Klia Kini Kedua Tersibuk Di Asia Tenggara Rapat Jurang Dengan Changi


KLIA Kini Kedua Tersibuk Di Asia Tenggara, Rapat Jurang Dengan Changi
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) — Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disenaraikan sebagai lapangan terbang kedua paling sibuk di Asia Tenggara, menurut data terbaharu OAG Aviation, penyedia analisis perjalanan global yang berpusat di United Kingdom.
Sehingga September ini, KLIA mencatatkan 3.32 juta tempahan tempat duduk iaitu peningkatan sebanyak 7.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Sementara itu, Lapangan Terbang Changi, Singapura mendahului senarai di rantau ini dengan 3.58 juta tempahan tempat duduk manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta, Indonesia berada di tempat ketiga.
Pengarah Pusat Kajian Kes Pengurusan dan Kepimpinan Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Narentheren Kaliappen berkata pencapaian KLIA itu lebih daripada sekadar statistik kerana ia mencerminkan pemulihan dan pertumbuhan menyeluruh Malaysia sejak pandemik.
“Aliran trafik penumpang di KLIA menggambarkan peningkatan kemasukan pelancong ke Malaysia sekali gus menunjukkan momentum yang kukuh dan tahap keyakinan yang semakin meningkat.
“Syarikat penerbangan kini memperluaskan laluan mereka melalui Malaysia dan semakin banyak pelancong memilih KLIA bukan sahaja sebagai tempat transit tetapi juga sebagai hab destinasi,” katanya kepada Bernama hari ini.
Sementara itu, Narentheren memaklumkan bahawa Malaysia merekodkan kira-kira 27 juta pelawat antarabangsa pada 2024 dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 31 juta tahun ini, iaitu peningkatan 15 peratus.
Beliau berkata pertumbuhan ini meletakkan asas kukuh kepada kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) oleh kerajaan yang menyasarkan kedatangan 45 juta pelawat dan pulangan sebanyak RM270 bilion.
Dari segi persaingan di rantau ini, Narentheren berkata Lapangan Terbang Changi di Singapura kekal menjadi penanda aras utama dengan pengendalian kira-kira 69 juta penumpang pada tahun lepas.
Namun, KLIA semakin merapati jurang tersebut dengan kira-kira 57 juta penumpang manakala Lapangan terbang Soekarno-Hatta Airport, Jakarta juga kekal antara yang tersibuk dengan kira-kira 49 hingga 55 juta penumpang setahun.
“Perkara sebenarnya di sini ialah momentum. KLIA berkembang lebih pantas daripada yang dijangkakan banyak pihak dan pertumbuhan ini meletakkan kita lebih kukuh dalam liga lapangan terbang yang penting untuk kesalinghubungan di rantau ini,” katanya.
Beliau berkata lonjakan ketibaan pelancong juga mencerminkan keyakinan baharu pengembara antarabangsa terhadap Malaysia sebagai destinasi yang selamat, stabil, mesra dan menarik.
Narentheren menegaskan memilih destinasi bukan sekadar membeli tiket penerbangan tetapi juga melibatkan keyakinan bahawa negara tersebut adalah selamat, bersih dan menawarkan pengalaman yang baik.
“Fakta bahawa syarikat penerbangan menambah kekerapan penerbangan dan membuka semula laluan ke KLIA membuktikan permintaan adalah kukuh. Dengan erti kata yang mudah, keyakinan yang kita lihat sekarang adalah asas kepada pertumbuhan pelancongan pada masa depan,” katanya.
Melihat ke hadapan, Narentheren berkata KLIA perlu terus menangani cabaran kapasiti, mempertingkatkan pengalaman penumpang dan mempergiat inisiatif hijau untuk mengekalkan pertumbuhannya.
Tambah beliau memperluaskan laluan jarak jauh, terutama ke Amerika Utara, Afrika dan bandar-bandar kecil di Eropah, juga akan mengukuhkan kedudukannya sebagai hab serantau.
“Malaysia sentiasa berhasrat untuk KLIA menjadi lebih daripada sekadar lapangan terbang negara. Pencapaian terbaharu ini menunjukkan kita semakin hampir untuk merealisasikan hasrat tersebut terutamanya dengan kelebihan berganda daripada syarikat penerbangan premium seperti Malaysia Airlines dan syarikat penerbangan kos rendah bertaraf dunia seperti AirAsia,” katanya.
Narentheren juga berkata prestasi KLIA secara langsung menyokong cita-cita ekonomi Malaysia, dengan pulangan pelancongan dijangka mencecah RM125.5 bilion pada 2025.
“Ia mengukuhkan ekonomi tempatan daripada sektor hotel hingga kepada pengendali pengangkutan dan peruncit selain mewujudkan pekerjaan dan membina jenama antarabangsa Malaysia.
“Secara ringkasnya, apabila KLIA berkembang pesat bukan sahaja sektor penerbangan yang mendapat manfaat tetapi seluruh ekonomi turut maju bersamanya,” katanya.
BACA: Polis Jumpa Mayat Reput Dalam Tesla Milik Penyanyi Terkenal Sumber: Bernama
The post KLIA Kini Kedua Tersibuk Di Asia Tenggara, Rapat Jurang Dengan Changi appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/10/klia-kini-kedua-tersibuk-di-asia-tenggara-rapat-jurang-dengan-changi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dulu 6 Negara Asia Tenggara Adlah Islam Kini

Dulu 6 Negara Asia Tenggara Adlah Islam Kini

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 1729 hits
Penjelasan perlunya pertahankan tanah air ini daripada anasir jahat Jangan pandang mudah tentang ancaman liberalisme dan kesamarataan SHOW MORE
Bergemerlapan Ini Pemandangan Asia Tenggara Termasuk Malaysia Dari Angkasa

Bergemerlapan Ini Pemandangan Asia Tenggara Termasuk Malaysia Dari Angkasa

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 1609 hits
Bergemerlapan Ini Pemandangan Asia Tenggara Termasuk Malaysia Dari Angkasa Jauh perjalanan luas pemandangan Ada di antara kita yang mungkin sudah menjelajah ke seluruh negara di Asia Tenggara dan melihat sendiri pemandangan yang menakjubkan...
Rjj Hotels Malaysia Jadi Hab Hospitaliti Baharu Asia Tenggara

Rjj Hotels Malaysia Jadi Hab Hospitaliti Baharu Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 2984 hits
Assalammualaikum semua Hari ini Ruby berpeluang menyaksikan sesuatu yang cukup bersejarah dalam dunia hospitaliti Malaysia Bayangkan sebuah perniagaan yang sudah lebih 90 tahun bertapak kini memilih Malaysia untuk membuka lembaran baharu da...
Aksi Manja Anak Kedua Bella Astillah Bersama Syed Saddiq Buat Netizen Cair Ss Tak Nampak Beria Nak Ganti Ayah Dorang

Aksi Manja Anak Kedua Bella Astillah Bersama Syed Saddiq Buat Netizen Cair Ss Tak Nampak Beria Nak Ganti Ayah Dorang

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 2294 hits
Kebahagiaan yang kini dikecapi pelakon dan penyanyi Bella Astillah selepas melalui episod hitam dalam rumah tangga yang lalu membuatkan ramai tumpang gembira Apa sahaja perkongsian di media sosial tentang Bella dan anak anaknya pasti akan m...
Hari Kedua Pm Anwar Di China Fokus Perkukuh Hubungan Diplomatik Ekonomi

Hari Kedua Pm Anwar Di China Fokus Perkukuh Hubungan Diplomatik Ekonomi

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 2435 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan Syarahan Umum Membina Masa Depan Bersama Di Asia di Universiti Tianjin China pada 1 September 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimTIANJIN 1 Sep Lawatan kerja hari kedua Perdana Menteri Datuk...
Air Mata Seorang Ibu Jasad Syamsul Haris Masih Baik Bedah Siasat Kedua Jadi Harapan

Air Mata Seorang Ibu Jasad Syamsul Haris Masih Baik Bedah Siasat Kedua Jadi Harapan

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 2272 hits
Air mata seorang ibu tumpah lagi apabila mengenang anaknya yang pergi dalam keadaan penuh tanda tanya Begitulah yang dirasai Ummu Haiman Bee Daulatgun 45 ibu kepada Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai S...
Bedah Siasat Kedua Syamsul Haris Esok Jasad Masih Dalam Keadaan Baik

Bedah Siasat Kedua Syamsul Haris Esok Jasad Masih Dalam Keadaan Baik

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 1533 hits
Proses bedah siasat kedua terhadap jasad pegawai kadet PALAPES Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin 22 akan dijalankan esok di Institut Perubatan Forensik Negara Hospital Kuala Lumpur Terdahulu kuburnya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinc...
Syukur Bahagia Kisah Ulang Tahun Perkahwinan Sa Yang Kedua

Syukur Bahagia Kisah Ulang Tahun Perkahwinan Sa Yang Kedua

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 1159 hits
Assalamualaikum 1 September sentiasa ada tempat untuk tarikh istimewa dalam hati SA dan suami Tarikh inilah kami diijabkabulkan sebagai suami isteri pada tahun 2023 Tahun ini genaplah ulang tahun perkahwinan kami yang ke 2 Rasa macam baru j...
Hamil Lagi Di Usia 58 Tahun Wanita Ini Selamat Lahirkan Anak Kedua Cara Ivf

Hamil Lagi Di Usia 58 Tahun Wanita Ini Selamat Lahirkan Anak Kedua Cara Ivf

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 3163 hits
Pada usia di mana kebanyakan wanita sudah menumpukan kehidupan kepada anak anak yang meningkat dewasa atau cucu kisah seorang ibu yang masih mampu menimang cahaya mata sendiri benar benar mengagumkan Bayangkan pada usia 58 tahun masih diber...
Rm2m Per Psc Subang Mp Moots Increased Allocation Under Budget 2026

Caning Should Return To Schools Under Strict Rules But That S My Opinion Pm

Govt To Speed Up Building Of Concrete Wall Along Thai Border

Kl Lites Better Plan Wfh Lest Face Road Disruptions Anti Trump Protests In Asean Summit Run Up

Cara Perbaharui Sijil Beranak Tulisan Tangan

Komando Serang Masjid Rusila

Sarawak Secured Largest Share Of Petronas S Spending In Past 7 Years Dewan Told

Kings Of The Road Joey Dunlop S Honda V4 Race Bikes Sell At Stafford


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jam Tangan Pintar Tank T4 Dan Tank M4

Begini Kisahnya Kee Kok Thiam

7 Petua Legakan Resdung Dengan Cepat No 7 Paling Berkesan

How The Ai Barbie Trend Became A Defining 2025 Pop Culture Moment

Malaysia Negara Islam Bukan Syurga Arak

Resipi Kek Mentega Sedap Mudah 15 Variasi Moden Yang Pasti Menjadi