Maqasid Syariah Dalam Menangani Wabak Covid 19



ISLAM yang ditakrifkan daripada perkataan al-Din yang merupakan bahasa al-Quran, adalah petunjuk Allah S.W.T yang menyeluruh kesempurnaannya.

Ajaran Islam membawa rahmat dan kebajikan kepada seluruh manusia bermasyarakat majmuk, walaupun pelbagai agama, bangsa dan taraf hidup di seluruh alam.

Meskipun aqidah Islam tegas, tetapi tetap melaksanakan hak kemanusiaan yang berkeluarga besar berkonsepkan sejagat. Hikmah pelaksanaan ini untuk membuktikan bahawa ajaran Islam berwawasan luas dan tiada sempadan, jauhnya daripada dunia sehingga akhirat, terutama apabila merealisasikan rukun kehidupan manusia mengikut tertib Maqasid Syariah (tujuan atau hikmah).

Firman Allah S.W.T:
﴿أَفَحَسِبۡتُمۡ أَنَّمَا خَلَقۡنَٰكُمۡ عَبَثٗا وَأَنَّكُمۡ إِلَيۡنَا لَا تُرۡجَعُونَ ١١٥﴾
(المؤمنون: 115)
“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (daripada tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmah pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?.”
(Surah al-Mu’minun: 115) 
Ayat di atas menegaskan bahawa penciptaan manusia itu mempunyai hikmah dan tujuannya sehingga tidak sia-sia sedikit pun dan berwawasan akhirat.

Firman Allah S.W.T:
﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَلۡتَنظُرۡ نَفۡسٞ مَّا قَدَّمَتۡ لِغَدٖۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ١٨﴾
(الحشر: 18)
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (Hari Akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan) bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.”
(Surah al-Hasyr: 18) 
Maqasid Syariah ditetapkan mengikut rukun-rukun kehidupan manusia (ضروريات) yang wajib dijaga ialah agama, nyawa, akal, keturunan (maruah) dan harta.

Maqasid Syariah itu adalah menegakkan maslahah bagi semua rukun kehidupan tersebut, laksana mata rantai yang bersambung setiap satunya dengan yang lain. Namun ditetapkan sempadan pelaksanaannya, agar menepati keperluan fitrah (naluri) kejadian manusia yang mempunyai jasad, nyawa, akal, kepentingan diri, berkeluarga dan bermasyarakat. Termasuk juga menggunakan harta keperluan daripada sumber alam ciptaan Allah, dengan istiqamah (konsisten) dan berwasatiyyah (bersederhana), tanpa cuai dan tidak melampau, berpandukan petunjuk agama yang menjadi rukun pertama.

Rukun-rukun itu perlu dipelihara supaya mencapai tujuan yang ditetapkan agama serta mendapat kebaikan di dunia sehingga kebahagiaan di akhirat.

Maqasid Syariah berkonsepkan maslahah yang diizinkan oleh syarak, sama ada mendatangkan manfaat atau mengambil faedah, dan menolak mudarat atau kemusnahan kepada rukun-rukun tersebut. Semuanya ditetapkan sempadan mengikut ketetapan Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, yang menetapkan hukum halal dan haram.

Pada masa yang sama, diletakkan ketetapan menunaikan kewajipan atau memilih yang terbaik dan meninggalkan larangan atau memilih yang kurang mudaratnya, apabila terpaksa membuat pilihan.

Dalam agama Islam ada yang berpandukan nas, ada juga perkara yang dibiarkan dan bebas tanpa apa-apa hukum yang dinaskan, namun berpandukan nas yang sedia ada dan sama dari sudut sebab dan tujuannya. Bahkan, ada juga terpulang kepada kebijaksanaan kemampuan akal mengikut kajian dan pengalaman.

Justeru itu, pelaksanaan Islam memerlukan usaha ber tafaqquh (kefahaman) mengikut feqah (fahaman yang betul) yang disenaraikan iaitu Feqah Aulawiyyat (keutamaan), Feqah Muwazanat (pertimbangaan), Feqah Waqi’e (realiti) dan lain-lain, berpandukan konsep Siasah Syar’iyyah (polisi pelaksanaan syariat dan mengurusnya) dengan  melaksanakan nas al-Quran dan Hadis dengan betul bagi mencapai tujuannya yang bijak dan adil. Termasuk juga perkara yang  tiada nas, maka diberi kuasa kepada pihak yang berkenaan, sebagaimana yang dinyatakan oleh Khalifah Uthman bin Affan R.A:

إنَّ اللهَ يَزِعُ بِالسُّلْطَانِ مَا لَا يَزِعُ بِالْقُرْآنِ
“Allah memberi hak bertindak (bijaksana) kepada pihak yang berkuasa dalam perkara yang tidak disebut oleh al-Quran.”Menjaga agama adalah kedudukan pertama dalam tertib rukun kehidupan manusia, kerana agama menjadi petunjuk dalam semua perkara lain, apabila menghadapi segala cabaran kehidupan duniawi, yang menjadi pengkalan bekalan wawasan akhirat yang kekal abadi. Kemudian diikuti senarai keutamaan seterusnya mengikut tertib.

Apabila keadaan memerlukan manusia untuk membuat pilihan selepas menjaga agama, maka diikuti dengan menjaga keselamatan nyawa supaya jasad yang berakal dan berilmu dapat menjalankan peranan sebagai hamba Allah S.W.T yang terus menjaga agama dengan beribadat (memperhambakan diri kepada Allah) dan berkhilafah memakmurkan bumi-Nya untuk dirinya sendiri bersama keluarga dan masyarakat yang bermaruah dengan menggunakan akal dan berbekalkan harta yang juga menjadi rukun kehidupan.

Apabila seseorang dikurniakan umur panjang dengan nyawa dipelihara dan kesihatan baik, maka hayat hidup yang panjang dan amalan yang banyak untuk diri, keluarga dan harta itu adalah suatu perkara yang terbaik, kerana sabda Rasulullah S.A.W:

خَيْرُ النَّاسِ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ.
(رواه الترمذي وقال: حديث حسن وصححه الشيخ الألباني-رحمه الله)
“Sebaik-baik manusia ialah orang yang panjang umurnya dan banyak amalannya.”Selain rukun menjaga agama yang mesti diteruskan dalam semua keadaan, rukun-rukun lain juga hendaklah dijaga supaya dapat terus dilangsungkan amalan yang berterusan dengan istiqamah.

Maka Allah S.W.T menetapkan semua perintah-Nya mengikut kemampuan diri manusia dan tidak membebankan melebihi daripada kadar kemampuannya supaya manusia dapat menunaikan amalan wajib, sunat dan harus yang tidak sia-sia, dan meninggalkan yang haram dan makruh (kurang baik walaupun tidak haram). Semua itu mengikut kadar kemampuan diri manusia.

Firman Allah S.W.T:
﴿لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡهَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡۗ…َ ٢٨٦﴾
(البقرة: 286)
“Allah tidak memberati tugas seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya…”
(Surah al-Baqarah: 286) 
Firman Allah S.W.T:
﴿…هُوَ ٱجۡتَبَىٰكُمۡ وَمَا جَعَلَ عَلَيۡكُمۡ فِي ٱلدِّينِ مِنۡ حَرَجٖۚ… ٧٨﴾
(الحج: 78)
“…Dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama…”
(Surah al-Hajj: 78) 
Apabila berada dalam keadaan darurat (terdesak) yang tidak mampu melaksanakan sesuatu perkara dalam rukun hidup tersebut, maka Allah memberi petunjuk yang bersifat agama dalam menjaga rukun lain seperti menjaga nyawa berpandukan petunjuk agama. Natijahnya agama dan nyawa dapat diselamatkan.

Firman Allah:
﴿إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيۡكُمُ ٱلۡمَيۡتَةَ وَٱلدَّمَ وَلَحۡمَ ٱلۡخِنزِيرِ وَمَآ أُهِلَّ بِهِۦ لِغَيۡرِ ٱللَّهِۖ فَمَنِ ٱضۡطُرَّ غَيۡرَ بَاغٖ وَلَا عَادٖ فَلَآ إِثۡمَ عَلَيۡهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٞ رَّحِيمٌ ١٧٣﴾
(البقرة: 173)
“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih bukan kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Surah al-Baqarah: 173) 
Maka makanan haram diizinkan untuk dimakan bagi menjaga nyawa dan menyambung kehidupan dengan berpandukan perintah agama. Bahkan benda haram diizinkan untuk digunakan untuk tujuan perubatan bagi menyelamatkan nyawa apabila tiada benda yang halal.

Ayat tersebut diulang beberapa kali di dalam al-Quran dan dihuraikan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis yang banyak melalui beberapa peristiwa, situasi dan sebab yang menjadi petunjuk.

Di antaranya, dikisahkan peristiwa rombongan para sahabat yang bermusafir, tiba-tiba salah seorang daripadanya mendapat luka yang tidak boleh terkena air, maka hukum agama diizinkan bertayammum (menggunakan tanah) menggantikan wudhu’ dengan air, termasuk juga hukum mandi wajib apabila tidak boleh menggunakan air.

Tiba-tiba rakan-rakannya memaksa menggunakan air untuk mandi dan berwudhu’ tanpa beramal dengan kemudahan bertayammum dengan menggunakan tanah yang diberikan kelonggaran oleh Allah S.W.T. Akhirnya sahabat yang cedera itu mati meninggal dunia.

Apabila dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, lalu Baginda S.A.W bersabda:
قَتَلُوْهُ، قتَلَهُمُ اللهُ، أَلَا سَأَلُوْا إِذْ لَمْ يَعْلَمُوْا؛ فَإِنَّمَا شِفَاءُ الْعِيِّ السُّؤَالُ
(رواه أبو داود)
“Mereka telah membunuhnya. Mengapa tidak bertanya orang yang tahu kalau jahil?  Ubatnya ialah bertanya orang yang tahu!.”
(Riwayat Abu Dawud) 
Hadis ini menunjukkan menjadi kesalahan kerana tidak beramal dengan keizinan yang diberikan oleh Allah S.W.T supaya bertayamum menggunakan tanah tanpa menggunakan air, dan dianggap seperti membunuh sahabat tersebut.

Walaupun mereka yang jahil merasakan kononnya sangat kuat berpegang dengan agama kerana berwudhu’ sehingga menyebabkan kematian. Namun, kesalahan yang berlaku disebabkan tidak bertafaqquh dalam amalan agama.

Maka berdasarkan hujah al-Quran dan Hadis tersebut, kita akan dapat memahami cara menghayati Maqasid al-Syariah mengikut hukum feqah (faham melaksanakan hukum) yang tepat dan istiqamah.

Sepatutnya dapat dilaksanakan ajaran agama mengikut Feqah Aulawiyat (Feqah Keutamaan) bagi memelihara nyawa dan bertayammum tidak menggunakan air, Feqah Muwazanat (Feqah Pertimbangan) bagi memilih ber tayammum kerana tidak mampu menggunakan air dan Feqah Waqi’e (Feqah Realiti) dalam keadaan darurat yang membolehkan mengambil rukhsah (kemudahan atau kelonggaran), bukanlah bermakna meninggalkan perintah agama dengan bertayammum bagi menggantikan wudhu’.

Bahkan ayat al-Quran menegaskan sehingga dibolehkan makan dan berubat dengan bahan yang haram kerana menjaga nyawa dengan perintah agama dalam keadaan darurat (Feqah Waqi’e).

Darurat Wabak COVID-19

Bahaya wabak COVID-19 telah disahkan oleh pakar secara mutawatir (pengakuan oleh ramai pakar sehingga  tidak boleh dinafikan kebenarannya). Maka hendaklah dibuktikan bahawa pelaksanaan Islam adalah petunjuk sepanjang zaman, berprinsipkan aqidah beriman kepada Allah SWT dan Rasulullah S.A.W dengan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah secara bertafaqquh berkonsepkan Maqasid Syariah dan Siyasah Syar’iyyah. Ini membuktikan agama Islam adalah petunjuk sepanjang zaman.

Dalam menghadapi isu COVID-19 hari ini, arahan tidak berkumpul secara ramai sehingga dibolehkan untuk meninggalkan pelaksanaan solat Jumaat yang wajib dan solat berjemaah, adalah bukti melaksanakan ajaran Islam dengan rukhsah tanpa meninggalkan solat di rumah serta berpegang dengan ajaran Islam yang sebenar tanpa melampau. Ia juga sebagai tanda kewajipan menjaga nyawa, diri dan keluarga masing-masing serta seluruh anggota masyarakat berpandukan al-Quran yang haram membinasakan diri sendiri dan orang lain.

Sebenarnya mereka yang tidak mengikut arahan itu adalah tidak mengikut perintah agama, walaupun dia bersembahyang Jumaat dan berjemaah, kerana kedegilannya tanpa mempedulikan firman Allah S.W.T:

﴿…وَلَا تُلۡقُواْ بِأَيۡدِيكُمۡ إِلَى ٱلتَّهۡلُكَةِ وَأَحۡسِنُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ ١٩٥﴾
(البقرة: 195)
“…Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan mengerjakan amal yang baik dengan segala usaha); kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.”
(Surah al-Baqarah: 175) 
Walaupun sebab nuzul ayat ini kerana meninggalkan kewajipan menyumbang harta bagi menegakkan agama, tetapi menjadi iktibar dalam semua perkara apabila petunjuk agama ditinggalkan bermakna membinasakan agama, nyawa, keluarga, maruah dan harta.

Para ulamak memerintahkan supaya meninggalkan solat Jumaat sekiranya diri, keluarga dan harta dalam keadaan bahaya, bukan sahaja perompak dan binatang buas, bahkan wabak yang merebak laksana api marak yang membakar seluruh dunia. Maka diwajibkan menjaga diri sendiri dan jangan dibiarkan berjangkit dengan orang lain.

Pesanan Rasulullah S.A.W:
لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ
(حديث حسن رواه ابن ماجه والدارقطني  ومالك وغيرهم)
“Jangan memudaratkan diri sendiri dan jangan memudaratkan orang lain.”
(Hadis Hasan riwayat Ibn Majah, al-Daraquthni, Malik dan lain-lain) 
Hadis ini menunjukkan wajib menjaga nyawa, keselamatan diri dan masyarakat. Maka haram membunuh diri dan menyakitkan orang lain atau menyebabkan kemudaratan kepada diri dan orang lain. Ia suatu perintah agama mengikut al-Quran, Hadis dan akal yang diberikan oleh Allah S.W.T.

Khalifah Umar Al-Khattab R.A bertindak membatalkan lawatan ke Negeri Syam kerana wabak taun, walaupun lawatan itu bagi meraikan kemenangan Islam dan kemerdekaan umat di sana daripada penjajahan Rom Byzantin (Timur) yang bersejarah, namun wajib berpandukan sabda Rasulullah S.A.W:

إِذَا سَمِعْتُمْ بِالطَّاعُوْنِ بِأَرْضٍ فَلَا تَدْخُلُوْهَا، وَإِذَا وَقَعَ بأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلَا تَخْرُجُوْا مِنْهَا
“Apabila kamu mendengar berlakunya wabak taun di suatu negeri maka janganlah kamu memasukinya, dan apabila berlaku dalam negeri kamu berada di dalamnya maka jangan kamu keluar.”
(Muttafaqun ‘Alaih) 
Maksudnya ialah selamatkan diri kamu daripada penyakit. Sekiranya kamu ditimpa penyakit, maka janganlah membawanya menjangkiti orang lain.

Tragedi wabak taun itu mewafatkan sebahagian besar para sahabat ulung yang terbilang. Namun selepas itu dapat di atasi dengan arahan kuarantin oleh ‘Amru bin al-‘Aas R.A yang menggantikan Abu Ubaidah R.A yang meninggal dunia disebabkan wabak tersebut.

‘Amru bin al-‘Aas R.A mengarahkan pemindahan sebahagian besar penduduk dengan dikeluarkan mereka dari kawasan wabak, sehingga sebahagiannya diarahkan berpindah dari bandar dan kampung supaya pergi ke bukit bukau dan lembah yang tiada penduduk. Tindakan beliau melaksanakan penempatan kuarantin dengan menggunakan kuasa pemerintah atas dasar maslahah umum, walaupun tiada nas secara khusus daripada al-Quran dan Hadis, tetapi tindakan itu mencapai Maqasid Syariah yang membawa kebaikan di dunia dan akhirat.

Perlu difahami juga berdasarkan Feqah Aulawiyyat, bahawa harta yang bersifat perbelanjaan yang besar demi menyelamatkan nyawa rakyat seperti peruntukan perubatan, makanan dan sebagainya adalah lebih penting daripada peruntukan lain walaupun ia menjejaskan ekonomi negara untuk sementara waktu.

Nyawa rakyat yang diselamatkan adalah sumber diri manusia yang lebih didahulukan daripada sumber harta itu sendiri, kerana manusia yang diselamatkan dapat menjana harta selepas itu, dan harta pula tidak bermakna lagi tanpa manusia yang memakmurkannya.

Allah S.W.T juga memberikan kelebihan akhirat kepada semua pihak yang berada dalam suasana menghadapi wabak dan bencana seperti ini. Mereka mendapat kelebihan bersabar menghadapi ujian kerana bertugas. Mereka yang sakit pula mendapat pahala bersabar dengan kesakitannya. Begitu juga fadilat ber tawakkal kepada Allah S.W.T setelah berusaha dan berikhtiar serta fadhilat bersyukur sekiranya berjaya mengharungi ujian yang dihadapi.

Pada masa yang sama, mereka juga mendapat kelebihan jihad mengorbankan harta, diri dan segala tenaga, dan mendapat kelebihan syahid bagi mangsa yang meninggal dunia kerana bertugas atau menjadi mangsa wabak dan bencana. Semua kelebihan tersebut dikurniakan kepada orang yang beriman dan beramal dengan ikhlas.

فعن عائشة رضي الله تعالى عنها، قالت: سَأَلْتُ رَسولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ عَنِ الطَّاعُونِ، فأخْبَرَنِي أنَّه عَذَابٌ يَبْعَثُهُ اللَّهُ علَى مَن يَشَاءُ، وأنَّ اللَّهَ جَعَلَهُ رَحْمَةً لِلْمُؤْمِنِينَ، ليسَ مِن أحَدٍ يَقَعُ الطَّاعُونُ، فَيَمْكُثُ في بَلَدِهِ صَابِرًا مُحْتَسِبًا، يَعْلَمُ أنَّه لا يُصِيبُهُ إلَّا ما كَتَبَ اللَّهُ له، إلَّا كانَ له مِثْلُ أجْرِ شَهِيدٍ.
(رواه البخاري)
“Daripada ‘Aisyah R.A berkata: “Aku bertanyakan Rasulullah S.A.W berkenaan wabak taun, lalu Baginda memberitahu kepadaku bahawa itu adalah azab Allah yang diutuskan kepada sesiapa yang dikehendaki dan Allah menjadikannya rahmat kepada orang-orang yang beriman. Tiadalah seseorang yang ditimpa bencana wabak ini, lalu dia tinggal dalam negerinya dengan sabar dan percaya kepada takdir Allah, tidaklah mengenainya melainkan mengikut ketentuan yang ditetapkan oleh Allah nescaya dia mendapat kelebihan syahid.”
(Riwayat Al-Bukhari) 
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 12 Sya’ban 1441 / 6 April 2020



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/maqasid-syariah-dalam-menangani-wabak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Batman Minta Orang Ramai Duduk Rumah Kekang Wabak Covid 19

Batman Minta Orang Ramai Duduk Rumah Kekang Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 224 hits
Pihak berkuasa di bandar Mexico telah mendapat bantuan daripada sumber yang tak dikenali termasuk seorang lelaki berpakaian seragam lengkap superhero dalam usaha menasihati penduduk agar duduk di rumah dan mengamalkan penjarakkan sosial bag...
Syarikat Syarikat Teknologi Terkemuka Membangunkan Open Covid Pledge Untuk Memerangi Wabak Covid 19

Syarikat Syarikat Teknologi Terkemuka Membangunkan Open Covid Pledge Untuk Memerangi Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 288 hits
Sekumpulan syarikat syarikat teknologi terkemuka dunia termasuklah Intel Mozilla Creative Commons dan sebagainya termasuklah beberapa badan guaman telah bekerjasama untuk membangunkan Open COVID Pledge untuk menentang wabak COVID 19 Syarika...
Sional Saintis Temui Vaksin Wabak Covid 19

Sional Saintis Temui Vaksin Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 372 hits
SAINTIS mengumumkan akan dapat menghasilkan vaksin bagi membunuh virus COVID 19 dalam tempoh 48 jam Kajian yang diketuai oleh Universiti Monash telah menunjukkan satu dos vaksin Ivermectin dapat membunuh sel virus SARS CoV 2 Kami mendapati ...
Di Tengah Wabak Covid Pn Politikkan Bantuan Makanan

Di Tengah Wabak Covid Pn Politikkan Bantuan Makanan

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 302 hits
Bantuan makanan adalah hak asasi rakyat dan tidak boleh ditangguhkan pengagihannya Tindakan kerajaan Melayu Perikatan Nasional menahan bantuan makanan asas untuk diagih agihkan hanya oleh pemimpin parti kerajaan amat dikesalkan Semalam ahli...
Sesi Persekolahan Mungkin Ditangguh Sehingga Wabak Covid 19 Pulih Muhyiddin

Sesi Persekolahan Mungkin Ditangguh Sehingga Wabak Covid 19 Pulih Muhyiddin

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 236 hits
Semua sesi persekolahan kemungkinan akan ditangguhkan sehingga kerajaan benar benar yakin keadaan penularan wabak COVID 19 di negara ini telah kembali pulih Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ramai ibu bapa sendiri yang mahuka...
Perangi Covid 19 Kita Dapat Kawal Wabak Covid 19 Jika Trend Penurunan Berterusan Dalam Tempoh 2 Minggu Akan Datang Pm

Perangi Covid 19 Kita Dapat Kawal Wabak Covid 19 Jika Trend Penurunan Berterusan Dalam Tempoh 2 Minggu Akan Datang Pm

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 305 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengajak rakyat Malaysia agar bersama sama terus memerangi penularan COVID 19kerana wabak itu masih belum berakhir sepenuhnya Perdana Menteri berkata sekiranya rakyat berjaya mengharungi dugaan ini penulara...
Sakit Gigi Ketika Musim Wabak Covid 19

Sakit Gigi Ketika Musim Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 512 hits
Bagaimana jika anda sakit gigi ketika musim wabak COVID 19 ini Umum mengetahui sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan klinik pergigian tetap beroperasi seperti biasa Namun bagi mengurangkan risiko penyebaran virus corona ini klinik pergigian...
Syukur Alhamdulillah Allah Lindung Mereka 274 Pelajar Tahfiz Disahkan Bebas Wabak Covid 19

Syukur Alhamdulillah Allah Lindung Mereka 274 Pelajar Tahfiz Disahkan Bebas Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 303 hits
SERAMAI 274 daripada 330 pelajar Madrasatul Quran Kubang Bujuk Manir di Kuala Terengganu disahkan bebas Covid 19 dan dibenarkan pulang semalam Pelajar terbabit menjalani proses kuarantin selama dua minggu selepas madrasah itu ditutup diperc...
Cakap Bohong Sabotaj Usaha Kerajaan Kekang Penularan Wabak Covid 19

Cakap Bohong Sabotaj Usaha Kerajaan Kekang Penularan Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 246 hits
Dari tajuk entri sudah jelas apa yang saya mahu sampaikan Ya cakap bohong sabotaj usaha kerajaan kekang penularan wabak covid 19 Sudah lama saya pendamkan isu ini namun kebelakangan ni kelihatan tiada perubahan malah kelihatan semakin menja...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa