Adakah Cecair Kekuningan Dianggap Haid



SOALAN:
Saya mengalami haid bermula darah kekuningan yang sangat sedikit (3-6 hari). Dan kadang-kadang ada hari tidak keluar. Seterusnya diikuti darah merah yang banyak kemudian berkurang sehingga habis (5-6) hari. Sebelum ini bermula darah merah selama 9-10 hari. Persoalannya, Adakah warna kekuningan yang hanya 2-3 titis tidak berterusan itu dikira awal permulaan haid? Hal tersebut berulang pada bulan seterusnya.

JAWAPAN:
Haid dari segi istilah syarak ialah darah tabi’i yang keluar daripada pangkal rahim perempuan ketika badannya sihat dalam tempoh tertentu. Kebiasaan warna darah ialah kehitaman, merah, kuning atau warna keruh seperti tanah atau air kotor dan berbau. [Rujuk: al-Wajiz fi al-Fiqh al-Islami 1:118 ]

Pendapat yang paling sahih dalam kalangan fuqaha' Syafie ialah cecair warna kuning dan keruh yang keluar pada tempoh haid adalah termasuk dalam darah haid. [Rujuk: Minhaj al-Thalibin (88)]

Berikut riwayat berkaitan warna darah haid:

إِذَا كَانَ دَمُ الْحَيْضَةِ فَإِنَّهُ دَمٌ أَسْوَدُ يُعْرَفُ فَإِذَا كَانَ ذَلِكَ فَأَمْسِكِى عَنِ الصَّلاَةِ فَإِذَا كَانَ الآخَرُ فَتَوَضَّئِى وَصَلِّى فَإِنَّمَا هُوَ عِرْقٌ
“Jika darah haid, maka sesungguhnya ia adalah darah berwarna hitam yang dikenali. Jika ia bersifat demikian janganlah bersolat dan jika selainnya berwudhu’lah dan dirikan solat, kerana darah itu ialah darah penyakit.” [Riwayat Abu Daud (286)]

Riwayat Aisyah R.Anha dalam Sahih al-Bukhari (1/71) secara mu`allaq dan al-Muwatta’ (no.97):

كَانَتْ النِّسَاءُ يَبْعَثْنَ إلَى عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا بِالدُّرْجَةِ فِيهَا الْكُرْسُفُ فِيهِ الصُّفْرَةُ مِنْ دَمِ الْحَيْضِ فَتَقُولُ لَا تَعْجَلْنَ حَتَّى تَرَيْنَ الْقَصَّةَ الْبَيْضَاءَ تُرِيدُ بِذَلِكَ الطُّهْرَ مِنْ الْحَيْضَةِ
Dahulu, para wanita datang menemui Aisyah R.Anha dengan menunjukkan kain yang berisi kapas (yakni yang dimasukkan ke dalam faraj) yang padanya ada kesan kekuningan (kesan darah haid) lalu Aisyah berkata kepada mereka: “Janganlah kamu tergesa-gesa (untuk mandi dan bersolat) sehinggalah kamu melihat warna cecair putih pada kapas yang menunjukkan suci daripada darah haid.” [Rujuk: juga al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab (2/389) oleh Imam al-Nawawi]

Sementara, warna kekuningan atau keruh yang didapati bukan dalam tempoh haid atau selepas maksimum haid atau pada tempoh suci tidak dianggap haid. Ini berdasarkan hadith Ummu A’thiyah:

كنَّا لا نعدُّ الكَدرةَ والصُّفرةَ بعدَ الطهرِ شيئًا
“Kami tidak menganggap darah yang keruh dan kekuningan yang keluar selepas tempoh suci itu darah haid.” [Riwayat al-Bukhari (362)]

Majoriti fuqaha' memberi makna hadith tersebut ialah warna kuning dan keruh dianggap haid hanya khusus pada tempoh haid. [Rujuk: Syarah Sahih Bukhari Li Ibn Battaal 1: (456)]

Seterusnya, darah yang keluar daripada rahim itu terputus-putus akan dianggap sebagai darah haid dengan syarat darah itu keluar mencukupi 24 jam selama masih pada tempoh sepanjang-panjang haid ialah 15 hari. [Rujuk: Sabila al-Muhtadin (1/139)]

Ini bermakna, cecair kekuningan atau keruh, mahupun warna darah merah yang tidak mencukupi syarat 24 jam, maka ia tidak dihukumkan darah haid. Atau dengan kata lain darah kurang 24 jam ialah darah istihadah atau darah fasad (rosak).

Berbalik kepada soalan yang diajukan, warna cecair kekuningan yang keluar hanya titis-titisan dan terputus pada hari seterusnya adalah dianggap darah haid sekiranya keluar pada tempoh haid dan mencukupi atau lebih 24 jam selama masih pada tempoh 15 hari. Tambahan pula, titisan warna cecair kekuningan dianggap awal permulaan haid kerana selepasnya disusuli warna merah yang sememangnya warna darah. Sementara darah yang tidak keluar (naqo’) atau terputus selepas titisan kuning termasuk dalam fatrah haid (waktu haid).

Jadual berikut bagi situasi wanita tersebut (penanya) mengalami haid terputus-putus serta warna haidnya cecair kekuningan:



Tuntasnya, mengenalpasti warna-warna darah haid sangat penting kerana melibatkan perkara yang dilarang bagi wanita haid untuk melaksanakan ibadah seperti solat, puasa, iktikaf, tawaf, menyentuh dan membaca al-Quran. Akhir kata, semoga panduan tersebut dapat memberi manfaat kepada semua. Ameen.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/adakah-cecair-kekuningan-dianggap-haid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berduaan Dengan Pengajar Ketika Latihan Memandu Adakah Dianggap Khalwat

Berduaan Dengan Pengajar Ketika Latihan Memandu Adakah Dianggap Khalwat

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 215 hits
SOALAN Ketika ujian latihan memandu sekiranya murid dan instructor berlainan jantina berada berduaan dalam kereta adakah ini dianggap sebagai khalwat JAWAPAN Khalwat dari sudut bahasa berasal dari sunyinya sesebuah tempat atau sesuatu Dari ...
Adakah Isteri Dianggap Nusyuz Apabila Memohon Fasakh Kerana Pada Suami Terdapat Aib

Adakah Isteri Dianggap Nusyuz Apabila Memohon Fasakh Kerana Pada Suami Terdapat Aib

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 252 hits
SOALAN Adakah isteri dianggap nusyuz jika memohon fasakh dalam keadaan suami yang terdapat aib JAWAPAN Kami akan bahaskan konsep nusyuz seorang isteri serta perkara yang membolehkan fasakh bagi merungkaikan persoalan berkaitan tanggapan nus...
Anggota Dpr Mulyadi Dianggap Mampu Beri Solusi Permasalahan Warga Sumbar

Anggota Dpr Mulyadi Dianggap Mampu Beri Solusi Permasalahan Warga Sumbar

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 166 hits
Anggota DPR dari Fraksi Partai Demokrat Mulyadi maju di Pemilihan Kepala Daerah Sumatera Barat tahun ini Salah satu tokoh masyarakat Pesisir Selatan Sumbar Roby Binur yakin Mulyadi mampu memberikan solusi terhadap permasalahan masyarakat di...
Kronologi Putra Lahir Dengan Kelamin Laki Laki Malah Dianggap Perempuan

Kronologi Putra Lahir Dengan Kelamin Laki Laki Malah Dianggap Perempuan

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 190 hits
Belum lama ini Pengadilan Negeri Surabaya baru saja menyetujui permohonan Putri Natasya untuk mengganti status kelamin dari perempuan menjadi laki laki serta mengganti namanya menjadi Ahmad Putra Adinata pada Rabu lalu
Kini Parti Yang Dianggap Nyamuk Amat Berharga

Kini Parti Yang Dianggap Nyamuk Amat Berharga

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 450 hits
Mohd Shah RimMenjunjung titah YDPA yang meminta semua parti mencalonkan nama Perdana Menteri DS AI jauh didepan PAS WAJIB calonkan Hadi Awang UMNO Ku Li BERSATU antara TSMY dan Tun Mahathir Alhamdulilah perancangan Allah mengatasi kelicikan...
Dakwaan Covid 19 Boleh Tersebar Melalui Cecair Kkm Nasihatkan Beli Ais Dari Kilang Yang Ada Lesen

Dakwaan Covid 19 Boleh Tersebar Melalui Cecair Kkm Nasihatkan Beli Ais Dari Kilang Yang Ada Lesen

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 527 hits
Jangkitan Novel Coronavirus dilaporkan boleh disebarkan melalui cecair Salah satunya adalah melalui penggunaan ais yang diambil dari sumber yang tidak disahkan Oleh itu Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu kenyataan rasmi di Twitter me...
Adakah Jatuh Murtad Dengan Gurauan Aku Bukan Islam

Adakah Jatuh Murtad Dengan Gurauan Aku Bukan Islam

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 315 hits
Kisah keluarga Yasir yang diseksa akibat keislaman mereka sangat mahsyur dan dijadikan sebagai sirah panduan bagi menunjukkan kecekalan umat terdahulu dalam mengharungi keislaman mereka Bukan mudah untuk menganut Islam pada zaman ia ditenta...
Adakah Rujuk Boleh Berlaku Melalui Persentuhan Dengan Syahwat

Adakah Rujuk Boleh Berlaku Melalui Persentuhan Dengan Syahwat

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 274 hits
SOALAN Jika pasangan suami isteri itu bercerai talak satu kemudian suami itu menyentuh isterinya tersebut dengan syahwat adakah perbuatan tersebut dikira sebagai rujuk Terima kasih JAWAPAN Islam amat menggalakkan supaya dikekalkan hubungan ...
Macam Isteri Arwah Tak Dianggap Sebagai Keluarga Arwah Netizen Bengang Bila Baca Komen Ali Puteh

Macam Isteri Arwah Tak Dianggap Sebagai Keluarga Arwah Netizen Bengang Bila Baca Komen Ali Puteh

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 1104 hits
Ketegangan antara keluarga arwah Abam Bocey ini nampaknya semakin lama semakin parah apabila ramai reaksi memberikan komen kurang senang terhadap tindakan Ali Puteh ini Dalam hal ini ramai yang lebih berpihak kepada Dato Aliff Syukri beriku...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Petua Cara Membersihkan Hati

Tragedi Pilu Anak Lelaki 6 Tahun Mati Akibat Didera Ibu Sendiri

Umur Berkurang Setiap Masa

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino