Memahami Hukum Karma



Ungkapan kata 'hukum karma' dirujuk kepada pembalasan yang diterima di dunia akibat melakukan sesuatu perkara sama ada baik atau buruk.  

Namun sedarkah anda bahawa hukum karma adalah sesuatu fahaman dan pandangan dalam agama Hindu dan lain-lain, yang mana sangat jauh terpesong daripada ajaran Islam.

Jika dilihat dari lenggok gaya bahasanya, sememangnya hukum karma ini adalah seolah-olah sama dan seumpama dengan ajaran Islam. Namun jika kita teliti dan selami dengan lebih dalam, ia merupakan sesuatu yang sangat berbeza.

Karma merupakan konsep utama dalam agama Hindu, Buddha, Jainisma, Sikh dan Taoi. Ia membawa maksud sesuatu perbuatan atau niat sesuatu individu akan dibalas kembali menurut hukum alam atas apa yang telah dilakukannya.

Perbuatan yang baik akan memberikan kepada balasan dan karma yang baik manakala perbuatan yang buruk pulak akan mengundang keburukan dan karma yang tidak baik. Ia juga dikaitkan dengan idea kelahiran semula oleh agama-agama ini.

Tidak seperti agama Islam, agama-agama ini percaya akan kelahiran semula selepas mati. Jadi bagi mengelakkan penganut agama Hindu daripada dilahirkan semula dalam keadaan yang buruk atau seperti binatang, mereka perlu melakukan perbuatan yang baik untuk mendapatkan karma yang baik. Dan jika mereka gagal untuk mendapatkan Karma yang baik maka mereka akan dilahirkan semula selepas dimasukkan ke neraka untuk sementara waktu.

Menurut salah sebuah kitab dalam agama Hindu iaitu Chandogya Upanishad, doktrin karma memberitahu yang mana sesiapa yang bersifat terpuji akan dimasukkan ke dalam rahim baik kaum Brahmin, Kshatriya atau Vaisya manakala mereka yang bersifat buruk akan dimasukkan ke dalam rahim busuk seekor anjing atau khinzir.

Tiada istilah kelahiran semula dalam ajaran agama Islam. Allah hanya menciptakan kehidupan seseorang itu hanya untuk sekali sahaja dan akan juga dimatikan sekali sahaja.

Umat Islam hanya akan dibangkitkan sekali sahaja selepas mati iaitu ketika menjelangnya hari kiamat dimana segala amal dan dosa akan dihitungkan dan diberikan ganjaran syurga atau neraka mengikut amalan masing-masing. Jadi dengan ini maka tertolaklah dengan nyata akan hukum Karma ini.

Jadi, bagaimana pula pendekatan Islam berkaitan pembalasan apa yang dilakukan? Setiap apa yang dilakukan sama ada baik dan buruk akan menerima pembalasan biarpun sekecil mana perbuatan itu. Pembalasan itu akan diterima di akhirat nanti iaitu selepas kematian dan berlakukannya khiamat yang juga dikenali sebagai hari pembalasan.

Adakah istilah pembalasan di dunia atas apa yang dilakukan di dunia ini. Ya.... ada pembalasan. Ada perbuatan yang dilakukan mendapat pembalasan 'cash' di dunia ini sama ada baik atau jahat.

Perbuatan baik dibalas dengan cara Allah mengurniakan kebaikan kepada dirinya seseorang sama ada dalam bentuk rezeki, kesihatan, ketenangan dan sebagainya.

Manakala keburukan yang dilakukan pula dibelas dalam bentuk keburukan yang disebut kifarah. Kifarah adalah balasan di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh hambanya daripada Allah S.W.T dan juga mungkin dalam pelbagai bentuk ujian.

Contohnya seperti kematian orang yang dikasihi, dijangkiti penyakit pelik, kehilangan dan kerosakan harta benda, tidak tenang dalam hidup dan sebagainya. Kifarah atau balasan ini tidak tertakluk kepada jumlah masa yang ditentukan, yakni selagi ia belum menepati ketentuan Allah, maka ujian tersebut tidak akan terhenti walaupun pelbagai usaha dilakukan.

Namun perlu difahami bahawa dengan ujian inilah Allah S.W.T menunjukkan bahawa Dia kasih akan hambanya. Dengan ujian yang diberikan, Allah juga akan memberikan kesabaran dalam menempuhinya. Selain itu, martabat seseorang itu akan dinaikkan bukanlah dengan amalan-amalan yang dilakukannya tetapi dengan kesabarannya terhadap segala ujian yang diberikan Allah.

Juga, kifarah terhadap manusia oleh Allah SWT bukanlah semata-mata untuk membalas perbuatan jahat mereka, namun ia juga adalah untuk menghapuskan dosa yang lalu supaya ia tidak terbeban oleh kita di hari akhirat nanti dengan dosa yang bertimbun. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Di dalam setiap balasan pasti ada hikmahnya.

Saidatina Aishah meriwayatkan Rasulullah SAW pernah bersabda: "Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri, ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa" (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Terdapat perbezaan yang ketara antara hukum karma dan kifarah ini. Ya benar kedua-dua adalah suatu pembalasan namun kaedah dan hikmahnya sangat terpesong jauh. Contoh lain lagi, bagi penganut Hindu, mereka akan dilahirkan sebagai binatang dalam kelahiran semula jika karmanya buruk di kehidupan lalu, namun bagi umat Islam, dosa menderhaka kepada ibu bapa akan dibalas secara terus di dunia ini tanpa menunggu pendosa itu untuk mati terlebih dahulu, kerana penghidupan semula bagi umat Islam hanyalah ketika dibangkitkan pada hari kiamat.
Bagi umat Islam, mempercayai sesuatu yang seperti hukum karma ini yang mana mengikut fahaman agama Hindu (dilahirkan semula) boleh memesongkan akidah dan terkeluar dari Islam.

Namun, tidak menjadi kesalahan jika maksud karma itu merujuk kepada pembalasan di dunia atas apa yang dilakukan dan bukan merujuk kepada apa-apa kefahaman mengikut agama lain.

Pun lebih baik, jika kita melazimkan menggunakan perkataan kifarah bagi merujuk pembalasan buruk yang diterima akibat perbuatan buruk yang dilakukan. Penggunaan perkataan kifarah akan lebih memberi kefahaman bahawa itu adalah pembalasan daripada Allah yang dibayar cash di dunia. Semoga ia menjadi pengajaran kepada kita semua.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2019/01/jie.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Istilah Rezeki Terpijak Dlm Islam Ini Hukum Terjumpa Duit Atau Harta Tercicir Rileks Media

Tiada Istilah Rezeki Terpijak Dlm Islam Ini Hukum Terjumpa Duit Atau Harta Tercicir Rileks Media

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 365 hits
PIHAK yang menjumpai barang tercicir yang tidak diketahui pemiliknya perlu mengambil tanggungjawab dan amanah untuk memulangkan kepada tuannya atau menyimpan barang itu sehingga menemui pemiliknya Namun andai barangan yang dijumpai itu muda...
Hukum D0sa Memelihara Kucing Yang Ramai Tidak Tahu Rileks Media

Hukum D0sa Memelihara Kucing Yang Ramai Tidak Tahu Rileks Media

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 383 hits
Kami percaya ramai diantara kita adalah pencinta kucing Namun sedarkah kita kadang kala kita telah berbuat dosa akibat membela kucing Dan dosa ini mendapat amaran daripada Rasulullah SAW Awas Inilah hukum akibat dosa membela kucing yang men...
Dituduh Lakukan Pelecehan Seksual Anggota Dewan Pengawas Bpjs Tk Ambil Langkah Hukum

Dituduh Lakukan Pelecehan Seksual Anggota Dewan Pengawas Bpjs Tk Ambil Langkah Hukum

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 213 hits
Syafri membantah tuduhan ini dan menyebut telah difitnah Kuasa hukum terduga pelaku Memed Adiwinata menyatakan akan segera melakukan upaya hukum terkait dengan pencemaran nama baik terhadap kliennya Syafri
Apa Benar Pelanggan Prostitusi Kebal Hukum

Apa Benar Pelanggan Prostitusi Kebal Hukum

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 123 hits
Diharapkan polisi juga mengekspos pemakai jasa Vanessa Angel
Lelaki Meringkuk 25 Tahun Dalam Penjara Kerana Salah Hukum

Lelaki Meringkuk 25 Tahun Dalam Penjara Kerana Salah Hukum

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 379 hits
January 7 2019 Mahkamah di bandar Liaoyuan memutuskan bekas banduan Liu Zhonglin dibayar ganti rugi sebanyak 4 6 juta yuan CHANGCHUN Seorang lelaki yang menjalani hukuman penjara selama 25 tahun di timur laut wilayah Jilin China dibebaskan ...
Menteri Yohana Nilai Pengguna Jasa Prostitusi Harus Dijerat Hukum

Menteri Yohana Nilai Pengguna Jasa Prostitusi Harus Dijerat Hukum

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 260 hits
Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Yohana Yambise menilai pengguna prostitusi harus mendapatkan hukuman yang sama dengan muncikari Sebab selama ini Polisi hanya menjerat muncikari sedangkan pengguna prostitusi tidak dipida...
Mangkir 2 Kali Aher Diminta Kpk Tak Persulit Proses Hukum Kasus Meikarta

Mangkir 2 Kali Aher Diminta Kpk Tak Persulit Proses Hukum Kasus Meikarta

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 234 hits
Komisi Pemberantasan Korupsi mengimbau mantan Gubernur Jawa Barat Ahmad Heryawan alias Aher tak mempersulit proses hukum kasus dugaan suap izin pembangunan proyek Meikarta
Ma Ruf Maafkan Penyebar Hoaks Video Kostum Santa Claus Proses Hukum Tetap Jalan

Ma Ruf Maafkan Penyebar Hoaks Video Kostum Santa Claus Proses Hukum Tetap Jalan

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 204 hits
Calon Wakil Presiden nomor urut 01 Ma ruf Amin menyatakan bakal memberi maaf Namun dugaan tindak pidana ini tetap berjalan dan tengah ditangani pihak kepolisian
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad