Lebih Kurang 1kg Cacing Gelang Berjaya Dibuang Dari Usus Kanak Kanak 6 Tahun


Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun  terpaksa dibedah di Hospital Daerah Poonch, India, berdekatan dengan sempatan Pakistan akibat cacing gelang yang berada di dalam ususnya.
credit: Daily Excelsior Lapor Daily Excelsior, kanak-kanak itu terdahulu mengadu tidak dapat membuang air besar, mengalami kesakitan dan kembung perut serta muntah dengan kerap.
Semasa pemeriksaan oleh doktor, ujian imbasan dilakukan pada abdomen. Doktor yang merawat mendapati usus kecil kanak-kanak lelaki itu tersumbat sepenuhnya dan dia dinasihatkan menjalani pembedahan.
Semasa pembedahan yang dijalankan oleh Pakar Perunding Bedah, Hospital Poonch, Dr Manav Datta dengan bantuan Pakar Bius, Dr Shafiq Choudhary dan Penolong Dewan Bedah, Sanjeev Sharma menyaksikan kehadiran segumpal cacing gelang yang juga dikenali sebagai Ascaris Lumbricoides.
Malah kehadiran parasit itu menjadi punca usus tersumbat. dianggarkan sekilogram cacing berkenaan dikeluarkan oleh doktor dalam pembedahan selama kira-kira satu jam.
Mengulas mengenai pembedahan itu, Dr Manav Datta berkata pembedahan sebegitu bukanlah jarang berlaku tetapi ia adalah kali pertama cacing gelang dalam kuantiti yang begitu besar ditemui dan dikeluarkan dari usus pesakit di hospital berkenaan.
Apa itu cacing gelang?
Menurut perkongsian MyHealth portal, cacing gelang atau Ascaris Lumbricoides adalah punca utama jangkitan cacing dalam kalangan manusia.
Jangkitan itu dinamakan ascariasis. Cacing gelang betina dewasa boleh mencapai ukuran sehingga 18 inci sementara cacing gelang jantan dewasa biasanya lebih pendek sedikit daripada cacing gelang betina.
Cacing dewasa tinggal di dalam usus kecil dan telurnya dikeluarkan bersama dengan najis.
Namun, apa yang menakutkan telur-telur cacing boleh tinggal di dalam tanah selama bertahun-tahun!
Bagaimanakah ia berjangkit?
Kanak-kanak suka bermain di tempat yang lembab dan kotor. Telur-telur cacing gelang berjangkit melalui tangan yang tidak bersih dan di masukkan ke dalam mulut. Selain itu, mengambil makanan dan minuman air yang dicemari dengan telur-telur cacing gelang juga boleh menyebabkan jangkitan. Apakah tanda-tanda dan gejala dijangkiti cacing?
Ramai kanak-kanak tidak mempunyai tanda-tanda dan gejala. Namun, kadang kala kanak-kanak turut mengadu sakit perut.
Jangkitan cacing yang teruk boleh menyebabkan saluran usus tersumbat dan mengakibatkan sakit perut yang teruk dan muntah kerap. Adakalanya cacing dikeluarkan melalui najis atau dimuntahkan keluar.
Pencegahan daripada parasit ini boleh dilakukan dengan mencuci tangan dengan sempurna sebelum mengendalikan makanan.
Elakkan daripada menyentuh tanah yang dicemari dengan najis manusia, buang lampin pakai buang di tempat yang pembuangan sampah serta menghindari makanan tercemar atau minum air yang dicemari semasa melawat tempat atau negeri yang tidak mempunyai sistem sanitasi yang sempurna.
Bagaimanakah untuk mengenalpasti anak anda dijangkiti cacing?
Jika anak anda membuang air besar mengandungi cacing gelang atau telur cacing.
Bagaimanakah untuk merawat kanak-kanak yang dijangkiti cacing?
Ia boleh dirawat dengan memberikan ubat Albendazole 1 biji sehari atau Mebendazole untuk 3 hari.
Bolehkah jangkitan cacing gelang di cegah?
Pencegahan boleh dicapai jika anda:
Cuci tangan dengan sempurna sebelum mengendalikan makanan. Elakkan dari menyentuh tanah yang dicemari dengan najis manusia. Buang lampin pakai buang ditempat yang sesuai. Elakkan dari makan makanan tercemar atau minum air yang dicemari semasa melawat tempat atau negeri yang tidak mempunyai sistem sanitasi yang sempurna. Kredit: DailyExcelsior, MyHealth Portal
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
The post Lebih Kurang 1KG Cacing Gelang Berjaya Dibuang Dari Usus Kanak-Kanak 6 Tahun appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/lebih-kurang-1kg-cacing-gelang-berjaya-dibuang-dari-usus-kanak-kanak-6-tahun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rumah Dipecah Masuk Pelabur Forex Rugi Lebih Rm600 000 Rupa Rupanya Anak Saudara Berusia 19 Tahun Dalang Rompakan

Rumah Dipecah Masuk Pelabur Forex Rugi Lebih Rm600 000 Rupa Rupanya Anak Saudara Berusia 19 Tahun Dalang Rompakan

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 318 hits
Rumah dipecah masuk pelabur forex rugi lebih RM600 000 Rupa rupanya anak saudara berusia 19 tahun dalang rompakanSiasatan polis mendapati dalang rompakan itu ialah seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang merupakan anak saudara mangsa Ga...
Bagaikan Sudah Tahu Lebih Awal Karangan Budak 14 Tahun Maut Kemalangan Jadi Kenyataan

Bagaikan Sudah Tahu Lebih Awal Karangan Budak 14 Tahun Maut Kemalangan Jadi Kenyataan

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 274 hits
Pada 27 Ogos lepas satu kemalangan yang menyayat hati berlaku melibatkan kematian seorang kanak kanak berusia 14 tahun bersama datuk dan neneknya di Kilometer 135 7 Lebuh Raya Pantai Timur
Bantuan Kanak Kanak Maksimum Rm1000 Sebulan Tahun 2022

Bantuan Kanak Kanak Maksimum Rm1000 Sebulan Tahun 2022

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 276 hits
Untuk ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak jagaan yang berumur 18 tahun ke bawah anda boleh memohon Skim Bantuan Kanak Kanak 2022 sehingga RM1000 sebulan untuk satu keluarga Skim Bantuan Kanak KanakTahukan anda Bantuan Kanak Kanak 2022 ...
10 Tahun Bersama Sooyoung Snsd Jung Kyungho Lebih Terbuka Soal Hubungan Cinta

10 Tahun Bersama Sooyoung Snsd Jung Kyungho Lebih Terbuka Soal Hubungan Cinta

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 244 hits
Korang mesti dah tahu mengenai kisah percintaan Soo young dengan Jung Kyung ho kan 10 tahun dah mereka bersama kan ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini kisah percintaan mereka dipaparkan menerusi satu rancangan hiburan siaran MBC iaitu Omniscien...
Sejuk Pervt Ibu Video Kanak Kanak 4 Tahun Jadi Imam Cvri Perhatian Ramai

Sejuk Pervt Ibu Video Kanak Kanak 4 Tahun Jadi Imam Cvri Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 234 hits
Seperti yang kita tahu kanak kanak sememangnya mempunyai perangai mereka yang tersendiri dan pastinya banyak tenaga perlu digunakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah untuk melayan karenah mereka yang pelbagai ragam Namun tela...
Perut Kembung Anak Kerap Letih Doktor Kongsi Cacing Berjaya Dikeluarkan Dari Badan Pesakit

Perut Kembung Anak Kerap Letih Doktor Kongsi Cacing Berjaya Dikeluarkan Dari Badan Pesakit

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 188 hits
Cacing Gelang adalah punca utama jangkitan cacing di kalangan manusia Jangkitan ini dinamakan ascariasis Cacing gelang betina dewasa boleh mencapai ukuran sehingga 18 inci sementara cacing gelang jantan dewasa biasanya lebih pendek sedikit ...
Kanak Kanak 12 Tahun Pasangan Warga Emas Antara 4 Maut Kemalangan Di Temerloh

Kanak Kanak 12 Tahun Pasangan Warga Emas Antara 4 Maut Kemalangan Di Temerloh

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 280 hits
TEMERLOH Kanak kanak lelaki berusia 12 tahun antara empat yang disahkan maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan empat kenderaan di Kilometer 135 7 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 hala Kuantan awal pagi tadi
Bentuk Badan Pakaian Lebih Kurang Tersilap Abah Adik Ni Keliru Antara 2 Lelaki

Bentuk Badan Pakaian Lebih Kurang Tersilap Abah Adik Ni Keliru Antara 2 Lelaki

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 180 hits
Tak kiralah anak lelaki mahupun anak perempuan sememangnya rapat dan manja dengan ayah Kalau boleh tak mahu berenggang Ada satu bonding yang istimewa antara ayah dan anak anak ni tak sama seperti dengan ibu Sebab itulah dikatakan ayahnya ad...
Pelakon Shah Reza Dedah Bila Sebenarnya Suitan Keiantan Kahwin Dgn Suitanah Diana Petra Rupanya Dah Lebih 10 Tahun

Pelakon Shah Reza Dedah Bila Sebenarnya Suitan Keiantan Kahwin Dgn Suitanah Diana Petra Rupanya Dah Lebih 10 Tahun

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 342 hits
SuItan KeIantan SuItan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda SuItanah KeIantan dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia SuItanah Nur Diana Petra Abdullah
Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More

Mobile Social Support Centres Proposed In Sabah To Aid Women Facing Domestic Violence

Saya Pernah Dilabel Pemberontak Lawan Ayah Dalam Pkr Nurul Izzah Bongkar Kisah Lama

Good Morning

Why Electronic Manufacturing Services In Malaysia Are Gaining Global Attention

How Is Home Made Mango Juice Prepared


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Metal Slug Advance

Creamy Pasta Mudah Dan Sedap Di London

Mau Urus Sertifikat Tanah Ini Dia Cara Daftar Sertifikat Elektronik

Dua Pemimpin Utama Pas Perak Didakwa Ingkar Arahan Sultan Ceramah Di Masjid Tanpa Tauliah

Kalau Ada Dua Tempat Timbalan Presiden Pkr Dua Dua Saya Sokong Anwar Puji Calon Layak

Kisah Sedih Si Gajah Di Hukum Gantung Kerana Membunuh