Sakit Gigi Ketika Musim Wabak Covid 19


Bagaimana jika anda sakit gigi ketika musim wabak COVID-19 ini?

Umum mengetahui sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, klinik pergigian tetap beroperasi seperti biasa.

Namun bagi mengurangkan risiko penyebaran virus corona ini, klinik pergigian menghadkan penerimaan pesakit hanya kepada kes-kes kecemasan pergigian sahaja.

sekadar gambar hiasanApa yang dimaksudkan dengan masalah pergigian kecemasan?
Sakit gigi yang teramat sangat sehingga mengganggu tidur serta aktiviti harian.Jangkitan pada gigi sehingga menyebabkan gusi serta muka bengkak (abscess dan facial cellulitis).Kemalangan sehingga menyebabkan gigi atau tulang rahang muka anda patah.Dawai braces tercabut sehingga menyucuk pipi/gusi.Crown/bridge/gigi palsu patah sehingga mengganggu fungsi makan. 
Bagi anda yang mengalami sakit gigi yang tidak begitu serius dan masih boleh ditahan, anda boleh amalkan langkah-langkah berikut bagi membantu meredakan kesakitan yang dialami serta membantu anda untuk sekurang-kurangnya bertahan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan ini berakhir bagi membolehkan anda pergi ke klinik gigi bagi mendapatkan rawatan.

Langkah Meredakan Kesakitan Gigi

BERUS GIGI BERSIH-BERSIH terutama pada bahagian gigi yang sakit tersebut (biasanya gigi berlubang/rosak teruk). Pastikan tiada sisa makanan yang berkumpul di kawasan itu. Pengumpulan sisa makanan inilah sebenarnya yang menjadi punca utama gigi yang berlubang tersebut terasa sakit kerana aktiviti kuman secara langsung terhadap saraf gigi. Floss/benang gigi juga boleh digunakan sebagai tambahan bagi mengeluarkan sisa makanan terutama di celah-celah gigi untuk mengurangkan gejala rasa sakit.Anda juga boleh berkumur-kumur dengan air suam yang dicampur dengan sedikit garam. Mahu berkumur-kumur dengan ubat kumur seperti Oradex atau Oral B juga boleh. Langkah ini bagi membantu membasmi kuman yang berada di celah-celah gigi dan pada lubang gigi yang tidak dapat dicapai sepenuhnya oleh berus gigi.Tuam pipi anda pada bahagian yang sakit dengan menggunakan ketulan ais (cold compress). Langkah ini juga boleh membantu anda mengurangkan rasa sakit yang anda alami buat sementara waktu.Makan ubat penahan sakit (pain killer) dan kemudian tidur/berehat. Antara ubat tahan sakit yang boleh anda beli di farmasi tanpa preskripsi doktor adalah seperti Panadol, Ponstan, Voltaren serta Ibuprofen. Ini dapat membantu meredakan rasa sakit anda buat sementara waktu.

Namun, jika kesakitan anda semakin bertambah, diikuti dengan gejala demam atau bengkak pada gusi serta wajah, anda dibenarkan untuk pergi ke klinik pergigian yang berhampiran bagi mendapatkan pemeriksaan serta rawatan lanjut walaupun Perintah Kawalan Pergerakan masih belum tamat. Ini kerana kes anda sudah termasuk dalam kategori kes pergigian kecemasan.

JANGAN SESEKALI MENCUBA PETUA YANG BUKAN-BUKAN KERANA DIKHUATIRI DAPAT MENYEBABKAN KESAKITAN SERTA KEROSAKAN GIGI ANDA MENJADI SEMAKIN PARAH.
Gigi yang telah rosak tetap perlu diperiksa dan dirawat oleh doktor gigi di klinik pergigian. Apa yang saya kongsikan di atas cumalah sekadar membantu anda mengurangkan rasa sakit buat sementara waktu di saat negara sedang mengalami ancaman COVID-19 yang semakin serius ini.

Oh ya satu lagi jika anda mengalami sakit gigi yang teramat sangat sehingga mengalami demam atau bengkak pada wajah pada waktu malam atau ketika hari cuti, anda juga boleh pergi ke bahagian kecemasan di hospital untuk mendapatkan bantuan. Di sana ada doktor gigi yang standby ataupun “oncall” yang bertugas untuk membantu anda di luar waktu pejabat/hari cuti.

Mari kita sama-sama berdoa supaya wabak COVID-19 ini cepat-cepat berlalu supaya kita dapat kembali melakukan aktiviti serta kerja harian kita seperti biasa.

Kongsikan jika anda rasa tulisan ini membantu terutama bagi mereka yang sedang mengalami sakit gigi.

Semoga bermanfaat! info ini dibawakan oleh Dr Mohd Khairul Izwan ~ Jangan lupa untuk folow telegram Cakna Gigi - https://t.me/caknagigi

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.adarain.com/2020/04/sakit-gigi-ketika-musim-wabak-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tukang Gunting Rambut Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Selepas Terima Pelanggan Ketika Wabak Sedang Menular

Tukang Gunting Rambut Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Selepas Terima Pelanggan Ketika Wabak Sedang Menular

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 293 hits
Seorang tukang gunting rambut di Mississippi meninggal dunia akibat Covid 19 selepas dia tidak menutup premis perniagaannya dan berterusan menerima pelanggan ketika wabak itu sedang mengganas nbsp Eugene Thompson 46 dari Brookhaven meningga...
3 Tips Memilih Bisnes Ketika Wabak Covid 19

3 Tips Memilih Bisnes Ketika Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 281 hits
Sejak adanya larangan kawalan pergerakan tentunya ramai yang tertanya tanya bagaimanakah caranya untuk memilih perniagaan yang terbaik ketika COVID 19 untuk menjana pendapatan sampingan dari rumah Berikut adalah 3 tips yang dikongsikan oleh...
Kisah Benar Di Sebalik Lakonan Peribadi Sebenar Ahli Politik Ketika Musim Wabak

Kisah Benar Di Sebalik Lakonan Peribadi Sebenar Ahli Politik Ketika Musim Wabak

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 378 hits
Mokzin mokhtarDI SEBALIK LAKONAN PERIBADI SEBENAR AHLI POLITIK KETIKA MUSIM WABAK Ini adalah kisah benar Dan saya tidak mendapat kebenaran dari kakak saya untuk menulis ini Namun melihat penderitaannya sejak 2018 saya kira saya terpanggil j...
Covid 19 Van Jenazah Patah Balik Sebab Dihalang Oleh Orang Kampung Ketika Ke Kubur

Covid 19 Van Jenazah Patah Balik Sebab Dihalang Oleh Orang Kampung Ketika Ke Kubur

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 295 hits
Penduduk sebuah kampung di Jawa Tengah Indonesia bertindak menghalang pihak berkuasa mengebumikan jenazah jururawat yang meninggal dunia kerana positif virus Covid 19 di kawasan tanah perkuburan di kampung mereka Covid 19 Van Jenazah Patah ...
Covid Voice Detector Mengesan Wabak Dengan Menganalisa Bunyi Batuk

Covid Voice Detector Mengesan Wabak Dengan Menganalisa Bunyi Batuk

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 256 hits
Antara masalah yang melanda dunia pada waktu ini ialah kekurangan kit ujian Covid 19 Maka tidak mengejutkan terdapat negara dengan jumlah penduduk yang besar tetapi mempunyai kes positif yang kecil Bagi membantu mengesan wabak di kalangan o...
Syukur Alhamdulillah Allah Lindung Mereka 274 Pelajar Tahfiz Disahkan Bebas Wabak Covid 19

Syukur Alhamdulillah Allah Lindung Mereka 274 Pelajar Tahfiz Disahkan Bebas Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 303 hits
SERAMAI 274 daripada 330 pelajar Madrasatul Quran Kubang Bujuk Manir di Kuala Terengganu disahkan bebas Covid 19 dan dibenarkan pulang semalam Pelajar terbabit menjalani proses kuarantin selama dua minggu selepas madrasah itu ditutup diperc...
Batman Minta Orang Ramai Duduk Rumah Kekang Wabak Covid 19

Batman Minta Orang Ramai Duduk Rumah Kekang Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 224 hits
Pihak berkuasa di bandar Mexico telah mendapat bantuan daripada sumber yang tak dikenali termasuk seorang lelaki berpakaian seragam lengkap superhero dalam usaha menasihati penduduk agar duduk di rumah dan mengamalkan penjarakkan sosial bag...
Maqasid Syariah Dalam Menangani Wabak Covid 19

Maqasid Syariah Dalam Menangani Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 433 hits
ISLAM yang ditakrifkan daripada perkataan al Din yang merupakan bahasa al Quran adalah petunjuk Allah S W T yang menyeluruh kesempurnaannya Ajaran Islam membawa rahmat dan kebajikan kepada seluruh manusia bermasyarakat majmuk walaupun pelba...
Syarikat Syarikat Teknologi Terkemuka Membangunkan Open Covid Pledge Untuk Memerangi Wabak Covid 19

Syarikat Syarikat Teknologi Terkemuka Membangunkan Open Covid Pledge Untuk Memerangi Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 289 hits
Sekumpulan syarikat syarikat teknologi terkemuka dunia termasuklah Intel Mozilla Creative Commons dan sebagainya termasuklah beberapa badan guaman telah bekerjasama untuk membangunkan Open COVID Pledge untuk menentang wabak COVID 19 Syarika...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut