Memahami Wabak Covid 19 Dan Ketahui Sedikit Persamaannya Dengan Dajjal


hi semua, manusia sedang kalut dan bimbang mengenai wabak pandemik COVID-19. Ramai yang risau mengenai COVID-19. Banyak negara mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ataupun Movement Control Order (MCO). Percaya atau tidak, kerana COVID-19 ini, BUMI diberi sedikit kelegaan untuk BEREHAT.

front liners around the world in their safety attire
credit: google
Kita diminta untuk berada di rumah, hanya perlu keluar jika perlu. Kita diminta untuk mengikuti panduan keluar rumah COVID-19 dan social distancing. Bumi berehat seketika. Tiada lagi bunyi bising kenderaan. Tiada lagi bunyi bising manusia. Tiada lagi kesibukan di waktu siang mahupun malam di kotaraya.

jalanraya hampir kosong di kotaraya di kebanyakkan negara kerana covid-19
Covid-19 menjadikan kebanyakkan kita not to take life for granted. Kalau selama ini, nak amalkan kebersihan membasuh tangan pun malas, lepas guna tandas, terus keluar tanpa basuh tangan, berlainan dengan sekarang ni, sentuh barang kat pasaraya pun terus rasa nak basuh tangan cepat cepat. Kalau boleh nak skrub tangan tu ala-ala doktor bedah

(ni kes si Iman la ni, anak sulung mrs pip. Dia punya basuh tangan tu lepas bermain di luar rumah, mak oiiii boleh tahan dia mau scrub tangan dia!)

basuh tangan mengikut cara yang betul

Memahami wabak COVID-19 dan ketahui sedikit persamaannya dengan DAJJAL
hari tu lah, kebetulan ada yang share info menarik tentang Covid-19 dan Dajjal di group whatsapp, jadi terpanggil untuk share juga info ni di blog.

Good reading untuk tambahkan pengetahuan. Semoga bermanfaat untuk semua. Kalau suka , alhamdulillah semoga menjadi iktibar kita semua. Kalau tak suka, alhamdulillah juga semoga menjadi renungan buat anda

********covid19 dan dajjal ada persamaan?
Covid-19 & Dajjal?
Hari ini aku nak kongsi sikit keadaan persamaan antara Covid-19 & Dajjal. Terlalu banyak persamaan. Gambaran ini hanya 1% saja. Ini penting, sila baca sampai habis

Allah dah bagi ‘hint’ siap-siap. Baiknya Allah, sebelum dilepaskan Dajjal, diberi kita bersedia dalam menghadapi situasi yang sebegini sukar

Orang bijak akan ambil ibrah, orang jahil akan terus menyalah-nyalah


Masih fikir nak shopping baju baru
Masih fikir nak ke Saloon & Spa


Dah rindu kopi starbuck
Dah rindu burger McD


Setakat hari ini lebih 6 ribu kematian di Italy & hampir 1 juta orang kehilangan pekerjaan di Australia - Al-Jazeera

Kita masih nak ‘bermanja-manja’ lagi. Masih nak fikir benda-benda yang tak penting & tak mendatangkan faedah. Masih nak benci membenci, masih nak memaki hamun

Fikir lagi nak ke sana ke mari. Boleh siap rindu nak keluar dating dengan balak/awek. Boleh layan movie porno di Netflix dikala orang susah hati & bersedih dengan wabak Covid-19 yang membunuh ini

Ini bukan posting kecaman. Ini posting mengajak orang berfikir. Apa guna kita hidup tak saling mengingatkan


Ketika mana Dajjal muncul, masing-masing akan kelam kabut. Suami akan kehilangan isteri. Isteri tak sabar dengan dugaan kesusahan, diikutnya Dajjal yang mampu beri nikmat kemewahan

Ini bukan aku cakap. Ini dah disabdakan oleh Nabi saw. Kaum paling ramai menjadi pengikut Dajjal adalah kaum wanita

Kaum yang mudah tewas dengan nafsu. Sebab itu Nabi suruh ikat & tambat anak isteri di tiang-tiang rumah

Waktu itu orang tak fikir nak berjimak, tak fikir nak tergoda dengan perempuan kiri kanan. Masing-masing cuma fikir nak survive hidup, lindungi ahli keluarga & makan

Makanan umat islam ketika itu hanya zikir. Kalau kita fikirkan logic akal, memang tak akan kenyang. Tapi Islam ni tak boleh kita fikir dengan logic akal. Kalau Allah berkehendak, dengan zikir boleh mengenyangkan


Masih buta ke kita dengan apa yang jadi di sekeliling kita hari ini? Masjid kosong, orang terhalang dari mengerjakan Umrah. Kemungkinan tak boleh mengerjakan Haji

Nabi saw pernah bersabda satu hari umatku akan terhalang dari menunaikan Haji & Umrah. Kalau nak kepastian boleh search. Banyak hadis yang berkaitan

Tak akan terjadinya kiamat selagi mana pintu-pintu Masjid masih dibuka. Tanda Dajjal tu semakin hampir kemunculannya apabila masjid-masjid semua kosong. Masih tak nampak lagikah kita apa dah jadi hari ini


Okay mungkin belum cukup jelas lagi gambaran itu

Cuba perhatikan Danau Tiberias. Airnya semakin mengering. Apa tandanya itu? Itu tanda besar bahawa Dajjal itu tak lama lagi akan muncul

Kita perhatikan Kebun Kurma Baisan. Pohonnya 100% sudah tidak berbuah. Sekarang kering kontang. Itu tandanya apa? Dajjal semakin hampir

Ini bukan aku dengar khabar angin. Ini Hadis Nabi saw & hadis ini adalah hadis sahih

Kita saksikan bangunan tinggi-tinggi dibina. Masing-masing berlumba-lumba membangunkan gedung-gedung yang mewah.

Covid19 dan dajjal ada persamaan

Nabi saw pernah bersabda,
“Dan bila engkau menyaksikan mereka yang berjalan tanpa alas kaki, tidak berpakaian, fakir, dan penggembala kambing, (kemudian) berlumba-lumba membuat bangunan yang tinggi.” (HR. Muslim).

Sekarang petanda itu dah jelas depan mata. Menara jam, Burj Khalifah & Kingdom Tower. Mereka semua dari keturunan arab yang dahulunya fakir & pengembala kambing

Tanah Arab sekarang dah mula menghijau. Kalau dulu cuma ada padang pasir. Jauh sekali nak dihujani salji. Tapi hari ini? Salji dah mula turun di tanah Arab

Tak lama lagi tanah Arab akan subur dengan pohon-pohon & rumput-rumput yang menghijau. Itu tanda Dajjal itu akan muncul sangatlah dekat


Apa persediaan kita dalam menghadapi Dajjal?
Kalau ditakdirkan Dajjal itu muncul dalam masa terdekat ni, jangan sesekali jumpa & bertentangan mata dengan dia. Kalau boleh elak sedaya yang mungkin

Dia akan pukau kita sehingga kita ikut & sembah dia. Hebatnya sihir Dajjal ini

Tak kisah iman kita setaraf wali macamana sekali pun, kalau berdepan dengan Dajjal, kita akan tewas


Macamana rupa Dajjal?
Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadis riwayat Muslim: “Dajal ialah orang yang rosak sebelah matanya dan di antara dua dahinya tertulis ‘kafir’...”
Perkataan ‘Kafir’ ini hanya boleh dilihat oleh orang-orang mukmin saja. Orang kafir, munafik & fasik, tak akan nampak perkataan ini

Jadi, elak dari bersua muka dengan Dajjal. Suami-suami wajib ikat anak isteri ketat-ketat di rumah

Sebab waktu Dajjal muncul, Dajjal akan masuk ke setiap penjuru kampung, bandar, taman-taman, lembah-lembah & tak akan ada satu tempat pun yang tak akan dijejaki oleh Dajjal

Kenapa perlu ikat anak bini? Sebab bila Dajjal tiba di tempat kita, Dajjal akan menghentakkan kakinya sehingga menyebabkan orang-orang yang berada di dalam rumah akan memberontak keluar untuk bertemu dengan Dajjal


Kalau ditakdirkan bersua muka dengan Dajjal, pilihlah tangan kirinya. Tangan kanannya menggenggam syurga, tangan kirinya menggenggam neraka

Covid19 dan dajjal ada persamaan
Pilihlah neraka, kerana fitnah Dajjal syurga itu neraka, neraka itu syurga

Amalkan surah Al-Khafi 10 ayat awal & 10 ayat akhir. Hafal surah ni, sebab waktu kemunculan Dajjal, surah-surah dalam Al-Quran akan hilang dari kitab-kitab, dinding-dinding & di mana-mana ada tertulisnya kalam-kalam Allah ini.
Abu Darda mengatakan bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda, "Barangsiapa telah membaca sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi maka ia telah terjaga dari fitnah Dajjal". (HR An-Nasai)
Siapa yang baca surah ini ketika Dajjal muncul, Dajjal tak akan nampak orang itu walau berada di depan matanya sendiri. Jadi, kita akan terselamat dari dipengaruhi oleh si makhluk terlaknat ini

Covid19 dan dajjal ada persamaan

Amalkan ayat ini selepas tasyahhud,

Allaahumma inni a’uudzubika min ‘adzaabil qabri wa min ‘adzaabinnaari jahannama wa min fitnatil mahyaa wal mamaati wa min fitnatil masiihid dajjaal.

Ertinya, “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari azab Jahannam, azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari keburukan fitnah Dajjal. ” (HR. Muttafaq ‘alaih)
Sewaktu Dajjal tiba di setiap negara, negeri, bandar, taman-taman, kampung-kampung & lembah-lembah, kalau penduduk di kawasan itu sembah Dajjal, maka tempat itu akan subur & diberikan kemewahan oleh Dajjal

Tapi kalau penduduk di kawasan itu ingkar dengan arahan Dajjal, maka tempat itu akan jadi padang jarak padang terkukur. Kering kontang tak ada air, tak ada makanan, haiwan mati, tanah tandus, orang-orang akan kebuluran yang amat sangat


Jadi apa kaitan dengan Covid-19?
Ramai duduk rumah, di zaman Dajjal nanti ramai juga duduk rumah. Tapi golongan yang faham agama

Macam kes sekaranglah. Semua yang duduk rumah, jenis yang faham bahasa. Jenis tak faham bahasa, semua duk merayap ke sana ke mari

Kalau beginilah sikap kita, kalau Dajjal muncul, kita mungkin salah seorang boleh jadi pengikut Dajjal

Arahan kerajaan pun kita ingkar, apatah lagi arahan Nabi saw

Masjid kosong. Sekarang semua masjid kosong. Seolah-olah Allah dah bagi hint. Esok Dajjal muncul, semua masjid akan lengang. Bukan saja kosong, azan pun tak akan berkumandang

Panic buying. Kalau Covid-19 ni, orang panic berebut-rebut nak beli barang dapur. Semua risau kelaparan takut tak dapat makan

Kalau Dajjal muncul, semua orang ‘Panic buying’ juga. Masing-masing panic berebut-rebut nak dapatkan bekalan makanan dari Dajjal. Maka semua dari mereka tercabutlah iman masing-masing

Terpisah keluarga. Kalau Covid-19, salah sorang ahli keluarga dijangkiti virus, ahli keluarga tak akan dapat bersua muka lagi. Kalau ada rezeki jumpa, tak ada rezeki, hanya memandang dari jauh jenazah ahli keluarga dikebumikan

Kalau Dajjal muncul, ramai akan kehilangan ahli keluarga. Ada ahli keluarga yang lemah imannya akan jadi pengikut-pengikut Dajjal


Frontliner bertungkus-lumus. Kalau Covid-19, masing-masing berusaha sehabis keringat untuk tangani virus ini

Kalau Dajjal muncul, ketua keluarga merangkap frontliner berusaha bertungkus lumus menghalang ahli keluarganya dari menjadi pengikut Dajjal

Sebab itulah, kita amat dituntut belajar agama. Supaya kita faham akan hakikat hidup ini. Semua ini bakal berlaku & kita lebih bersedia

Pentingnya kita memilih pasangan yang faham agama. Supaya dia boleh selalu mengingatkan kita tentang kecaman-kecaman ini & terus mengajak kita ke arah kebaikan serta menambah amalan


Bagi orang lelaki, tambah ilmu agama. Perlu faham untuk fahamkan ahli keluarga. Sebagai ketua keluarga, ini tanggungjawab kalian

Bagi orang perempuan, ini bukan zaman nak ‘bermanja & menggedik’ fikirkan nak bercantik-cantik 24 jam. Cantikkan otak dulu sebelum cantikkan fizikal

Kalau Dajjal keluar, dia takda pilih-pilih kau cantik ke hodoh. Paling penting iman kau roboh

Jadi, tiba masa kita sedar diri. Tambah ilmu & terus bersedia. Kerana orang bijak adalah orang yang sentiasa bersedia


Pakat muhasabah

Semoga bermanfaat
Kredit Yatt Hayati#Covid19
********
Sama ada anda percaya atau tidak, sama ada anda suka atau tidak, apapun sharing ni mrs pip dapat dari group whatsapp, sesuatu untuk kita renungkan dan mungkin kita boleh luaskan bacaan kita tentang dajjal semoga memberikan lebih kefahaman dan mungkin boleh juga rujuk mereka yang arif mengenai Dajjal

take care dan stay healthy semua. lots of love, xoxo hugs and kisses.

cheers


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mrspip.com/2020/04/covid-19-ada-persamaan-dengan-dajjal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maqasid Syariah Dalam Menangani Wabak Covid 19

Maqasid Syariah Dalam Menangani Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 409 hits
ISLAM yang ditakrifkan daripada perkataan al Din yang merupakan bahasa al Quran adalah petunjuk Allah S W T yang menyeluruh kesempurnaannya Ajaran Islam membawa rahmat dan kebajikan kepada seluruh manusia bermasyarakat majmuk walaupun pelba...
3 Tips Memilih Bisnes Ketika Wabak Covid 19

3 Tips Memilih Bisnes Ketika Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 276 hits
Sejak adanya larangan kawalan pergerakan tentunya ramai yang tertanya tanya bagaimanakah caranya untuk memilih perniagaan yang terbaik ketika COVID 19 untuk menjana pendapatan sampingan dari rumah Berikut adalah 3 tips yang dikongsikan oleh...
Syukur Alhamdulillah Allah Lindung Mereka 274 Pelajar Tahfiz Disahkan Bebas Wabak Covid 19

Syukur Alhamdulillah Allah Lindung Mereka 274 Pelajar Tahfiz Disahkan Bebas Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 296 hits
SERAMAI 274 daripada 330 pelajar Madrasatul Quran Kubang Bujuk Manir di Kuala Terengganu disahkan bebas Covid 19 dan dibenarkan pulang semalam Pelajar terbabit menjalani proses kuarantin selama dua minggu selepas madrasah itu ditutup diperc...
Sakit Gigi Ketika Musim Wabak Covid 19

Sakit Gigi Ketika Musim Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 507 hits
Bagaimana jika anda sakit gigi ketika musim wabak COVID 19 ini Umum mengetahui sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan klinik pergigian tetap beroperasi seperti biasa Namun bagi mengurangkan risiko penyebaran virus corona ini klinik pergigian...
Syarikat Syarikat Teknologi Terkemuka Membangunkan Open Covid Pledge Untuk Memerangi Wabak Covid 19

Syarikat Syarikat Teknologi Terkemuka Membangunkan Open Covid Pledge Untuk Memerangi Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 285 hits
Sekumpulan syarikat syarikat teknologi terkemuka dunia termasuklah Intel Mozilla Creative Commons dan sebagainya termasuklah beberapa badan guaman telah bekerjasama untuk membangunkan Open COVID Pledge untuk menentang wabak COVID 19 Syarika...
Renungan Khasiat Kurma Ajwa Di Kala Wabak Covid 19 Untuk Perhatian

Renungan Khasiat Kurma Ajwa Di Kala Wabak Covid 19 Untuk Perhatian

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 348 hits
Hadis daripada Abu Hurairah RA Rasulullah SAW bersabda Setiap kali Allah menurunkan penyakit pasti Dia menurunkan ubat dan penawarnya Hadis riwayat al Bukhari dan Muslim Sabda Rasulullah SAW Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwa pada w...
Cakap Bohong Sabotaj Usaha Kerajaan Kekang Penularan Wabak Covid 19

Cakap Bohong Sabotaj Usaha Kerajaan Kekang Penularan Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 241 hits
Dari tajuk entri sudah jelas apa yang saya mahu sampaikan Ya cakap bohong sabotaj usaha kerajaan kekang penularan wabak covid 19 Sudah lama saya pendamkan isu ini namun kebelakangan ni kelihatan tiada perubahan malah kelihatan semakin menja...
Pkp Bendung Penularan Covid 19 Ke Tahap Sedikit Stabil Kata Noor Hisham

Pkp Bendung Penularan Covid 19 Ke Tahap Sedikit Stabil Kata Noor Hisham

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 227 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pelaksanaan perintah kawalan pergerakan sejak 18 Mac lalu membantu membendung penularan Covid 19 ke tahap yang sedikit stabil Beliau berkata ia dapat dilihat daripada trend kes Covid ...
Strategi 3 Rahsia Korea Selatan Berjaya Cegah Penularan Wabak Covid 19

Strategi 3 Rahsia Korea Selatan Berjaya Cegah Penularan Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 267 hits
Korea Selatan merupakan salah satu negara yang sangat terkesan dengan wabak virus korona baharu yang mana pada penghujung bulan Februari sehingga awal bulan Mac 2020 jumlah mereka yang dijangkiti oleh virus tersebut mencecah ribuan individu...
Saka Bapak Kau

Natural Gas Fuel Not A Hazard

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah