Selepas Kalah Teruk Di Tg Piai Tun M Tak Sepatutnya Melewatkan Lagi Peralihan Kuasa




Apabila Tun Mahathir Mohamad mengumumkan untuk melewatkan tarikh penyerahan kuasa sehingga selepas Sidang APEC pada November 2020, tidak banyak yang gembira dengan perkhabaran itu.

Sebaliknya, lebih ramai yang kecewa serta rasa berduka atas pengumuman itu.

Kalangan orang Cina yang merupakan peniaga dan penggerak ekonomi negara, mereka merasakan pengumuman Tun Mahathir itu bermakna mereka perlu menahan sengsara lebih lama dalam kehidupan mereka.

Sejak bertukar kerajaan pada Mei 2018 lagi, harapan golongan peniaga ini tidak lain ialah agar sektor ekonomi lebih berkembang dengan beberapa dasar serta rangsangan baru akan diperkenalkan.

Malangnya, setelah beberapa bulan menunggu, ternampak tiada yang positif diperkenalkan oleh Tun Mahathir, sebaliknya beliau dilihat lebih banyak bermain politik serta menyalahkan kerajaan lama semata-mata.

Itulah yang menyebabkan di mana-mana, jika kita rajin berbual dan bertanya khabar dengan peniaga-peniaga Cina, rata-ratanya mengeluh kerana perniagaan serta pendapatan mereka yang lebih merosot berbanding dulunya.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga tidak segan-segan menunjukkan betapa banyak ruang-ruang niaga di sekeliling mereka yang kini kosong atau sudah tutup kedai.

Lantaran itu, mereka mula menyedari Perdana Menteri yang sudah berusia 94 tahun ini tidak berdaya lagi memulih dan mengembangkan ekonomi negara ke arah yang lebih baik serta memuaskan.

Begitu pun, mereka juga tidak mahu lagi kepada BN dan harapan mereka dengan pengunduran Tun Mahathir setelah dua tahun menjadi Perdana Menteri di mana selepas itu kepimpinan negara akan diambil alih oleh Anwar Ibrahim yang lebih bertenaga, proaktif serta ada rekod cemerlang ketika menjadi Menteri Kewangan sebelum ini, sesuatu yang lebih positif akan segera terhasil.

Kata mereka, Tun Mahathir tidak perlu berada lebih lama di jawatannya sekarang dan beliau patut sedar ketidakmampuan serta faktor umur adalah halangan utamanya.

Bagi orang Melayu yang merupakan golongan pengguna pula, kekecewaan mereka tidak kurang dengan orang Cina kerana kelembapan ekonomi telah menyebabkan mereka sukar memperolehi wang, anak-anak tiada pekerjaan dan tiada lagi lebihan duit dalam duit untuk bercuti atau berjalan-jalan.

Ditambah dengan jawapan Tun Mahathir mengenai janji manifesto serta kelibatnya yang lebih banyak bermain politik dan menghuru-harakan rakan dan lawan, kebencian dalam diri mereka pun berkembang dengan sendirinya.

Tidak kurang yang secara terbuka menyatakan rasa menyesal menyokong Tun Mahathir dan mengundi PH dalam PRU14 lalu.

Mesej penolakan kepada Tun Mahathir itu secara umumnya boleh dirasa di mana-mana dan telah pun dizahirkan dalam PRK Tanjung Piai, baru-baru ini.

Keputusan pilihanraya itu bukanlah bermakna pengundi mahu menerima kembali BN atau menyokong semula MCA, tetapi lebih merupakan mesej kepada Tun Mahathir selaku “kepala ikan” agar mengelakkan keseluruhan badan ikan berbau dan membusuk dek kerana kegagalannya memberi kesejahteraan kepada rakyat.

Maka itu, apabila tiba-tiba Tun Mahathir mengumumkan hanya akan berundur dan melakukan peralihan kuasa selepas Sidang APEC pada November 2020 akan datang, tidak sedikit yang rasa kecewa dan tidak gembira dengan keputusannya itu.

Kata mereka, dengan mesej daripada keputusan PRK Tanjung Piai, tidak wajar sama sekali bagi Tun Mahathir melewatkan lagi tarikh penyerahan kuasa kepada Anwar.

Beliau, kata mereka, sepatutnya mempercepatkan lagi peralihan kuasa dan memberi peluang kepada Anwar mengambil alih teraju kepimpinan negara ini. (ShahbudinHusin 12/12/2019)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/12/selepas-kalah-teruk-di-tg-piai-tun-m.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peralihan Kuasa Selepas November 2020 Sukar Diterima Dibimbangi Selesai Sidang Apec Alasan Lain Pula Dicipta

Peralihan Kuasa Selepas November 2020 Sukar Diterima Dibimbangi Selesai Sidang Apec Alasan Lain Pula Dicipta

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 236 hits
Kebimbangan banyak pihak selama ini bahawa peralihan kuasa tidak akan berlaku dalam tempoh dua tahun sebagaimana yang pernah dijanjikan sendiri oleh Tun Mahathir Mohamad nampaknya hampir pasti menjadi kenyataan Sebaliknya kebimbangan banyak...
Melewatkan Peralihan Kuasa Hanya Menyebabkan Umno Kembali Berkuasa

Melewatkan Peralihan Kuasa Hanya Menyebabkan Umno Kembali Berkuasa

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 247 hits
Sebelum PRU14 semua orang yang menyokong PH sedar bahawa jika menang PRU14 Tun Mahathir Mohamad hanya akan memegang jawatan Perdana Menteri selama dua tahun saja Ketika mengundi logo PKR yang mewakili PH dalam PRU14 pengundi juga sedar baha...
Justin Timberlake Dikecam Teruk Dengan Netizen Selepas Buat Permohonan Maaf Di Instagram Seriously

Justin Timberlake Dikecam Teruk Dengan Netizen Selepas Buat Permohonan Maaf Di Instagram Seriously

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 221 hits
Lah kenapa Justin Timberlake kena kecam teruk sangat dengan netizen walaupun dah buat permohonan maaf secara terbuka di Instagramnya justintimberlake Apa dah jadi sebenarnya ni on Dec 4 2019 at 5 05pm PSTKalau korang nak tahu baru baru ini ...
Rakyat Malaysia Seperti Uk Mahu Tarikh Peralihan Kuasa

Rakyat Malaysia Seperti Uk Mahu Tarikh Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 239 hits
Rakyat Malaysia mahukan kepastian mengenai tarikh peralihan kuasa perdana menteri Tun Mahathir kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim Situasi yang sama juga berlaku di Inited Kingdom apabila parti Konservatif menang dalam pilihan raya umum Calon...
Tinggal 5 Hari Je Terus Jadi Camni Anak Kucing Jadi Teruk Selepas Dihantar Ke Hotel Kucing Salah Seekornya Mati

Tinggal 5 Hari Je Terus Jadi Camni Anak Kucing Jadi Teruk Selepas Dihantar Ke Hotel Kucing Salah Seekornya Mati

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 718 hits
Anak kucing yang gebu gebas bertukar menjadi comot dan kotor selepas dihantar ke hotel kucing membuatkan pemiliknya terkejut melihat keadaan anak bulusnya itu nbsp Tahu tahulah macam mana hotel kucing ini jaga kucing saya Bila balik bulu hi...
Selepas Teruk Dikecam Keluarga Pihak Terbabit Minta Isu Ini Tidak Dipanjangkan Hanya Salah Faham

Selepas Teruk Dikecam Keluarga Pihak Terbabit Minta Isu Ini Tidak Dipanjangkan Hanya Salah Faham

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 270 hits
Baru baru ini Ohmedia juga ada kongsikan mengenai kisah yang tersebar di mana ada sepasang suami isteri dikatakan telah datang ke Selangor menaiki motor dari Johor untuk berjumpa dengan anaknya yang belajar di sebuah institut Kisah mereka t...
Gameplay Paling Teruk Pernah Aku Tengok Dalam Sea Game Ni Netizen Luah Kekecewaan Selepas Tewas Dengan Kemboja

Gameplay Paling Teruk Pernah Aku Tengok Dalam Sea Game Ni Netizen Luah Kekecewaan Selepas Tewas Dengan Kemboja

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 558 hits
Keputusan perlawanan kelima bagi skuad bola sepak Malaysia dalam saingan kumpulan A Sukan SEA 2019 di Stadium Memorial Rizal Manila sebentar tadi tidak memihak kepada pasukan negara selepas ditundukkan oleh pasukan Kemboja dengan keputusan ...
Meski Kalah Kerajaan Negeri Tetap Bela Tanjung Piai

Meski Kalah Kerajaan Negeri Tetap Bela Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 290 hits
Kerajaan persekutuan akan terus melunaskan janji untuk menaik taraf liputan jalur gemilang di kawasan Tanjung Piai diteruskan walaupun Pakatan Harapan tidak terpilih mewakili rakyat di kawasan itu Exco Perumahan Komunikasi dan Multimedia ne...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation