan air, hanya sebilangan kecil yang benar-benar menggunakan sabun yang mampu membasmi kuman dengan lebih berkesan . Dengan itu, Kirei Kirei mencipta program yang menyeronokkan dan mendidik untuk memupuk amalan mencuci tangan dengan betul dalam kalangan murid-murid di Malaysia

'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'– pepatah ini menekankan kepentingan menerapkan nilai dan tabiat yang baik ketika seseorang itu masih muda. Melalui Program Sekolah Kirei Kirei 2022, lebih 4,000 murid-murid sekolah rendah telah dididik tentang kebersihan diri, dengan tumpuan khusus kepada kebersihan tangan

Berikutan garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kirei Kirei telah memulakan program di sekolah pada bulan Mac 2022 di sekolah swasta dan antarabangsa di sekitar Lembah Klang. Para pelajar mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik, termasuk sesi bercerita tentang kuman dan kepentingan mencuci tangan. Mereka juga boleh mereka bentuk dan menghiasi label pelekat botol Kirei Kirei mereka sendiri untuk dilekatkan pada botol bagi mempromosikan dan menggalakkan tabiat mengisi semula yang membantu mengurangkan sisa dan kebimbangan alam sekitar



Kirei Kirei menjadikan amalan mencuci tangan lebih mudah dan menyeronokkan dengan video 7 langkah mencuci tangan sambil diiringi lagu 'Selamat Hari Lahir'. Video "sebelum dan selepas" yang memaparkan penggunaan cahaya UV turut dikongsi bersama pelajar. Video ini menunjukkan bahawa teknik mencuci tangan yang tidak betul boleh meninggalkan kuman dan bakteria yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar

Bagi memupuk amalan mencuci tangan yang betul, Kirei Kirei turut menyumbangkan produk Kirei Kirei Foaming Hand Wash bernilai RM53,000 kepada sekolah-sekolah yang terlibat dalam kempen ini. Produk-produk ini diletakkan di seluruh perkarangan sekolah, seperti kantin, tandas, singki, dan kawasan lain yang sesuai supaya pelajar dapat menjaga kebersihan tangan pada bila-bila masa. Poster dan pelekat cermin juga diletakkan di tempat yang strategik sebagai peringatan tentang tujuh langkah mencuci tangan.  
Kazuo Mabuchi, Pengarah Urusan Southern Lion Sdn. Bhd., menekankan kepentingan memimpin melalui teladan. “Sebagai ibu bapa dan penjaga, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mengajar anak-anak kita ke arah tabiat kebersihan yang baik. Kanak-kanak belajar dengan cara meniru tingkah laku orang dewasa dalam kehidupan mereka, dengan mengajar mereka cara yang betul untuk mencuci tangan, ia lebih mudah untuk rutin ini diamalkan dan menjadi tabiat sihat sepanjang hayat. Misi kami di Southern Lion adalah untuk membawa kehidupan yang lebih bahagia, bersih dan sihat kepada semua rakyat Malaysia dengan memperkenalkan produk seperti Kirei Kirei. Dengan menghasilkan produk untuk menyokong kebersihan yang lebih baik, kami berharap untuk mengubah, menambah baik dan memberi kesan positif kepada kualiti hidup mereka.”
 “Saya berharap Program Sekolah Kirei Kirei 2022 dapat memberi impak yang besar dan positif kepada generasi akan datang. Berdasarkan sambutan hebat daripada program tahun ini, kami akan terus mendekati lebih banyak sekolah dalam fasa seterusnya. Sasaran kami adalah untuk mengadakan lebih banyak sesi di sekolah-sekolah di Lembah Klang!” sambung Mabuchi




Sabun Pencuci Tangan Anti-bakteria Kirei Kirei yang selamat untuk kanak-kanak didatangkan dalam dua varian: Moisturizing PeachNourishing BerriesSetiap varian boleh didapati dalam bentuk Botol 250ml (RM12.50) Pek isi semula 200ml (RM8.50). 
Beli produk Kirei Kirei di cawangan Don Don Donki, AEON, AEON Maxvalu, AEON Wellness, Jaya Grocer, Village Grocer dan Ben’s Independent Grocer yang terpilih. Anda juga boleh memesan di Lazada atau Shopee dengan penghantaran terus ke depan pintu rumah anda! 
Dapatkan lebih banyak kemas kini tentang Kirei Kirei di media sosial mereka :Facebook : Kirei Kireiweb rasmi Kirei Kirei Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.suriaamanda.com/2022/09/memupuk-amalan-mencuci-tangan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kirei Kirei Memupuk Amalan Mencuci Tangan Yang Baik Di Sekolah Sekolah Rendah Sekitar Kawasan Lembah Klang

Kirei Kirei Memupuk Amalan Mencuci Tangan Yang Baik Di Sekolah Sekolah Rendah Sekitar Kawasan Lembah Klang

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 235 hits
Assalamualaikum hai semua Kali nie Kak Sue nak kongsi Kirei Kirei Sabun Tangan Anti Bakteria Selamat Untuk Kanak Kanak pula dengan korang Sebagai ibu bapa kita memang kena sentiasa pantau kebersihan dan penjagaan diri untuk ank kita kita Ap...
Sabun Tangan Kirei Kirei Anti Bakteria Mesra Kanak Kanak

Sabun Tangan Kirei Kirei Anti Bakteria Mesra Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 160 hits
Sabun Tangan Kirei Kirei Anti Bakteria Apa pandangan mummy sebagai ibu setelah kami menggunakan Sabun Tangan Kirei Kirei Anti Bakteria Mummy sangat sukakan sabun Tangan Kirei Kirei Anti Bakteria kerana teksturnya sangat lembut halus wangi m...
32 Koleksi Kartun Era 90 An Yang Mengimbau Zaman Emas Sewaktu Kanak Kanak

32 Koleksi Kartun Era 90 An Yang Mengimbau Zaman Emas Sewaktu Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 345 hits
Fakta tentang membesar pada era dan genarasi 90 an adalah sesuatu yang menakjubkan Generasi ini bukan sahaja mempunyai pakaian dan muzik yang terbaik tetapi turut mempunyai koleksi kartun yang terbaik ini kerana walaupun bertahun tahun kemu...
Ada Kanak Kanak Yang Tinggal Di Ppr Hanya Minum Susu Jenama Murah Atau Makan Telur Sahaja

Ada Kanak Kanak Yang Tinggal Di Ppr Hanya Minum Susu Jenama Murah Atau Makan Telur Sahaja

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 261 hits
Foto hiasan sahajaKajian telah menunjukkan ramai golongan M40 yang mempunyai pendapatan antara RM4 850 hingga RM10 959 telah beralih kepada B40 akibat pandemik Covid 19 manakala mereka yang berada dalam kategori miskin bandar pula terpaksa ...
Lebih Kurang 1kg Cacing Gelang Berjaya Dibuang Dari Usus Kanak Kanak 6 Tahun

Lebih Kurang 1kg Cacing Gelang Berjaya Dibuang Dari Usus Kanak Kanak 6 Tahun

papar berkaitan - pada 10/9/2022 - jumlah : 158 hits
Kanak kanak lelaki berusia enam tahun terpaksa dibedah di Hospital Daerah Poonch India berdekatan dengan sempatan Pakistan akibat cacing gelang yang berada di dalam ususnya credit Daily Excelsior Lapor kanak kanak itu terdahulu mengadu tida...
Kementan Didesak Lepas 1 477 Ton Impor Produk Holtikultura

Kementan Didesak Lepas 1 477 Ton Impor Produk Holtikultura

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 124 hits
Penahanan produk impor hortikultura di pelabuhan akibat tindakan Badan Karantina Pertanian menimbulkan kerugian yang semakin mendalam Produk impor hortikultura yang tertahan per 14 September 2022 mencapai 1 477 ton dengan nilai mencapai Rp3...
Produk Bakeri Laboheme Aeon Big Terima Sijil Halal

Produk Bakeri Laboheme Aeon Big Terima Sijil Halal

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 164 hits
Produk Bakeri La Boheme AEON BiG Terima Sijil HALAL AEON BiG Terus Pacu Usaha Bawa Produk Halal Kepada PelangganAEON BiG Sdn Bhd memberikan keselesaan pengunjung khasnya yang beragama Islam apabila produk bakeri LaBoheme di pasar raya besar...
Tengok Cara Dia Ikhlas Dari Hati Tular Video Kanak Kanak Suap Rakan Istimewa Touching

Tengok Cara Dia Ikhlas Dari Hati Tular Video Kanak Kanak Suap Rakan Istimewa Touching

papar berkaitan - pada 10/9/2022 - jumlah : 182 hits
Didikan yang betul akan membentuk peribadi mulia dalam diri anak anak Ia bermula dari rumah ibu ayah haruslah menunjukkan contoh yang baik serta sentiasa mengingatkan anak untuk sentiasa berbuat baik terhadap orang lain Sebuah video yang me...
Bersorak Menyanyi Orang Ramai Bantu Kanak Kanak Sesat Jumpa Ayahnya Semula

Bersorak Menyanyi Orang Ramai Bantu Kanak Kanak Sesat Jumpa Ayahnya Semula

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 133 hits
Apabila berada di kawasan yang sesak salah satu kerisauan ibu ayah adalah kehilangan anak tersayang Maklumlah dalam keadaan ramai orang memang ada kemungkinan kita terlepas pandang tentang keberadaan anak Artikel Menarik Oleh itu sangat pen...
Dapat Suami Tak Banyak Cakap Menyesal Kahwin Dulu Tak Ikut Cakap Mak Stres Aku

Kakak Maut Adik Kritikal Dalam Kemalangan

Orang Masjid Caj Rm1 000 Upah Solat Jenazah

Ht House By 007studio In Ha Tinh Vietnam

Ben Nathan Kebahagiaanmu Chord

Jasa Pendaftaran Brand Membantu Anda Membangun Dan Memperkuat Identitas Brand Anda

Ringgit Slips On Expected Us Policy Tightening

Lama Tunggu Grab Chef Anis Nabilah Tawar Diri Hantar Lelaki Oku Penglihatan Balik Rumah



Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal


Golongan Muda Menjadi Miskin Kerana Hutang Kereta

Perpanjangan Brand Membantu Ekosistem Bisnis Lokal Dengan Memberikan Kepastian Hukum

Pg Top 63 By Vonnie Tangtem168 Io 24 168 21 67

Effective Elevator Pitch

Biodata Lee Chong Wei Pemain Badminton No 1 Dunia

Kitab Tauhid Fiqih Akbar