Biar Cerewet Pilihkan Makanan Terbaik Untuk Anak Bantu Dia Membesar Lebih Sihat
Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan nutrisi yang penting untuk membantu mereka membesar dengan baik. Tahukah anda bahawa 80 peratus pertumbuhan anak anda dipengaruhi oleh pemakanan dan hanya 20 peratus sahaja oleh genetik?¹ Ini menjelaskan kepentingan pemilihan pemakanan yang sihat dan tepat untuk membantu dalam perkembangan dan tumbesaran anak kecil kita. Jadi sejak kecil lagi bagaimana corak pemakanan yang anda sebagai ibu bapa tetapkan pada anak-anak?
Adakah anak-anak kecil kita makan secara sihat atau anda memilih untuk memberikan jenis makanan yang disukai mereka?
Apa Perlu Ada?
Sejak kecil lagi, usahakanlah untuk membekalkan anak dengan makanan seimbang. Ia perlu terdiri daripada sumber karbohidrat iaitu seperti nasi, roti, biskut, pasta seperti spaghetti, macaroni, mihun, kentang dan pelbagai lagi karbohidrat. Porsi atau sukatan karbohidrat perlulah sesuai dengan usia anak.
Jangan berlebihan kerana ia boleh mendorong kepada anak makan dalam porsi yang besar dan menaikkan berat badan anak-anak. Penting juga untuk kita ingat agar jangan perkenalkan karbohidrat ringkas yang tidak bagus untuk anak-anak seperti makanan yang berasaskan gula dan kumpulan makanan tersebut.
Sumber yang perlu ada juga adalah protein di mana ia penting untuk tumbesaran anak-anak kita. Protein ini adalah seperti ikan, ayam, daging, telur dan sebagainya. Pastikan protein tersebut adalah sihat dan kurang lemak. Kita juga tidak digalakkan untuk memberikan protein yang tidak sihat di mana banyak lemak dan kandungan protein kurang seperti makanan yang diproses iaitu nugget, sosej, burger dan sebagainya.
Pun begitu, lemak perlu ditambah dalam makanan anak-anak namun tidak keterlaluan. Gunakan minyak tumisan seperti minyak sayuran atau letakkan minyak zaitun dalam pasta. Lemak juga diperlukan dalam diet harian kita tetapi bukan secara berlebihan.
Sumber seterusnya adalah serat serta vitamin dan mineral daripada sayuran dan buahan. Potonglah pada saiz kecil dan menarik agar anak-anak lebih tertarik untuk menikmati buah dan sayur ini.
Jangan lupakan air kosong dan susu untuk anak-anak. Kurangkan perkenalan minuman-minuman manis kerana ia mendorong anak-anak untuk memilih lebih kepada minuman manis berbanding air kosong. Begitu juga dengan snek dan makanan ringan, boleh diberi tetapi elakkan terlalu kerap dan banyak.
Nutrien-nutrien Penting Untuk Tumbesaran Sihat Anak
Bagi menjayakan tumbesaran anak yang padu, pengambilan nutrien daripada pelbagai jenis makanan itu sememangnya amat diperlukan.
Ibu bapa seharusnya berpegang kepada prinsip iaitu memastikan anak makan gabungan utama iaitu karbohidrat, protein, serat, vitamin dan mineral setiap hidangan makanan bagi memastikan tumbesaran anak mencapai perkembangan yang memberangsangkan.
Jika memilih roti, sediakanlah roti sandwhich yang sihat untuk anak, jangan hanya sekadar menyapu roti dengan marjerin sahaja buat anak.
Begitu juga dengan pasta. Sebaiknya sediakan pasta seperti carbonara, bolognese atau sup yang mempunyai sayur-sayuran dan ayam sebagai sumber protein.
Selain itu, untuk perkembangan tulang dan gigi, jangan abaikan pengambilan susu yang tinggi dengan kalsium untuk anak-anak membesar. Begitu juga dengan rangkaian vitamin lain seperti Vitamin D yang membantu penyerapan kalsium.
Bagi pertumbuhan tisu badan, otot dan tulang , jangan diabaikan 9 Essential Amino Acids (EAA) atau 9 Asid Amino Perlu yang merupakan blok asas dalam protein. Kekurangan 9EAAˇ boleh melambatkan proses pertumbuhan dan EAA hanya boleh didapati daripada pemakanan harian kita seperti dengan pengambilan susu.
Jangan dilupakan DHA yang menyokong perkembangan otak anak. Kesemua ini boleh diperolehi dalam segelas susu yang sememangnya wajib diberikan kepada anak-anak kita dalam menu hariannya.
Pengambilan makanan yang tinggi dalam nutrien-nutrien ini dapat membantu pertumbuhan optimum anak. Ketinggian anak tidak hanya bergantung kepada genetik semata-mata tetapi juga pemilihan makanan yang sesuai untuk dimasukkan dalam pemakanan harian mereka.
DUTCH LADY MaxGro dengan Nutrien Tinggi# Menyokong Pertumbuhan Optimum Kanak-kanak
Bagi memastikan si kecil anda terus mendapatkan nutrien yang secukupnya untuk pertumbuhan optimum mereka, DUTCH LADY MaxGro terbaru dapat membantu memenuhi keperluan si kecil anda.
DUTCH LADY MaxGro adalah inovasi produk terbaru daripada DUTCH LADY yang dirumus khusus untuk menyokong pertumbuhan optimum kanak-kanak. Ia adalah makanan pendietan berformula berasaskan susu untuk kanak-kanak yang berumur antara 1-9 tahun. Ia mengandungi kandungan nutrien yang tinggi# dan membekalkan 80% nutrien harian yang disarankan* bagi memastikan si kecil anda mempunyai pemakanan yang lengkap den seimbang.
DUTCH LADY MaxGro juga mengandungi 9EAAˇ & DHA untuk menyokong pertumbuhan kanak-kanak dengan menyeluruh. DUTCH LADY merupakan jenama tenusu yang dipercayai oleh ibu-ibu di Malaysia dengan kualiti dan nilai pemakanan yang baik untuk menyokong pertumbuhan kanak-kanak.
Jangan teragak-agak untuk memberikan pengalaman bermakna buat anak-anak kita disamping membekalkan nutrisi yang optimum agar anak kita membesar menjadi anak yang lebih cergas dan bijak.
#Tinggi Dalam Nutrien: Tinggi kandungan Protein, Kalsium, Zat Besi, Magnesium, Vitamin A, D3, E, B1, B2, B3, B6, B12 dan C.
*80% Nutrien Harian: Memenuhi sekurang-kurangnya 80% nutrien terpilih daripada saranan pengambilan nutrien yang disyorkan di Malaysia (Malaysia RNI 2017) seperti Kalsium, Fosforus, Zat Besi, Magnesium, Zink, Vitamin A, D3, E, K1, B1, B2, B3, B6, B12 dan C.
ˇ9EAA: 9 Asid Amino Perlu
¹ Scientific American. How Much of Human Height is Genetic and How Much is due to Nutrition? https://www.scientificamerican.com/article/how-much-of-human-height/ Accessed on 27 September 2020.
The post Biar Cerewet Pilihkan Makanan Terbaik Untuk Anak, Bantu Dia Membesar Lebih Sihat! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/biar-cerewet-pilihkan-makanan-terbaik-untuk-anak-bantu-dia-membesar-lebih-sihat/