Hukum D0sa Memelihara Kucing Yang Ramai Tidak Tahu Rileks Media


Kami percaya ramai diantara kita adalah pencinta kucing. Namun sedarkah kita kadang-kala kita telah berbuat dosa akibat membela kucing. Dan dosa ini mendapat amaran daripada Rasulullah SAW.Awas. Inilah hukum akibat dosa membela kucing yang mengejutkan.Berikut penjelasan video Ustaz Azhar Idrus.
Berikut Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Pada suatu hari, rasulullah s.a.w bersum pah sebanyak tiga kali yang bermaksud :”Demi Allah, tidak beriman! Demi Allah, tidak beriman! Demi Allah, tidak beriman!”
Apabila ditanya, siapakah yang Baginda s.a.w. maksudkan, Baginda menjawab: “Seseorang yang jirannya tidak berasa aman dan tenang disebabkan perangai jahatnya.” (Riwayat al-Bukhari no. 6016 dan Muslim no. 46)
Dalam huraian hadis ini, Imam al-Nawawi menyatakan bahawa penafian iman dalam sabda Baginda “tidak beriman” mempunyai dua tafsiran:
Pertama: Orang Yang Menganggap Perbuatan Menyusahkan Jiran Adalah Halal.
Kedua: Menafikan Kesempurnaan Iman Seseorang Akibat Sikapnya Sentiasa Menyusahkan Jirannya.
Ibn Battal pula menegaskan, hadis ini memberi penekanan terhadap penjagaan hak-hak jiran kerana Rasulullah s.a.w. telah mengulang-ulang sumpah Baginda sebanyak tiga kali.
Manakala dalam kitab Fath a/-Bari, Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani meriwayatkan ulasan menarik daripada Ibn Abi Jamrah berkenaan hadis ini. Beliau berkata:
“Sekiranya ditegaskan sedemikian rupa agar seseorang menjaga hak-hak jiran yang berada di sebelah dinding rumahnya dan dijauhkan mereka daripada sebarang mudarat, sepatutnya dia mestilah lebih menjaga kedua-dua jiran yang tidak terhalang oleh dinding (yakni kedua-dua malaikat yang sentiasa berada di sisi manusia untuk mencatat amalan mereka). Sesungguhnya apabila seseorang melakukan ketaatan, maka kedua-dua malaikat tersebut akan bergembira dan sekiranya melakukan mak siat, mereka akan bersedih.”
Betapa besarnya ancaman terhadap seorang yang menyusahkan jirannya sehingga dia terganggu dan tidak aman dalam kehidupan sehanannya.
Dosa Daripada Memelihara Kucing
Sebenarnya begitu banyak tindakan dan perangai buruk seseorang yang boleh menyebabkan jiran terganggu dan tidak tenang hidupnya. Antaranya seperti membuang sampah atau meletakkan kenderaan di kawasan rumah jiran sehingga menganggu laluan keluar masuk ke rumahnya, terlalu bising sehingga mengganggu ketenteraman jiran, menanam pokok dan membiarkan daun-daun jatuh lalu menjejaskan keindahan kawasan rumah jiran, mengumpat, menoela, memfit nah jiran dan pelbagai lagi perbualan yang melayakkan seseorang termasuk dalam ancaman Rasulullah s.a.w. seperti yang terdapat dalam hadis di atas.
Dalam isu kali ini, penulis hanya memfokuskan perbualan yang boleh mengganggu arau menyusahkan jiran iaitu memelihara kucing. Hukum memelihara kucing adalah harus, Walau bagaimanapun, ada situasi yang menyebabkan individu yang memelihara kucing berdosa apabila tidak menunaikan “nafkah zahir dan batin” kucing peliharaannya. Ia seperti keperluan makan, minum, tempat tinggal dan segala yang berkaitan dengan naluri haiwan. Tidak cukup dengan itu , dosanya bertambah apabila mengganggu ketenteraman hidup jiran. Maka, dibimbangi dia tergolong dalam kalangan manusia yang dinafikan kesempurnaan imannya.
Tanggungjawab Semasa Jiran
Membiarkan kucing peliharaan kita menjadi pasu-pasu bunga jiran atau halaman rumah sebagai ‘tandas rasmi’ adalah satu dosa besar. Membiarkan kucing peliharaan kita bebas keluar dan masuk ke rumah jiran “tanpa izin” sehingga menyebabkan jiran terganggu juga satu dosa besar . Bahkan, membasuh najis kucing sehingga airnya mengalir ke halaman rumah jiran dengan mendatangkan bau yang tidak menyenangkan juga termasuk dalam perbuatan menyusahkan jiran.
Ada kalanya terdapat seseorang yang tidak pun memelihara kucing, tetapi dia teramat gemar memberi makanan kepada kucing-kucing Iiar, sehingga menyebabkan banyak kucing liar “berkampung” di sekitar rumah-rumah jiran , juga dianggap satu dosa sekiranya menyebabkan ketenteraman jiran terganggu. Memberi makanan kepada kucing tersebut niat yang baik, tetapi ia negatif dari segi implikasinya. Demikian juga perbuatan sengaja membuang kucing liar di kawasan rumah jiran atau kedai-kedai makan, ia juga dianggap satu dosa kerana menyusahkan orang lain.
Di akhirat nanti, kucing tidak akan dipertanggungjawabkan memikul dosa-dosa ini, tetapi manusia yang melakukan perbuatan inilah yang bakal menanggung segalanya. Kucing tidak mukalaf kerana tidak berakal, tetapi amat malang apabila tuan kepada kucing tersebut yang merupakan seorang manusia berakal tetapi tidak menggunakan akalnya untuk berwaspada terhadap amaran Rasulullah s.a.w. akibat perbuatan menyusahkan jiran.
Mencontohi Abu Hurairah
Namun artikel ini bukan menjelaskan bahawa haram memelihara kucing , bahkan ia merupakan hobi atau minat yang sangat mulia. Penulis hanya ingin mengingatkan diri sendiri dan pembaca agar sentiasa peka dengan pesanan-pesanan Rasulullah s.a.w.
Apabila menyebut tentang memelihara dan suka akan kucing , sudah pasti nama Abu Huraiah r.a. terlintas di benak kita. Beliau merupakan seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang sangat suka kepada anak-anak kucing. Gelaran ‘Abu Hurairah’ yang diberikan oleh Baginda kepadanya merupakan satu ikrar (pengakuan) terhadap keharusan memelihara kucing. Tidak ada satu riwayat pun yang menyatakan beliau menyusahkan jirannya dengan hobi memelihara kucing ini. Justeru, sesiapa yang ingin mencontohi hobi Abu Hurairah ini wajib baginya untuk menunaikan hak-hak kucing sebagai haiwan dan juga hak-hak jiran daripada dicerobohi.
Dalam sepotong hadis lain, RasuIullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Jibrail sentiasa berpesan kepadaku agar menjaga hak-hak jiran sehingga aku menyangka seseorang jiran bakal mewarisi harta jirannya.” (Riwayat al-Bukhari no. 5669 dan Muslim no. 6854)
Demikian hebatnya Islam mementingkan penjagaan hak jiran sehingga malaikat Jibrail begitu kerap mengingatkan Baginda s.a.w. mengenainya dan menjadikan pencerobohan terhadap hak-hak jiran sebagai suatu tanda ketidaksempurnaan iman seseorang.
– USTAZ SYED MOHD NORHISYAM
Source link
The post Hukum D0sa Memelihara Kucing Yang Ramai Tidak Tahu – Rileks Media appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/hukum-d0sa-memelihara-kucing-yang-ramai-tidak-tahu-rileks-media/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Menyiram Air Diatas Ku Bur Rileks Media

Hukum Menyiram Air Diatas Ku Bur Rileks Media

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 317 hits
Mencari ilmu merupakan adalah satu kewajiban Tidak boleh dipandang sebelah mata diremehkan sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad saw Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim Oleh karena itu setiap muslim wajib memiliki ilmu...
Tiada Istilah Rezeki Terpijak Dlm Islam Ini Hukum Terjumpa Duit Atau Harta Tercicir Rileks Media

Tiada Istilah Rezeki Terpijak Dlm Islam Ini Hukum Terjumpa Duit Atau Harta Tercicir Rileks Media

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 364 hits
PIHAK yang menjumpai barang tercicir yang tidak diketahui pemiliknya perlu mengambil tanggungjawab dan amanah untuk memulangkan kepada tuannya atau menyimpan barang itu sehingga menemui pemiliknya Namun andai barangan yang dijumpai itu muda...
Hukum Mem Vir4l Kan Aib Orang Perlu Kita Ambil Tahu Rileks Media

Hukum Mem Vir4l Kan Aib Orang Perlu Kita Ambil Tahu Rileks Media

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 236 hits
ISLAM mengkehendaki kesalahan dan keburukan yang dilakukan oleh orang Islam disembunyikan dan tidak boleh diheboh hebohkan Rasulullah SAW bersabda bermaksud Sesiapa yang menutup keaiban orang Islam maka Allah menutup keaibannya pada hari ki...
Hukum Pengantin Mengukir Inai Di Tangan Tak Ramai Ambil Berat Rileks Media

Hukum Pengantin Mengukir Inai Di Tangan Tak Ramai Ambil Berat Rileks Media

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 525 hits
Soalan Bagaimana pula hukum memakai inai yang berukir di tangan Sekarang ini ramai perempuan memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan berupa awan larat ataupun daun Jawapan Hukumnya adalah harus bagi perempuan dan haram bagi lelaki T...
Hukum C1um Mushaf Al Quran Dengar Apa Kata Dari Ss Dato Dr Asri Tentang Perkara Ini Rileks Media

Hukum C1um Mushaf Al Quran Dengar Apa Kata Dari Ss Dato Dr Asri Tentang Perkara Ini Rileks Media

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 345 hits
Waktu saya kecil setiap selesai belajar Al Qur an saya selalu menci umnya Ini ajaran orang tua saya Kebiasan ini kemudian saya teruskan kepada anak anak saya Saya yakin ini adalah kebiasaan yang baik Saya ingin bertanya kepada redaksi Bahts...
Berkat Menyelamatkan Kucing Saya Selalu Dimurahkan Rezeki Rileks Media

Berkat Menyelamatkan Kucing Saya Selalu Dimurahkan Rezeki Rileks Media

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 282 hits
Assalamualaikum Disini saya terpanggil untuk berbagi cerita tentang murah rezeki bila bela kucing Ini dari pengalaman saya sendiri Kalau saya saja yang rasa seperti ini tak tahulah Saya perasan perkara ini sudah lama Saya memang jenis yang ...
Kerana Naik Kereta Wira Lelaki Di Reject Kawan Wanita Buat Buat Tak Kenal Rileks Media

Kerana Naik Kereta Wira Lelaki Di Reject Kawan Wanita Buat Buat Tak Kenal Rileks Media

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 416 hits
Pengakuan Benar Lelaki Ini Di REJECT Sebab Pakai Kereta Buruk Dah biasa dah tengok orang Malaysia ni yang pandang status hidup berdasarkan kereta yang dibawa Tapi tak sangka pulak sampai macam ni sekali Baru baru ni menurut WORLD OF BUZZ se...
Selagi Tak Mandikan Tak Boleh Pakai Mufti Bidas Amalan Guna Air Solat Hajat Untuk Tolak B4la Rileks Media

Selagi Tak Mandikan Tak Boleh Pakai Mufti Bidas Amalan Guna Air Solat Hajat Untuk Tolak B4la Rileks Media

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 514 hits
Amalan bacaan Yasin dan solat hajat bagi melancarkan sesuatu majlis atau memohon diberikan kemudahan dalam menjalankan sesuatu perkara sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat beragama Islam Namun ada juga yang terlalu bergantung kepada amal...
10 Makanan Malaysia Yang Buatkan Lelaki Jadi Penyayang Dan Setia Perempuan Pasti Suka Rileks Media

10 Makanan Malaysia Yang Buatkan Lelaki Jadi Penyayang Dan Setia Perempuan Pasti Suka Rileks Media

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 454 hits
Lelaki buncit itu penyayang dan setia Dan ini 10 makanan tempatan yang boleh buat anda buncit Heh Mengikut Majalah Forbes Malaysia berada di tempat ketiga sebagai negara yang mempunyai masakan paling sedap di dunia Malaysia berada di belaka...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching