Memasak Untuk Keluarga Lebih Bernilai Daripada Permata


Waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan waktu terbaik untuk berbakti kepada keluarga. Anda pasti mempunyai banyak peluang untuk memasak buat keluarga tersayang di rumah. Maka, tidak perlulah keluar semata-mata untuk makan bersama-sama.
Masak dan makan di rumah adalah lebih baik. Selain dapat menjaga diri dan keluarga, terdapat banyak faedah jika melakukan aktiviti itu di rumah. Anda boleh menyerikan suasana di dalam rumah dengan menjadikannya seperti makan di restoran.
Sekiranya rumah anda memiliki ruang yang cukup untuk satu keluarga di meja makan, hias meja tersebut supaya kelihatan lebih menarik dan tenang. Anda boleh meletakkan pokok hiasan bersaiz kecil, tisu ataupun lilin.
Di samping itu, anda boleh memilih ruang mengikut keselesaan seperti makan di lantai bersama-sama ataupun di halaman rumah. Hanya menggunakan tikar atau karpet, anda sebenarnya telah mewujudkan tempat makan yang baharu.
Manfaat Memasak Untuk Keluarga
Soal memasak, anda perlu mencari masa untuk memasak walaupun mempunyai jadual harian yang padat. Walau sesiapapun anda di dalam ahli keluarga; ayah, ibu, kakak, abang ataupun adik, ambil peluang yang ada dengan memasak untuk keluarga. Masaklah menu yang mudah ataupun makanan kegemaran keluarga anda.
Jadikanlah aktiviti Nabi SAW ini sebagai aktiviti anda dalam kehidupan jua. Sebuah hadis diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud: Aisyah R.A iaitu isteri kepada Nabi SAW pernah ditanya seorang lelaki yang bernama Al-Aswad bin Yazid. Lelaki itu bertanya tentang aktiviti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW semasa di dalam rumah.
Lalu Aisyah berkata: “Rasulullah SAW sering membantu ahli keluarganya dalam kerja rumah dan apabila masuknya waktu solat, Baginda keluar untuk mendirikan solat.”
Seperti yang telah disebutkan Aisyah R.A, Rasulullah SAW turut membantu dalam menguruskan perihal rumah tangga. Ini termasuklah memasak di dapur untuk keluarga. Oleh yang demikian, kita mestilah menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh terbaik dalam kehidupan. Setiap perbuatan yang Baginda lakukan sememangnya banyak memberikan manfaat.
Ikatan Kekeluargaan Semakin Kukuh
Sebagai contoh, ikatan antara keluarga semakin kukuh seandainya masak bersama-sama keluarga. Memasak juga adalah waktu yang boleh membentuk kebahagiaan dan keharmonian. Anda boleh meluangkan masa bersama-sama untuk memasak semasa siang, tengah hari, petang ataupun malam mengikut kesenangan.
Hubungan erat itu dapat dibina melalui penggalakan aktiviti di dapur bersama-sama. Demi mewujudkan suasana meriah di dapur, bahagikan tugas kepada ahli keluarga. Contohnya, ada yang melakukan tugas memotong bahan, menyusun pinggan, tukang masak dan sebagainya.
Tambah pula, niat memasak untuk keluarga akan melahirkan rasa cinta. Apabila memasak dengan kasih sayang dan ikhlas, air tangan anda pastinya menjadi lazat. Momen serta rasa masakan bakal diingati oleh keluarga. Keadaan itu akan menjadi kenangan yang abadi dalam memori ahli keluarga anda.
Kebersihan Lebih Terjamin
Masakan juga boleh disediakan dengan mengikut cita rasa dan mengawal bahan-bahan di dalamnya. Hal ini dapat membantu anda dan keluarga untuk makan makanan yang sihat serta bersih. Makanan yang disediakan di rumah lebih terjamin kebersihannya. Anda dapat melihat sendiri peralatan dan barangan makanan yang digunakan.
Secara tidak langsung, anda telah menggalakan pemakanan yang sihat dan seimbang. Kalau makanan di luar, kandungannya mungkin lebih tinggi perasa dan lemak. Contohnya, gula dan garam. Anda tidak tahu berapa banyak yang telah diletakkan ke dalam masakan.
Jadi, adalah lebih baik untuk masak dan lihat sendiri. Maka, anda dapat menjaga pengambilan makanan ahli keluarga anda yang mempunyai penyakit. Hal ini kerana, tidak semua orang boleh makan makanan sesuka hati. Ada yang memiliki penyakit resdung, kencing manis, alahan terhadap sesetengah bahan dan sebagainya.
Masak Sendiri Lebih Jimat
Bukan itu sahaja, memasak sendiri lebih menjimatkan berbanding makan di luar. Anda dapat menjimatkan kos dan juga masa. Jika memilih untuk makan di restoran, mungkin anda perlu melalui jalan yang sesak, lampu isyarat, beratur sebelum memasuki restoran dan kemudiannya menunggu makanan.
Makanan yang merupakan perkara asas dalam kehidupan turut menjadi salah satu asbab kepada kebaikan. Contohnya, anda mengambil peluang untuk menyediakan makanan buat keluarga. Jika diizinkan Allah SWT, semestinya anda meraih pahala kerana memenuhi keperluan manusia. Dengan makanan yang anda masak, ahli keluarga dapat melaksanakan ibadah dan aktiviti-aktiviti harian dengan sempurna.
Sebenarnya, masakan salah seorang daripada ahli keluarga bakal mencetuskan kerinduan dan membentuk identiti. Namun yang biasa didengari adalah masakan ibu paling sedap di dunia dan lebih enak daripada masakan orang lain.
Meskipun begitu, tentu ada masakan daripada ayah, abang ataupun kakak yang anda gemari dan mengidam. Salah satu daripada masakan mereka pasti sentiasa menjadi pilihan. Jadi, teruskanlah memasak untuk keluarga tersayang selama mempunyai kesempatan bersama dengan mereka. Masakan anda mungkin akan menjadi sejarah teragung dalam keluarga.
Harga permata sangat mahal tetapi apa-apa yang dilakukan untuk keluarga lebih bernilai. Keluarga merupakan hadiah daripada Allah SWT di dunia. Oleh itu, bahagiakanlah keluarga terlebih dahulu sebelum membahagiakan orang lain. Walaupun hanya dengan masakan mi segera buat seisi keluarga, anda telah mencatatkan ribuan kebaikan.
 
Sumber: tzkrh.com 
The post Memasak Untuk Keluarga Lebih Bernilai Daripada Permata appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/memasak-untuk-keluarga-lebih-bernilai-daripada-permata/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keluarga Lebih Bahagia Jika Anda Amalkan 5 Perkara Penting Ini No 1 Wajib Tau

Keluarga Lebih Bahagia Jika Anda Amalkan 5 Perkara Penting Ini No 1 Wajib Tau

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 177 hits
Setiap pasangan yang sudah berkahwin dan memiliki cahaya mata pasti inginkan keluarga yang bahagia Sebab itu kita sanggup berusaha untuk mengetahui apakah ciri ciri keluarga bahagia agar itu juga realiti hidup kita Kita sanggup lakukan apa ...
Bilik Sewa Jauh Lebih Mahal Gadis Ini Menginap Hotel Sepanjang Tempoh Latihan Industri

Bilik Sewa Jauh Lebih Mahal Gadis Ini Menginap Hotel Sepanjang Tempoh Latihan Industri

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 316 hits
Siapa sangka kos tinggal di hotel untuk tempoh enam bulan jauh lebih murah daripada kos menetap di rumah sewa Rasa macam tidak masuk akal bukan Baru baru ini seorang pelajar di Johor Bahru tular setelah berkongsi pengalamannya tinggal di ho...
Ordinan Darurat Penyebaran Berita Tidak Benar Hadap Denda Tidak Lebih Rm100 000 Mulai Esok

Ordinan Darurat Penyebaran Berita Tidak Benar Hadap Denda Tidak Lebih Rm100 000 Mulai Esok

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 204 hits
Kerajaan telah mewartakan Ordinan Darurat 2021 berkuatkuasa 12 Mac 2021 khusus untuk memerangi aktiviti penghasilan dan penyebaran berita tidak benar Menurut Perkara 4 Ordinan tersebut sebarang proses penghasilan berita tidak benar sehingga...
Lebih 300 Hektar Kawasan Hutan Gambut Di Kuantan Pekan Dan Rompin Alami Kebakaran

Lebih 300 Hektar Kawasan Hutan Gambut Di Kuantan Pekan Dan Rompin Alami Kebakaran

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 221 hits
KUANTAN Lebih 300 hektar kawasan hutan tanah gambut tiga daerah di negeri ini iaitu Kuantan Pekan dan Rompin mengalami kebakaran sekaligus menyumbang kepada bacaan Indeks Pencemaran Udara tidak sihat terutamanya bahagian selatan negeri ini ...
Sri Pahang Fc Merudum Awal Musim Peminat Syor Ubah Nama Lebih Garang Dan Bertenaga

Sri Pahang Fc Merudum Awal Musim Peminat Syor Ubah Nama Lebih Garang Dan Bertenaga

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 617 hits
KUANTAN Rata rata peminat bolasepak Pahang yang ditemui tidak gembira dengan situasi terkini Skuad Tok Gajah pada persaingan Liga Super musim ini Dua kekalahan berturut turut termasuk kalah 0 2 kepada Skuad Seladang Perak FC di Stadium Daru...
Apple Iphone 13 Dijangka Hadir Dengan Bateri Bersaiz Lebih Besar

Apple Iphone 13 Dijangka Hadir Dengan Bateri Bersaiz Lebih Besar

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 236 hits
Apple dijangka memperkenalkan Apple iPhone 13 pada tahun ini sekitar bulan September kelak Beberapa info berkenaan dengannya telah mula dispekulasikan dan kini salah satu penganalisa popular Ming Chi Kuo mengatakan iPhone 13 kelak akan mena...
Lebih 90 Penduduk Cemas Rumah Dilanda Puting Beliung

Lebih 90 Penduduk Cemas Rumah Dilanda Puting Beliung

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 305 hits
BH ONLINE Antara rumah penduduk yang rosak selepas dilanda ribut dan puting beliung di Kampung Simunul Icebox Foto ihsan penduduk SEMPORNA Lebih 90 penduduk yang menghuni 16 rumah atas air di Kampung Simunul Icebox di sini berdepan detik ce...
Misteri Pemuda Hilang Selepas Cod Iphone Lebih Rm17 000 Terjawab

Misteri Pemuda Hilang Selepas Cod Iphone Lebih Rm17 000 Terjawab

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 426 hits
Misteri pemuda hilang selepas COD iPhone lebih RM17 000 terjawab Diperangkap pelanggan 5 hari dikurung di Melaka Apa yang berlaku seperti mimpi Jumaat 12 Mac 2021 7 00 PMAmirul yang hilang sejak 6 Mac lalu diselamatkan polis tengah malam Kh...
Kenapa Lelaki Melayu Lebih Meminati Perempuan Cina

Kenapa Lelaki Melayu Lebih Meminati Perempuan Cina

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 1622 hits
Semakin ramai pasangan yang berkahwin campur dengan kaum lain di Malaysia pada kebelakangan ini Ini disebabkan negara kita adalah satu negara yang mempunyai pelbagai kaum yang hidup dengan harmoni Kita dapat lihat sekarang sudah menjadi keb...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever