Pilihan Raya 2022 Inilah Masanya


 

Tugas kita ialah menolak mereka yang korup dan memilih calon yang berintegriti
By Anil Netto- 18 Oct 2022Get ViewsBENEDICT LOPEJoin us on Telegram and Instagram for the latest.Inilah masanya! Pilihan raya umum akan berlangsung dan jangkaan semakin tinggi setiap hari.
Tidak lama selepas Parlimen dibubarkan, Aliran melahirkan rasa kecewa kerana Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob telah akur kepada tekanan daripada pihak tertentu untuk mengadakan pilihan raya umum awal walaupun musim tengkujuh akan datang.
Umum mengetahui bahawa kelompok mahkamah daripada Umno mahukan pengundian awal sebagai jalan keluar daripada masalah undang-undang mereka – tanpa mengira akibatnya kepada rakyat dan negara.
Pemimpin Umno – parti yang hanya mempunyai 37 atau 17% daripada 222 ahli parlimen – malah tidak mengendahkan hasrat 12 menteri kabinet Perikatan Nasional dalam kerajaan campuran Barisan Nasional-PN yang tidak mahu pilihan raya umum diadakan tahun ini. Menteri-menteri PN, seperti ramai yang lain, termasuk ahli parlimen pembangkang, berpendapat bahawa tumpuan haruslah diberikan kepada kebajikan rakyat.
Buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, berlaku ‘pemberontakan’ sebegini dalam barisan kabinet tentang bila perlunya mengadakan pilihan raya umum.
Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or bothMake a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarterBecome an Aliran memberTel: 04-658 5251 email: [email protected] pemimpin Umno menunjukkan bahawa usaha mereka untuk mendapatkan membolot kuasa mengatasi kesejahteraan dan keperluan rakyat.
Pihak kerajaan, yang kemudiannya memilih untuk mengabaikan kesengsaraan rakyat dan tidak memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan penderitaan rakyat, menunjukkan betapa mereka begitu pentingkan diri sendiri, tidak bertimbang rasa, dan cara hidup yang terpisah daripada rakyat jelata.
Ramai rakyat marhaen telah bergelut untuk pulih daripada kuncitara dan sekatan sejak dua tahun lalu, manakala kos sara hidup yang melambung tinggi telah memburukkan lagi kesengsaraan mereka.
Pembubaran Parlimen sejurus selepas pembentangan Belanjawan 2023 menimbulkan persoalan sama ada janji-janji di dalam Belanjawan yang masih belum dibincangkan secara menyeluruh di Parlimen itu hanya akan digunakan untuk memancing pengundi.
Belanjawan dan tawaran di dalam Belanjawan hanyalah muslihat bagi mengekalkan politikus sedia ada. Kita memerlukan kaedah baharu yang dinamik dan mampan untuk membawa negara ke hadapan.e
Keseluruhan drama ini menunjukkan kepada kita mengapa sangat penting untuk mempunyai parlimen dan dewan undangan negeri bagi tempoh tetap agar rakyat tidak akan dibuli seperti ini lagi.
Ketidakstabilan sejak pengambilalihan pintu belakang kerajaan melalui ‘Langkah Sheraton’ ini adalah disebabkan oleh sekumpulan ahli politik yang hanya mementingkan diri mereka sendiri.
Dalam pilihan raya umum akan datang, rakyat mesti memulihkan kestabilan dengan menolak keluar mereka yang perasuah dan tidak berintegriti.
Pengundi sekarang pastinya akan mendapati bagaimana ahli politik datang untuk menemui mereka bagi memujuk untuk mendapatkan undi mereka.
Namun, janganlah kita mudah percaya kepada janji manis mereka. Nilailah calon-calon dengan teliti – kerana selepas itu, ada di antara mereka yang akan menguruskan negara bagi pihak kita.
Pengundi mempunyai tugas penting dalam pilihan raya umum akan datang. Kita mesti mengundi calon-calon berintegriti serta parti politik yang akan menjadikan negara lebih terangkum dan mampan.
Bagi menilai calon yang bertanding di kawasan anda, sila kaji latar belakang mereka dengan menyemak laman http://www.mp-profiling.info/
Selidik manifesto atau janji pelbagai parti politik. Undi parti yang akan menyokong lima perkara dalam Agenda Rakyat, yang telah disokong oleh 57 NGO:
Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyatGalakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitarRaikan kerencaman dan keterangkumanSelamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undangLawan rasuah dan kronismeDi samping itu, sebuah lagi inisiatif, Manifesto Rakyat, juga menghasilkan 10 tuntutan yang ditujukan kepada semua calon pilihan raya:
Kembalikan semula pilihan raya majlis tempatanAsingkan fungsi pendakwa raya dengan fungsi peguam negaraBerikan kuasa kepada jawatankuasa pilihan parlimen untuk meneliti pelantikan ketua Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan RayaTubuhkan suruhanjaya aduan dan salah laku polis yang bebasGubalkan undang-undang hak untuk maklumat dan mansuhkan undang-undang yang menyekat kebebasan bersuaraPastikan pendidikan berkualiti, berikan tumpuan kepada peningkatan profesionalisme guru, tingkatkan akauntabiliti dan galakkan pendidikan inklusifUtamakan kesihatan dengan menaikkan bajet kementerian kesihatan supaya melebihi 4% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dalam tempoh lima tahun [Pada masa ini hanya sekitar 2%]Sokongilah Akta Rangkuman Sosial dan berubah secara progresif kepada langkah berasaskan keperluanLuaskan kawasan pertanian untuk penanaman makanan; berikan petani kecil pajakan sekurang-kurangnya 20 tahunIsytiharkan darurat iklim negara dan lindungilah semua hutan selaras dengan komitmen Malaysia terhadap Deklarasi Rio 1992
Ini adalah perkara utama yang dikemukakan oleh masyarakat sivil yang perlu ditangani oleh parti politik dan calon – bukannya menggunakan isu perkauman atau agama yang memecah belah.
Gunakan perkara utama ini sebagai panduan semasa memilih siapa yang hendak diundi. Undilah parti politik yang akan menyokong lima perkara dalam Agenda Rakyat dan calon yang bersetuju dengan 10 tuntutan Manifesto Rakyat.
Pilihan raya kali ini akan menyaksikan berjuta-juta pemilih baharu dimasukkan ke dalam daftar pemilih terkini, dengan pelaksanaan pendaftaran pemilih automatik dan pengurangan umur minimum mengundi daripada 21 kepada 18. Ramai daripada pengundi kali pertama ini terdiri daripada golongan belia, dan juga orang dewasa yang tidak pernah mendaftar sebagai pengundi sebelum ini.
Ramai pengundi baru berkemungkinan bersikap apatis, serta keliru dengan keadaan politik semasa, yang masih berada di atas pagar atau mereka yang gagal melihat pentingnya untuk mengundi. Ini adalah akibat beban masalah yang dihasilkan oleh beberapa politikus. Malah ramai yang sebelum ini mengundi juga berkemungkinan keliru dengan situasi politik semasa, memandangkan banyak gabungan dan parti yang sedang bergelut.
Jadi kita semua mempunyai tugas yang sukar dalam meningkatkan kesedaran. Barangkali, ini boleh dilakukan melalui lebih banyak ceramah dan perbualan yang ditujukan kepada mereka yang masih dalam kegelapan tentang situasi sebenar.
Ini merupakan pilihan raya yang penting, melibatkan pertaruhan yang tinggi bagi semua yang terlibat, yang akan menentukan hala tuju negara untuk satu atau dua dekad akan datang. Kita berada di persimpangan: ke arah manakah Malaysia nanti– ke arah negara yang didominasi oleh segelintir kaum dan agama serta penuh dengan rasuah – atau ke arah negara yang lebih terangkum, berbilang budaya dan progresif?          
Jika kita mengambil jalan yang sebelumnya, ia akan menjadi halangan utama dalam usaha kita untuk membahaskan isu-isu serius yang terjadi sekarang: soal ketidaksamaan pendapatan dan kekayaan, semua jenis diskriminasi; perubahan iklim dan pembangunan mampan.
Namun, kita jangan sekali-kali memandang rendah keupayaan kita untuk mewujudkan sebuah negara yang terangkum dalam menghargai kepelbagaiannya – masyarakat yang dibina di atas nilai-nilai seperti keadilan, belas kasihan, integriti, perpaduan dan kebebasan.
Tugas kita ialah menolak keluar mereka yang korup dan memilih calon yang berintegriti, mereka yang mementingkan kesejahteraan rakyat, mereka yang ingin membina negara yang lebih terangkum.
Jadi, besar harapan agar semua orang, termasuk pengundi kali pertama, dapat menyemak butiran pengundi anda dalam talian dan keluar dalam bilangan yang ramai bagi membuang undi anda. Pengundi luar negara, sila daftar mengundi untuk undi pos.
Marilah kita menolak mereka yang korup dan mereka yang menggunakan kaum dan agama untuk kepentingan politik. Marilah kita bekerja keras bagi melahirkan negara yang mempunyai belas kasihan, cekap dan terangkum.
Kita semua bersama dalam hal ini dan bersama-sama, kita boleh membuat perubahan!
Anil Netto
Surat berita Aliran
14 Oktober 2022
Terjemahan oleh: Zikri Rahman




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/pilihan-raya-2022-inilah-masanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pilihan Raya Umum Ke 15 Malaysia 19 November 2022 Jom Mengundi

Pilihan Raya Umum Ke 15 Malaysia 19 November 2022 Jom Mengundi

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 237 hits
Tarikh Pilihan Raya Umum Ke 15 telah diumumkan secara rasminya pada hari Sabtu 19 November 2022 Maka terjawablah persoalan tarikh PRU15 bila selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Okto...
Spr Akan Tentukan Tarikh Pilihan Raya Umum Ke 15 20 Oktober Ini

Spr Akan Tentukan Tarikh Pilihan Raya Umum Ke 15 20 Oktober Ini

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 151 hits
KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan dan menentukan tarikh penting bagi Pilihan Raya Umum Ke 15 pada 20 Oktober ini Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata mesyuarat khas itu juga aka...
Anwar Belum Ada Keputusan Negeri Ph Buat Pilihan Raya Asing

Anwar Belum Ada Keputusan Negeri Ph Buat Pilihan Raya Asing

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 164 hits
Ainin Wan SallehPETALING JAYA Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum ada keputusan yang dimuktamadkan mengenai pilihan raya negeri ditadbir gabungan itu untuk diadakan secara berasingan Beliau berkata perkara itu ma...
Jangan Boikot Pilihan Raya Sebaiknya Keluar Mengundi Kata Fahmi

Jangan Boikot Pilihan Raya Sebaiknya Keluar Mengundi Kata Fahmi

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 214 hits
October 11 2022 Jangan boikot untuk mengundi kerana mgundi adalah hak rakyat untuk memilih pemimpin menerajui negara kata Pengarah Komunikasi PH Fahmi Fadzil PETALING JAYA Orang ramai diingatkan supaya tidak memboikot pilihan raya umum yang...
Politik Kepura Puraan Semasa Pilihan Raya

Politik Kepura Puraan Semasa Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 141 hits
ISMAIL HASHIM YAHAYASemasa pilihan raya banyak tindak tanduk palsu tidak jujur dan penipuan dapat berlaku semasa berkempen Maka awaslah wahai pengundi akan ada para pemimpin dan calon yang bertanding dalam pilihan raya yang bernafas dalam p...
Myspr Cara Semak Tempat Mengundi Anda L Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

Myspr Cara Semak Tempat Mengundi Anda L Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 177 hits
MySPR Cara Semak Tempat Mengundi Anda l Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Berikutan pengumuman baharu daripada Perdana Menteri mengenai pembubaran Parlimen bagi memberi laluan untuk Pilihan Raya Umum ke 15 kini anda boleh membuat semakan da...
Pilihan Raya Ke 15 Penyelamat Diri Atau Rakyat

Pilihan Raya Ke 15 Penyelamat Diri Atau Rakyat

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 185 hits
30hb September 2022 Umno Top Five telah mengadakan perbincangan awal para Mesyuarat Kerja Tertinggi Umno Antara lain yang diumumkan oleh Setiausaha Agung Datuk Seri Ahmad Maslan adalah mengesahkan bahawa PRU15 akan diadakan pada tahun ini j...
Bajet 2023 Sekadar Gula Gula Pilihan Raya Mujahid

Bajet 2023 Sekadar Gula Gula Pilihan Raya Mujahid

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 212 hits
Bajet 2023 bernilai RM369 34 Bilion dimana RM272 34 Bilion adalah untuk perbelanjaan mengurus manakala untuk Pembangunan bernilai RM97 Bilion Sektor sosial mendapat peruntukan terbesar dalam perbelanjaan mengurus iaitu RM108 Bilion Bajet ka...
Harapan Johor Ulang Pendirian Fokus Persiapkan Jentera Musim Banjir Bukan Sibuk Pilihan Raya

Harapan Johor Ulang Pendirian Fokus Persiapkan Jentera Musim Banjir Bukan Sibuk Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 117 hits
Pakatan Harapan Johor menzahirkan kekecewaan terhadap khabar angin yang sedang bertiup kencang ketika ini berkaitan pembubaran Parlimen dalam masa terdekat Harapan Johor mengulangi pendirian bahawa keutamaan pada ketika ini adalah untuk mem...
Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah

4 Lelaki Didakwa Culik 2 Warga Asing