Ada Kanak Kanak Yang Tinggal Di Ppr Hanya Minum Susu Jenama Murah Atau Makan Telur Sahaja



Foto hiasan sahaja

Kajian telah menunjukkan ramai golongan M40 yang mempunyai pendapatan antara RM4,850 hingga RM10,959 telah beralih kepada B40 akibat pandemik Covid-19, manakala mereka yang berada dalam kategori miskin bandar pula terpaksa ‘ikat perut’ demi survival pasca.

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2020 juga menunjukkan seramai 9.76 juta atau 30 rakyat Malaysia menga­lami masalah kekurangan makanan akibat tekanan ekonomi.


Seramai empat juta daripada jumlah itu merupakan kanak-kanak yang terpaksa bergantung kepada jumlah makanan yang murah dan terhad.


Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Syarifa Ezat Wan Puteh berkata, kajian yang dilakukan pihaknya pula mendapati, kanak-kanak yang menetap di kediaman


Projek Perumahan Rakyat (PPR) adalah golongan paling terkesan dalam masalah nutrisi.


Katanya, isu nutrisi sememang­nya telah berlaku ketika prapandemik, namun kini faktor penyumbang bukan lagi tertumpu kepada keculasan terhadap vaksin kanak-kanak yang menyebabkan pola pemakanan berganda, namun langkah ‘ikat perut’ oleh ibu bapa.


“Kajian 2018 yang dilakukan terhadap 250 kanak-kanak berumur 2 sehingga 7 tahun yang menetap di PPR di Kuala Lumpur menghadapi isu nutrisi, 28.1 pera­tus terbantut akibat isu nutrisi akut, nutrisi kronik (16.4 peratus) dan kegemukan (15.6 peratus).


“Namun, pada pasca pandemik ini, jumlah mereka yang beralih kepada makanan murah meningkat dengan mendapatkan sumber zat daripada telur, nasi dan makanan segera.


“Makanan-makanan ini boleh mengenyangkan, namun ia tidak mengandungi zat yang diperlukan badan. Selain itu, golongan yang menetap di PPR ini juga tidak berkemampuan membeli buah-buahan,” katanya ketika dihubungi.


Sementara itu, sebuah badan bukan kerajaan, Pertubuhan Solidaritas yang masih aktif me­nyalurkan kit makanan kepada golongan B40 turut mendedahkan situasi ikat perut itu sering berlaku kepada mereka yang mempunyai ramai anak-anak atau bayi.


Pengerusinya, Muhammad Najib Anuar memberitahu, langkah itu dibuat oleh ketua keluarga bagi memastikan setiap komitmen khususnya pinjaman bank dapat dilunaskan dan mengelakkan sebarang tindakan undang-undang dikenakan.


“Pada tahun 2020 dan 2021, rata-rata penerima mengadu mereka telah terputus dan me­ngalami masalah bekalan makanan, malah lebih separuh tidak dapat menikmati ayam lebih dari sebulan kerana masalah kewa­ngan, namun ketika itu kerajaan menawarkan moratarium.


“Selepas beralih kepada pasca pandemik dan tempoh moratorium tamat, mereka yang mempunyai komitmen pinjaman perlu mula membayar semula dalam keadaan kewangan tidak kukuh, susulan itu isu nutrisi makanan ini berlarutan, terutama keluarga yang mempunyai anak-anak ramai atau bayi,” katanya.


Ujarnya, secara keseluruhan sebanyak RM50,000 telah di­salurkan dengan 80 peratus me­rangkumi keperluan bayi terma­suk susu dan lampin.


“Namun, kebanyakan golo­ngan miskin bandar ini beritahu, mereka memang memberikan anak-anak susu tepung daripada jenama murah, begitu juga de­ngan makanan yang ada di dapur rumah masing-masing, biasanya menu mereka adalah telur yang dipelbagaikan jenis masakan.


“Kita cuma berharap, keluarga yang diberikan bantuan bekalan asas ini dapat menggunakan lebihan kos dapur dengan membeli makanan berzat seperti buah-buahan dan sayuran untuk keluarga mereka,” katanya.


Sumber: Kosmo Online (Diyanatul Atiqah Zakarya)


source https://www.thereporter.my/2022/09/ada-kanak-kanak-yang-tinggal-di-ppr.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2022/09/ada-kanak-kanak-yang-tinggal-di-ppr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pascasiswazah Keperluan Atau Hanya Mengejar Kpi Sahaja

Pascasiswazah Keperluan Atau Hanya Mengejar Kpi Sahaja

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 266 hits
Oleh Nazri Halif PhD Zaman saya buat MSc dahulu tahun 2001 masa tu tak berapa ramai yang grad smbg MSc atau PhD Zaman tu boleh grad hanya kerana dapat selesaikan projek tesis Syariat grad on time kena ada journal Q masih belum wujud Yang ad...
Hanya Tinggal Berdua Ketika Kebakaran Dua Beradik Rentung Dalam Bilik Tidur

Hanya Tinggal Berdua Ketika Kebakaran Dua Beradik Rentung Dalam Bilik Tidur

papar berkaitan - pada 4/9/2022 - jumlah : 362 hits
Dua beradik ditemui rentung apabila bilik tidur rumah kanak kanak berkenaan terbakar dalam kejadian di Jalan Bunga Raya Besar Kampung Dato Sulaiman Menteri Johor Bahru Mayat Muhammad Zafran Muhammad Fikri 3 dan adiknya Nurul Hawa Zafira 2 d...
Belanja Dan Bayar Tagihan Murah Hanya Di Aplikasi Halobelanja

Belanja Dan Bayar Tagihan Murah Hanya Di Aplikasi Halobelanja

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 354 hits
Mungkin saat ini Kamu sedang kesal dengan berbagai aplikasi dompet elektronik yang sudah ada Karena aplikasi dompet elektronik saat ini ada biaya admin dan biaya layanan yang cukup mahal Ketika Kamu akan belanja dan transaksi untuk mengguna...
Resipi Mudah Ala Chawanmushi Telur Kukus Hanya Guna 3 Bahan

Resipi Mudah Ala Chawanmushi Telur Kukus Hanya Guna 3 Bahan

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 269 hits
Siapa peminat chawanmushi Chawanmushi ni makanan Jepun yang dibuat daripada campuran telur ayam dan dashi yang dikukus di dalam mangkuk Makanan ini dihidangkan bersama mangkuknya dan dimakan sebagai makanan pembuka selera Tekstur Chawanmush...
Resepi Crab Rangoon 5 Bahan Sahaja Buat Banyak Banyak Tinggal Goreng Je

Resepi Crab Rangoon 5 Bahan Sahaja Buat Banyak Banyak Tinggal Goreng Je

papar berkaitan - pada 10/9/2022 - jumlah : 398 hits
Sebut sahaja Crab Rangoon pasti anda akan teringat tentang resepinya yang pernah viral dan mendapat berjuta juta tontonan di tiktok Rasanya yang sangat creamy sesuai untuk seisi keluarga Cara penyediaannya sangat mudah dan confirm menjadi J...
Bukan Dadih Susu Biasa Tapi Topping Mangga Sunquick Sedapnya Makan Sejuk Sejuk

Bukan Dadih Susu Biasa Tapi Topping Mangga Sunquick Sedapnya Makan Sejuk Sejuk

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 320 hits
Dadih susu mungkin sudah biasa Namun dadih susu dengan topping mangga dan suncquick ini memang lain dari yang lain Sedapnya lain macam Macam mana nak buat Jom ikuti perkongsian resipi dari Pn Senang Hari tu ada orang share resepi dadih susu...
Minum Air Gula Bukan Untuk Wanita Mengandung Sahaja Betul Ke

Minum Air Gula Bukan Untuk Wanita Mengandung Sahaja Betul Ke

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 243 hits
MINUM AIR GULA BUKAN UNTUK WANITA MENGANDUNG SAHAJA BETUL KE Malah untuk pesakit diabetes juga perlu minum air gula ni Kelakar pun ada jugak Selama ni umi ingat air gula ni hanya untuk wanita mengandung untuk pesakit yang disyaki penghidap ...
Gta Tidak Sentuh Rasuah Zeti Dan Nazlan Hanya Kacau Umno Sahaja

Gta Tidak Sentuh Rasuah Zeti Dan Nazlan Hanya Kacau Umno Sahaja

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 293 hits
Oleh Sirajuddin AhmadGabungan Tanah Air sebuah gabungan parti Politik ciptaan Mahathir telah terbentuk secara rasmi semalam Ia akan menjadi platform baru untuk Mahathir meneruskan agenda peribadi dengan berselindung dibawah jenama baru sete...
Nabi Adam As Makan Buah Terlarang Kerana Dipujuk Hawa Hanya Mitos

Nabi Adam As Makan Buah Terlarang Kerana Dipujuk Hawa Hanya Mitos

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 1113 hits
Kisah Nabi Adam AS dan pasangannya Hawa memakan buah yang dilarang dalam syurga ialah kisah zaman berzaman yang diimani oleh umat Islam Dalam kisah ini dipaparkan bagaimana syaitan menghasut Nabi Adam dan Hawa untuk makan buah yang telah di...
Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Menteri Kesuma Umum 4 Perkara Berkait Keselamatan Sosial

Juruteknik Didakwa Melakukan Amang Seksual Merakam Video Terhadap 3 Kanak Kanak