Meletakkan Barangan Sewa Beli Untuk Kegunaan Ramai Adakah Dikira Sedekah



SOALAN:
Apa hukumnya kita berniat untuk meletakkan penapis air di surau atau masjid, tapi bayaran penapis air itu dibayar oleh saya secara ansuran menggunakan akad sewa beli. Adakah ianya dikira sebagai satu sedekah? Terima kasih atas penjelasan.

JAWAPAN:
Islam adalah sebuah agama kebajikan yang menyeru kepada amalan kebaikan kepada penganutnya. Suruhan tersebut dapat dilihat berdasarkan kepada firman Allah SWT:

فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ
“Oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan.” (Surah al-Baqarah: 148)

Syeikh al-Maraghi menyebut, bersegeralah kamu membuat apa jua kebaikan dan hendaklah setiap orang di antara kamu berkeinginan untuk bersaing dan berlumba-lumba untuk mengikut perintah pembimbing, bukannya perintah orang yang berlumba mencampakkan kebenaran sebab dia berlumba-lumba kea rah kejahatan dan kesesatan. (Lihat: Tafsir al-Maraghi, 1/288)

Amalan sedekah adalah termasuk dalam amalan kebajikan yang digalakkan dalam Islam. Sedekah itu bermaksud pemberian hak milik ketika hidup tanpa mengharapkan pembalasan bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT. (Lihat: al-Majmu’ syarah al-Muhazzab, 15/370 dan al-Mausuah al-Fiqhiyyah, 26/323)

Ibn Manzur pula mendefinisikan sedekah sebagai satu pemberian yang diniatkan kerana Allah SWT kepada golongan fakir yang memerlukan. (Lihat: Lisan al-Arab, 10/196)

Berdasarkan kepada persoalan di atas, akad yang digunakan dalam pembelian penapis air tersebut adalah akad sewa beli (al-ijarah thumma al-bay’). Akad seperti ini memberi gambaran bahawa syarikat pengeluar akan menyewakan sesuatu barang kepada pembeli dalam tempoh tertentu dengan nilai tertentu pada setiap bulan dan setelah habis tempoh tersebut, barang tersebut akan menjadi milik pembeli. (Lihat: al-Taqrirat al-Sadidah, Qasm al-Buy’, hlm. 145)

Berdasarkan kepada situasi ini, pemindahan hak milik boleh berlaku dengan cara penjualan yang dibuat sebelum berakhirnya tempoh sewaan dengan merujuk kepada satu harga yang menyamai dengan ansuran sewaan yang masih berbaki. [Lihat: Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions, Accounting, Auditing and Governance Standards for Islamic Financial Institutions (Manama: AAOIFI, 2010), 270-273]

Para ulama' mutaakkirin mensahihkan akad seperti dengan syarat janji pemilikan dan menjadikan satu akad sewa dan diakhiri dengan janji pemilikan ke atas barang sewaan. (Lihat: al-Taqrirat al-Sadidah, Qasm al-Buy’, hlm. 146)

Ini berdasarkan kepada nas berikut:

الصُّلْحُ جَائِزٌ بَيْنَ الْمُسْلِمِينَ إِلاَّ صُلْحًا حَرَّمَ حَلاَلاً أَوْ أَحَلَّ حَرَامًا وَالْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ إِلاَّ شَرْطًا حَرَّمَ حَلاَلاً أَوْ أَحَلَّ حَرَامًا ‏
“Diharuskan perjanjian di antara orang-orang Islam melainkan perjanjian mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram dan orang Islam itu terikat dengan syarat-syaratnya (perjanjian) melainkan syarat mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram.” [Riwayat al-Tirmidzi (1352)]

Menjawab kepada persoalan ini, hukum meletakkan penapis air yang dibeli dengan akad sewa beli di masjid, surau atau kawasan awam adalah harus dan termasuk dalam sedekah tatowwu’ yang diganjarkan pahala di sisi Allah SWT. Ini kerana, dalam akad sewa beli, pemilikan barang tersebut adalah menjadi milik pembeli selagimana pembeli tetap membayar barangan tersebut sebagaimana yang ditetapkan. Ini adalah seperti yang dinyatakan oleh AAOIFI, bahawa janji untuk memindahkan hak milik adalah janji yang mengikat pemilik aset sahaja, sementara pihak satu lagi (penyewa) mesti mempunyai pilihan untuk tidak mengikutinya. [Lihat: AAOIFI, Shari’s Standards (Manama: AAOIFI: 2007), 148-149]

Justeru, pembeli memiliki hak berdasarkan kepada tempoh bayaran bulanan yang dibayar dan pembekal tidak memiliki hak dalam menarik kembali barangan tersebut selagimana pembeli tidak menunjukkan keingkaran dalam menunaikan pembayaran berdasarkan kepada penjanjian sewa beli.

Kesimpulan

Kami cenderung mengatakan bahawa perbuatan meletakkan penapis air yang yang dibeli dengan akad sewa beli di masjid, surau atau kawasan orang awam adalah harus dan dikira sebagai sedekah tatowwu’ yang digalakkan di dalam Islam. Ini kerana, kami melihat pada pengakhiran tempoh tersebut, barangan itu akan menjadi milik pembeli. Justeru, pembeli berhak meneruskan niat untuk meletakkan penapis air tersebut untuk kegunaan awam selagimana dia melakukan pembayaran secara bulanan terhadap barangan tersebut.

Semoga penjelasan yang diberikan ini membuka minda kita semua untuk terus mencari peluang untuk sentiasa bersedekah dan mencari reda Allah SWT. Amin.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/meletakkan-barangan-sewa-beli-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Coronavirus Selamat Ke Beli Barangan Dari China

Coronavirus Selamat Ke Beli Barangan Dari China

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 701 hits
Siapa yang tak risau apabila satu dunia kecoh dengan penularan virus yang membawa maut di China Kes pertama melibatkan pekerja dan pelanggan yang terlibat di Pasar Borong Makanan Laut Huanan di Wuhan Kalau nak tahu pasar tu bukan sahaja men...
Minta Ingat Password Akaun Bank Suami Untuk Kegunaan Bila Kecemasan Seperti Urusan Kematian

Minta Ingat Password Akaun Bank Suami Untuk Kegunaan Bila Kecemasan Seperti Urusan Kematian

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 305 hits
Buat para isteri di luar sana berapa ramai dikalangan kalian mengetahui ID dan PASSWORD akaun bank suami kalian Jika belum bincangkanlah tentang hal ini Hal tentang masa depan bukan setakat bincang anak anak akan datang nak sekolah di mana ...
Samsung Galaxy A51 Galaxy A71 Menyokong Pengecasan Pantas Untuk Kegunaan Sepanjang Hari

Samsung Galaxy A51 Galaxy A71 Menyokong Pengecasan Pantas Untuk Kegunaan Sepanjang Hari

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 254 hits
https ift tt eA8V8J Samsung Galaxy A51 dan Galaxy A71 merupakan sebuah telefon pintar kelas pertengahan yang baru dilancarkan di pasaran Malaysia Walaupun kedua dua telefon pintar ini merupakan telefon pintar daripada kelas pertengahan kapa...
Beli Motor Pakai Dana Desa Kades Dan Bendahara Ditangkap

Beli Motor Pakai Dana Desa Kades Dan Bendahara Ditangkap

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 259 hits
Kepala Desa beserta Bendahara Desa Sampalowo Kecamatan Petasia Barat Kabupaten Morowali Utara Sulteng ditangkap polisi Keduanya menggunakan dana desa untuk membeli sepeda motor Keduanya terlibat penyalahgunaan dana desa dan alokasi dana des...
Pemilik Wo Pandamanda Beli Rumah Rp 1 2 M Dari Uang Calon Pengantin

Pemilik Wo Pandamanda Beli Rumah Rp 1 2 M Dari Uang Calon Pengantin

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 246 hits
Dari hasil penyidikan diketahui bahwa WO ini mulai ada kendala sejak pemiliknya mengalihkan uang klien kepada operasional kantor dan keperluan pribadi
Kegunaan Data Center

Kegunaan Data Center

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 273 hits
Perkembangan teknologi di dunia tentu memberikan banyak manfaat bagi kehidupan manusia terlebih dalam menjalankan segala aktivitas menjadi cepat dan efektif Sehingga ada baiknya bagi kita untuk mengetahui perkembangan teknolog yang saat sek...
Banyak Kegunaan Listerine Selain Untuk Berkumur Rupanya

Banyak Kegunaan Listerine Selain Untuk Berkumur Rupanya

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 371 hits
Listerine ni yang aku tahu sejak dahulu lagi adalah untuk penjagaan mulut dari berbau Rupanya selain itu banyak lagi kegunaan yang tak masuk akal untuk aku Bagus juga beli satu produk dengan pelbagai kegunaan Yang tak boleh cuma jadikan lis...
Adakah Cecair Kekuningan Dianggap Haid

Adakah Cecair Kekuningan Dianggap Haid

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 422 hits
SOALAN Saya mengalami haid bermula darah kekuningan yang sangat sedikit Dan kadang kadang ada hari tidak keluar Seterusnya diikuti darah merah yang banyak kemudian berkurang sehingga habis hari Sebelum ini bermula darah merah selama 9 10 ha...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah