Melihat Hati Budi Dap


Kurang santuni Melayu, DAP kena berubah
Mutakhir ini, negara kita sedang menghadapi krisis politik yang tidak pernah ditempuhi dalam sejarah Malaysia. Krisis ini tercetus kerana pergolakkan kuasa dan pengaruh antara dua buah parti iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PKR.

Krisis ini melibatkan beberapa personaliti — seorang yang susah melepaskan kuasa kepada bekas musuh ketatnya, seorang lagi mempunyai obsesi lebih 20 tahun dengan jawatan Perdana Menteri dan seorang lagi yang telah, atau seolah-olah dipaksa keluar oleh presiden partinya sehingga terdesak dan sanggup mencaturkan kerjasama dengan parti politik yang dahagakan kuasa berserta beberapa orang ahli politik yang tidak amanah dan bersih.

Namun begitu, mangsa yang dipersalahkan adalah DAP, (Umno/PAS/GPS tidak mahu bersama DAP dalam kerajaan, terdapat juga desas-desus bahawa PPBM tidak senang dengan keberadaan DAP) dan pada pendapat saya, semua ini disebabkan oleh kelemahan-kelemahan DAP yang begitu nyata sehinggakan sahabat berbangsa Melayu saya tidak sanggup untuk memberikan sokongan penuh kepada parti politik ini.

Kelemahan-kelemahan besar DAP adalah seperti berikut:

1. Parti Rasis, ‘Anti-Melayu’ dan ‘Anti-Islam’
Sering kali dakwaan ini dilemparkan oleh musuh politik DAP dan barangkali terdapat sedikit kebenaran disebalik omongan ini. DAP adalah parti berbilang bangsa dan agama yang seringkali melaungkan konsep meritokrasi dan bangsa Malaysia, manakala majoriti penyokong parti di peringkat akar umbi, secara kebetulan, terdiri daripada rakyat berketurunan Cina dan India.

Sebagai parti yang tidak menggunakan acuan kaum (seperti Umno dan PPBM) atau agama (seperti PAS dan Amanah), DAP tidak mengenengahkan agenda Bumiputera, agenda Islam dan segala macam polisi yang hanya memberikan kelebihan kepada hanya satu agama atau bangsa sahaja.

Sebagai ahli dan penyokong DAP, saya memohon maaf kepada kesemua sahabat Melayu-Islam yang terasa dengan perkara sebegini.

Sememangnya DAP harus menerima hakikat demografi dan sejarah Malaya/Malaysia serta akur bahawa majoriti di Malaysia ialah Melayu-Islam dan perlembagaan Malaysia memberikan kedudukan istimewa kepada kaum Bumiputera.

DAP mesti memulakan proses merangka satu agenda Bumiputera dan Islam yang komprehensif yang seharusnya sudah lama dimuktamadkan.

Selama ini, DAP melepaskan tanggungjawab ini kepada parti komponen atau parti sekutunya dan saya merasakan bahawa ini adalah satu kegagalan tanggungjawab sebagai sebuah parti politik arus perdana di Malaysia.

Saya berharap pimpinan DAP mengambil pedoman dan memperbaiki diri serta mengambil kira keperluan ini agar kita juga dapat merangka sesuatu pendekatan yang lebih mesra kepada Melayu-Islam.

2. Parti ‘Anti-Raja’Dakwaan ini berasaskan tingkah laku DAP dan beberapa pemimpinnya yang tidak menghormati tradisi dan budaya yang mengambil kira acuan Raja Berperlembagaan, Raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu.
Kita pernah mendengar berita bagaimana wakil rakyat mengingkari titah Tuanku untuk berpakaian mengikut formality (bersongkok, bertudung) untuk majlis rasmi/persidangan dewan, menolak penerimaan pingat dan penghormatan daripada Sultan-sultan, tidak mendekati dan menghormati pihak istana dengan secukupnya (mengeluarkan kenyataan yang dilihat sebagai ingkar).

Sekali lagi, saya memohon maaf, sebagai ahli dan penyokong DAP, atas kekurangan ini. DAP mesti mengkaji semula pendekatan yang diambil apabila berhadapan dengan institusi raja yang disanjungi, yang dimuliakan dan sangat penting dalam pentadbiran Malaysia.

Saya merupakan seorang penyokong sistem raja berperlembagaan (di Malaysia, UK, Jepun). Ianya merupakan satu sistem kerajaan yang lebih baik berbanding dengan sistem republik (seperti mana yang diamalkan di Amerika Syarikat) di mana keadaan politik di sana boleh memecah-belahkan rakyat mengikut anutan politik sehinggakan perpaduan rakyat tidak diutamakan.

Raja-Raja Melayu bukan sahaja Raja kepada orang Melayu dan Islam, tetapi kepada semua rakyat Malaysia.

DAP mesti menjaga tingkah laku, berhenti menolak kurniaan darjah dan penghormatan (yang berpotensi dilihat sebagai satu penolakkan terhadap institusi raja), menghormati dan menghargai nasihat daripada institusi raja, dan mengambil inisiatif untuk mendekati dan menunjukkan taat setia mereka kepada Raja-Raja Melayu.

3. Parti yang angkuh dan cauvinisDAP sangat berpandukan ideologi untuk satu negara berasaskan merit, bersih dan adil tanpa kompromi.
Dalam usaha untuk mencapai impian “Malaysia untuk Rakyat Malaysia”, DAP bertindak angkuh, sehingga mencerca dan merendahkan individu atau parti lain (sebagaimana cara seorang timbalan ketua menteri/speaker/ahli parlimen yang bercakap secara terbuka sehingga mengguris hati orang lain, seorang .enteri DAP mencerca kerajaan negeri Kelantan dan Sarawak berhubung isu kewangan negeri, walaupun mungkin benar dakwaannya) dan ini boleh dilihat sebagai perangai angkuh dan cauvinis.

Sikap sebegini bukanlah dilakukan oleh kesemua pemimpin dan ahli parti dan benarlah pepatah Melayu ada berkata, ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’.

Pemimpin DAP harus menerima hakikat bahawa tidak ada sesiapa pun yang mempunyai kata pemutus utama sehingga memaksa semua orang menerima segala kenyataan yang dikeluarkan.

Sekali lagi, saya meminta maaf kepada semua yang telah tersinggung dan terkilan dengan kenyataan dan perilaku beberapa pemimpin ini.

DAP mesti muhasabah ke atas apa yang telah berlaku dan mengubah tingkah laku serta mengamalkan pendekatan yang lebih mesra dan berhati-hati terhadap sensitiviti rakyat Malaysia.

4. Parti CinaDAP dilihat terlalu fokus kepada kepentingan orang Cina dek kerana mahu kekal berkuasa dan struktur parti yang mempunyai penyokong Cina yang ramai (ada kalanya mengeluarkan kenyataan yang keras) sehinggakan masyarakat umum berasa parti ini seperti sebuah parti alternatif kepada MCA dalam pelbagai isu yang melibatkan rakyat berbangsa Cina (seperti isu khat, sekolah venakular) dan pendekatan ini dilihat bercanggah dengan prinsip ‘Malaysian Malaysia’.
Maka, sekali lagi, saya memohon maaf kepada mereka yang tersinggung dan terasa hati dengan perjuangan DAP.

DAP mesti memperjuangkan hak semua kaum secara sama rata. DAP mesti lebih menyantuni masyarakat kampung khususnya orang Melayu seperti majlis perkahwinan, berkhatan, pengebumian jenazah, ibadah korban dan sebagainya.

Terdapat ramai ahli baru berketurunan Melayu Islam menyertai parti ini dan barangkali pimpinan atasan parti terlepas pandang keperluan untuk menjenamakan parti kepada sebuah parti yang lebih inklusif, meraikan kepelbagaian dan mengangkat suara pemimpin muda agar parti ini kekal relevan pada masa hadapan.

Selain itu, saya juga berharap pimpinan utama parti dapat mengamalkan nilai kesederhanaan, merendah diri, mesra dan lebih terbuka menerima kritikan tanpa menggadaikan prinsip perjuangan.

Saya juga berharap rakan-rakan Melayu-Islam saya dapat bersabar dan memberikan sepenuh kepercayaan kepada parti ini untuk mengkaji semula dan merubah pendekatan mereka agar parti ini lebih dihormati dan diterima oleh masyarakat pelbagai bangsa di Malaysia.

Saya yakin, DAP dapat membuktikan dirinya sebagai sekutu yang setia dalam usaha mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera.

Coretan ini adalah pandangan peribadi saya yang secara kebetulan memegang posisi kecil tetapi amat bermakna untuk saya ketengahkan pandangan ini demi maslahat parti kita.

Oleh: Chris Tay

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2020/03/melihat-hati-budi-dap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tindakan Dap Itu Realiti Khianat Sebab Dap Persepsi Ciptaan Ph Sendiri

Tindakan Dap Itu Realiti Khianat Sebab Dap Persepsi Ciptaan Ph Sendiri

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 245 hits
Parti Amanah Negara mendakwa isu DAP hanya dijadikan alasan bagi pihak tertentu mengkhianati mandat yang diberikan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke 14 Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata isu DAP mengancam agama Islam dan Melayu ...
Dap Dari Sisi Pandangan Saya Sebagai Pemuda Bersatu

Dap Dari Sisi Pandangan Saya Sebagai Pemuda Bersatu

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 270 hits
Peristiwa Langkah Sheraton minggu lalu menjadi titik hitam sejarah kerajaan Pakatan Harapan Ia menjadi tinta yang kekal dalam lipatan sejarah politik tanah air apabila PH yang telah berjaya menjadi kerajaan dengan menjatuhkan sebuah kerajaa...
Bodoh Pemimpin Dap Masih Tak Sedar Umno Dan Pas Memang Nak Singkirkan Dap

Bodoh Pemimpin Dap Masih Tak Sedar Umno Dan Pas Memang Nak Singkirkan Dap

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 314 hits
Ramai orang cakap bila kerajaan PH tumbang pemimpin mereka cakap merapu bermula dengan Mahathir cakap macam macam termasuk salahkan Najib Anwar pula sebelum ini menjadi ustaz buat kuliah tengah malam tanya mana Tg Adnan dapat duit Dia lupa ...
Kenapa Sukar Sangat Wujudkan Kabinet Walaupun Tanpa Dap

Kenapa Sukar Sangat Wujudkan Kabinet Walaupun Tanpa Dap

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 514 hits
Kami dulu ada DAP dalam gabungan kami tapi tetap aman tenteram dan dapat wujudkan barisan kabinet dengan pantas Dalam parti Pengkhianat Negara tiada DAP kononnya DAP tu komunis kononnya PN tu kerajaan Melayu Islam tapi sampai sekarang Kabin...
Rakyat Telah Bekerjasama Menumbangkan Dap

Rakyat Telah Bekerjasama Menumbangkan Dap

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 298 hits
HARAKAH DAILYKUALA KANGSAR Kerjasama dalam menumbangkan DAP dilihat telah menjadi matlamat yang turut didukung rakyat manakala PAS pula langsung tidak memikirkan soal jawatan disebalik pembentukan kerajaan baharu Yang DiPertua PAS Kawasan K...
Kita Tidak Dapat Bekerjasama Dengan Dap Abang Johari

Kita Tidak Dapat Bekerjasama Dengan Dap Abang Johari

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 334 hits
SIMUNJAN Pengerusi Gabungan Parti Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg hari ini mengulangi pendirian pakatan empat parti yang membentuk kerajaan negeri itu tidak akan bekerjasama dengan DAP Beliau yang juga Ketua Menteri menegask...
2 Adun Dap 1 Amanah Keluar Parti Isytihar Sokong Pn Di Perak

2 Adun Dap 1 Amanah Keluar Parti Isytihar Sokong Pn Di Perak

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 304 hits
Selepas Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamahri dari PKR tiga lagi adun daripada PH mengambil langkah keluar daripada gabungan itu Ia sebaik selepas Perikatan Nasional mengisytiharkan pembentukan kerajaan Perak yang baru hari ini Tiga adun itu...
Sebenarnya Dap Yang Khianati Rakyat M Sia Bukan 2 Adun Perak Ini

Sebenarnya Dap Yang Khianati Rakyat M Sia Bukan 2 Adun Perak Ini

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 231 hits
Ini Berita DAP ADUN paling tadah khianat mandat rakyat DAP PerakDAP Perak mengutuk sekeras kerasnya tindakan dua ADUNnya yang membelakangi mandat rakyat dengan menyokong Perikatan Nasional Menyifatkan tindakan itu sebagai satu pengkhianat D...
Dap Sarawak Menghasut Rakyat Sarawak Dan Membuat Tohmahan Jahat Kepada Umno Pas

Dap Sarawak Menghasut Rakyat Sarawak Dan Membuat Tohmahan Jahat Kepada Umno Pas

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 325 hits
KUCHING Pengerusi Parti Tindakan Demokratik Chong Chieng Jen mendakwa UMNO dan PAS yang mengetuai kerajaan persekutuan yang baharu tidak akan berbuat baik kepada Sarawak Adalah kurang bijak dan tidak masuk akal apabila berpendapat UMNO dan ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba