Pau2019 Lulus Kuasa Autonomi Umno Sabah



Umno Sabah secara rasmi mengurangkan ikatan dengan Umno pusat apabila ia kini boleh menentukan hala tuju perjuangan sendiri setelah usul berkaitan kuasa autonomi Umno di negeri itu diluluskan ketika pindaan usul mesyuarat khas bersempena Persidangan Agung Umno 2019 (PAU 2019).

Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin berkata, peralihan tersebut memaktubkan kewujudan Umno Sabah sebagai sebuah entiti politik yang berautonomi kerana hanya orang Sabah yang lebih arif akan masalah dan perkara yang boleh dilakukan di negeri itu.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, usul tersebut dibincangkan dan dipersetujui pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno kira-kira 5 bulan lepas dan seterusnya perkara itu menunggu masa untuk diluluskan pada PAU ke-73, kali ini.



“Kita diberi kuasa untuk menguruskan segala urusan. Ia masih ‘Umno’, cumanya kita akan lokalkan. Soal calon, soal pemimpin, soal kerusi yang kita tanding, termasuk (pilihan raya kecil) Kimanis nanti akan diputuskan oleh Umno Sabah sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penutupan PAU 2019, di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.


Ditanya mengenai hala tuju Umno Sabah selepas ini, katanya, pada ketika ini pihaknya belum menggariskan sebarang perincian, namun meneruskan usaha memperkuatkan parti itu.

Ditanya mengenai usul berkaitan kuasa autonomi Sabah itu yang tidak disebut dalam 12 usul pindaan perlembagaan Umno, jelasnya ia merupakan usul yang berbeza.

“Ia tidak dimasukkan kerana usul itu terlalu panjang lebar, tetapi ia dimasukkan ke dalam perlembagaan Umno itu sendiri di mana autonomi itu diletakkan di bawah ‘Sabah Chapter’,” jelasnya.

Mengenai pemilihan calon PRK Parlimen Kimanis yang akan dibuatnya, Bung Moktar berkata, situasi Umno Sabah dengan kuasa autonomi itu ibarat “suatu kebetulan yang menyenangkan”.

Ketika ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunggu perakuan daripada Mahkamah Persekutuan bagi mengambil tindakan selanjutnya untuk mengadakan PRK di Parlimen Kimanis yang kini kosong susulan keputusan mahkamah membatalkan kemenangan Anifah Aman selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.

Calon Parti Warisan Sabah Karim Bujang memfailkan petisyen pada 18 Jun 2018 bagi mencabar kemenangan Anifah yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN).


Pada pilihan raya umum Mei tahun lepas, Anifah yang merupakan bekas menteri luar memenangi kerusi Parlimen Kimanis dengan majoriti tipis 156 undi.

Beliau memperoleh 11,942 undi dalam pertandingan 3 penjuru menentang Karim yang mendapat 11,786 undi, manakala calon Parti Harapan Rakyat Sabah, Jaafar Ismail meraih 1,300 undi.

FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/12/pau2019-lulus-kuasa-autonomi-umno-sabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pau2019 Teks Ucapan Datuk Seri Mohamad Hasan Perasmian Perhimpunan Agung Wanita Pemuda Puteri Umno 2019

Pau2019 Teks Ucapan Datuk Seri Mohamad Hasan Perasmian Perhimpunan Agung Wanita Pemuda Puteri Umno 2019

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 354 hits
TEKS UCAPANPerasmian Perhimpunan Agung Wanita Pemuda dan Puteri UMNO 2019oleh Yang Berhormat Dato Seri Utama Haji Mohamad Haji HasanTimbalan Presiden UMNOPara Perwakilan Wanita Pemuda dan Puteri 1 Marilah kita memulakan Perhimpunan malam in...
Pau2019 Agenda Melayu Maju Mesti Menjadi Pemikiran Politik Baharu Umno Tok Mat

Pau2019 Agenda Melayu Maju Mesti Menjadi Pemikiran Politik Baharu Umno Tok Mat

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 403 hits
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Agenda Melayu Maju hendaklah dijadikan sebagai pemikiran politik baharu untuk UMNO Ini kerana katanya orang Melayu mesti maju dari segi ekonomi politik pemikiran golongan muda tahap so...
Pau2019 Umno Perlu Diterajui Pemimpin Bermoral Tok Mat

Pau2019 Umno Perlu Diterajui Pemimpin Bermoral Tok Mat

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 454 hits
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan menzahirkan kerisauan dirinya berhubung kepada siapa parti itu akan diwariskan untuk masa depan Katanya kebimbangan itu ada asasnya kerana kepimpinan adalah persoalan kelangsungan dan kesejah...
Sabah Umno Granted Autonomy At Assembly

Sabah Umno Granted Autonomy At Assembly

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 269 hits
UMNO AGM Umno Sabah has officially been granted more autonomy from central Umno when it can now determine its own direction after a proposal on the matter was passed in a special meeting in conjunction with the party s general assembly yest...
Sabah Umno Youth Delegate First Non Muslim To Speak At Its Agm

Sabah Umno Youth Delegate First Non Muslim To Speak At Its Agm

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 469 hits
For the first time in Umno Youth s history a non Muslim member is today given the opportunity to deliver a speech at a debate session in its annual general assembly Busiau Ampirak from Sabah became the first non Muslim Umno member to do so ...
Sabah Umno Open To Bringing Back Anifah For Kimanis By Election

Sabah Umno Open To Bringing Back Anifah For Kimanis By Election

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 346 hits
Sabah Umno is open to considering fielding former foreign minister Anifah Aman in Kimanis again for the constituency s upcoming by election Sabah Umno chief Bung Mokhtar Radin said Sabah Umno has already prepared a shortlist of candidates t...
Pau2019 Umno Perlu Jadi Gerakan Massa Tolak Ph Yang Terbukti Gagal Jadi Kerajaan Tok Mat

Pau2019 Umno Perlu Jadi Gerakan Massa Tolak Ph Yang Terbukti Gagal Jadi Kerajaan Tok Mat

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 329 hits
UMNO perlu menjadi pelopor usaha besar besaran rakyat negara ini sebagai satu gerakan massa untuk menolak Pakatan Harapan yang terbukti gagal menjadi kerajaan gesa Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan Katanya ia adalah satu gerak...
Pau2019 Umno Jangan Terlalu Selesa Selaku Pembangkang

Pau2019 Umno Jangan Terlalu Selesa Selaku Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 313 hits
KELEBIHAN sentiasa berpihak kepada kerajaan kerana mereka mempunyai segala sumber serta kepakaran sekali gus ia merupakan peringatan kepada para pemimpin UMNO supaya tidak terlalu selesa sebagai parti yang berada di dalam kem pembangkang Ex...
Pau2019 Henti Kaitkan Kerajaan Pintu Belakang Semua Ahli Parlimen Umno Sudah Ikrar Setia

Pau2019 Henti Kaitkan Kerajaan Pintu Belakang Semua Ahli Parlimen Umno Sudah Ikrar Setia

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 500 hits
Sebarang spekulasi tentang kerajaan pintu belakang yang dikaitkan dengan Ahli Ahli Parlimen UMNO perlu dihentikan sebaik sahaja perhimpunan agung parti itu yang berakhir hari ini Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata gesaan it...
Wanita Bersama 7 Lelaki Belasah Pemuda Hingga Longlai Sudah Ditahan Polis

Apa Bakal Terjadi Jika Kita Kembali Ke Zaman Nokia 3310

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Cat S Eye Or Commonly Known As Mata Kucing Fruit

Belanja Dania Suami Makan Nasi Daun Pisang Bananabro Melaka

Pensyarah Palsu Identiti Jalin Hubungan Dengan 10 Penuntut

18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Akademik Etiqa

Sardin Pertima Keluaran Bumiputera

Kaedah Penanaman Durian Yang Betul

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Imam Abu Dawud Lunakkan Hadits Seperti Nabi Daud Lunakkan Besi

Kerjaya Virtual Assistant Flexi Dan Menguntungkan Untuk Newbie Yang Nak Mula