Ordinan Darurat Penyebaran Berita Tidak Benar Hadap Denda Tidak Lebih Rm100 000 Mulai Esok



Kerajaan telah mewartakan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No 2) 2021, berkuatkuasa 12 Mac, 2021, khusus untuk memerangi aktiviti penghasilan dan penyebaran berita tidak benar.
Menurut Perkara 4(1) Ordinan tersebut, sebarang proses penghasilan berita tidak benar, sehingga menimbulkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam, jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebih RM100,000, atau denda tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.
Proses penghasilan itu termasuk – mengadakan, menawarkan, menerbitkan, mencetak, mengedarkan, mengelilingkan, atau menyebarkan berita tidak benar, atau penerbitan yang mengandungi berita tidak benar.
Selain itu, jika dalam hal suatu kesalahan berterusan, denda selanjutnya tidak melebihi RM1,000 bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan.
“Mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang dinyatakan dalam subseksyen (1), memerintahkan orang yang disabit atas kesalahan di bawah subseksyen itu untuk membuat permohonan maaf kepada orang yang terjejas oleh pelakuan kesalahan itu mengikut cara yang ditentukan oleh Mahkamah.

“Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan di bawah subseksyen (2) melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebih RM50,000, atau penjara tidak melebih satu tahun, atau kedua-dua,” menurut warta itu lagi.
Ordinan tersebut telah dimasyhurkan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan peruntukan di bawah Fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Selain warga negara Malaysia, bukan warga negara Malaysia jika dituduh melakukan sebarang kesalahan di bawah Ordinan itu di negara ini, individu berkenaan turut menghadapi hukuman yang sama.
Sementara itu, menurut Perkara 5 Ordinan berkenaan, individu yang dikesan menyalurkan bantuan kewangan, sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi membantu proses penghasilan berita tidak benar, juga boleh dikenakan pertuduhan.
Hukuman yang dihadapi bagi pesalah di bawah seksyen ini jauh lebih berat, iaitu denda tidak melebihi RM500,000, atau hukuman penjara tidak melebihi enam tahun, atau kedua-duanya sekali.
Bagi mana-mana individu yang ingkar terhadap arahan untuk penghapusan berita tidak benar pula, jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000.
Kesemua pendakwaan di bawah Ordinan ini hanya boleh dimulakan dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, iaitu Peguam Negara.
Turut menarik perhatian ialah Ordinan ini memperuntukan tiap-tiap kesalahan yang dinyatakan sebagai kesalahan boleh tangkap, dan kuasa menangkap diberikan kepada mana-mana pegawai polis atau pegawai diberi kuasa.

The post Ordinan Darurat: Penyebaran berita tidak benar, hadap denda tidak lebih RM100,000 mulai esok appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/03/11/ordinan-darurat-penyebaran-berita-tidak-benar-hadap-denda-tidak-lebih-rm100000-mulai-esok/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Denda Rm100 000 Padam Berita 24 Jam Jika Laporan Tidak Benar

Denda Rm100 000 Padam Berita 24 Jam Jika Laporan Tidak Benar

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 227 hits
Oleh Azman Bin Ibrahim PETALING JAYA Ordinan Darurat 2021 memperuntukkan peraturan peraturan tertentu yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan undang undang terhadap setiap pihak yang bertanggungjawab menyiarkan berita tidak benar berka...
Denda Tidak Lebih Rm 100 000 Untuk Berita Palsu Covid19 Darurat

Denda Tidak Lebih Rm 100 000 Untuk Berita Palsu Covid19 Darurat

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 377 hits
Mana mana individu mencipta menerbit atau menyebarkan berita tidak benar berhubung Covid 19 atau proklamasi daurat boleh berdepan hukuman denda maksimum RM100 000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua dua sekali Bagi kesalahan yang...
Denda Rm100 000 Penjara Nanti Penyebar Berita Palsu Covid 19 Proklamasi Darurat

Denda Rm100 000 Penjara Nanti Penyebar Berita Palsu Covid 19 Proklamasi Darurat

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 197 hits
Kuala Lumpur Bermula esok mana mana individu yang menyebarkan berita palsu berkaitan Covid 19 dan proklamasi darurat boleh dikenakan denda sehingga RM100 000 dan hukuman penjara Ia diperuntukkan di dalam Ordinan Darurat Kuasa Kuasa Perlu 20...
Denda Langgar Pkp Rm10 000 Mulai 11 Mac Ini

Denda Langgar Pkp Rm10 000 Mulai 11 Mac Ini

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 297 hits
Individu yang melanggar peraturan ditetapkan perintah kawalan pergerakan kini boleh didenda sehingga RM10 000 Ini berdasarkan Ordinan Darurat 2021 yang baharu diterbitkan di laman web Warta Persekutuan hari ini Ordinan berkenaan turut menya...
Sik Polis Tahan 2 Lelaki Thailand Miliki Ganja Mampat Lebih Rm100 000

Sik Polis Tahan 2 Lelaki Thailand Miliki Ganja Mampat Lebih Rm100 000

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 319 hits
Dua lelaki Thailand ditahan bersama 42 ketul ganja mampat bernnilai lebih RM100 000 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Charuk Tenang dekat Sik pada Sabtu malam Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah Asisten Komisioner Mohd Tauf...
Pembeli Berdepan Tindakan Denda Rm2 000 Jika Di Dapati Beli Jualan Di Lampu Isyarat

Pembeli Berdepan Tindakan Denda Rm2 000 Jika Di Dapati Beli Jualan Di Lampu Isyarat

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 302 hits
PASIR GUDANG Pengguna jalan raya berdepan saman berjumlah RM2 000 jika didapati bersalah membeli produk yang dijual peniaga di kawasan lampu isyarat kerana tindakan itu merupakan satu kesalahan Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitcha...
Langgar Sop Kerajaan Tidak Akan Batalkan Denda Rm10 000 Tapi Boleh Buat Rayuan

Langgar Sop Kerajaan Tidak Akan Batalkan Denda Rm10 000 Tapi Boleh Buat Rayuan

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 360 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan tidak akan membatalkan denda RM10 000 bagi pelanggaran prosedur operasi standard perintah kawalan pergerakan tetapi jumlah itu boleh dikurangkan menerusi rayuan kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Ismail ...
Gara Gara Paksa Polis Kejar 70 Kilometer Lelaki Di Penjara 24 Bulan Denda Rm5 000

Gara Gara Paksa Polis Kejar 70 Kilometer Lelaki Di Penjara 24 Bulan Denda Rm5 000

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 384 hits
MARAN Perbuatan seorang penganggur memaksa polis mengejarnya sejauh lebih 70 kilometer Khamis lalu membawa padah selepas Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadapnya selepas mengaku bersalah terhadap tiga pe...
Denda Rm50 000 Penjara Enam Bulan Jika Potong Barisan Suntik Vaksin Covid19 Ds Dr Adham Baba

Denda Rm50 000 Penjara Enam Bulan Jika Potong Barisan Suntik Vaksin Covid19 Ds Dr Adham Baba

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 286 hits
Individu yang memotong barisan untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid 19 boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50 000 atau dipenjara maksimum enam bulan atau kedua duanya Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata tindakan itu bol...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Cara Mengoptimalkan Konsumsi Listrik Dalam Operasional Percetakan Sehari Hari

Salam Pembuka Bicara Tahun 2025

Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik

Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan