Sabun Tangan Kirei Kirei Anti Bakteria Mesra Kanak Kanak
Sabun Tangan Kirei Kirei Anti Bakteria - Apa pandangan mummy sebagai ibu setelah kami menggunakan Sabun Tangan Kirei Kirei Anti Bakteria ? Mummy sangat sukakan sabun Tangan Kirei Kirei Anti Bakteria kerana teksturnya sangat lembut, halus, wangi, mesra kanak-kanak dan 99.9% anti bakteria.
Sabun Tangan Kirei Kirei Anti Bakteria Mesra Kanak-kanak
Mummy sangat yakin dengan kebersihan anak-anak kami apabila mereka menggunakan Sabun Tangan Kirei Kirei Anti Bakteria Mesra Kanak-kanak. Cerita tentang basuh tangan ini. Tak kiralah anak-anak kami mahupun anak-anak dan murid-murid di luar sana. Gemar mencuci tangan mereka dengan air sahaja
Hanya sebilangannya sahaja yang benar-benar menggunakan sabun basmi kuman dengan lebih berkesan
Tahniah Kirei Kirei kerana mengambil inisiatif dalam Program Sekolah Kirei Kirei 2022. Lebih 4,000 murid-murid sekolah rendah telah dididik tentang kebersihan diri, dengan tumpuan khusus kepada kebersihan tangan
Program ini bertujuan mendidik dan memupuk amalan mencuci tangan dengan betul dalam kalangan murid-murid di Malaysia
Sejak dua tahun lalu, amalan mencuci tangan menjadi salah satu rutin harian yang paling ditekankan dalam kalangan masyarakat. Sejak itu, amalan ini telah dilihat sebagai kaedah yang berkesan dalam membantu mencegah penyebaran penyakit, yang biasanya disebarkan melalui kebersihan tangan yang kurang baik. Apabila keluarga anda sihat, anda tidak perlu risau tentang ketinggalan waktu persekolahan, kerja atau aktiviti lain.
Mencuci tangan ialah cara yang mudah, menjimatkan dan berkesan untuk menghapuskan kuman, mencegah penyebaran kuman kepada orang lain dan mengelakkan penyakit. Ini amat berguna terutamanya untuk mencegah penyakit seperti penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) dan Influenza, yang menyaksikan peningkatan kes di negara ini dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.
Berikutan garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kirei Kirei telah memulakan program di sekolah pada bulan Mac 2022 di sekolah swasta dan antarabangsa di sekitar Lembah Klang. Para pelajar mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik, termasuk sesi bercerita tentang kuman dan kepentingan mencuci tangan. Mereka juga boleh mereka bentuk dan menghiasi label pelekat botol Kirei Kirei mereka sendiri untuk dilekatkan pada botol bagi mempromosikan dan menggalakkan tabiat mengisi semula yang membantu mengurangkan sisa dan kebimbangan alam sekitar.
Kirei Kirei menjadikan amalan mencuci tangan lebih mudah dan menyeronokkan dengan video 7 langkah mencuci tangan sambil diiringi lagu 'Selamat Hari Lahir'. Video "sebelum dan selepas" yang memaparkan penggunaan cahaya UV turut dikongsi bersama pelajar. Video ini menunjukkan bahawa teknik mencuci tangan yang tidak betul boleh meninggalkan kuman dan bakteria yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
Tentang Kirei Kirei
Kirei Kirei diperkenalkan buat pertama kalinya sebagai sabun pembersih tangan pada tahun 1997 di Jepun. Produk ini telah dihasilkan berikutan beberapa siri penularan keracunan makanan besar-besaran di Jepun, disebabkan oleh bakteria patogenik E. coli O157 menjadikannya isu sosial yang besar pada tahun 1996. Ini menyebabkan syarikat menjalankan misi sosial untuk memupuk “tabiat mencuci tangan” bagi melindungi kanak-kanak daripada bakteria dan virus, dengan mencipta sejenis produk yang dapat membantu mereka memupuk tabiat ini.
Untuk memupuk tabiat mencuci tangan di kalangan kanak-kanak, seluruh keluarga perlu mengamalkan tabiat ini. Tabiat ini tidak boleh dipupuk melalui disiplin tegas dan paksaan, ia perlu dilakukan dengan perasaan gembira supaya kanak-kanak berasa seronok sewaktu mencuci tangan. Kami percaya amalan kerap mencuci tangan harus dijadikan tabiat yang boleh dinikmati bersama seisi keluarga dan ini merupakan konsep sabun pembersih tangan Kirei Kirei.
Selepas beberapa tahun Kirei Kirei diperkenalkan di Jepun, ia menjadi Sabun Pembersih Tangan No. 1 negara tersebut pada tahun 2000. Sabun ini menduduki kedudukan tersebut selama 21 tahun berturut-turut, dan masih lagi menjadi Sabun Pembersih Tangan No. 1 di Jepun pada tahun 2021.
Sabun Pencuci Tangan Anti-bakteria Kirei Kirei yang selamat untuk kanak-kanak didatangkan dalam dua varian:
>> Moisturizing Peach>> Nourishing Berries
Setiap varian boleh didapati dalam
>> bentuk botol 250ml (RM12.50)>> pek isi semula 200ml (RM8.50)
Jom dapatkan produk Kirei Kirei di cawangan Don Don Donki, AEON, AEON Maxvalu, AEON Wellness, Jaya Grocer, Village Grocer dan Ben’s Independent Grocer yang terpilih
Atau secara dalam talian di Lazada dan Shopee.. Untuk promosi dan informasi,sila layari ke :-
Facebook | Kirei Kirei laman web rasmi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azlindaalin.com/2022/09/sabun-tangan-kirei-kirei-anti-bakteria.html