Memizza Di Kopi Kueh Port Dickson Jalan Jalan Ke Mitsui Outlet Klia


Assalamualaikum WBT 


HARI ini Sk cuti. 
Yabedabedooooo!!



PUNCA dari baca di Blog Sihatimerahjambu milik Blogger Azhafizah, Sk sampai ke Kafe Kopi & Kueh semasa berkunjung ke Port Dickson minggu lepas. Walaupun pada mulanya agak bimbang jugak bila baca jalan masuk ke sini agak cerun dan curam ditambah komen dari beberapa pengunjung di TT, berkali-kali jugak la Sk memikir untuk singgah atau tak. Ialah, kita risau terjunam dalam laut, hahahah


Kebetulan dah tengahari, dah lapar sikit-sikit. PI ajak pergi jalan-jalan ke Mitsui Outlet KLIA, kita singgah sini dulu la alas perut dengan pizza. 

Menurut carian waktu operasi di google, kafe ini dibuka jam 11 pagi pada hari minggu dan cuti umum. Pada hari biasa ia dibuka jam 3 petang. Boleh tahan ramai jugak pelanggan masa kami sampai ke kafe yang dibahagi kepada dua tingkat. Meja di bahagian bawah semua penuh dan staf cadangkan meja di atas. Kami duduk di meja depan tangga sebab di sini teduh sikit. Cuma meja tu agak sempit la kalau nak makan-makan. Kalau untuk mengopi dan memizza saja sesuai


Matahari tengah tegak, mujur ada pokok besar ni meneduhkan suasana


Sikit-sikit dipancar cahaya matahari. Ada fail kecil atas meja bersama kod QR untuk pelanggan membuat pesanan makanan dan minuman. Selesai masukkan pesanan dalam chart, Sk dapati ada pilihan untuk buat bayaran secara online, jadi terus bayar. 

Tak lama, dua gelas minuman dalam gelas pakai buang dihantar ke meja. Caramel Macchiato untuk PI dan Sk pilih minuman bertajuk Pink Panther. Tengok rupa mesti pembaca boleh bezakan sendiri yang mana satu minuman untuk Tuan Tanah Kedaung, kan.. hahahaha


Rasa berry-berry.. sweet-sweet.. yang lembut dengan soda, sedappp. Ianya tak begitu manis. Di permukaannya ada kelopak bunga. Sungguh romantis ya, tak salah Sk memilih. Sedang berfoto-foto, tiba-tiba Sk sedar meja sebelah yang agak besar sedikit dan berpayung dah kosong. Terus ajak PI pindah meja dan bawa fail QR code tu sekali. 

Tak lama, pizza pun sampai. Pizza saiz 9" atau 10" kot ni kalau tengok pada lebarnya. Pizza dipotong 8, sorang makan 4 la. Burppp.. kenyang betul. Sk pilih Beef Pepperoni Pizza. Pizzanya sedap, tak lokek inti tapi crust di bahagian tepi tu agak liat sikit. Lepas makan tengok bibir hitam kena arang-arang dari pizza, hahaha. Jari-jemari pun kena arang. Jadi, siapa makan pizza tu kena hati-hati sikit, karang comot pulak, hahaha


Belakang PI ni deparment untuk barista sediakan minuman dan di bahagian bawah menempatkan kitchen untuk main course dan desserts. Comel kafe ni. Kami habiskan pizza dekat situ terus, malas nak membungkus nanti entah bila pulak nak makan. Lagipun lepas tu nak terus pergi ke Mitsui Outlet KLIA


Nak balik tu, kita snap la pintu pagar nak masuk kafe. Kiri kanan luar pagar ni ada meja rendah, kedua-duanya dipenuhi pelanggan


Snap pic sipi-sipi la sebab ada pelanggan. Panas sikit la kot duduk sini. Bagi yang berusia macam kami ni risau sakit pinggang pulak. 

Laut depan kafe. Ramai yang berkelah dan berkhemah di sini. Tak nampak pulak jika ada tandas awam disediakan di kawasan ni. Nampak ada notis di kafe, kemudahan tandas cuma untuk pelanggan. Oh, yang nampak bangunan jauh tu Hotel Avillion PD


Kami dua-dua minum tak habis. Senanglah bila guna gelas pakai buang ni boleh angkut terus bawa balik. 

Dari PD kami terus ke Mitsui Outlet Park KLIA. Saja window shopping tapi PI beli blender di Russell Taylors, ada offer 50٪ tinggal 79.90 sahaja. Padahal blender kat rumah elok jer, hahaha. PI kata, buat jus tembikai guna blender tu. Balik dari Mitsui nampak orang jual buah naga, konon beli la nak buat jus guna blender baru. Tapi.... (faham-faham saja laaaa)


Singgah kedai Puma, PI beli seluar pulak. Ni tengah tunggu staf carikan saiz seluar


Dah lama tak makan kat food court jadi Sk ajak PI makan situ. PI beli Mee Udang tapi dia letak telur goreng


PI kata, mana mee udang letak telur goreng, patut letak telur rebus. Nasib member tak bad mood. Pasal makan ni kalau salah, terus tak jadi kerja tau


Tak ramai orang di food court padahal weekend. Mungkin sebab banyak pilihan restoran di Mitsui ni. 

Sk nak makan nasi campur dekat satu stall tu tapi tengok masakan dia yang goreng-goreng semua merah-merah macam ayam masala dekat kedai mamak. Yang jual pulak, abangla. Nampak ada stall jual asam pedas, Sk pesan Asam Pedas Ikan Tenggiri. Asam pedasnya manis la pulak, nasib ada taugeh,  hehehehehe

Lepas makan, jalan-jalan sekejap, Lepas tu nak beli minyak wangi, kata ada diskaun. Ada diskaun pun sampai dekat pat ratuih, huhuhu. Tu takpa, minyak wangi offer, RM99/3 botol. Bila Sk uji baunya, lebih kurang bau minyak wangi ibu beli dulu-dulu dekat kedai Batu 5, hahaha. Tak jadi la beli


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/09/memizza-di-kopi-kueh-port-dickson-jalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Malam Di Yacht By The Beach Port Dickson

Makan Malam Di Yacht By The Beach Port Dickson

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 4431 hits
Assalamualaikum WBT MALAM pertama di Port Dickson PI ajak makan mee mee di Ocean Sky Seafood Restaurant yang terletak di Taman Mikamas kira kira setengah jam perjalanan dari Boleh tahan jugak la sesak bandar Port Dickson ni tapi tu takpa St...
Why Target Port Dickson Mb Shoots Down Name Change Idea

Why Target Port Dickson Mb Shoots Down Name Change Idea

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 3305 hits
Negeri Sembilan Menteri Besar Aminuddin Harun has taken a swipe at several NGOs said to be lobbying for Port Dickson s name to be changed to Pantai Dermaga in a bid to shed its colonial links I was informed that several NGOs led by the Orga...
Menginap 3h2m Di Pacific Regency Beach Resort Port Dickson

Menginap 3h2m Di Pacific Regency Beach Resort Port Dickson

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 194 hits
Assalamualaikum WBT DAH beberapa kali sebenarnya PI mengajak jalan jalan ke Port Dickson tapi Sk rasa macam tak de apa pun kat sana Sebenarnya rasa macam jauh no dari plaza tol nak sampai ke PD tu hehehe Kalau tak nak pergi PD kita gi Melak...
Tragedi Mengejut Di Port Dickson Tiga Sekeluarga Ditemui Tidak Bernyawa Dalam Rumah

Tragedi Mengejut Di Port Dickson Tiga Sekeluarga Ditemui Tidak Bernyawa Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 2931 hits
SEREMBAN Dua beradik lelaki dan perempuan serta ibu saudara mereka ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Tanjung Port Dickson hari ini Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat mengenai ...
Meraikan 35 Tahun Persahabatan Di Serenity At Port Dickson Port Dickson

Meraikan 35 Tahun Persahabatan Di Serenity At Port Dickson Port Dickson

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 1829 hits
REUNION KALI KE 4Acara reunion bersama kawan kawan sekolah menengah diadakan setiap tiga tahun sekali kali ini berlangsung di Port Dickson Negeri Sembilan dengan tema pakaian warna coral Selama dua hari satu malam kami berkumpul di Serenity...
Makan Di Mnk D Lomak Salai Ikan Bakar Port Dickson

Makan Di Mnk D Lomak Salai Ikan Bakar Port Dickson

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 4607 hits
Assalamualaikum WBT SALAM MAULIDUR RASUL 1447HTema Maulidur Rasul tahun ini Membangun Ummah Madani Ambil kesempatan cuti hari ini PI kata tak yah masak Maka Sk yang menurut perintah dan tak suka membantah mengikut sajalah Ikut punya ikut sa...
Lepak 3 Beranak Di Kopi Kueh By The Beach Pd

Lepak 3 Beranak Di Kopi Kueh By The Beach Pd

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 2731 hits
Assalamualaikum Hari Sabtu petang kan SA ada cakap nak pi PD lepak lepak kena angin laut kan memang kami 3 beranak pergi naik kereta Dania uolls kenapa x naik kereta sendiri rehatkan si Meyoon sebab Ahad nak bawak dia berjalan jauh kan Kopi...
Klia Kini Kedua Tersibuk Di Asia Tenggara Rapat Jurang Dengan Changi

Klia Kini Kedua Tersibuk Di Asia Tenggara Rapat Jurang Dengan Changi

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 2079 hits
KLIA Kini Kedua Tersibuk Di Asia Tenggara Rapat Jurang Dengan Changi KUALA LUMPUR 10 Sept Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur disenaraikan sebagai lapangan terbang kedua paling sibuk di Asia Tenggara menurut data terbaharu OAG Aviati...
Mayat Wanita Reput Ditemui Dekat Klia Dipercayai Dibunuh

Mayat Wanita Reput Ditemui Dekat Klia Dipercayai Dibunuh

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 2444 hits
Mayat Wanita Reput Ditemui Dekat KLIA Dipercayai Dibunuh SEPANG Mayat seorang wanita dipercayai dibunuh ditemui dalam keadaan sudah reput berhampiran kawasan Limo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 1 September lalu Ketua Polis ...
Polis Siasat Kematian Murid Tahun 4 Di Sekolah

Klia Transport App Furore Is This A Case Of Barking Up The Wrong Tree

As Mca Mulls Bn Exit Pas Comes Knocking With Mooncakes

Bon App Tit Your Majesty Betul Betul Berbaloi Ke Tengok

Tentera Israel Pintas Kapal Bantuan Global Sumud Flotilla Peserta Malaysia Antara Ditahan

Edisi Terhad Insta360 Ace Pro 2 Kini Tersedia Pada Harga Rm2 229

K1gt 12 K1gt Top 52 By Selena

Half Its Cabinet Will Be Wiped Out If Malaysia Emulates China To Send Corrupt Ministers To Face Firing Squad


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Welcome Penjelasan Widget Baru Dalam Persembahan Blog Pesona Etuza

Murid Tahun Empat Meninggal Dunia Selepas Pengsan Dalam Tandas Sekolah Di Seremban Pada 1 10 2025

Sungguh Allah Mengampuni Seluruh Dosa

Bulan Baru Cerita Baru

Restoran Konda Kondi Ipoh

Lirik Lagu Sampaikan Rindu Ippo Hafiz