Bodoh Pemimpin Dap Masih Tak Sedar Umno Dan Pas Memang Nak Singkirkan Dap
Ramai orang cakap, bila kerajaan PH tumbang pemimpin mereka cakap merapu.. bermula dengan Mahathir cakap macam-macam termasuk salahkan Najib. Anwar pula sebelum ini menjadi ustaz buat kuliah tengah malam tanya mana Tg Adnan dapat duit.. Dia lupa masa dia jadi Menteri Kewangan dia berikan projek kepada Tg Adnan tapi Tg Adnan masih sokong Mahathir.
Si Khalid Samad pula pagi petang ceramah, nak kencing punya pasal Agong dikatakan rasis. Bangang betul. Si Mujahid setiap minit asyik twitt, dulu kata tak ada standard main twit.
Si DAP nampak macam cool sikit. Dia biarkan khadam dia daripada AMANAH buat kerja. Pasal itu kita nama yang banyak ceramah adalah puak AMANAH dan dibantu jentera IKRAM.
Hari ini entah datang penyakit apa si Anthony Loke Siew Fook kata UMNO dan PAS mahu singkirkan bersatu. Dia kononnya nak pasang 'prasangka' nak pecahkan pakatan Perikatan Nasional. Tapi dia lupa atau dia bodoh nak faham UMNO dan PAS yang minta Mahathir atau Bersatu bersama tu tujuannya nak singkirkan DAP.
Sifir mudah macam tu pun DAP tak faham.
Misi UMNO dan PAS ialah tak nak berikan DAP bolok harta rakyat. Pasal itu dia tarik bersatu dan sebahagian PKR. Apa pasal pulak nak singkirkan BERSATU. Kalau singkir bersatu, Runtuhlah PN.
Pembaca boleh baca kenyataan Anthony Loke Siew Fook di bawah.
Ku Mansor
Perak
DAP dakwa UMNO dan Pas mahu singkirkan Bersatu
MOHD RIDZUAN ABU HASSAN | | 8 Mac 2020
KLANG - Pakatan Harapan (PH) tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum akan diadakan semula susulan UMNO dan Pas mahu menyingkirkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Bekas Menteri Pengangkutan yang juga Setiusaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook mendakwa, UMNO dan Pas sebenarnya tidak menyokong Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Sebaliknya menurut Anthony, kedua-dua parti itu bermatlamat ke arah pembubaran Parlimen dengan impian pemimpin UMNO menjadi Perdana Menteri.
"Ini matlamat mereka. Jika diadakan pilihan raya umum, yang 36 kerusi dikatakan dipegang oleh Bersatu, adakah UMNO tidak akan bertanding untuk beri kepada Bersatu?
"Adakah UMNO sanggup berbuat begitu, biarkan Bersatu dan Muhyiddin terus jadi Perdana Menteri?. Sudah tentu tidak. Daripada kenyataan pmimpin UMNO dan Pas memang harap pilihan raya umum diadakan supaya mereka boleh menang kalau bertanding semula," katanya.
Beliau berkata demikian pada Ceramah Jelajah Pakatan Harapan Kota Raja di Taman Sri Andalas di sini malam tadi.
Anthony berkata, pemimpin DAP kini mengambil pendekatan bertenang meskipun "dikambing hitam' dan dipersalahkan dengan pelbagai pertuduhan ketika berlakunya pergolakan politik negara.
Berhubung pendirian Pas yang membantah hasrat PH untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin di Dewan Rakyat, Anthony mencadangkan agar Pas membuat perkara sebaliknya dengan mengemukakan usul undi percaya.
"Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) kata, undi tidak percaya seolah-olah tak percaya Agong. Tak mau buat tak apa. Mungkin Hadi boleh buat usul undi percaya sebab sebelum ini nak buat pada Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad). Kita bahas dan undi," katanya.
MR : DAP masing pening lagi...
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/bodoh-pemimpin-dap-masih-tak-sedar-umno.html