Menginap 3h2m Di Pacific Regency Beach Resort Port Dickson


 Assalamualaikum WBT 


DAH beberapa kali sebenarnya PI mengajak jalan-jalan ke Port Dickson tapi Sk rasa macam tak de apa pun kat sana. Sebenarnya rasa macam jauh no dari plaza tol nak sampai ke PD tu, hehehe. Kalau tak nak pergi PD, kita gi Melaka, nak? Cadang PI. Ialah, dia tu janji dapat tekan minyak jer satu keseronokan la bagi dia. Disebabkan dah bosan asyik-asyik Melaka, Sk setuju la nak ke PD. 

Macam biasa, urusan memilih dan menempah hotel dibuat oleh PI. Hotel ni tak ada gove rate. Urusan daftar masuk mudah dan tiada deposit dikenakan


Sejak dulu setiap kali menginap di mana-mana hotel, tertunggu-tunggu nak tengok frame gambar Sultan dan Permaisuri Johor ni digantung di dinding hotel negeri lain yang kami menginap


Hujung minggu, nampaknya tiada sebarang kursus berlaku di hotel ini. 

Masuk bilik terkejut tengok besarnya katil. Ia merupakan dua buah katil super single dicantumkan. 

Nombor bilik 8215 tapi bukan di tingkat 8, tapi tingkat 2. Bangunan hotel cuma tiga tingkat, lif pun cepat sampai bila kita nak gunakan


Luas sangat ya biliknya. Lengkap dengan kemudahan seterika dan papan penggosok serta peti keselamatan. Yang lain-lain sama la macam hotel-hotel lain juga tapi sejadah tak disediakan. Tu takpa, sebab kita bawa dah kan. Ni, laundry bag pun tak ada. Tak terfikir pulak nak tanya dengan housekeeping masa mereka datang mengemas bilik. Agaknya sebab kami bawa laundry bag juga


Mereka sediakan sabun tangan, sabun badan dan shampoo dalam botol besar, puas la tekan. Cermin lampu ni cerah nak suluh muka, hehehe. Cuma tu la, tekanan air shower dia tak berapa nak laju. 

Masa buat tempahan, boleh request nak bilik pemandangan apa. Yang ni PI pilih pemandangan laut. Semua bilik juga ada balkoni. Besar giler. Boleh muat sebuah kereta eh dalam ni. Tapi tu la, dia tak sediakan kerusi untuk melepak pulak kat sini


Ni bilik aras bawah, ada private pool ya, tapi nampaknya tiada tamu menginap di bilik ni. Bilik yang hujunggggggg sana pun ada private pool, riban la harganya tapi


Banyak jenis bilik ya dekat PRBR ni. Dekat sebelah kanan bilik ni, balkoninya kecik pulak. Yang kat bawah tu ada kerusi lepak disediakan


Petang tu kami turun ke laut. PI jer mandi pool Sk malas nak basahkan baju. 

Lepak sini tengok PI eksesais dalam air. 

Ingat nak tengok sunset tapi terlindung awan tebal. Air laut sini jernih ya dan pasirnya pun bersih walaupun tak putih, tak ada kulit-kulit kerang atau ranting-ranting pokok


Penginapan di sini ada pilihan dengan sarapan atau tidak. Kami ambil pakej bersama sarapan. Sarapannya pun basic sahaja la, menu-menu biasa sarapan di hotel yang tak banyak bintang tapi bagi Sk cukup lengkap. Ada english breakfast, ada menu lokal seperti nasi lemak,  mee/ kueyteow goreng, ada mee sup, ada bubur, kuih, dessert, kek dan roti. Ada teh dan kopi. Disediakan juga jus buah-buahan bukan kordial

Ni gambar pinggan PI, dia ambil western breakfast


Pinggan Tuan Tanah Kedaung. Ada salad, sosej, kacang panggang, pau pandan, omelete dan samosa. Ruang restoran sangat luas dan boleh memuatkan ramai tetamu. 

PI ambil telur separuh masak. Elok kejadiannya, mereka guna half boiled egg maker


Sk ambil nasi lemak, kueyteow goreng dan yang bulat-bulat tu cendawan shitake masak kantonis. Kueyteow sedap, nasi lemak sedap tapi sambal dia macam pahit sikit


Mengopi cawan kedua dengan bread butter pudding


Lepas sarapan, turun ke laut. Ingat nak mandi laut tapi ada bendera merah larangan mandi tak tahu kenapa. Tengok ombaknya tak la bergulung-gulung. Ramai jer yang mandi tapi mandi kat tepi-tepi jer


Ada tembok yang memisahkan kawasan hotel dengan pantai. Boleh turun ikut tangga yang disediakan ni. Dekat atas sebelah kiri ni ada pokok besar yang rendang, sesuai nak bentang tikar dan berkelah. Ramai berkelah dekat situ


Ramai yang mandi kat tepi pantai. Dalam pukul 10, baru kami naik ke bilik


PRBR ni hotel baharu, sebelumnya hotel lain yang dah lama tutup. Bila dah buat balik ni cantik jugak. Kedudukannya juga di kawasan yang strategik, mudah nak dapatkan barang keperluan dan mudah nak cari makan


Petang tu, kami ke Mitsui Outlet Park KLIA. Balik tu, nahhhhh.. tengok dah macam semut dalam kolam, hehehe


Bilik bawah ni nampaknya masih tiada tetamu menginap. 

Hari terakhir di PRBR, dah siap nak check out dah ni. Kita isi perut dulu


PI ambil nasi lemak dan rendang ayam. Semalam dia tak makan nasi lemak. PI kata, sambal dia masam, rendang ayam tu sedap, melambung PI puji


Sk makan mee goreng. Semalam samosa, kali ni popia sayur. Ada lasagna sayuran. Mee goreng tu rasa mee goreng oldskul


Disebabkan PI kata rendang ayam sedap, Sk ambil rendang ayam makan dengan nasi lemak kosong.  Betullah sedap rendangnya. Nasi lemak tu memang sedap tapi kalau tak makan dengan sambal la, huhu


Ambil bubur pulak


Last but not least laaa.. ambil pastries dan white coffee. Black Coffee tak ada kat sini. Roti tu sedap, Sk panaskan dulu tapi


Room service menu pun ada la bagi siapa yang malas nak keluar bilik, hehehe. Tapi, dekat depan hotel pun banyak tempat makan dari pagi sampai malam


Ready dah nak balik. Selalu bawa luggage sorang satu, kali ni kongsi luggage. Macam-macam beg lain la ada, telekung lain, seterika pun Sk bawa sendiri. Yang beg oren tu blender baru beli kat Mitsui, hihihi. Bawa naik sebab tak nak panas dalam kereta


Nanti datang lagi, Iman boleh tidur sini, hahahaha. Tapi serius tau, bilik dia besar amat, duduk ramai-ramai pun boleh, bentang jer comforter kar lantai kalau nak tidur tapi janganlah buat macam kenduri pulak. Diam-diam sudah, hahaha. Katil tu pun tiga orang dewasa boleh muat. Memang berbaloi, tak puas pulak datang 3 hari aje, hahaha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/09/menginap-3h2m-di-pacific-regency-beach.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Malam Di Yacht By The Beach Port Dickson

Makan Malam Di Yacht By The Beach Port Dickson

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 4392 hits
Assalamualaikum WBT MALAM pertama di Port Dickson PI ajak makan mee mee di Ocean Sky Seafood Restaurant yang terletak di Taman Mikamas kira kira setengah jam perjalanan dari Boleh tahan jugak la sesak bandar Port Dickson ni tapi tu takpa St...
Why Target Port Dickson Mb Shoots Down Name Change Idea

Why Target Port Dickson Mb Shoots Down Name Change Idea

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 3298 hits
Negeri Sembilan Menteri Besar Aminuddin Harun has taken a swipe at several NGOs said to be lobbying for Port Dickson s name to be changed to Pantai Dermaga in a bid to shed its colonial links I was informed that several NGOs led by the Orga...
Meraikan 35 Tahun Persahabatan Di Serenity At Port Dickson Port Dickson

Meraikan 35 Tahun Persahabatan Di Serenity At Port Dickson Port Dickson

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 1791 hits
REUNION KALI KE 4Acara reunion bersama kawan kawan sekolah menengah diadakan setiap tiga tahun sekali kali ini berlangsung di Port Dickson Negeri Sembilan dengan tema pakaian warna coral Selama dua hari satu malam kami berkumpul di Serenity...
Tragedi Mengejut Di Port Dickson Tiga Sekeluarga Ditemui Tidak Bernyawa Dalam Rumah

Tragedi Mengejut Di Port Dickson Tiga Sekeluarga Ditemui Tidak Bernyawa Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 2928 hits
SEREMBAN Dua beradik lelaki dan perempuan serta ibu saudara mereka ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Tanjung Port Dickson hari ini Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat mengenai ...
Memizza Di Kopi Kueh Port Dickson Jalan Jalan Ke Mitsui Outlet Klia

Memizza Di Kopi Kueh Port Dickson Jalan Jalan Ke Mitsui Outlet Klia

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 2158 hits
Assalamualaikum WBT HARI ini Sk cuti Yabedabedooooo PUNCA dari baca di Sk sampai ke Kafe Kopi Kueh semasa berkunjung ke Port Dickson minggu lepas Walaupun pada mulanya agak bimbang jugak bila baca jalan masuk ke sini agak cerun dan curam di...
Makan Di Mnk D Lomak Salai Ikan Bakar Port Dickson

Makan Di Mnk D Lomak Salai Ikan Bakar Port Dickson

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 4575 hits
Assalamualaikum WBT SALAM MAULIDUR RASUL 1447HTema Maulidur Rasul tahun ini Membangun Ummah Madani Ambil kesempatan cuti hari ini PI kata tak yah masak Maka Sk yang menurut perintah dan tak suka membantah mengikut sajalah Ikut punya ikut sa...
Holiday Inn Resort Ao Nang Beach Destinasi Penginapan Ideal Di Krabi Update Secara Pukal

Holiday Inn Resort Ao Nang Beach Destinasi Penginapan Ideal Di Krabi Update Secara Pukal

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 180 hits
26 9 2024 29 9 2024 Khamis Ahad Bersambung kat hari jadi dua orang cucu makcik bulan September Cucu sulung makcik tak minta banyak cukup kalau dapat bercuti ke Krabi sebab dia memang suka sangat berurut Cucu bongsu pula lain sikit dia kuran...
Port Klang Ranks 10th Among World S Busiest Container Ports

Port Klang Ranks 10th Among World S Busiest Container Ports

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 809 hits
Malaysia celebrates a historic maritime milestone as Lloyd s List 2025 has ranked Port Klang at the 10th position in the Top 100 Ports list making it one of the world s top 10 busiest container ports for the first time In a statement today ...
Suasana Baru Bara Stulang Jb Port Mancing Sambil Makan Seafood

Suasana Baru Bara Stulang Jb Port Mancing Sambil Makan Seafood

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 3709 hits
nbsp Suasana Baru BARA STULANG JB Port Mancing sambil makan Seafood Kalau korang follow kekda kan mesti korang pernah terbaca posting kekda berbuka puasa kat sini tahun ni Masa tu diorang masih lagi beroperasi di Stulang Tapi sekarang ni me...
Generasi Perfect 10 Angkat Kisah Tekanan Dan Pencarian Identiti Anak Muda

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal

Lirik Lagu F Nyanyian Floor 88

Sepasang Telekung Siti Khadijah

Barca Gah Di Puncak Liga

Ds Anwar Balun Kerajaan Sakau Ada Kuasa Tapi Langsung Tak Buat Apa

Jangan Jadi Penyebar Berita Palesu

Konsert Lagenda Nada Murni 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Staycation 3h2m Di Jakarta Indonesia Part 1

Fiwdee 27 Fiwdee Top 66 By Dillon

Waspada Taktik Penipuan Yang Menyamar Sebagai Anggota Pdrm Di Platform Whatsapp

Semakan Penyata Akaun Muip Berjaya Bongkar Ada Pemohon Zakat Dikesan Miliki Simpanan Puluhan Ribu Ringgit

Remaja Jual Buah Pinggang Demi Iphone Hidup Menderita Kini Berstatus Oku

Bakar Isteri Kerana Enggan Masak Mi Segera