Sri Pahang Fc Merudum Awal Musim Peminat Syor Ubah Nama Lebih Garang Dan Bertenaga
KUANTAN - Rata-rata peminat bolasepak Pahang yang ditemui tidak gembira dengan situasi terkini Skuad Tok Gajah pada persaingan Liga Super musim ini.
Dua kekalahan berturut-turut, termasuk kalah 0-2 kepada Skuad Seladang, Perak FC di Stadium Darul Makmur amat mendukacitakan.
Sebelum ini, Sri Pahang FC tewas kepada Selangor FC 1-3 di gelanggang lawan.
"Ingatkan dengan pengurusna baru, jurulatih diimport dari luar negara.. Sri Pahang FC dapat mempamerkan aksi menarik untuk menang perlawanan di gelanggang sendiri malam tadi. Kisahnya, indah khabar dari rupa. Permainan pasukan Sri Pahang FC jelas membosankan dan bagai hilang punca, " kata seorang penyokong Pahang dari Bukit Setongkol.
Sementara itu, ramai juga dikalangan peminat yang menggesa nama Sri Pahang FC di tukar kepada nama lain yang lebih sesuai
Bagi, aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli pula nama 'Sri' nampak agak lembut, bersopan dan penuh dengan keharmonian. Ia nampak tidak sesuai digunakan pada sebuah pasukan bolasepak yang perlu bersikap garang, bertenaga dan bersemangat waja, kata kenyataan beliau di blog peribadinya.
http://cucumatkilau.blogspot.com/2021/03/sri-pahang-fc-perlu-pulihkan-demam.html?m=0"Nama Sri lebih sesuai untuk kumpulan tarian, drama dan benda-benda yang berbentuk kediaman atau pejabat. Contohnya Flat Sri Pahang, Wisma Sri Pahang dan sebagainya. Semua tempat ini perlukan kedamaian.
"Bola adalah sejenis permainan yang perlukan kekuatan, semangat untuk menggempur dan mempertahankan kubu. Jika nama Sri diguna, ia nampak agak lembut dan musuh secara secara psikologinya tidak langsung gentar untuk bertemu dengan Skuad Tok Gajah," katanya.
Justeru kata Shukri, musuh nampak mudah dan pasukan Pahang jadi rapuh terutamanya di penghujung permainan seperti yang berlaku ketika menentang Perak FC dan Selangor FC.
"Selama ini saya tidak pernah komen tentang isu ini, walau pun ramai peminat bersuara di media sosial. Bayangkan, Skuad Tok Gajah dengan imej binatang besar serta hebat seperti itu, tiba-tiba nampak mudah diratah oleh musuh gara-gara nama Sri Pahang FC.
"Pengurusan pasukan wajar mendengar pandangan peminat. Ubahlah kepada nama yang lebih sesuai seperti Tok Gajah FC (TGFC), Pahang FC, Pahang United atau nama-nama yang lebih garang. Nama Sri nampak terlalu tradisional, sedangkan ramai pemain dan jurulatih Pahang sendiri diimport dari luar negara," dakwa Shukri lagi.
Peminat menegur untuk kebaikan demi masa depan bolasepak negeri ini. Peminat sedih dan terharu melihat Sri Pahang FC kini berada ditangga terbawah liga kata beliau lagi.
"Terkadang bila anak asyik demam panas dan kesihatan tidak stabil, orang dulu-dulu ubah nama anak terbabit. Selepas diubah barulah kesihatan kembali pulih seperti biasa. Mungkin jika Sri Pahang FC diubah kepada nama lain lebih garang, permainan skuad Tok Gajah akan berubah. Macam mana nak menang satu piala musim ini jika diawal musim sudah teruk dibelasah lawan, " tambah beliau lagi. #PahangDaily
http://www.pahangdaily.blogspot.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://pahangdaily.blogspot.com/2021/03/sri-pahang-fc-merudum-awal-musim.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)