Banyak Kegunaan Listerine Selain Untuk Berkumur Rupanya
Listerine ni yang aku tahu sejak dahulu lagi adalah untuk penjagaan mulut dari berbau. Rupanya selain itu, banyak lagi kegunaan yang tak masuk akal untuk aku. Bagus juga, beli satu produk dengan pelbagai kegunaan. Yang tak boleh cuma jadikan listerine ini sebagai minuman saja, Pendek kata hanya untuk kegunaan luaran saja... kan
Banyak Kegunaan Listerine Selain Untuk Berkumur Rupanya...
Listerine bagi sesetengah orang adalah benda wajib ada di dalam bilik air mereka. Ada yang usung benda ini di dalam beg kemana saja mereka pergi. Ini untuk memastikan bau mulut sentiasa segar dan wangi. Barulah orang sebegini merasa diri mereka berkeyakinan berbual dengan orang setelah berkumur dengan listerine.... heh
Selain daripada digunakan untuk berkumur, Listerine juga ada beberapa lagi kegunaan lain yang bagus dan efektif yang korang tak pernah tahu. Mari aku kongsikan cara kegunaan lain listerine yang boleh di amalkan dengan jayanya
Banyak Kegunaan Listerine Selain Untuk Berkumur Rupanya...
- 1 - Hilangkan bau busuk pada ketiakTuangkan sedikit listerine ke atas bebola kapas atau kain putih dan sental ketiak. Listerine akan menghilangkan bau tengik yang terhasil di ketiak itu dan memberikan bau yang lebih segar. Barulah bau badan korang wangi dan sedap
- 2 - Hilangkan kegatalan akibat gigitan seranggaSapukan sedikit listerine ke kawasan yang kena gigitan serangga seperti semut atau nyamuk. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam. Kalau gatal menggedik lain, cara ni tak berkesan.. hehe
- 3 - Membasmi kuman di mangkuk tandasListerine bukan hanya boleh basmi kuman di dalam mulut, tetapi juga di mangkuk tandas korang. Tuangkan sedikit listerine dan sental mangkuk tandas tadi dengan berus. Kuman mati, mangkuk tandas korang pun berbau wangi. Jangan sampai korang teruja nak cium mangkuk tandas tu pula, nanti... sudah
- 4 - Membantu hilangkan kelemumurBasahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan listerine secukup rasa ke atasnya. Urut dan usap listerine tu ke seluruh bahagian rambut hingga terasa kedinginannya. Syoknya tau. Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut korang. Lebih jimat daripada korang bayar treatment for scalp kat salun
- 5 - Menghilangkan kutu di bulu haiwanRamai penggemar kucing yang mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Boleh campurkan Listerine dengan air dan spray ke bulu kucing tersebut. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan kucing tersebut. Confirm bertempiaran lari kutu tu nanti mengalahkan Usain Bolt
- 6 -Membersihkan muka yang berjerawatJika korang dah beli macam-macam pencuci muka mahal tetapi jerawat korang tak hilang-hilang, jangan korang sental dengan kertas pasir terus. Cuba korang guna listerine pula. Sapukan sedikit ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Jerawat-jerawat degil tu akan mengecut dan hilang. Barulah berbeza rupa kau dengan jalan berturap atau kulit durian
- 7 - Membasmi kuman di berus gigiKorang selalu berus gigi untuk hilangkan kekotoran dan kuman di gigi, tapi bagaimana kalau berus yang korang gunakan tu pula berkuman? Tuangkan sedikit listerine ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi korang tadi selama 2-3 jam untuk mematikan segala kuman tu. Barulah korang boleh gunakan tanpa was-was
- 8 - Bersihkan skrin tv atau monitor computerSpray sedikit listerine ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputer korang. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata. CSI Las Vegas pun takkan berjaya sabitkan korang dengan sebarang kes
- 9 - Hilangkan bau busuk di dalam tong sampah
Jika korang memang malas nak basuh tong sampah di rumah tu dan korang tak suka bau sampah yang busuk, ambil kain yang tidak di pakai dan rendam dengan sedikit listerine. Kemudian tutupkan tong tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Listerine tadi akan menyerap bau tersebut
- 10 - Melegakan masalah kaki andaTuangkan listerine ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki korang selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki korang berbau busuk dan bercagu tu akan hilang. Kulit kaki pun akan lebih cantik dan sihat.
Bagus untuk di cuba dan di gunakan sendiri nanti. Memang merasakan listerine bagaikan satu benda ajaib yang banyak kegunaannya. Wajib cuba sendiri nanti, itu sebab aku kongsikan di blog aku ini agar tak hilang meresap di kolong FB dan google nanti.... huhu
Nak dapatkan pelbagai informasi di blog ini, klik SINI
p/s: Tak dapat di pastikan jenama lain selain listerine boleh di gunakan seperti ini ke tidak... Bolehlah cuba....
#sumber Shairy Hanapiah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.huhahuhajerr.com/2020/02/banyak-kegunaan-listerine-selain-untuk-untuk-berkumur-rupanya.html