Melewatkan Peralihan Kuasa Hanya Menyebabkan Umno Kembali Berkuasa




Sebelum PRU14, semua orang yang menyokong PH sedar bahawa jika menang PRU14, Tun Mahathir Mohamad hanya akan memegang jawatan Perdana Menteri selama dua tahun saja.Ketika mengundi logo PKR yang mewakili PH dalam PRU14, pengundi juga sedar bahawa Tun Mahathir hanyalah Perdana Menteri interim sebelum beliau harus menyerahkan jawatan itu kepada Anwar Ibrahim.Sebelum PRU14 juga, keinginan rakyat menumbangkan BN dan menjadikan PH sebagai kerajaan bukanlah disebabkan ghairah mahu Tun Mahathir kembali sebagai Perdana Menteri buat kali kedua.Keinginan yang paling tinggi ialah untuk menjatuhkan Najib Razak daripada persada kuasa yang dipegangnya sejak 2009.Keinginan kedua tertinggi ialah untuk mengangkat Anwar sebagai PM8 berdasarkan sumbangannya menubuhkan PKR dan menggabungkan kekuatan pembangkang sejak 1998 lagi.Terpilihnya Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sebelum PRU14 adalah semata-mata kerana Anwar ketika itu berada di penjara dan untuk itu, seorang calon Perdana Menteri sementara mesti dicalonkan.Berdasarkan gelombang penolakan rakyat kepada BN ketika itu, keberadaan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri tidak lebih hanya sebagai nilai tambah saja, bukan faktor wajib yang membuatkan PH dapat mengalahkan BN.Dalam hal ini, Majlis Presiden sebagai badan tertinggi kepada gabungan parti-parti dalam PH yang kini sudah menjadi kerajaan mestilah sedar hakikat tersebut dan tidak terlalu alpa dengan jawatan yang masing-masing sandang dalam kerajaan.Kalau sebelum PRU14, semua perkara boleh dibincang dan dirunding bersama sebelum sesuatu keputusan diumumkan, pendekatan itu mestilah dikekalkan sampai bila-bila.Tun Mahathir sebagai Pengerusi PH, walaupun memegang jawatan Perdana Menteri yang hampir semua kuasa berpusat kepadanya, tidak harus dibiarkan sesuka membuat keputusan mengikut kehendak hatinya.Sebab itu, apabila tiba-tiba Tun Mahathir mengumumkan ingin berkuasa sehingga selesai Sidang APEC di Kuala Lumpur pada November 2020, pengundi dan penyokong bawahan PH terlihat amat sukar menerima hakikat tersebut.Ini kerana yang mereka faham, Tun Mahathir adalah Perdana Menteri sementara untuk tempoh kira-kira dua tahun saja sebelum perlu menyerahkan jawatan itu kepada Anwar dan tidak wajar melengah-lengahkan peralihan kuasa dan tentu sekali paling tidak dapat diterima jika janji itu mahu dikhianati sama sekali.Kegagalan Majlis Presiden menangani isu peralihan kuasa ini sebagaimana yang difahami oleh penyokong di peringkat bawahan dan akar umbi, ia dengan sendirinya akan menghakis keyakinan mereka kepada PH secara keseluruhannya.Logik mereka mudah saja, kalau janji dengan seorang individu iaitu Anwar pun gagal dilaksanakan oleh PH sebagaimana yang dipersetujui dan dimanifestokan, apatah lagi dengan janji-janji yang lain?Apabila rakyat hilang keyakinan kepada PH, ruang akan menjadi lebih terbuka kepada BN untuk menang semula pada PRU yang akan datang.Apa jadi kalau BN menang semula PRU15 akan datang?Berbeza dengan kalahnya BN pada PRU14 lalu adalah kerana keinginan pengundi untuk menjatuhkan Najib, tetapi kalau pengundi menumbangkan PH pada PRU15 akan datang, faktornya adalah kerana hilangnya keyakinan mereka kepada PH.Disebabkan faktor tersebut, ia adalah alamat paling buruk buat PH kerana jika gabungan itu ingin berkuasa semula, ia akan memakan masa selama 60 tahun lamanya.Dan ketika itu, para pemimpin PH yang sebelumnya gah dengan jawatan-jawatan dalam kerajaan, bukan saja tidak lagi dipedulikan rakyat, malah akan terus tersisih dalam tempoh yang amat lama, tidak mustahil sehingga kematian menjemput mereka.Bagi rakyat dan pengundi, dengan tidak berani bersuara mempertahankan janji kepada Anwar, para pemimpin PH dilihat lebih mudah terlena dengan jawatan dan kedudukan berbanding mengisi perjuangan.Sekali rakyat dan pengundi hilang keyakinan, memulihkannya pasti akan memakan masa yang lama. (ShahbudinHusin 16/12/2019)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/12/melewatkan-peralihan-kuasa-hanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Kalah Teruk Di Tg Piai Tun M Tak Sepatutnya Melewatkan Lagi Peralihan Kuasa

Selepas Kalah Teruk Di Tg Piai Tun M Tak Sepatutnya Melewatkan Lagi Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 273 hits
Apabila Tun Mahathir Mohamad mengumumkan untuk melewatkan tarikh penyerahan kuasa sehingga selepas Sidang APEC pada November 2020 tidak banyak yang gembira dengan perkhabaran itu Sebaliknya lebih ramai yang kecewa serta rasa berduka atas pe...
Majlis Presiden Ph Tentukan Peralihan Kuasa Tidak Lama Lagi

Majlis Presiden Ph Tentukan Peralihan Kuasa Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 324 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata Majlis Presiden Pakatan Harapan akan membincangkan tarikh peralihan kuasa perdana menteri tidak lama lagi Jangan fikir kita perlu tergesa gesa katanya dipetik FMT pada sidang media selepas berakhirnya Kong...
Anwar Kait Tuduhan Perbuatan Keji Terhadap Ahli Politik Dengan Peralihan Kuasa

Anwar Kait Tuduhan Perbuatan Keji Terhadap Ahli Politik Dengan Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 351 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim mengaitkan kenyataan seorang lelaki yang mencadangkan seorang ahli politik kanan melakukan jenayah yang digambarkan sebagai perbuatan keji dan tidak bermoral dengan peralihan kuasa perdana menteri Beliau percaya i...
Kembali Masuk Lingkaran Kekuasaan Wiranto Hanya Absen Di Era Presiden Megawati Sby

Kembali Masuk Lingkaran Kekuasaan Wiranto Hanya Absen Di Era Presiden Megawati Sby

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 226 hits
Di lingkaran Istana nama Wiranto bukanlah orang baru Ia telah malang melintang sebagai pejabat negara sejak Presiden Soeharto sampai Presiden Jokowi
Hanya Umno Yang Ada Hubungan Dengan China Komunis

Hanya Umno Yang Ada Hubungan Dengan China Komunis

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 523 hits
Dalam perbahasan kertas putih Pertahanan semalam Dalam kita dok bicang kan pasal pertahanan MP PAS dan UMNO tak habis habis bangkitkan pasal Komunis Bila giliran MP Jelutong si Rayer berucap Shahidan Kasim kacau lagi cuba kaitkan DAP dgn Ko...
Pau2019 Lulus Kuasa Autonomi Umno Sabah

Pau2019 Lulus Kuasa Autonomi Umno Sabah

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 408 hits
Umno Sabah secara rasmi mengurangkan ikatan dengan Umno pusat apabila ia kini boleh menentukan hala tuju perjuangan sendiri setelah usul berkaitan kuasa autonomi Umno di negeri itu diluluskan ketika pindaan usul mesyuarat khas bersempena Pe...
Umno Sedia Timbang Terima Anifah Kembali Untuk Kimanis

Umno Sedia Timbang Terima Anifah Kembali Untuk Kimanis

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 419 hits
HASPAIZI ZAINPRK KIMANIS Umno Sabah sedia membuat pertimbangan sekiranya bekas Menteri Luar Anifah Aman ingin bertanding mempertahankan kerusi parlimennya dalam pilihan raya kecil akan datang Bagaimanapun menurut Pengerusi Umno Sabah Bung M...
Kuasa Hukum Novel Khawatir Yang Terungkap Hanya Pelaku Di Lapangan Saja

Kuasa Hukum Novel Khawatir Yang Terungkap Hanya Pelaku Di Lapangan Saja

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 209 hits
Menurut Haris penyerangan air keras terhadap Novel ini bukan hanya kejahatan biasa Melainkan kejahatan yang diduga sudah direncanakan dan terstruktur Menurut Haris jangan hanya pelaku lapangan yang diungkap melainkan dalang di balik aksi te...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal