Lebih 90 Penduduk Cemas Rumah Dilanda Puting Beliung


BH ONLINE Antara rumah penduduk yang rosak selepas dilanda ribut dan puting beliung di Kampung Simunul Icebox. -Foto ihsan penduduk SEMPORNA: Lebih 90 penduduk yang menghuni 16 rumah atas air di Kampung Simunul Icebox, di sini, berdepan detik cemas apabila berlaku ribut dan puting beliung yang mengakibatkan kerosakan rumah tengah malam tadi.
Mangsa, Sadad Maruji, 46, yang ditemui Bernama berkata ketika itu berlaku angin kencang, hujan lebat serta petir secara tiba-tiba dan disusuli kejadian puting beliung pada jam 12 tengah malam.
"Saya sekeluarga sudah tidur, namun saya tersedar dan ketika itu rumah bergegar saja. Selepas satu jam lebih kemudian berlaku ribut dan kejadian puting beliung selama seminit yang menerbangkan atap serta dinding rumah.
"Kejadian puting beliung ini pernah berlaku pada tahun 2000 dan 2016, namun tidak seteruk kejadian tengah malam tadi kerana banyak rumah rosak. Semalam, puting beliung itu berpatah balik dari arah laut dan berpusar mengenai atas rumah," katanya.
Abdul Rashid Sebly, 62, pula beranggapan dirinya sedang bermimpi sebaik terbangun akibat terkejut mendengar bunyi kuat seolah-olah bom diletupkan dan mata pula terus menatap pemandangan langit.
"Ini pertama kali atap rumah diterbangkan puting beliung bersama dinding dapur serta peralatan dapur termasuk dapur gas.
"Ketika kejadian itu kami sekeluarga agak kelam kabut, masing-masing menjaga diri, rumah kami juga turut dimasuki air hujan dari atap," katanya yang menganggar kerugian dialami RM12,000.
Seorang lagi mangsa, Sazal Nihalan, 46, pula berharap kejadian menimpa penduduk kampung itu mendapat perhatian dan segera dibantu dari segi kerja baik pulih rumah selain diberikan bantuan keperluan seperti makanan asas.
Pengerusi Persatuan Nelayan Semporna Salleh Abdul Salleh, berkata sebanyak 14 daripada 16 rumah yang dilanda puting beliung itu adalah rumah nelayan.
"Saya berharap pemimpin setempat dan agensi berkaitan dapat tampil segera bagi memberi bantuan kepada penduduk terjejas," katanya.
Sementara itu, Pegawai Kebajikan Daerah Semporna, Nurul Fadilah Abdul Hamid berkata, seramai 97 mangsa daripada 16 keluarga terjejas dalam kejadian itu.
"Disyorkan mangsa yang terjejas diberikan bantuan peralatan dapur, makanan mentah dengan perbelanjaan ditanggung oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah," katanya.
Menurutnya, sehingga kini tiada laporan mengenai kemalangan jiwa serta tiada pusat pemindahan dibuka akibat kejadian itu. - BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/lebih-90-penduduk-cemas-rumah-dilanda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tujuh Rumah Rosak Dilanda Angin Kencang

Tujuh Rumah Rosak Dilanda Angin Kencang

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 215 hits
Oleh Tujuh rumah di Sungai Isap Perdana rosak akibat dilanda angin kencang Foto NSTP Mohd Rafi Mamat KUANTAN Angin bertiup kencang dalam masa beberapa minit sahaja hingga menerbangkan atap rumah saya dan enam rumah jiran kata Asiah Harun 62...
25 000 Rumah Untuk Anggota Pesara Tentera

25 000 Rumah Untuk Anggota Pesara Tentera

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 250 hits
Oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merasmikan Majlis Pecah Tanah bagi Pembangunan Projek Satu Anggota Satu Rumah di Kem Transmitter Sungai Besi Foto FATHIL ASRI KUALA LUMPUR Kementerian Pertahanan merancang membina 25 00...
Gigih Bawa Guni Besar Pergi Kedai Eco Akhirnya Berjaya Hias Belakang Rumah

Gigih Bawa Guni Besar Pergi Kedai Eco Akhirnya Berjaya Hias Belakang Rumah

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 619 hits
Pasti ada diantara kita begitu rajin untuk mengubah sebuah halaman dirumah menjadi sesuatu yang baru dan selagi tidak berhasil merubahnya perasaan tidak puas itu akan sentiasa ada Seperti yang dilakukan oleh lelaki ini dia telah berhasrat u...
Kisah Sukses Pendiri Ikea Mulai Bisnis Sejak Sekolah Berjualan Keliling Rumah Tetangga

Kisah Sukses Pendiri Ikea Mulai Bisnis Sejak Sekolah Berjualan Keliling Rumah Tetangga

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 269 hits
Tentu yang dibawa keliling bukan furnitur tapi berbagai produk dari bolpoin sampai ikan
Anak Dah Tak Sekolah Isteri Jadi Guru Pengetua Dato Fazley Pilih Belajar Di Rumah

Anak Dah Tak Sekolah Isteri Jadi Guru Pengetua Dato Fazley Pilih Belajar Di Rumah

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 318 hits
Cabaran mendidik dan membesarkan anak anak memerlukan komitmen yang tinggi daripada kedua dua ibu bapa Lagi lagi dalam keadaan sekarang ini yang masing masing nak pastikan kejayaan anak berada pada landasan betul dan ilmu diperoleh itu bole...
Dinas Perumahan Dki Ngaku Tak Tahu Lahan Di Munjul Untuk Rumah Dp 0 Rupiah

Dinas Perumahan Dki Ngaku Tak Tahu Lahan Di Munjul Untuk Rumah Dp 0 Rupiah

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 236 hits
Kalau kaitan dengan lokasi yang di Pondok Ranggon sampai saat ini kita belum terinformasikan apakah itu nanti akan dimanfaatkan untuk apa oleh Sarana Jaya kata Sarjoko Sabtu
Jangan Biarkan Diri Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga Kata Rina

Jangan Biarkan Diri Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga Kata Rina

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 636 hits
IPOH Para isteri diminta melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang keganasan rumah tangga dan tidak membiarkan diri terus menjadi mangsa keganasan sehingga membawa kemudaratan kesihatan dari segi fizikal dan mental ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi