Meraikan 35 Tahun Persahabatan Di Serenity At Port Dickson Port Dickson


REUNION KALI KE-4Acara reunion bersama kawan-kawan sekolah menengah (perempuan sahaja) diadakan setiap tiga tahun sekali, kali ini berlangsung di Port Dickson, Negeri Sembilan dengan tema pakaian warna coral.
Selama dua hari satu malam (tiga hari dua malam bagi para AJK dan kawan yang berkesempatan datang awal) kami berkumpul di Serenity At Port Dickson - sebuah banglo dua tingkat di tepi pantai. Kami melakukan pelbagai aktiviti bersama, ceria gembira penuh gelak ketawa. Masa seolah-olah terhenti dan terasa kembali ke zaman remaja - ketika menjalani kehidupan sebagai budak asrama. Cap jari tanda hadir. Lebih 40 orang berkesempatan hadir pada reunion kali ke-4 ini

Ada yang datang dari Pahang, Perak, Kedah dan paling jauh dari Manila, Filipina - terbang pulang khusus bagi meraikan 35 tahun persahabatan kami. Saya sendiri melalui perjalanan sejauh kira-kira 600 km dari negeri paling utara di Semenanjung Malaysia

Setiap orang dapat sebuah tote bag cantik ni sebagai tanda kenangan reunion. Di dalamnya terdapat pelbagai cenderamata kecil lain, termasuk sehelai baju untuk dipakai pada waktu malam

Aktiviti bermula kira-kira pukul 11 pagi dengan ucapan alu-aluan oleh Presiden, seterusnya cabutan bertuah - cabutan dibuat beberapa kali sepanjang hari sehingga malam. Oleh kerana ramai yang bermurah hati menaja hadiah cabutan bertuah, maka setiap orang berpeluang dapat lebih dari sekali cabutan

Sesi fotografi di luar - berfoto ramai-ramai dan kemudian berfoto ikut kelas. Tiada sesi fotografi di pantai kerana nampaknya ada banyak jentera sedang melakukan kerja

Masa untuk makan! Antara menu makan tengah hari yang disediakan - daging salai masak lemak cili api dengan pucuk ubi, ayam goreng berempah dan sambal udang. Sedap semuanya, tambahan pula bila makan semeja dengan kawan-kawan yang sesekali dapat berjumpa - makan sambil berborak

Lepas makan, kami diberi masa untuk berehat/menunaikan solat Zohor

Pukul 2.45 petang bermula aktiviti sukaneka. Kami dibahagikan kepada lima kumpulan. Terdapat lima jenis permainan dengan setiap permainan cuma memerlukan dua hingga lima orang saja. Ada permainan yang sesuai untuk mereka yang sihat fizikal dan ada permainan yang sesuai untuk mereka yang ada masalah kesihatan. Pendek kata, semua berpeluang melibatkan diri

Permainan paling menguji fizikal - ‘Charlie Chaplin’ iaitu berlari/berjalan laju dengan memakai kain batik sambil kepit bola dan tangan pegang payung. Bermacam-macam aksi lucu dapat dilihat ketika ini, memang tak kering gusi ketawa

Selepas penat bermain, kami diberi masa untuk berehat/menunaikan solat Asar. Kemudian aktiviti diteruskan dengan acara bertukar-tukar hadiah - setiap orang perlu bawa hadiah bernilai minima RM50, pertukaran hadiah menerusi cabutan nama. Nak bertukar hadiah pun penuh gelak ketawa, ada saja bahan usikan

Solat Maghrib dilakukan secara berjemaah dan diikuti dengan bacaan surah Yasin, tahlil dan tazkirah ringkas sementara menunggu waktu Isyak. Suasana begini mengimbau kenangan kehidupan di asrama

Makan malam kami dihidangkan dengan nasi goreng Cina, kambing & ayam panggang serta hidangan sampingan lain

Kek sempena 35 tahun persahabatan. Bukan saja nampak cantik tapi rasanya sangat sedap

Awalnya saya menolak makan kek ni sebab perut dah kenyang makan hidangan malam, tapi kawan yang menghulur kek minta cuba dahulu. Jadi saya ambil juga dan berkongsi makan dengan seorang lagi kawan. Bermula dengan suapan pertama, saya mampu habiskan sepotong kek. Tak pasti ni kek apa tapi rasanya seperti kek chocolate indulgence, sedap dimakan selepas disimpan dalam peti sejuk. Kesedapan kek ini menjadi antara perkara yang kami bualkan sampai ada kawan yang nak menempah

Sambil makan kek, cabutan bertuah berlangsung

Cabutan bertuah kali kedua untuk saya yang disampaikan oleh Presiden yang baru dilantik. Tujuan sebenar saya letak foto ini kerana nak mengabadikan memori menggayakan baju kami pada malam tersebut. Semoga Allah murahkan rezeki kawan kami yang menaja baju batik lukisan tangan dari Kelantan ini. Cantik coraknya dan materialnya lembut selesa

Aktiviti akhir - acara penyampaian hadiah sukaneka, hadiah penghargaan khas dan cabutan bertuah. Walaupun muka masing-masing keletihan tapi suasana riuh-rendah dengan usik-mengusik

Aktiviti berakhir hampir pukul 11.30 malam. Saya terus balik ke bilik, membersihkan diri dan bersiap untuk tidur. Ada juga kawan-kawan yang tak terus tidur - bersembang, memakai inai

Entah pukul berapa saya terjaga dek bunyi tingkap dan pintu kaca bergegar. Nampaknya hujan lebat berserta angin kuat. Lucunya, hanya saya dan seorang kawan yang tersedar kejadian tersebut. Lagi empat orang tidur tak sedar diri gara-gara terlampau letih

Esok paginya - kami menunaikan solat Subuh berjemaah, diikuti dengan bacaan al-Ma’thurat dan seterusnya sesi perkongsian oleh seorang kawan. 
Kami makan sarapan dan mengemas homestay seperti sedia kala sebelum masing-masing beredar meninggalkan tempat yang telah merakam memori indah reunion kami


SERENITY AT PORT DICKSON, PORT DICKSONOleh kerana saya hanya berkesempatan hadir pada hari kedua - iaitu hari berlangsungnya reunion, maka tak banyak foto sudut banglo yang dapat saya rakam. 
Bahagian belakang banglo yang menghadap pantai. Terdapat sebuah kolam renang bersaiz besar dan laman luas sesuai untuk aktiviti sukaneka. 
Ruang rehat di tingkat atas, seronok kalau dapat berehat di tempat begini tapi kami tak sempat pun nak duduk berborak di sini

Terdapat lima buah bilik tidur lengkap dengan bilik air. Sebuah bilik tidur di bawah dan empat buah bilik di tingkat atas

Saya menginap di bilik no. 3 bersama lima orang kawan. Dalam bilik kami terdapat sebuah katil besar dan satu katil single dengan pull out bed di bawahnya. Saya dan seorang lagi kawan tidur di lantai - saya lebih suka tidur pakai sleeping bag yang dibawa dan kawan saya tidur beralaskan tilam tambahan. Dah lama saya tak tidur ramai-ramai dalam satu bilik, rasa seronok dan dapat tidur lena walaupun tidaklah begitu selesa

Secara keseluruhannya, Serenity At Port Dickson menawarkan penginapan yang bersih dan selesa. Paling menarik sebab lokasinya di tepi pantai. Cuma ianya kurang mesra bagi orang sakit lutut sebab akses masuk rumah ada tangga


PERGI SATU BEG, BALIK BERBEG-BEG!Terkejut Encik Suami sewaktu mengambil saya - pergi cuma bawa satu beg tarik tapi masa balik sampai tak cukup dua tangan nak pegang barang

Barang-barang yang diterima hasil - bertukar hadiah, tiga kali cabutan bertuah, hadiah sukaneka, hadiah dalam tote bag dan oleh-oleh dari Filipina. Bukanlah banyaknya hadiah yang diharapkan, semuanya sekadar suka-suka bagi memeriahkan pertemuan kami

*
Alhamdulillah…terima kasih Allah atas kesempatan buat saya berkumpul bersama kawan-kawan zaman remaja. Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa saya gembira dapat bertemu dengan kawan-kawan yang dikenali sejak kami berusia 12 tahun. Dah cukup kenal perangai masing-masing yang nampaknya tak jauh berubah sejak kali pertama bersua

InsyaAllah panjang umur dan ada kesempatan, kami akan kembali bertemu pada usia 50 tahun. Kami dah siap berbincang berkenaan reunion gaya orang tua - homestay tiada atau minima tangga, tempat berkumpul ada banyak kerusi dan makanan lembut sesuai gigi orang tua. Lucu tapi inilah hakikatnya - masa muda kami kian berlalu









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2025/09/meraikan-35-tahun-persahabatan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Why Target Port Dickson Mb Shoots Down Name Change Idea

Why Target Port Dickson Mb Shoots Down Name Change Idea

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 3306 hits
Negeri Sembilan Menteri Besar Aminuddin Harun has taken a swipe at several NGOs said to be lobbying for Port Dickson s name to be changed to Pantai Dermaga in a bid to shed its colonial links I was informed that several NGOs led by the Orga...
Memizza Di Kopi Kueh Port Dickson Jalan Jalan Ke Mitsui Outlet Klia

Memizza Di Kopi Kueh Port Dickson Jalan Jalan Ke Mitsui Outlet Klia

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 2172 hits
Assalamualaikum WBT HARI ini Sk cuti Yabedabedooooo PUNCA dari baca di Sk sampai ke Kafe Kopi Kueh semasa berkunjung ke Port Dickson minggu lepas Walaupun pada mulanya agak bimbang jugak bila baca jalan masuk ke sini agak cerun dan curam di...
Menginap 3h2m Di Pacific Regency Beach Resort Port Dickson

Menginap 3h2m Di Pacific Regency Beach Resort Port Dickson

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 195 hits
Assalamualaikum WBT DAH beberapa kali sebenarnya PI mengajak jalan jalan ke Port Dickson tapi Sk rasa macam tak de apa pun kat sana Sebenarnya rasa macam jauh no dari plaza tol nak sampai ke PD tu hehehe Kalau tak nak pergi PD kita gi Melak...
Makan Malam Di Yacht By The Beach Port Dickson

Makan Malam Di Yacht By The Beach Port Dickson

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 4431 hits
Assalamualaikum WBT MALAM pertama di Port Dickson PI ajak makan mee mee di Ocean Sky Seafood Restaurant yang terletak di Taman Mikamas kira kira setengah jam perjalanan dari Boleh tahan jugak la sesak bandar Port Dickson ni tapi tu takpa St...
Meraikan 35 Tahun Dan 23 Tahun

Meraikan 35 Tahun Dan 23 Tahun

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 1703 hits
Cuti panjang hujung minggu yang baru berlalu meninggalkan kenangan indah buat saya MERAIKAN 35 TAHUN PERSAHABATANSaya dan kawan kawan sekolah menengah berkumpul di sebuah banglo tepi pantai di Port Dickson Negeri Sembilan bagi meraikan 35 t...
Tragedi Mengejut Di Port Dickson Tiga Sekeluarga Ditemui Tidak Bernyawa Dalam Rumah

Tragedi Mengejut Di Port Dickson Tiga Sekeluarga Ditemui Tidak Bernyawa Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 2931 hits
SEREMBAN Dua beradik lelaki dan perempuan serta ibu saudara mereka ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Tanjung Port Dickson hari ini Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat mengenai ...
Makan Di Mnk D Lomak Salai Ikan Bakar Port Dickson

Makan Di Mnk D Lomak Salai Ikan Bakar Port Dickson

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 4607 hits
Assalamualaikum WBT SALAM MAULIDUR RASUL 1447HTema Maulidur Rasul tahun ini Membangun Ummah Madani Ambil kesempatan cuti hari ini PI kata tak yah masak Maka Sk yang menurut perintah dan tak suka membantah mengikut sajalah Ikut punya ikut sa...
Prism Perkenalkan Prism Care Servis Penyaman Udara Mudah Mampu Milik Jaminan Sehingga 7 Tahun

Prism Perkenalkan Prism Care Servis Penyaman Udara Mudah Mampu Milik Jaminan Sehingga 7 Tahun

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 2218 hits
PRISM jenama elektronik rumah yang semakin berkembang pesat di Malaysia baru sahaja melancarkan PRISM Care satu pelan langganan servis penyaman udara yang menggabungkan kemudahan penjagaan jangka panjang dan harga berpatutan Dengan hanya be...
Bukti Tahun 2020 Ura Perlu Dilaksanakan Eehhhh Walaun Dan Tok Lebai Pas Main Isu

Bukti Tahun 2020 Ura Perlu Dilaksanakan Eehhhh Walaun Dan Tok Lebai Pas Main Isu

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 1021 hits
Tun Faisal 21 Dec 2020Di Cheras semalam Menteri WP TS Annuar Musa menyampaikan bantuan kepada penghuni Flat Taman Segar Selain menyampaikan bantuan TSAM juga meninjau keadaan flat yang sudah begitu usang dan memerlukan pendekatan Urban Rene...
Tentera Israel Pintas Kapal Bantuan Global Sumud Flotilla Peserta Malaysia Antara Ditahan

Bon App Tit Your Majesty Betul Betul Berbaloi Ke Tengok

K1gt 12 K1gt Top 52 By Selena

Edisi Terhad Insta360 Ace Pro 2 Kini Tersedia Pada Harga Rm2 229

Half Its Cabinet Will Be Wiped Out If Malaysia Emulates China To Send Corrupt Ministers To Face Firing Squad

Zra Kongsi Tawaran Diberikan Tentera Isra L Ketika Pintas Kapal Mengaku Salah Atau Dibicarakan Amp Dilokap

Tiga Kapal Global Sumud Flotilla Diculik Disabotaj Tentera Laut Israel

Star Expected To Quit Grs After Seat Sharing Dispute


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wartawan Deegun Rahman Meninggal Dunia

Pelancong As Kagum Dengar Lelaki Malaysia Jelaskan Tentang Islam

Oppo A6 Pro 5g And Mobile Legends Bang Bang Partner To Unleash An Ultimate Smooth Gaming Experience

Korinda House In Plenty By Bent Architecture Resilient Bushland Home

Illegal Tyre Imports Exposed During Raids On 3 Shah Alam Outlets

Sapp Defers Response On Expulsion From Grs Pending Party Meet